" Puan, bila kami dapat melawat suami di Kamunting?" syahdu ketika membaca sms dari insan yang tidak ku kenali. Tetapi itu bukan sesuatu yang pelik. Memang dah jadi kebioasaan, mana-mana isteri tahanan ISA yang terlalu rindu sangat pada suami mereka, namun tiada wang untuk ke Kem, maka aku lah yang menjadi sasaran mereka untuk mendapat bantuan dana.
Rasa hairan pun ada.Kenapa pihak kerajaan@KDN@polis Special Branch tidak berusaha memberi dana kepada insan yang malang tersebut...?
Sejak aku melawat mereka pada 12 Feb 2012 yang lalu, ada saja sms yang singgah di hp ku mohon untuk mendapat bantuan tiket penerbangan dari Tawau ke Semenanjung. Terkini, hanya tinggal 6 tahanan ISA dari Tawau , sejumlah 15 tahanan ISA kesemuanya, iaitu kumpulan tahanan ISA terakhir sejak akta zalim itu di katakan mansuh oleh PM Najib.
Begitu ceria wajah Pn Amira dan Pn Serwina, kedua-duanya masih belasan tahun, sebaik saja menjejakkan kaki di KLIA, beberapa hari yang lalu.Kedua-dua anak kecil dalam dukunganmereka juga sihat wal afiat.....
Ketibaan rombongan 4 isteri tahanan ISA ini tidak di sambut oleh ku seorang. Mereka di tunggu oleh sekumpulan 7 orang aktivis GMI.Sebagai sebuah NGO yang tidak bertujuan mengaut keuntungan, GMI tidak mempunyai pendapatan tetap untuk kegunaan aktivitinya.Jadi, bila ada orang mohon bantuan, mahu tidak mahu maka beberapa orang aktivisnya terpaksa bekerja keras mencari dana untuk tujuan tersebut.
Al Hamdulillah, untuk projek membawa 4 isteri tahanan ISA, walaupun dilancarkan selama hanya 2 minggu, namun berjaya mengumpul sejumlah hampir 10k hasil derma orang ramai.Ianya cukup untuk membiayai tiket penerbangan, makan minum dan kenderaan dari K.L ke Taiping dan sedikit duit poket sepanjang berada di Kem.
Tahanan ISA yang sedang di kurung di Kem tidak pernah tahu tentang hal ini.Sepanjang hayat mereka di Kem hanya di habiskan dengan makan, buang air besar dan kecil, solat, membaca quran, bermain , bersenam dan berbual2 dengan Special Branch yang setiap masa sentiasa bersama mereka!!!!Semua tahanan ISA yang di kurung tidak bekerja untuk menyara keluarga mereka. Hanya isteri yang terpaksa berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk kelangsungan hidup mereka anak beranak!!!!!Ada ketika tertentu, isteri terpaksa meminta-minta dari abu-bapa atau adik beradik atau saudara mara untuk mendapat wang yang mencukupi bagi meneruskan kehidupan.
0 ulasan:
Catat Ulasan