Letih sangat hari ini. Jadual kelas amat padat dan sebelu pulang ke rumah, aku telah berjanji untuk singgah ke sebuah pasaraya membeli sedikit makanan ringan untuk program GMI di P.Jaya.Sewaktu keluar dari kereta hujan amat lebat. Aku hampir basah kuyup walaupun menggunakan payung!
Bagaimanakah suamiku?
Kami mahu Abi!
Aku mencapai sekeping sekeping kertas bertulis nama dan nombor telefon beberapa orang isteri tahananISA di Tawau dan mula menghubungi mereka satu persatu.Dari 4 nombor yang ada, akhirnya satu dari nya mendapat jawapan di hujung talian.
Jazaakumullah .....
"Ehh akak!!!"Jerit "Z"." Ingatkan hari ni dah kena penjara!!! kata nya lagi sebaik saja aku masuk ke BGP, ruang utama kami menyimpan barangan keperluan.."He he he belum lagi...peguam kami nak merayu di mahkamah tinggi lak" jawabku skema."Teruk lah Hakim tu...dia tak tahu ke ISA tu jahat" tambah "S' pula. Tak salah dia ngutuk Pn Hakim yang menjatuhkan hukuman tu...."Bila pulak nak masuk penjara tu?" soal beliau lagi.
Seluruh ruangan kami kjadi agak bising dengan pelbagai soalan .Semuanya ingin mendengar bagaimana keadaan ku di mahkamah, sehari sebelumnya. Dan ramai juga yang telah mengetrahuinya melalui FB dan media alternatif yang lain....
"Kami semua suspen dan risau kalau-kalau akk kena hukuman penjara setahun!" tambah "S" pula. Aku tersengeh je dengar komen kawan-kawan di tempat kerja..
The unsung heroes.
Sebaik saja denda di bayar, kami semua 11 "banduan anti-ISA " dibelanja makan di kantin mahkamah. Jazlan mengeluarkan tablet dan mula melihat-lihat berita di media alternatif.
"Kami pong OKT macam akk gak....tapi, tak lah glamer.." ujar Syukri lagi. Sedih gak melihat wajah adik-adik yang sibuk mencari nama masing-masing di setiap berita yang keluar di ruangan media rakyat.
Dalam gambar ni duduk hadapan ialah Syukri dan Mat Sah. Berdiri dibelakang mereka ialah Fadli (yang paling tinggi), Nordin (dibelakang Mat Sah), Salehuddin(ada gambar Anwar) dan Jazlan.
Kami tidak bersalah!
"Akak pun hisap dadah juga ke?" tanya seorang wanita beseluar jeans lusuh, berambut ikal mayang. Tersentak juga denganpertanyaan itu (hmm sabar je lah Laila)...soalan itu tetap ku balas dengan senyuman.
Beginilah suasana lokap yang kami terpaksa tinggal didalamnya sementara urusan bayaran denda selesai.Lokap itu di penuhi oleh lebih sepuluh wanita yang sedang dalam proses perbicaraan kes dadah.Mereka semua tinggal di Penjara Kajang dan menunggu trak polis membawa mereka dari Jalan Duta, kembali ke Kajang.
Kami berempat sempat menunaikan Solat Zohor bersama-sama. Agak manis juga bila seorang polis lelaki yang bertugas memberitahu arah Kiblat dan memberikan tiga keping sejadah untuk dijadikan lapek solat...(Sempat berdoa supaya Allah memberi taufiq dan hidayah pada Pn Hakim yang begitu berani menjatuhkan hukuman itu tadi, supaya diberi nur untuk melihat kebenaran ).
Dah duk dalam lokap pun, kami masih berbincang tentang keputusan mahkamah tadi...Terus terang, kami berempat memang tiada wang sebanyak Rm2k untuk digunakan membayar denda.Kalau terpaksa masuk penjara, kami rela je....(Banyak nilai rm2k tu...lebih baik diberikan pada orang miskin atau susah)
Ganjaran denda dan penjara kerana ingin mansuhkan ISA..
"Keputusannya ialah......"(saya, Aiman,Kak Sal dan Nashita berpegangan tangan) sambil mendengar ayat itu diteruskan oleh Pn Hakim.
Sesiapa yang rajin menyelak posting awal di blog ini, pastinya akan tahu kenapa ISA itu zalim,jahat,drakonian dan HARAM dalam Islam. Ini kerana, didalam ISA, segala bentuk kejahatan, boleh dilakukan oleh penguasanya dari membogelkan tahanan, mencerca, menghina, menyepak terajang hingga lah membuatkan mangsanya ditahan tanpa bicara bertahun-tahun lamanya.
1.8.2009 - 22 Feb 2012.
Polis yang sokong ISA tak solat subuh?
Sekadar mengimbau kembali himpunan anti-ISA 1 Ogos 2009.Lebih 600 orang ditahan bermula pagi Sabtu sekitar jam 2 pagi hingga lah jam 7 petang hari yang sama.Polis semuanya sibuk.Entah berapa ramai polis di kerah untuk membuat sekatan jalan raya dan menangkap orang ramai.Semasa perbicaraan, saksi polis tidak menolak kemungkinan, polis danorang ramai sama banyak disekitar Sogo dan Jalan TAR!!!
Seronok dapat tengok gambar ni semula.Maklumlah pada hari kejadian 1 Ogos tu, saya dan 15 orang yang sedang dibicarakan, tidak dapat menikmati semua ini kerana telah terlebih dulu ditahan oleh polis!!! Dan ketika di mahkamah, hampir semua saksi polis bercakap skrip yang sama iaitu " entah" "saya tak ingat" "saya lupa" "saya kurang pasti" dan" saya tak tahu"....Ada ketikanya aku terasa dibodohkan oleh keterangan mereka yang bohong dan tidak masuk akal...
