Jazaakumullah .....

| | 0 ulasan

"Ehh akak!!!"Jerit "Z"." Ingatkan hari ni dah kena penjara!!! kata nya lagi sebaik saja aku masuk ke BGP, ruang utama kami menyimpan barangan keperluan.."He he he belum lagi...peguam kami nak merayu di mahkamah tinggi lak" jawabku skema."Teruk lah Hakim tu...dia tak tahu ke ISA tu jahat" tambah "S' pula. Tak salah dia ngutuk Pn Hakim yang menjatuhkan hukuman tu...."Bila pulak nak masuk penjara tu?" soal beliau lagi.
Seluruh ruangan kami kjadi agak bising dengan pelbagai soalan .Semuanya ingin mendengar bagaimana keadaan ku di mahkamah, sehari sebelumnya. Dan ramai juga yang telah mengetrahuinya melalui FB dan media alternatif yang lain....


"Kami semua suspen dan risau kalau-kalau akk kena hukuman penjara setahun!" tambah "S" pula. Aku tersengeh je dengar komen kawan-kawan di tempat kerja..
"Semalam kami suruh Husna telefon, nak tahu gak apa perkembangan di sana...Alhamdulillah semuanya masih selamat..." tambah "S" lagi.

Owhhhhh syahdu dan terharunya mendengar kata-kata indah itu. Selain dari teman NGO dan aktivis di luar sana, kawan-kawan di tempat kerja juga memberi banyak sokongan moral kepada ku.

Masih ku ingat pada awal 18 April 2002, pagi itu suamiku @Abah Suhaib baru beberapa jam di angkut oleh polis dari rumah sewa kami di satu tempat di daerah Ampang.Pagi itu, kawan-kawan di tempat kerja lah kumpulanpertama yang datang ke rumah untuk memberi kata-kata semangat dan sokongan emosi kepada ku yang sedang kusut masai ketika itu. Dan aku tidak akan pernah lupa ingatan dan lawatan yang mereka berikan pada ku ketika itu.

Jazakumullah n thank you guys....korang memang best!

Read More !

The unsung heroes.

| | 0 ulasan

Sebaik saja denda di bayar, kami semua 11 "banduan anti-ISA " dibelanja makan di kantin mahkamah. Jazlan mengeluarkan tablet dan mula melihat-lihat berita di media alternatif.


"Kak, asyik nama muslimat jer ni...nama kami satu pun tak de.." di sambut dengan senyuman sinis oleh Syukri dari Terengganu.
"Kat mana tu..meh akak tengok" dan memang benar, yang sentiasa di sebut nama kami wanita berlima iaitu Aiman, Nashita, Norlaila, Salmah dan Hayati.
"Kami pong OKT macam akk gak....tapi, tak lah glamer.." ujar Syukri lagi. Sedih gak melihat wajah adik-adik yang sibuk mencari nama masing-masing di setiap berita yang keluar di ruangan media rakyat.

"Mmmm tak de sape nak ambik gamba kita..kan?" kata Hafiz yang setia menemani Syukri sejak 3 tahun yang lalu.

"Ok lah... meh akak ambik gamba korang dengan hubby...ok dak?" kata ku sambil memaksa mereka berkumpul di sebelah Mat Sah, bekas tahanan 7 tahun ISA.
Dalam gambar ni duduk hadapan ialah Syukri dan Mat Sah. Berdiri dibelakang mereka ialah Fadli (yang paling tinggi), Nordin (dibelakang Mat Sah), Salehuddin(ada gambar Anwar) dan Jazlan.

Inilah hero-hero yang tidak di dendang ,yang sentiasa hadir ke perbicaraan tanpa mengira musim terang atau tengkujuh, walau hujan dan panas.....semangat mereka sentiasa membara untuk sama-sama memansuhkan ISA.

Apa sahaja, asalkan bukan UMNO/BN.

Read More !

Kami tidak bersalah!

| | 0 ulasan

"Akak pun hisap dadah juga ke?" tanya seorang wanita beseluar jeans lusuh, berambut ikal mayang. Tersentak juga denganpertanyaan itu (hmm sabar je lah Laila)...soalan itu tetap ku balas dengan senyuman.

"Tak lah.Kes ISA"(sambil menunjukkan butang ISA kepada wanita dari Gombak itu..aku tersenyum pahit)

Sebaik saja hukuman dijatuhkan, kami terpaksa di bawa ke lokap, sementara menunggu wakil Pakatan Rakyat membayar denda sebanyak RM2k keatas semua 11 orang OKT yang didapati bersalah menyertai himpunan anti-ISA.
Beginilah suasana lokap yang kami terpaksa tinggal didalamnya sementara urusan bayaran denda selesai.Lokap itu di penuhi oleh lebih sepuluh wanita yang sedang dalam proses perbicaraan kes dadah.Mereka semua tinggal di Penjara Kajang dan menunggu trak polis membawa mereka dari Jalan Duta, kembali ke Kajang.

