Bebaskan Tahanan ISA supaya jimat duit kerajaan.Malaysiakini.

| |
Perdana Menteri mahu supaya semua kakitangan awam meningkatkan usaha dan keupayaan supaya dapat mengatasi masaalah ekonomi yang tidak begitu setabil sekarang. Begitulah lebih kurang , isi ucapan Pak Lah pada kakitangan awam di Putrajaya.Dengan cadangan ini, saya harap, eloklah PM segera bebaskan 40 tahanan ISA di Kem Kamunting dan tutup saja kem itu. Kalau satu hari Kementerian Dalam Negeri membelanjakan RM 10.00 untuk seorang tahanan, sekurang-kurangnya, kalau mereka dibebaskan,kerajaan akan berjimat RM400.00 sehari. Jika sebulan, dah berapa?RM400.00 x 30 hari=RM12,000.00 dapat dijimatkan.Biarlah semua tahanan yang tidak pernah dibicarakan dimahkamah itu berusaha sendiri untuk mencari nafkah mereka dan keluarga.

Saya pasti dengan tindakan itu, Pak Lah akan diingati sebagai PM yang pandai berjimat, masih punya perikemanusiaan dan satu rekod baru, beliau mendahului persaraannya dengan membebaskan musuh-musuh politiknya yang diwarisi ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri dulu.





3 ulasan:

mem-Besar berkata...

PM kata economy tak stabil, TPM kata economy stabil .. diorang ni bukan bercakap tentang Negara yang sama ka??

Kejap kata stabil .. kejap kata tak stabil .. diorang ni bercakap dlm tidor ka??

OOOops!! tak boleh cakap banyaklah kang dikenakan pulak ISA. Diorang ni bukan jenis nak dengar penjelasan dulu, main ikut sedap hati diorang saja .. nasib tak baik nanti dijadikan bunian .. tak dapat dikesan langsung!

abe MIE 'TERJAH' berkata...

10 dalil kenapa nizar gila kuasa jadi MB...


http://pkrpasdap.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' berkata...

bebas semua penjenayah...lagi senang..kira tak payah bagi makan..setuju?

pendatang asing tanpa izin pun kita bebas juga..setuju

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]