Apa bezanya Kem di Malaysia dan Guantanamo?

| | 0 ulasan


Ada sesutu yang menarik dalam laporan ini. Perkataan -perkataan seperti "...kami tak tidur..." "...tak tahu waktu" begitu kuat mengembalikan ingatan pada pengalaman yang pernah saya dan Suhaib lalui dalam lokap iaitu di Pusat Tahanan Wanita Bukit Jalil (saya dan 15 wanita lain) dan lokap juvana di Balai Polis Petaling(Suhaib dan Ammar serta beberapa orang remaja lelaki).Kami semua ditahan kerana dituduh menyertai himpunan MANSUH ISA 1 ogos lalu walaupun ketika itu jam menunjukkan 12 tengahari , kami tidak berada dimana-mana lokasi demo dan kami juga tidak memakai pakaian merah hitam!!!!(Demo mula jam 2.00pm, lokasi di Sogo, Masjed Jamek dan Masjed Negara, pakaian merah atau hitam)



Sebelum ini, saya hanya mendengar cerita-cerita tentang keganasan polis @Interrogation Officer melalui penulisan bekas tahanan ISA ketika mereka menjalani 60 hari seksyen 73 ISA. Kisah tahanan tak tidur, tak tahu waktu adalah sesuatu yang lumrah.
Sekadar menyebut beberapa contoh.Yb Saari Sungib tidak tidur langsung selama lebih 72 jam kerana disoalsiasat tanpa henti oleh pegawai penyiasat yang datang menyoal soalan yang sama bergilir-gilir(dalam buku beliau Siri Dari Kamunting).
Suhaib yang ditahan ketika himpunan MANSUH ISA 1 Ogos dulu memberitahu " aku tanya polis dah masuk waktu Subuh ke? polis selamba je jawab , "tak tahu!". Lepas tu beliau menunaikan solat Subuh.Selang beberapa minit, beliau dipanggil untuk dibawa ke Pusat tahanan Bukit Jalil.Ketika itu, jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi!!!Suhaib ada jam tangan, tetapi jam itu terpaksa diletakkan dalam simpanan polis!!
Ketika peristiwa "rusuhan" ciptaan warden Kemta pada tahun 2004, tahanan ISA di Kem Kamunting ketika itu nampak sendiri ganasnya polis UKP menggeledah barangan peribadi semua tahanan dan ada yang mencampakkan Al Quran ke lantai!!!Salah seorang bekas tahanan ISA yang menyaksikan peristiwa itu ialah Abah Suhaib!!!
Jadi.... apa bezanya suasana layanan SB dalam Kem di Malaysia dengan layanan askar US di Guantanamo?

Read More !

Siapa yang TIDAK bercakap benar???

| | 1 ulasan

Menteri Dalam Negeri ,Hishamudin kata "saya rasa ISA boleh diterima rakyat"

Rakyat Malaysia di SOGO semasa himpunan MANSUH ISA 1 Ogos lalu.

Rakyat Malaysia di Masjed Jame' semasa himpunan MANSUH ISA 1 Ogos lalu.


Saya tengok dalam Berita Harian semalam, ms 9, diberitakan Hishamudin dah bertemu wakil2 dari Majlis Peguam, majlis Peguam Muslim, dan beberapa NGO lain dan kemudiannya mengumumkan bahawa "beliau rasa, rakyat Malaysia akan terima ISA". Betul ke???Namun, rasanya tengok gambar-gambar diatas ni, anda semua dah boleh agak, sapa yang suka ISA, ye dak gitu?



Rasa pelik saya bertambah-tambah kenapa Hishamudiin tak jemput GMI dimana Bar Council@Majlis peguam adalah salah satu ahli aktif didalamnya? Kalau semua orang lupa biarlah saya ingatkan semula, Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) adalah milik rakyat Malaysia.GMI ada 83 keahlian antaranya PAS,PKR,DAP, JIM. ABIM dan berbagai lagi NGO termasuk persatuan pelajar.NGO dan parti politik GMI mewakili lebih sejuta keahlian berdaftar dalam 83 parti politik dan persatuan tersebut.

Kenapa Hishamudin tak jemput wakil SUHAKAM ek?Bukankah SUHAKAM adalah wakil kerajaan yang dilantiuk khas untuk menjaga hak asasi di malaysia ni?Dah bayar gaji mereka puluhan ribu ringgit tiap bulan, tapi bila bercakap tentang ISA, Hishamudin tak mahu jemput mereka pulak?Ooohooooo...agaknya SUHAKAM tak dijemput sebeb sejak tahun 2003 lagi, dah keluarkan kenyataan bahawa ISA WAJIB DI MANSUHKAN dan pendapat itu konsisten hingga kini......Betul tak???

At least kalau tak mahu jemput GMI punuuuun... ajak le SUHAKAM.....




Read More !

Press Statement by AIM (Gerakan Mansuhkan ISA)

| | 0 ulasan


Mat Sah was incarcerated without trial more than 7 years in Kem Kamunting and only released 3 months after the death of his beloved mother.

GERAKAN MANSUHKAN ISA
Press Statement: 30th October 2009
Minister: You Should Stop your Drama and Abolish the ISA Now!
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) opposes the Home Minister Hishamuddin Hussein’s calls for amendments to the draconian Internal Security Act (ISA). GMI is a movement with 83 organisation members that has been campaigning for the abolishment of the ISA since 2001. We would like to call on the government to stop giving excuses in delaying the process for the abolishment of ISA. The Home Minister’s decision goes against the wish of the majority of people of Malaysia to see the barbaric and uncivilized law abolished. This was demonstrated by the people of Malaysia in the 12th General Elections where one of the major factors for BN’s big loss was due to the violations of human rights, rule of law and justice brought by ISA. The Anti-ISA rally on August 1st was also a clear indicator that the people do not see the need for ISA and believes that the government should not just review the ISA but abolish it.