Walaupun cuma tiga jam berada didalamnya, tetapi ku rasa kan macam lamaaaa sangat...
Kami berempat sempat menunaikan Solat Zohor bersama-sama. Agak manis juga bila seorang polis lelaki yang bertugas memberitahu arah Kiblat dan memberikan tiga keping sejadah untuk dijadikan lapek solat...(Sempat berdoa supaya Allah memberi taufiq dan hidayah pada Pn Hakim yang begitu berani menjatuhkan hukuman itu tadi, supaya diberi nur untuk melihat kebenaran ).
Dah duk dalam lokap pun, kami masih berbincang tentang keputusan mahkamah tadi...Terus terang, kami berempat memang tiada wang sebanyak Rm2k untuk digunakan membayar denda.Kalau terpaksa masuk penjara, kami rela je....(Banyak nilai rm2k tu...lebih baik diberikan pada orang miskin atau susah)

Namun, keputusan pimpinan Pakatan Rakyat untuk membayar denda itu, tidaklah kami tolak....Dimasa yang sama, kami bersyukur dan berterimakasih kerana the government -in -waiting begitu perihatin dengan isu OKT himpunan anti-ISA ini.

Bak kata kak Jije, isteri YB Abu Urwah ...." jangan lah tolak janji bantuan dari Kerajaan Selangor ni....its time , kerajaan pula membela rakyat yang dizalimi ISA!" ujar beliau bersungguh-sungguh.

Read More !

Ganjaran denda dan penjara kerana ingin mansuhkan ISA..

| | 0 ulasan

"Keputusannya ialah......"(saya, Aiman,Kak Sal dan Nashita berpegangan tangan) sambil mendengar ayat itu diteruskan oleh Pn Hakim.

".......semua didapati bersalah kerana menyertai himpunan 1 ogos..."(macam tu lah lebih kurang bunyinya...).

Mahkamah sunyi seketika .Yang kedengaran hanya suara Peguam kami minta stand down untuk berbincang tentang hukuman yang bakal di "hadiahkan" kepada semua OKT.
Sesiapa yang rajin menyelak posting awal di blog ini, pastinya akan tahu kenapa ISA itu zalim,jahat,drakonian dan HARAM dalam Islam. Ini kerana, didalam ISA, segala bentuk kejahatan, boleh dilakukan oleh penguasanya dari membogelkan tahanan, mencerca, menghina, menyepak terajang hingga lah membuatkan mangsanya ditahan tanpa bicara bertahun-tahun lamanya.

Ingin dijelaskan , himpunan 1 Ogos adalah satu bentuk terjemahan perasaan rakyat yang inginkan keselamatan ,keadilan serta benci kepada kejahatan yang terkandung dalam penggunaan akta ini.Dalam bahasa mudah, rakyat berkumpul untuk menyatakan , mereka benci kemungkaran yang telah dilakukan oleh penguasa ISA menggunakan akta kesayangan UMNO/BN ini.

Salah kah jika bertindak melawan kemungkaran?Dosakah jika ingin memberitahu pihak berwajib bahawa tiada seorang pun yang boleh ditahan tanpa perbicaraan dengan sewenang-wenang nya....?

Dan pada hari ini, kami 16 OKT telah terpaksa menerima keputusan Pn Hakim bahawa kami didapati "bersalah" kerana ingin membuang ibu segala kemungkaran itu dan mendapat balasan penjara serta denda.

Tiba-tiba teringat satu hadith menyatakan " seorang Hakim itu, sebelah kakinya berada di neraka.."..mungkinkah hakim yang telah menjatuhkan hukuman seperti diatas, termasuk dalam kategori sebelah kaki di neraka itu?

Wallahualam.....

Read More !

1.8.2009 - 22 Feb 2012.

| | 0 ulasan


Jam 1.15 am 22 Feb 2012.


Dah solat.Dah doa.Dah buat pelbagai "contigency plan" jika disabitkan bersalah.Dah tinggalkan satu senarai panjang" wasiat" pasa suami yang akan mungkin @bakal di tinggalkan.

Seronok baca tulisan kawan2 di FB yang sentiasa beri kata hikmat dan saling mendoakan....Terasa lengkap...dan selebihnya ku serahkan pada Allah yang menguasai alam ini.....

