Bilakah 40 tahanan ISA akan dibebaskan dari Kem kamunting?Malaysiakini

| |
"Saya dan Sufian Salleh dari Filipina diletakkan disebuah dorm yang boleh memuatkan seramai 50 orang tetapi dorm itu cuma diisi dengan 4 buah katil.Kami berdua tinggal di dorm itu" kata tahanan ISA Mat Sah, yang telah ditahan tanpa sebarang perbicaraan selama 7 tahun.

Dua orang tahanan ISA yang telah ditahan masuk tahun ke 8, iaitu Dr Abdullah Daud dari Johor dan Suhaimi Mokhtar dari Kuala Lumpur, mereka berdua di letakkan disebuah dorm yang lain, yang boleh mengisi lebih 40 tahanan, tetapi dorm yang besar itu hanya digunakan untuk memuatkan 2 orang tahanan ISA sahaja.

Pengasingan ini adalah satu cara terbaru supaya semua tahanan itu merasa tertekan dan akhirnya sanggup dan bersedia mengaku bahawa mereka adalah ahli " Jemaah Islamiyyah", nama yang di reka oleh Menteri Dalam Negeri untuk mereka yang dituduh pengganas.Sejak ditahan pada 2002, mereka tidak pernah didakwa atau dibicarakan dihadapan mana-mana hakim di Malaysia.

Selain mereka, ada 40 tahanan yang kini masih disimpan tanpa sebarang perbicaraan di Kem Kamunting.

Sekali lagi, mengikut Universal Declaration of Human Right(Deklarasi Hak Asasi Manusia sejagat) telah menetapkan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehinggalah Mahkamah membuktikannya- (innocent until proven guilty).

Namun di Malaysia, kuasa Menteri Dalam Negeri melebehi badan perundangan dan kehakiman.Dalam akta ISA, Menteri itu mempunyai kuasa yang terlalu banyak .Beliaulah yang menjadi pendakwa dan Hakim yang melanjutkan penahanan seseorang mangsa ISA itu dari 2 tahun, ke 2 tahun berikutnya....

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]