GMI would like to raise several questions to the Home Minister. First of all, the Home Minister only consulted with majority NGOs that are seen to be in favor with government. Why didn’t the Home Minister consult with GMI or other civil society organisations such as SUARAM that have been campaigning for the abolishment of the ISA for almost 20 years? What about consulting ex-ISA detainees and their family members? As a minister, why does he refuse to hear comments from GMI, SUARAM and others? Is the government sincere in making changes to the ISA or is it just another drama by the government to capture the people’s heart? Why are the amendments expedited in such a hasty manner?
GMI recognises the obligation of the Malaysian government to protect its population from terrorist attacks and to bring those responsible for engaging in such attacks to justice. But the Malaysian government has yet to demonstrate that any of the individuals it has detained have actually engaged in any such activity. We call on the Malaysian government to abide by its obligations under International Human Rights standards when engaging in counter terrorism activity and also to establish a long term plan for Malaysia when developing mechanisms for combating terrorism while ensuring protection of human rights and the rights of the accused.
GMI would like to remind the government again that the ISA which was enacted in 1960, has been widely used against those who commit acts deemed to be “prejudicial to the security of Malaysia ”, or threatening the “maintenance of essential services” or “economic life”. These vaguely defined security concerns have led to the frequent use of the law against people peacefully expressing their religious and political beliefs, as well as a number of human rights defenders. Furthermore, in 2003, the United Nations Working Group on Arbitrary Detention considered that administrative detention on such grounds, even when in conformity with a domestic law, constitutes a violation of the right to a fair trial by an independent and impartial judicial authority. It consequently considered that the detention under such conditions was arbitrary.
Finally, GMI calls on the government to:
1. Abolish the ISA and all the other laws which allow detention without trial such as Emergency Ordinance (EO) and the Dangerous Drugs Act (DDA);
2. Immediately press charges in court or release all the individuals currently held under the ISA;
3. Close the Kamunting detention camp; and
4. Sign and ratify the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) and the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT) and begin the process of repealing all the domestic laws that contradict human rights principles including the ISA to conform to these international instruments.
By,Syed Ibrahim Syed Noh,Chairman

Read More !

Seronoknya media BN mengutuk PR!!!

| | 3 ulasan

Gambar pada Mac 2008, Yb Barul Hisham , Pushpaneela iateri Yb Manoharan , Syed Ibrahim dan saya .

Malam tadi, tersiar berita YB Badrul Hisham ADUN Pelabuhan Kelang isytihar keluar dari PKR, jadi ADUN bebas dan bakal memberi sokongan pada BN.Dan seperti diduga, bukan main seronok sekali media BN , dari tv dan suratkhabar tentunya ,mengutuk dan mereka cerita yang buruk-buruk mengenai PR umumnya dan PKR khasnya.Nampaknya berganda-ganda kegembiraan media ini memburukkan PR dimata rakyat apatah lagi semalam, keluar berita Pairin letak jawatan Ketua PKR Sabah serentak dengan isu cadangan EGM dalam PAS yang dipetik dari blog TG Nik Aziz .



Personally, saya rasa tidak pelik langsung dengan beberapa peristiwa tersebut. Kalau Yb Badrul Hisham keluar dari PKR, itu mungkin lebih baik untuk membersihkan parti anak bangsa malaysia itu dengan calun yang lebih jujur dan bersih dimasa depan.Saya tak tau bila pulak Pairin dilantik jadi Ketua PKR Sabah...tup tup dah letak jawatan pula. Namun saya amat menyokong isi blog TG Nik Aziz supaya PAS dibersihkan dari ahli-ahli yang begitu "teringin nak bersama UMNO". Patutlah BN bukan main kecoh dengan isu EGM ni kerana hilanglah peluang parti yang sedang nazak itu untuk mendapatkan sokongan Melayu dalam PAS!!!
Walau apa pun, saya tidak berminat untuk memburukkan sesiapa.Cuma ingin mengucapkan terimakasih pada YB Badrul, pada tahun 2008 lepas, masa tu kempen pilhanraya ke 12, beliau turut memberi sedikit sokongan pada kempen anti-ISA GMI walaupun beliau sendiri tidak faham apa itu ISA!!!! Mungkin lepas ni, Yb Badrul boleh cerita sikit pada pemimpin UMNO/BN betapa jahatnya akta tahan tanpa bicara ISA tersebut.

Read More !

ISA tak sepatutnya wujud!

| | 0 ulasan

Amylia -anak dara Dr Nasir sedang meluahkan testimoninya sebagai anak bekas tahanan ISA.Dr Nasir disebelahnya sentiasa tersenyum....

Saudara kamaruzaman ditahan sebanyak 3 kali dibawah ISA,bermula 1987.

Dr Kua Kia Soong, Syed Ibrahim dan YB Khalid Samad.


"Gerakan mewujud dan mempertahankan ISA ialah satu perjuangan yang kejam.." demikian kata-kata itu terlontar kepada audien di Auditorium KLSCAH oleh ADUN Kota Damansara, YB Dr Nasir Hashim ketika beliau memberi sedikit perkongsian dalam mengimbau kembali peristiwa penahanan nya dibawah ISA, 22 tahun yang lalu.Sungguh dalam maksud kata-kata itu.Dalam nada separuh ceria, beliau bercerita pengalamannya sebagai tahanan ISA ketika mendiami Kem kamunting selama satu setengah tahun.Untuk memberikan sedikit terapi ketika menghabiskan masa siang dan malam di Kem, beliau menulis sajak yang di raih berdasarkan aktiviti harian beliau disana.Dan, kumpulan sajak itu telah dibukukan serta di lancarkan pada malam tersebut.Tahniah pada Dr Nasir.



Selepas perasmian buku sajak Dr Nasir, tetamu di persembahkan dengan satu forum mengenang kembali Operasi Lallang 1987 dimoderatekan oleh Syed Ibrahim,manakala panelisnya ialah Dr Kua Kia Soong dan Yb Khalid Samad. Rancak dan bertenaga sungguh mereka bercerita mengenai pengalaman masing-masing.Ternyata, kedua-dua mereka amat tegas menyatakan bahawa sebaik saja keluar dari kem , mereka bukan menjadi rakyat yang lebih penakut atau lemah, tetapi lebih berani kerana telah berjaya berjuang bagi melepasi keganasan dan kejahatan ISA yang menjadi tempat cari makan ratusan SB didalamnya!!!

Malam itu, memang seperti satu re-union bagi bekas-bekas tahanan ISA. Saya sendiri tidak putus-putus disapa oleh mereka-mereka yang mengikuti perjuangan GMI selama ini. Dari Yb Jayakumar, Arutchelvan, blogger Labun Kulup Sakah, Jay-anak bangsa Malaysia...dan ramai lagi...semuanya bertanya khabar Mat Sah."You dah tak popular sekarang.Your hubby lagi dikenali ramai..." demikian kata Nalini Dewi bergurau dengan saya.Ya,,,saya akui terlalu ramai yang ingin melihat dan berjumpa tahanan ISA yang dah dikurung lebih 7 tahun secara "live"!!!




Read More !

Esok Selasa 27 Okt, 8.00pm di Dewan Perhimpunan Cina (KLSCAH).

| | 0 ulasan


Jemputlah beramai-ramai ke program diatas yang akan diadakan di Chinese Assembly Hall bagi memperingati Operasi Lalang, satu penahanan beramai-ramai rakyat Malaysia dibawah ISA yang datangnya dari pelbagai latar belakang , bangsa dan ugama. Selepas Operasi Lalang inilah lahirnya SUARAM yang begitu lantang bersuara tentang hak asasi rakyat Malaysia yang sering ditindas oleh pemimpin kerajaan yang sedang berkuasa.



