We are with you!!!!!

| | 0 ulasan

Seluruh 



Read More !

Encik Menteri Dalam Negeri, pulangkan hidup kami?

| | 0 ulasan

Sejak suami mereka di tangkap polis dan di bawa ke Semenanjung pada November 2011,mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada lelaki-lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung dan insan yang keluar bekerja, mencari rezki untuk keluarga.

Sejak tarikh itu juga, suami tidak dapat bekerja untuk mencari pendapatan buat keluarga. Jangankan mainan, sebutir beras pun tidak lagi dapat di sumbangkan oleh si suami untuk di nikmati oleh isteri dan anak-anak yang kian membesar.....

Bagaimana dengan perbelanjan harian, makan minum, sewa rumah dan sebagainya? Semua itu terbeban di bahu isteri......


Kezaliman yang di lakukan oleh penguasa ISA tidak setakat itu saja. Isteri yang amat merindui suami terpaksa berusaha meminta bantuan dari sesiapa yang di rasakan boleh di percayai  untuk membawa mereka bertemu suami yang di kurung  hanya di Kem Kamunting saja.

Kenapa hanya di kem Kamunting?

Kenapa suami mereka tidak di kurung di penjara Tawau atau Kota Kinabalu atau mana-mana penjara yang agak berdekatan dengan Tawau, tempat tumpah darah mereka? Kenapa hanya di Kem Kamunting?Pernah kah penguasa ISA terfikir betapa siksanya isteri yang tinggal di Sabah untuk datang ke Taipinbg di Perak...?

Wanita mangsa ISA terpaksa bersedia untuk menaiki apa saja kenderaan, dalam sebarang waktu , demi dapat memenuhi impian bertemu suami tercinta yang tinggal di sebalik jerejak besi sana....Wanita2 dari Tawau ini seolah-olah sudah jatuh di timpa tangga.Si suami sudah lama tidak berkerja untuk menyara keluarga, keadaan ekonomi mereka terlalu tenat.....dan untuk menghilangkan kerinduan kepada  suami, si isteri terpaksa pula mencari wang untuk pergi di tempat di mana suami sedang di penjara......


Di waktu tengah malam, sepatutnya suami isteri sedang berehat di rumah bersama anak-anak, namun nikmat kehidupan itu tidak dirasai oleh wanita mangsa ISA. Untuk melihat wajah suami, untuk memberi peluang anak-anak bersentuhan dengan bapa mereka, para isteri ini terpaksa mendukung anak kecil nya ,meredah kedinginan malam  menuruni tangga pesawat dan kemudian memenuhi perut sebuah van yang membawa mereka ke Pusat tahanan Perlindungan di Taiping ,Perak........

Apakah dosa mereka terhadap si penguasa ISA hingga terpaksa menjalani kehidupan sedemikian...?Bilakah mereka akan mendapat penghidupan  yang normal semula?

Read More !

Encik Suami, aku perlukan mu.....

| | 0 ulasan


" Puan, bila kami dapat melawat suami di Kamunting?" syahdu ketika membaca sms dari insan yang tidak ku kenali. Tetapi itu bukan sesuatu yang pelik. Memang dah jadi kebioasaan, mana-mana isteri tahanan ISA yang terlalu rindu sangat pada suami mereka, namun tiada wang untuk ke Kem, maka aku lah yang menjadi sasaran mereka untuk mendapat bantuan dana.

Rasa hairan pun ada.Kenapa pihak kerajaan@KDN@polis Special Branch tidak berusaha memberi dana kepada insan yang malang tersebut...?


Sejak aku melawat mereka pada 12 Feb 2012 yang lalu, ada saja sms yang singgah di hp ku mohon untuk mendapat bantuan tiket penerbangan dari Tawau ke Semenanjung. Terkini, hanya tinggal 6 tahanan ISA dari Tawau , sejumlah 15 tahanan ISA kesemuanya, iaitu kumpulan tahanan ISA terakhir sejak akta zalim itu di katakan mansuh oleh PM Najib.

Begitu ceria wajah Pn Amira dan Pn Serwina, kedua-duanya masih belasan tahun, sebaik saja menjejakkan kaki di KLIA, beberapa hari yang lalu.Kedua-dua anak kecil dalam dukunganmereka juga sihat wal afiat.....
 Ketibaan rombongan 4 isteri tahanan ISA ini tidak di sambut oleh ku seorang. Mereka di tunggu oleh sekumpulan 7 orang aktivis GMI.Sebagai sebuah NGO yang tidak bertujuan mengaut keuntungan, GMI tidak mempunyai  pendapatan tetap untuk kegunaan aktivitinya.Jadi, bila ada orang mohon bantuan, mahu tidak mahu maka beberapa orang aktivisnya terpaksa bekerja keras mencari dana untuk tujuan tersebut.
Al Hamdulillah, untuk projek membawa 4 isteri tahanan ISA, walaupun dilancarkan selama hanya 2 minggu, namun berjaya mengumpul sejumlah hampir 10k hasil derma orang ramai.Ianya cukup untuk membiayai tiket penerbangan, makan minum dan kenderaan dari K.L ke Taiping dan sedikit duit poket sepanjang berada di Kem.

Tahanan ISA yang sedang di kurung di Kem tidak pernah tahu tentang hal ini.Sepanjang hayat mereka di Kem hanya di habiskan dengan makan, buang air besar dan kecil, solat, membaca quran, bermain , bersenam dan berbual2 dengan Special Branch yang setiap masa sentiasa bersama mereka!!!!Semua tahanan ISA yang di kurung tidak bekerja untuk menyara keluarga mereka. Hanya isteri yang terpaksa berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk kelangsungan hidup mereka  anak beranak!!!!!Ada ketika tertentu, isteri terpaksa meminta-minta dari abu-bapa atau adik beradik atau saudara mara untuk mendapat wang yang mencukupi bagi meneruskan kehidupan.

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]