Beginilah rupa orang yang kena tahan.mereka bukannya takut,tetapi benci, meluat dan menyampah tahap tertinggi melihat perangai polis yang bertindak sesuka hati....Dan semua polis yang memberi keterangan di mahkamah mengakui pada pagi 1 ogos, mereka semua tidak solat subuh kerana didakwa terpaksa bertugas dari jam 5 hingga 12 tengahari tanpa rehat !!!!
Bahagiakah penguasa ISA jika kami memilih penjara?
Kami berlima ( kak Yat tiada di gambar) tidak berada di tempat himpunan pada tarikh, masa dan tempat seperti mana yang diwartakan iaitu Jam 2 pm, 1 Ogos 2009, Sogo, Masjid Negara dan masjid Jamek.
Apakah kesannya kepada senario politik di Malaysia jika memilih untuk di penjarakan kerana kami tiada wang untuk menjamin diri sendiri.....
Pulangkan anak ku....
Seminggu telah berlalu, namun ingatanku terhadap mangsa ISA di Tawau masih kuat. Perasaan marah pada penguasa ISA, sedih melihat keluarga yang tertekan dan bangga dengan sokongan moral dari PAS Tawau bercampur baur.Apa tidaknya, kedatangan kami ke Tawau dilayan bagai VVIP dari Pakatan Rakyat!!
Kedatangan GMI ke Madrasah Hidayah diberi seluruh autonomi untuk mengendalikan program ziarah keatas semua keluarga mangsa yang sedang menunggu berita pembebasan di Kem Kamunting.
Seperti biasa, Pengerusi GMI, sdr Syed Ibrahim memang "pantang" memegang mikrofon bila bercakap tentang ISA dan segala isi kandungannya. Kalau boleh setiap fakta ingin disampaikan kepada keluarga malang itu supaya mereka faham tentang kebejatan dan kedurjanan akta tersebut......Jika boleh, beliau mahu semua keluarga mangsa ISA bangun untuk mengeluarkan diri mereka dari rasa takut terhadap polis dan bercakap mengenai hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya bebas dan merdeka.....Begitulah hebatnya seorang aktivis....
Dalam rasa sebak yang teramat sangat, Sdr Ahmad(bukan nama sebenar) menceritakan bagaimana polis menggunakan sebuah helikopter dan 8 buah kereta untuk menahan adik beliau yang bekerja sebagai seorang guru KAFA di Tawau.
"Mak cik miskin, anak-anak yang tanggung belanja harian .... kami tak mampu untuk datang ke Semenanjung dan melawat "S" yang telah dibawa ke penjara(Ke Kamunting) di Perak. Apa yang mereka (kerajaan) mahu dari kami yang miskin ini? Bilakah mereka (Menteri Dalam Negeri dan polis) akan pulangkan anak bongsu makcik?"
Rahmat Allah di Tawau...
Lebih seratus aktivis PAS yang kebetulan sedang menghadiri program Ijtimak Pilihanraya , nampaknya tidak berganjak dari kerusi masing-masing.Usai program mereka, kelihatan semua peserta tetap melekat di kerusi masing-masing .
Ternyata aktivis PAS di Tawau berbeza dengan mereka di K.K atau Sandakan yang pernah ku lawati beberapa tahun yang lepas...Riak wajah masing-masing kelihatannya seperti agak up-to-date dengan kempen anti-ISA yang pernah kami buat sebelum ini dan ketibaan kami bertiga di dewan Madrasah pada petang itu rupanya memang amat di tunggu-tunggu oleh mereka....
"Semasa saya ditahan di bawah ISA dulu, masa tu belum ada GMI yang datang membela kami yang ditahan pada waktu itu" kata YDP PAS Tawau, lebih mesra dikalangan masayarakat setempat dengan panggilan "Bang Mat", yang mengaku beliau juga pernah ditahan dibawah ISA pada tahun 1974!Kami semua terkedu dengan pengakuan tersebut.
Ya...siapa sangka, di satu daerah yang begitu asing, rupanya ada aktivis yang juga pernah menjadi mangsa ISA!!! Itulah rahmat dari Allah buat 13 tahanan yang telah ditahan itu.(Kini tinggal sebelas kerana dua telah dibebaskan Disember lepas).
Kenapa Tawau?
Pada pertengahan November 2011, kami aktivis GMI dikejutkan dengan penahanan terbaru 13 lelaki Muslim dari Tawau. (ada kisah mereka datang ke Parlimen di blog ini)
Penerbangan selama 2 jam 55 minit dari LCCT ke Tawau, agak meletihkan, namun sebaik saja menjejakkan kaki di bumi "tandok Sabah" ini, sapaan dingin angin Tawau yang lembut, menghilangkan segala lelah dan keresahan yang menyelubungi perasaanku....Bukan aku seorang , rupanya bos GMI, Syed Ibrahim dan sekretari kami, Nalini mengakui, ini adalah kali pertama mereka ke sini ....he he he...
Sebelum tiba di pekan Tawau, aku sering membayangkan bahawa tempat ini hanyalah sebuah pekan koboi kecil dan agak bercelaru susunannya.....(maaf ya orang Tawau)...Tapi, sebaik saja aktivis PAS mengambil dari lapangan terbang dan kemudiannya menurunkan kami dihadapan hotel De Choice...segala perasangka itu berubah...
Ahhhh...tak perlu memikirkan sangat, menikmati hidangan laut yang fresh dan lazat mungkin akan memberi jawapan yang lebih baik lagi......