Apa yang saya tahu, ada yang ditahan dibawah ISA hanya kerana memperjuangkan bahasa ibunda.Ada yang ditahan kerana beliau seorang peguam.Ada yang ditahan kerana beliau seorang pensyarah .Antaranya yang ditahan pada 27 Okt 1987 itu ialah Yb Lim Guan Eng , Yb Khalid Samad dan ramai lagi....Marilah datang beramai-ramai sebagai satu sokongan kepada program memperingati kezaliman ISA pada rakyat Malaysia ini.

Read More !

GMI akan dibubar sebaik saja ISA mansuh!

| | 0 ulasan

Merahhitam, Syed Ibrahim,bekas tahanan ISA Cikgu Non, Hj Nahar sebagai moderator, Lim Chee Wee (N.Pres Bar Council) dan Peguam Hanipa Maidin.

Cikgu Non meluahkan rasa yang terpendam selama beliau dizalimi ISA.

Sessi terakhir Forum ISA yang bertemakan "ISA hanya kaji semula?Kenapa tidak mansuh terus?" menyaksikan pandangan dari tiga aktivis hak asasi manusia yang berjuang khas untuk memansuhkan ISA disamping dua orang yang menjadi mangsa kedurjanaan akta tahan tanpa bicara itu.Tiga aktivis tersebut ialah Syed Ibrahim - Pengerusi GMI,Lim Chee Wee, Naib Presiden Bar Council dan Peguam Hanipa Maidin dari PAS.Manakala dua mangsa ialah saya mewakili keluarga tahanan ISA dan Cikgu Non mewakili bekas tahanan ISA.



Bagi aktivis rakyat seperti Peguam Hanipa dan peguam Lim Chee Wee,mereka berdua pastinya amat konsisten dengan prinsip dan pendirian bahawa ISA adalah salah satu akta yang jelas mencabul hak asasi manusia dan unsur tahan tanpa bicara didalamnya memang bertentangan dengan semangat "innocent until proven guilty".Justeru itu, keduanya amat amat tegas dengan pendirian bahawa akta tersebut mesti di buang dari perlembagaan Malaysia.
Saya rasa sebak bila mendengar luahan hati Cikgu Non bahawa keluarga beliau terpaksa menjual sebidang tanah untuk meneruskan kehidupan dua orang isteri dan 18 anak-anak yang ditinggalkannya selama 5 tahun dikurung di Kem Kamunting.Dan akhir sekali, saya masih tidak berpuas hati dengan "pembebasan" suami saya- Mat Sah yang hanya dibenarkan bergerak disekitar kawasan Ampang saja dan kena berada dirumah sebelum jam 9 malam.Nampaknya walaupun Menteri Dalam Negeri kata beliau tidak lagi menjadi ancaman, nampaknya pergerakan beliau tetap diawasi oleh SB yang gajinya dibayar oleh rakyat Malaysia.Saya dan Cikgu Non pastinya terus saja mengatakan bahawa ISA wajib dimansuhkan kerana akta itu telah digunakan oleh pemimpin BN untuk menganiaya kami antara 5 hingga 8 tahun lamanya!!!Dan akhir sekali, Syed Ibrahim menggulung perbincangan petang itu dengan satu kesimpulan bahawa kempen menyedarkan rakyat tentang kezaliman ISA telah mencapai satu peringkat yang memberangsangkan dan diharap usia GMI akan segera ditamatkan sebaik saja ISA di mansuhkan!!!

Read More !

ISA gagal dari segi kemanusiaan -Siva.

| | 0 ulasan

Dato Siva Subramaniam, pesuruhjaya SUHAKAM.

Edmund Bon, wakil Bar Council.
"ISA menyekat satu prinsip penting hak asasi manusia kerana menafikan hak proses perbicaraan dan "innocent until proven guilty" tidak dapat di praktikkan disebabkan sekatan tersebut' lebih kurang begitulah pendapat Dato Siva Subramaniam dalam slot "Apa perspektif Hak Asasi Manusia tentang kaji semula ISA?" di Bar Council baru-baru ni.
"Dan yang lebih menyedihkan, disebabkan unsur tahan tanpa bicara itu, ISA telah gagal dalam sudut kemanusiaan" tambahnya lagi merujuk pada beberapa keluarga mangsa ISA yang mengalami perceraian dan kehilangan pekerjaan disebabkan akta itu.Bukan itu saja, beliau turut merujuk bagaimana ISA digunakan sesuka hati saja oleh Menteri yang berkuasa ketika itu, kata beliau memberi contoh bagaimana bekas Menteri Dalam Negeri Hamid Albar dengan sewenang-wenangnya menahan Tan Hoon Cheng, seorang wartawan wanita menggunakan ISA dengan alasan "bodoh" untuk menjaga keselamatan wanita tersebut!!!!!



Tidak dinafikan, SUHAKAM setakat ini sentiasa konsisten dengan prinsip bahawa ISA wajib di mansuhkan selepas semua tahanan dibebaskan.Walaupun pendapat dan saranan itu sangat bagus, namun disebabkan kuasa SUHAKAM yang hanya setakat menjadi "penasihat' pada kerajaan BN, maka pandangan yang cukup baik dan berperikemanusiaan itu tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan.

Di slot yang sama, Peguam terkenal Edmund Bon mengenang kembali keterlibatan beliau bersama GMI, yang menurutnya telah melahirkan ramai aktivis baru hak asasi manusia samada dikalangan peguam atau ahli keluarga tahanan ISA sendiri.Beliau juga berharap, lebih ramai lagi peguam muda dan individual yang akan digerakkan untuk meneruskan perjuangan memansuhkan ISA.

Read More !

ISA di tolak semua agama di Malaysia.

| | 3 ulasan

YB Saari Sungib ADUN Hulu Kelang dan bekas tahanan 2 kali ISA, telah menulis lebih 30 buah buku mengenai hak Asasi dalam Islam .

Dr Ong See Yew Presiden ke 20 Persatuan Belia Buddhist Malaysia.

Reverand Sivin Kit dari Bangsar Lutheran Church dan dilantik menjadi pastor sejak berusia 21 tahun!


Dr Bala Tharmalingam , Naib Presiden Hindu Sangam, Malaysia.



Dalam slot "Penahanan tanpa bicara dari sudut agama" dalam "Forum ISA" yang berlangsung di Bar Council beberapa hari yang lalu, GMI telah menjemput empat orang yang mewakili empat kumpulan agama terbesar di Malaysia untuk berkongsi pendapat serta pandangan dari sudut agama, kedudukan ISA, akta kesayangan UMNO yang membenarkan penahanan tanpa bicara.


Menurut YB Saari yang mewakili maysarakat Islam, sekurang-kurangnya ada 2o dalil dalam Al Quran yang berkaitan dengan hak asasi dan penahanan tanpa bicara.Menurut beliau lagi, beberapa buah buku tulisan beliau telah diserahkan pada JAKIM dan beberapa orang Mufti supaya Majlis Fatwa dapat mengeluarkan satu peraturan tentang penahanan tanba bicara ini, namun....tiada sebarang respon walaupun ianya telah diusahakan sejak tahun 2005 yang lalu.......
Dr Ong, Reverand Sivin dan Dr Bala semuanya sependapat bahawa ISA yang jelas mencabul hak asasi manusia dan didalamnya ada elemen tahan tanpa bicara, tidak diterima oleh mereka yang mewakili masyarakat berugama Buddha, Kristian dan Hindu.
Pemimpin dan penyokong yang mempertahankan ISA ni ikut ajaran ugama apa ya???


Read More !

ISA mencemari perlembagaan Malaysia.

| | 0 ulasan


"ISA adalah salah satu dari beberapa akta tahan tanpa bicara yang diamalkan di Malaysia ini yang sangat membuang masa dan membuang duit rakyat" kata Prof Dr Aziz Bari, pakar Perlembagaan dari UIAM."Dalam kes ISA, biasanya tidak ramai hakim yang berwibawa dan berani seperti Syed Ahmad Helmy , Hishamudin Yunus mahupun Suriadi Abd Halim yang berani memberikan kemenangan kepada tahanan ISA"tambah beliau lagi.
Hakim Syed Ahmad Helmy memberi kemenangan pada kes Habeas Corpus (HC) Raja Petra , Hakim Hishamuddin Yunus memenangkan 6 Reformasi terdiri dari Ezam, Saari Sungib, Tian Chua dan beberapa yang lain dan Hakim Suriadi Abd Halim memberi kemenangan pada tahanan ISA "JI" Nasarudin Nasir.Dalam ketiga-tiga kes itu, hanya Raja Petra yang dibebaskan manakala Kumpulan Reformasi tidak dibebaskan. Yang lucu nya Nasarudin Nasir yang telah diistiharkan tidak bersalah, baru 10 minit dibawa keluar dari Kem kamunting tetapi telah ditahan semula di luar pagar utama Kem dan kemudian ditahan semula dibawah ISA.Nasarudin dibebaskan empat tahun kemudiannya....



Betul lah kata Prof Dr Aziz tu. Mahkamah di Malaysia ni memang tidak boleh diharap untuk menyelesaikan kes-kes ISA. Saya teringat semasa HC 8 tahanan ISA JI pada Feb 2004 dulu.Mat sah adalah salah seorang dari mereka.Hakim yang mendengar kes itu, Kadir Musa jelas-jelas kata, ISA ni tak boleh dicabar di mahkamah ,walaupun orang yang ditahan itu mahkamah tiada bukti langsung untuk mensabitkan kesalahannya!!!!!

Justeru, Prof Dr Aziz menekankan bahawa menjadi satu tanggungjawab yang amat berat pada kita juga generasi akan datang untuk membersihkan perlembagaan Malaysia hari ini yang telah dicemari oleh kewujudan ISA.


Read More !

Terus tabah kepada Ramadhan dan Khadijah.

| | 1 ulasan

Keluarga tahanan ISA antaranya Suhaib, Amjad, Asyraf dan Hakiim di majlis perkahwinan Ramadhan&Khadijah .

Nostalgia bersama teman-teman aktivis Gerakan Mansuhkan ISA yang lain iaitu Sing Yee dan Mustaza.

Satu-satunya kenangan abadi Ramadhan&Khadijah bersama Nur Fatimah Bt Ramadhan , 3 bulan yang telah pergi mengadap Illahi pada hari Khamis 22 Okt 2009.

" Putri saya Nur Fatimah telah meninggal dunia pagi tadi jam 6.20am..." itulah sms yang diforwardkan oleh Nashita, Fadhil dan Nazri tv PAS.Termangu seketika. Setelah koma hampir dua minggu lamanya, bayi kecil itu akhirnya menjadi milik Allah Yang Maha Esa.



Saya mengenali Ramadhan ketika beliau sama-sama dalam menggerakkan kempen anti-ISA GMI. Terlalu banyak yang saya pelajari darinya walaupun beliau jauh lebih muda dari saya. Dan, sebagai seorang yang matang sepertinya, saya yakin, ujian berat dari Allah ini dihadapi beliau serta isteri dengan sabar dan tabah.
Innalillahi Wainnailaihi Rojiuun. Alfaatihah....


Read More !

Selamatkah bayi ini dari ISA?

| | 1 ulasan

Baru sebulan bebas dah ada baby?

Oooohhh, bayi comel berusia 3 minggu itu adalah milik Puan S...
Saya dan Abah Suhaib percaya, ramai yang mendoakan agar kami dianugerahi seorang lagi cahaya mata selepas hampir lapan tahun kami dinafikan hak untuk memperolehinya. Walau pun Suhaib menolak sekeras-kerasnya 'the idea of having another family member" namun, sekiranya Allah mengizinkan, kami pasti tidak akan menolaknya. Suhaib sering mempersoalkan, adakah kehadiran beliau belum cukup memberi kesempurnaan dalam keluarga kami....Aku dan Abah hanya tersenyum saja.......



Abah memang amat sukakan budak-budak.Semasa Suhaib masih bayi, beliau menghabiskan banyak masa untuk bersama nya (Suhaib).Dari usia sehari, hinggalah lapan tahun tiga bulan (ketika Abah kena ISA) hubungan dua beranak itu amat akrab. Abah lah yang sering mandikan dan menukar lampin Suhaib ketika baby hinggalah melangkah ke alam toddler.Bila Abah dikurung tanpa bicara di Kem kamunting, suasana tempat dan kehidupan Abah telah menjarakkan hubngan mereka berdua.Kedua-duanya pernah merasa trauma berhadapan dengan polis dan SB.Kedua-duanya juga memahami kehidupan yang dilalui, sentiasa dibawah pemantauan dan pengawasan SB yang berkeliaran diderah kami.
Kedua-duanya memang amat perlukan masa untuk membuang trauma sekaligus meruntuhkan tembok ketakutan yang semakin terhakis dari minda masing-masing.
Setiap kali melihat bayi, aku membayangkan, bagaimanakah nasib dan masa depannya.Adakah bayi -bayi tersebut akan terselamat dari akta kejam ISA?

Read More !

Sila Blok Sabtu, 24 Okt 2009!!!!!

| | 0 ulasan


" Bila dapat berita Mat Sah dah bebas, rasa macam ISA ni dah tak ada di Malaysia...." kata seorang Mak Cik kepada ku beberapa minggu yang lalu.Saya akui, Mak Cik itu terlalu gembira dengan berita pembebasan tersebut.Dan saya yakin, ribuan lagi penyokong kempen anti-ISA anjuran GMI sangat gembira kerana mereka juga turut merasakan, usaha menghadiri ceramah dan turun ke demo MANSUH itu ternyata berbaloi!!!!



Namun jangan lupa, Mat Sah belum sbebeas sepenuhnya.Nak ke kubur emak dia pun belum dapat dilakukan.Mat Sah terpaksa redha hidup dalam ruang yang sempit disekitar Ampang saja.ISA masih menzalimi kami semua......
Menyedari hakikat tersebut, GMI tidak pernah leka denganpembebasan itu kerana masih ada 9 orang ditahan di Kem Kamunting dan lebih 28 Juta rakyat yang terdedah dengan bahaya ISA.Kempen dan pendidikan kepada rakyat tetap diteruskan....
marilah semua bersama kami, menghadiri program diatas, sebagai satu usaha paling terkini untuk menjelaskan pada rakyat kenapa kita semua wajib menolak ISA!!!!

p/s:Dear bloggers, tolong bantu promo program terkini GMI tu ya...Didahului dengan ucapan terimakasih.

Read More !

Istimewanya layanan mereka....

| | 0 ulasan

Bersama Muslimat PAS.

Kenangan bersama kak Nuri, Ketua Muslimat PAS.

Amer Hamzah, Mat Sah, Syed Ibrahim dan MC Malam DRUR.


"Pengantin lelaki nya mana Ustazah?" tanya seorang wartawan pada Ustazah Nuridah, Ketua Muslimat PAS ketika melihat saya berdiri disebelah beliau untuk minta diri keluar dari jamuan Hari Terbuka PAS di Taman Melewar.Bila orang ramai terdengar suara tersebut, mereka yang sedang menyaksikan persembahan pentas, berpusing dan memandang tepat kearah kami berdua.Beberapa orang jurugambar dan orang persendirian sibuk menghalakan kamera mereka kearah kami. Terasa panas kulit muka saya disindir begitu...namun nak buat macam macam mana, terima sajalah usikan tersebut.



"Kak Laila, Mat Sah tak ikut ke?" itu yang saya dengar sebaik saja tiba di perkarangan Markas Tarbiyah PAS. Begitu ramai penyokong PAS yang menegur saya."Dia tak boleh keluar dari Ampang!!" jawab saya ringkas.Dari cara mereka yang begitu mesra memanggil nama saya, boleh agak, semua tu pastinya peserta MANSUH 1 Ogos baru ni.Terlalu ramai muslimat yang menyalami saya sambil mengucapkan tahniah. Rasa gembira, sebak dan terharu sangat dengan sambutan mereka.Sekiranya Mat Sah boleh hadir di majlis jamuan tersebut, pastinya dia rasa gembira yang amat sangat dapat bertemu para demonstran yang menurutnya amat berani menghadapi bom asap ,semburan air asid dan melepasi barisan-barisan kukuh FRU!!!

Sebelum saya pergi ke Jamuan PAS di Melewar, saya terlebih dulu menghadiri "open house' Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia , singkatannya JIM yang diadakan di Taman Melawati.Mat Sah boleh hadir di jamuan tersebut kerana lokasinya masih dalam kawasan Ampang.Kehadiran kami bertiga , mendapat layanan yang sungguh istimewa dari pimpinan JIM yang menyambut ketibaan tetamu dimajlis itu. Sebaik saja tiba, Mat Sah terus hilang dari sebelah saya.Dari jauh,saya lihat beliau diiringi oleh Tn Syed Ibrahim, Timbalan Presiden JIM yang juga Pengerusi GMI, menghala ke bawah khemah dan disambut serta dikelilingi oleh warga JIM yang sedang menjamu selera dengan ayam dan kambing bakar. Senyuman sentiasa berbunga dibibir Mat Sah!!!
"Semalam di Rumah Terbuka Yb Dr Lo Lo , rasa terharu sangat dengan sambutan mereka.Hari ni , pun terharu dapat layanan yang amat istimewa dari orang JIM...." kata Mat Sah berkali-kali.Setelah lebih tujuh tahun, menjalani kehidupan yang tidak normal dibawah kawalan orang-orang KDN yang menjaga beliau di Kem Kamunting, pastinya pertemuan dengan orang-orang yang baik dan soleh mencatitkan kenangan yang indah dalam dairi kehidupan yang baru saja bermula.Sejak dikeluarkan dari Kem sebulan yang lalu, ternyata kunjungan beliau ke majlis-majlis seperti ini, dapat mengurangkan sedikit trauma dan pengalaman pahit yang pernah dilalui tujuh tahun yang lalu ....



Read More !

Abah Suhaib terharu dengan kebaikan anda semua...

| | 1 ulasan

Bersama Yb Dr Lo Lo di majlis rumah terbuka di Ampang Hilir.

Ammar, Abah Suhaib dan Pak Cik Bad.

Faizah, Intan, Ummu asiah, Asiah dan Merahhitam.


"Terharu sangat dengan kebaikan mereka...." kata mat Sah ketika kami berdua pulang dari menghadiri majlis rumah terbuka Yb Dr Lo Lo.
"Kenapa rasa terharu?" terasa agak "bodoh" melontar soalan seperti itu."Mereka faham, bukan mudah mengharungi hidup sebagai keluarga dan mangsa akta tahan tanpa bicara ISA" kataku lagi tanpa dipinta.



" Tahanan ISA tak rasa betapa ramainya orang di luar yang baik-baik dan sanggup menolong keluarga mereka.Jika mereka rasa pertolongan tu, memang semua mereka akan melawan SB yang menjadi petualang ISA, habis-habisan!!!" kata Abah dalam nada perlahan sangat.
Inilah kejahatan SB.Mereka menutup segala kebaikan manusia lain yang benar-benar ikhlas untuk membantu semua yang dianiaya oleh akta zalim tersebut.
p/s: Kami sekeluarga terhutang budi pada Bad dan Nashita diatas segala bantuan dan keperihatinan mereka terhadap kami sekeluarga selama ini.Moga Allah membalas dengan Syurga.


Read More !

Jom ramai-ramai ke Dewan MPAJ AU 2.

| | 2 ulasan


Saya dan Mat Sah akan cuba hadir ke dewan itu untuk set-up pameran anti-ISA.Sejak dibebaskan , Mat Sah telah beberapa kali menonton semua video yang menayangkan peristiwa hebat demo anti-ISA 1 Ogos lalu. Mat Sah terlalu teruja nak jumpa semua mereka-mereka yang begitu berani hadir ke Himpunan MANSUH tersebut yang menurut beliau, adalah satu pemangkin supaya beliau segera dibebaskan.
Mat Sah kata, jika nak turutkan hati, rasa nak jumpa semua demonstran tu "in-person" dan ucapkan tahniah kerana keberanian mereka!!!Tapi....apakan daya.Beliau tak boleh keluar dari kawasan polis yang begitu kecil saiznya dan terpaksa berada dirumah sebelum jam 9 malam.....
Jadi, bila ada peluang seperti ini, marilah beramai-ramai datang ke AU 2, pertamanya untuk menonton persembahan itu dan keduanya..... supaya niat Mat Sah untuk bertemu anda semua dapat ditunaikan....






Read More !

GMI tidak pernah lupa padamu...

| | 6 ulasan


Dalam meniti hari-hari dimana Abah Suhaib telah berada disamping kami, isteri dan anaknya...saya tidak pernah lupa apakah nasib yang sedang dialami oleh salah seorang tahanan ISA yang ditahan dimalam yang sama dengan Abah lebih 7 tahun yang lalu.....Samsudin Sulaiman, ketika itu berusia 32 tahun, pastinya umur beliau kini telah menjangkau lebih 39 tahun!!! Sungguh lama usia dibazirkan tanpa sebarang kerja, perancangan dan seribu-satu macam aktiviti yang boleh dilakukan oleh seorang manusia yang sepatutnya bebas dan merdeka. Hanya disebabkan 'rupa' beliau dengan wajah yang dipenuhi jambang....begitu mudah media menggambarkan nya sebagai salah seorang "teroris" yang terus menerus ditahan di Kem Kamunting hingga lebih 7 tahun lamanya.



Abah sering bercerita tentang Samsudin, seorang yang pendiam dan amat menghormati perasaan teman yang lain.Saya masih ingat, ketika kami sekeluarga menikmati juadah Hari Raya di meja, dengan tidak semena-mena, Abah teringat pada Sudin@Samsudin yang bersendirian di salah satu blok tahanan di Kem Kamunting.Untuk seketika, saya dan Suhaib terdiam dan tercekik rasanya makanan yang sedang ditelan ketika itu. Apa tidaknya. Sudin adalah sebahagian dari Abah kerana mereka ditahan di malam yang sama, berada di Kem dalam tempoh yang hampir sama dan mutakhir, mereka tinggal di blok yang sama.Setiap kali kehabisan wang saku, Abah pastinya meminta aku menghantar duit lebih sedikit supaya dapat dikongsi dengan Sudin dan beberapa teman tahanan yang lain.

Saya juga agak rapat dengan bekas isteri Sudin, Pn D. Sudin dan Pn D telah bercerai tiga tahun yang lalu.Saya tidak pasti, mungkinkah disebabkan perpisahan ini, Sudin terlalu kecewa hingga beliau tidak mahu kemana-mana dan ingin tinggal "selama-lamanya" di Kem sana?

Entahlah....Saya tidak beranai membuat sebarang kesimpulan.Namun yang jelas, kini.....beliau benar-benar keseorangan ,hanya bertemankan , katil,tilam,bantal ,buku-buku dan kenangan yang ditinggalkan oleh Abah dan empat orang yang dibebaskan 15 September yang lalu....
Saya amat yakin, GMI tidak pernah melupakan beliau dan pasti akan sentiasa hi-litekan kesah Sudin ini dalam setiap aktiviti kempen anti-ISA yang akan berlangsung kelak dan dimasa yang sama, pohon doa dari kalian yang membaca blog ini supaya Allah segera membebaskan beliau dari Kem Kamunting.



Read More !

Kami tidak pernah lupa kezaliman ISA...

| | 4 ulasan

Bersama adik-adik wartawan di majlis rumah terbuka HARAKAH.

Dirumah terbuka Parlimen Gombak dengan YB Azmin Ali, YB Saari dan YB Amirudin.

Kak, datang sorang je? Mana yang satu lagi he he he...?" tanya adik-adik HARAKAH sewaktu menghadiri "open house" akhbar alternatif paling popular di Malaysia itu."Dia tak boleh keluar daerah...kena duduk Ampang je..." jelasku sambil tersenyum.Berebut-rebut adik-adik tu bersalaman dengan ku.Masing-masing mengucapkan "selamat pengantin baru" sambil menguntum senyuman penuh makna...nakalnya senyuman mereka tu!!!!
Peristiwa yang sama juga berlaku ketika aku dan Abah Suhaib menghadiri rumah terbuka Parlimen Gombak hujung minggu lepas. Ramainya sahabat-sahabat yang dikenali dan juga baru pertama kali ditemui, bersalaman dengan kami berdua.
Namun, aku tak dapat melupakan "hadiah" istimewa dari pasangan Radi/Saliza, sebaik saja aku dan Abah Suhaib minta diri dari rumah mereka.Apa hadiah itu ya? Sebotol jamu herba Kacip Fatimah..... Aduh!!! Malunya! Sabar je lah.....Allah saja yang tahu betapa malunya aku nak membawa pulang hadiah tersebut!!!


Itu adalah antara pelbagai peristiwa baru yang terjadi dalam kehidupanku kini. Bukan setakat itu saja, ramai juga teman-teman yang dah pandai komplen mengatakan aku kini lambat menjawab sms dan panggilan telefon mereka....
Entahlah. Rasanya kehidupanku biasa saja. Tetapi tak mustahil, dalam usahaku menyesuaikan diri "menjadi isteri semula"setelah membujang selama 7 tahun, mungkin ada beberapa rutin harian yang terpaksa di kemudiankan......
Namun satu perkara yang ingin ku jelaskan ialah, sebarang usaha untuk mendedahkan kejahatan dan kezaliman ISA, tetap menjadi keutamaan. Aku cuba sedaya upaya akan tetap berpegang teguh pada prinsip perjuangan bahawa, selagi ISA masih wujud, selagi itulah akta zalim tahan tanpa bicara itu tidak akan luput dari ingatan dan tindakan...cuma mungkin fashionnya berbeza sedikit dibandingkan ketika Abah masih dikurung di Kem Kamunting dulu.

Jangan lupa membaca posting terbaru tentang kami berdua di http://merdekareview.com/bm

Read More !

Lupakah dia....?

| | 6 ulasan

Dua orang pemimpin tertinggi parti Makkal Sakti Malaysia, Kannan Ramasamy, Merahhitam, Thanenthiran dan Nalini

Maaflah tiada postings baru untuk hari Ahad dan Isnin.Kurang sihat. Kepala rasa berat, rasa mual dan perut pula rasa kurang selesa.Cuaca panas membuatkan tekak saya terlalu ingin makan benda-benda masam seperti limau dan jeruk buah. Apa? Suhaib nak dapat adik? Belum lagi kot..... Dia (Mat Sah) balik rumah belum sampai sebulan.Hari Ahad baru ni, kami menghadiri beberapa jemputan "open house' , makan pelbagai juadah ... tu yang jadi macam tu.Walau apa pun, agaknya kemenangan BN di Bgn Pinang turut menyumbang kepada rasa mual dan sakit kepala tersebut!!!
Saya tiba-tiba teringat pada dua orang rakan baik yang sering berada dipentas ceramah anti-ISA iaitu R.Kannan (Mr Right) dan Thanenthiran, bekas dua orang ko-ordinator Hindraff....Saya terkedu dengan kisah terbaru mereka....




Macam tak percaya, pada hari mengundi di Bgn Pinang , tiba-tiba PM Najib merasmikan penubuhan Malaysian Makkal Sakti Parti(MMSP) . Kenapa ya? Saya terkejut dengan berita dua orang "anti-ISA campaigner" yang amat rapat dengan GMI,menjadi pemimpin tertinggi parti baru untuk orang India itu. Saya mengenali mereka berdua kerana persefahaman yang wujud antara penyokong Hindraf dan Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) dalam program kempen bebaskan 5 pemimpin Hindraf sepanjang tahun 2008 dan awal 2009. Kannan dan Thanen, dua orang bekas ko-ordinator Hindraff sangat faseh dalam perbualan dan bersopan santun seperti orang Melayu . Thanen sendiri yang pernah mengambil Diploma pengajian Islam di UKM juga sangat pandai membaca ayat-ayat Al Quran.Dalam beberapa siri program dimana saya dan Thanen menjadi penceramah utamanya, saya melihat beliau adalah seorang yang sangat berpegang pada prinsip perjuangan iaitu ingin melihat ISA di mansuhkan dan semua rakyat Malaysia akan bebas dari akta tahan tanpa bicara itu.
Namun, dengan penubuhan parti baru itu, dan menjadikan PM Najib sebagai perasminya....saya tidak pasti ,adakah beliau telah lupa , setelah lebih 50 tahun kaum India dinafikan pelbagai hak , kemudian ketika mereka menyoal hak tersebut dalam satu demo jalanan pada 25 Nov 2007, mereka telah disembur dengan air asid dan lima orang dari pemimpin mereka telah ditahan dibawah ISA.Kini ,kesemua lima orang itu telah dibebaskan!!!
Sebaik saja 5 Hindraf dibebaskan, mereka berdua dengan mudah menubuhkan parti baru bagi kaum India. Adakah Kannan dan Thanen telah lupa pada UMNO/BN, yang telah membuatkan mereka "being sideline for 50 years" ?Adakah dengan menubuhkan parti baru itu akan memberi jaminan bahawa hak terhadap beberapa tuntutan khas kaum India akan dipenuhi? Adakah mereka berdua telah lupa bahawa UMNO/BN masih punya ISA? On top of everything, dimanakah prinsip perjuangan selama ini? Maaf ya... saya menulis agak emosional sket.....
Mungkin setakat ini, kedua-dua mereka belum dipilih untuk dijadikan mangsa akta tahan tanpa bicara itu....tetapi, selagi ISA masih wujud, tiada siapa yang tahu, siapakah individu-individu terpilih lagi yang akan dijadikan mangsanya. Mereka berdua mungkin lupa pada ISA,tetapi pemilik akta zalim itu tidak pernah lupa untuk menggunakannya pada sesiapa saja yang berkenan dihatinya!
Sila baca wawancara antara kami berdua -saya dan mat sah dengan website merdeka review di alamat http://wwwmerdekareview.com/bm.


Read More !

Doakanlah kejayaan untuk Sdr Zulkefly calon PAS N.31 Bagan Pinang.

| | 0 ulasan


Sdr Zulkefly memegang lencana Malaysia Bebas dari ISA bersama aktivis GMI dan YB Salehuddin Ayub sebelum sidang Media N.31 B.Pinang.

Aktivis SUARAM dan GMI yang turut memeriahkan suasana kempen di PRK Bagan Pinang.

"Tunggu, nak join sekali ambik gambar dengan pengantin baru...." kata YB Salahudin Ayub ,sebelum menghalakan wajah ke kamera, sempat beliau tersenyum kearah saya.YB Salahudin adalah komander utama dalam Himpunan MANSUH Ogos lalu.Beliau segera berdiri sebaris dengan calon N.31 yang sememangnya telah bersedia untuk bergambar, lengkap memegang lencana Malaysia Bebas dari ISA.Sebelum itu saya ditegur oleh Uncle Bernard (Zorro Unmasked) "hows your honeymoon Laila...." dan kemudiannya disapa oleh beberapa orang teman wartawan bertanya bagaimana perasaan saya setelah kembali menjadi "isteri'.....Ohh...semua pertanyaan dan kata-kata mesra tersebut membuatkan saya rasa malu dan "blush"!!!!Saya hanya mampu tersenyum saja....



Saya rasa memang elok duduk dirumah saja.Setiap kali saya berada dalam majlis yang dihadiri oleh penyokong PR, memang saya akan menjadi "mangsa" usikan mereka.Ahhh!!! Malunya!!! Allah saja yang tahu.Namun saya kena terima dan hargai usikan itu kerana mereka semualah yang menjadi penyokong utama yang turut mengambil sebahagian dari saham untuk membantu Mat Sah dibebaskan dari cengkaman ISA!
Pada hari tersebut, misi saya ke Bagan Pinang hanyalah ingin mendapatkan berita sebenar keadaan dan suasana disana. Sekurang-kurangnya, saya boleh kongsikan dengan orang lain yang tidak berkesempatanuntuk menabur tenaga di PRK kubu kuat UMNO itu.Betullah kata ramai bloggers, wang ringgit ditabur semahu-mahunya di Bagan Pinang. Petugas PR hanya mampu memberi flyers yang sarat dengan maklumat serta azam Sdr Zukkefly sekiranya beliau diberi peluang mewakili warga yang menghuni sebahagian jaluran pantai Port Dickson yang indah itu.
Walau apapun, masih ada peluang bagi PAS meraih kemenangan disana.Selain usaha keras aktivis disana, doa-doa kita semua amat berharga untuk memastikan kemenangan di daerah itu.
Dalam munajat kita pada Allah SWT, bait-bait yang datangnya dari hati yang suci jerneh, bukakanlah hati para pengundi supaya memilih pemimpin yang terbaik untuk membantu memakmorkan Bagan Pinang dimasa depan....Ameen.

Read More !

Aku , Bagan Pinang, Abah dan Suhaib.

| | 2 ulasan

Di sebelah bunting calon Bgn Pinang.






Senyuman 1-Malaysia.



Abah dan Suhaib di sebuah pusat membeli belah.




Seronoknya dapat menyertai kru SUARAM-GMI ke BaganPinang.Ketika "bujang" 7 tahun dulu, aku tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertai pasukan GMI ke PRK yang sedang berlangsung ketika itu. Namun sejak Abah pulang ke rumah, aku terpaksa akur dengan ketetapan syariat bahawa kini, aku kembali menjadi miliknya dan mematuhi beliau sebagai ketua rumahtangga.



" Pergilah.... mungkin ada yang boleh dibantu disana" kata Mat Sah dalam nada yang amat lembut, hingga ianya lalu bagaikan hembusan bayu lembut menembusi telingaku....Alhamdulillah aku menadah tangan kehadrat Illahi kerana memperkenankan permintaan ku.
Sebelum bertolak ke Bgn Pinang, aku telah minta Suhaib menemani bapanya berjalan-jalan menaiki LRT dan kemudian makan tengahari dimana-mana restoran yang beliau suka.Nampaknya Abah amat gembira dengan perancangan itu kerana perjalanan itu mungkin akan membuka banyak peluang untuk beliau berbual dengan Suhaib. Kesihan pada Abah. walaupun sudah lebih dua minggu berada dirumah, namun belum boleh berbual dengan lancar bersama anak kandungnya sendiri!!! Kedua-dua mereka masih ada "barrier" lagi rupanya......
Aku harap, hubungan Suhaib dan Abah akan intim segera supaya mudah Abah untuk berbincang beberapa perkara, secara hati ke hati....Aku perhatikan, kedua-dua lelaki ini, baik yang muda atau tua, masing-masing ada ego tersendiri untuk mempercepatkan proses "memesrakan" hubungan mereka....
Entahlah...aku cuba memahami mereka yang pernah dipisahkan sejak 7 tahun yang lalu.....Memang sukar dan mengambil masa untuk membina hubungan tersebut agaknya.....
Yang jelasnya, inilah kezaliman ISA yang paling besar kerana telah memisahkan kasih sayang bapa-dan anak selama hampir 8 tahun tanpa sebarang perbicaraan.semoga Allah saja yang akan membalas perbuatan insan tidak berperikemanusiaan itu, setimpal dengan apa yang telah mereka kerjakan.Ameen!!!.

Read More !

Kami datang wahai Bagan Pinang!!!

| | 1 ulasan

Kami "one-Malaysia" dari SUARAM dan GMI.

Di jemput menyertai satu sidang akhbar tuntutan dari JERIT.Disebelah saya Datuk Kamarul, Nettiah (Jerit), Calon Bagan Pinang Sdr Zulkefli dan Yb Lau Weng San(DAP).

Membantu menyediakan flyers di Bilik Gerakan PKR di batu 6.


Sessi bertemu isteri calon iaitu Pn Saiyah yang berada di Bilik Gerakan Pahang.



Sedang menjamu selera di Kopitiam Bangi sebelum memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.




"Hai ...datang sorang je?" tanya Yb Mahfuz Omar padaku sambil tersenyum.Aku membalas senyuman penuh makna dari Yb Mahfuz , yang juga pernah ditahan dibawah ISA awal 90an dulu. "Mat Sah kena sekatan kawasan, jadi dia kena duduk rumah..." jawabku ringkas.Selepas itu, terdengar pelbagai usikan lagi dari adik-adik wartawan yang berada di ruang MEDIA itu.



"Kami datang dari K.L nak membantu sedaya yang mungkin...untuk hari ni je..." kata kami semua. Kami berhak mendabik dada sebagai kumpulan 1-Malaysia kerana yang datang adalah dari pelbagai bangsa iaitu Seng yee, Nalini, Heng Lung, Izwan, Nashita, kak Jije, Marianne dari Perancis dan Juae dari dari Korea.
Gamabar yang diposkan ini menceritakan betapa kami terlalu ingin memberi sedikit tenaga untuk memenangkan Bagan Pinang supaya tidak berterusan duduk dalam pimpinan tangan-tangan mereka yang zalim dan tidak jujur.
Saya sentiasa konsisten dengan pendapat bahawa sesiapa saja pemimpin yang datang dari sistem UMNO, memang semuanya sama iaitu tidak amanah, perasuah dan tidak islamik langsung!!!
Calun yang sedia ada ni pun sama jeee....

Read More !

We luv u Yb Dr Lo" Lo"

| | 0 ulasan




"Sejak selepas operation ni, Dr makin sweetlah" kataku pada Yb Dr Lo Lo yang menziarahi kami semalam."He he he...mana tak sweetnya, asyik makan saja..." kata Dr pula. Apa pun saya dan suami amat gembira dan bersyukur kerana Dr sudi datang ke rumah kami untuk melawat Mat Sah.Kami berdua sememangnya ingin sangat untuk melawat beliau, tetapi disebabkan sekatan kawasan, maka niat itu di urungkan saja terlebih dulu.



"Terimakasih Dr kerana bersusah payah menyebutkan tentang penahanan tanpa bicara Mat Sah dulu" kata ku pada beliau.Selain Dr Wan Azizah, Dr Lo Lo adalah Yb wanita Pakatan Rakyat yang amat lantang mnyebutkan tentang penahanan yang dah masuk 8 tahun itu.
Saya amat tersentuh dengan simpati dan empati beliau......Semoga Yb akan terus diberi kesihatan yang baik dan dapat menumbang bakti untuk rakyat Malaysia amnya dan warga Titiwangsa khasnya.

Read More !

Abah berusaha menambat hati makhluk asing?

| | 3 ulasan


"Kenapa nampak kaku sangat?" tanya A dalam smsnya padaku. Ohhh...baru perasan, gambar yang keluar dalam ruangan FIKRAH tu kelihatan tidak mesra. Gambar itu diambil kurang dari seminggu beliau dikeluarkan dari Kem....kami sedang dalam proses nak berkenalan semula...

Abah juga akui beliau rasa agak janggal bila duduk disebelahku dan ketika kami tinggal berdua saja dirumah sendiri!! Ada ketikanya, Abah akan merenung dan memerhatikan setiap perlakuanku seolah-olah aku ini seorang makhluk asing yang datang dari planet lain!!!
7 Tahun aku hidup berdua dengan Suhaib bagaikan orang 'bujang' dan pastinya kebiasaan ini mengambil sedikit masa juga untuk mengubahnya....



Perangai Abah yang tidak pernah berubah walaupun 7 tahun tinggal di kem ialah sentiasa bangun awal pagi, ringan tulang dan suka memuji.Setiap pagi Abah lah yang akan mengejutkan ku dari tidur.Selain itu, tanpa perlu diminta, kerja-kerja seperti mengemas ruang tamu, dapor dan membasuh pinggan mangkuk memang menjadi rutin harian nya.Beliau juga sentiasa memuji bahawa masakan kulah yang paling sedap, walaupun cuma sebiji telur goreng dan dititiskan dengan kicap!!!! Selepas Solat Subuh, bukan aku yang menyediakan sarapan, sebaliknya dia akan memastikan masuk dapur lebih awal, dan menyediakan minuman panas kegemaranku iaitu "hot chocolate"! Perkara-perkara inilah yang membuatkan hati ku cepat tersentuh dan "cair" terhadapnya.....


Aku cuba-cuba juga "meninjau" semula buku resepi yang Abah pernah buatkan 7 tahun yang lalu.Dalam terkial-kial, aku mencuba beberapa resepi dibuku itu, khas untuk mengembirakan hatinya."Tak payah lah sibuk2, kita makan apa yang ada je" begitulah yang sering diucapkan.Ooooh ...leganya hatiku....Alhamdulillah.

Adakah semua ini dilakukan untuk menambat hatiku???.. ehemm...Tetapi...aku juga tidak akan lupa sindiran dari mak(ibu kandungku) supaya "rajin-rajin" siket kedapor.....

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]