Mulut di tekup beberapa kali...Mengantuk sangat ,tapi tetap teringat apa akan terjadi di esok hari..Teringat peristiwa pada 1 ogos 2009 dulu....

"Canteknya cover hp ni.." hatiku berdetik ketika membelek kulit hp warna merah. Rm 10 dan aku segera membayarnya. Kemudian terus mengatur langkah mendapatkan Nashita dan anaknya Ammar.Suhaib pun ada di sana.
Tiba-tiba ada sesuatu yang mengganggu pandangan...Kenapa ada polis dekat Nashita?Aku berjalanpantas kearah Nashita,Ammar dan Suhaib. Aku ambil beg plastik berisi air mineral dan makanan ringan lalu dengan niat ingin segera beredar dari tempat Nashita berdiri tetapi tiba-tiba beberapa orang wanita berpakaian preman mendepakan tangan mengepung kami berempat.

"Eh..Nape ni Nash?(Nash panggilan mesra ku pada Nashita).
"Depa dah tangkap kita"jawab Nashita.
"Alamak..kita nak buat apa ni" aku mengambil hp cuba mendail seseorang, tapi niat itu terhenti bila secara tiba-tiba melihat sebuah Black Maria@van polis berhenti dihadapan kami.....
"Tu dia, dah mai dah..." kata Nashita. melihat Black Maria itu.
Aku yang lurus bendul ni terus menarik tangan Suhaib dan bersama-sama empat wanita yang lain iaitu Nashita, Aiman Athirah, Salmah Ismail dan Hayati Abd Samad menaiki trak polis itu.....

Sewaktu kami lima wanita menaiki Black Maria, orang ramai berkumpul mengelilingi kami.Makin ramai jumlahnya dan mereka bertakbir dengan kuat.....Mereka hanya mampu memerhatikan saja kami di iringi polis menaiki kenderaan hijau tua itu....


Hingga hari ini, aku masih tertanya-tanya, kenapa polis-polis yang menangkap kami tu tidak menangkap orang ramai yang sedang berdiri memerhatikan kami tadi.....

Itulah bermulanya episod pertama yang membawa kepada hari-hari perbicaraan yang terpaksa dilalui di mahkamah Jalan Duta...

Read More !

Polis yang sokong ISA tak solat subuh?

| | 0 ulasan

Sekadar mengimbau kembali himpunan anti-ISA 1 Ogos 2009.Lebih 600 orang ditahan bermula pagi Sabtu sekitar jam 2 pagi hingga lah jam 7 petang hari yang sama.Polis semuanya sibuk.Entah berapa ramai polis di kerah untuk membuat sekatan jalan raya dan menangkap orang ramai.Semasa perbicaraan, saksi polis tidak menolak kemungkinan, polis danorang ramai sama banyak disekitar Sogo dan Jalan TAR!!!
Seronok dapat tengok gambar ni semula.Maklumlah pada hari kejadian 1 Ogos tu, saya dan 15 orang yang sedang dibicarakan, tidak dapat menikmati semua ini kerana telah terlebih dulu ditahan oleh polis!!! Dan ketika di mahkamah, hampir semua saksi polis bercakap skrip yang sama iaitu " entah" "saya tak ingat" "saya lupa" "saya kurang pasti" dan" saya tak tahu"....Ada ketikanya aku terasa dibodohkan oleh keterangan mereka yang bohong dan tidak masuk akal...
Beginilah rupa orang yang kena tahan.mereka bukannya takut,tetapi benci, meluat dan menyampah tahap tertinggi melihat perangai polis yang bertindak sesuka hati....Dan semua polis yang memberi keterangan di mahkamah mengakui pada pagi 1 ogos, mereka semua tidak solat subuh kerana didakwa terpaksa bertugas dari jam 5 hingga 12 tengahari tanpa rehat !!!!


Hmmm..patut lah cara mereka buat kerja memang ganas dan tidak memperlihatkan ciri-ciri seorang yang beragama Islam yang sabar dan berperikemanusiaan...

Read More !

Bahagiakah penguasa ISA jika kami memilih penjara?

| | 0 ulasan

Kami berlima ( kak Yat tiada di gambar) tidak berada di tempat himpunan pada tarikh, masa dan tempat seperti mana yang diwartakan iaitu Jam 2 pm, 1 Ogos 2009, Sogo, Masjid Negara dan masjid Jamek.
Apakah kesannya kepada senario politik di Malaysia jika memilih untuk di penjarakan kerana kami tiada wang untuk menjamin diri sendiri.....


Bayangkan, lima wanita di penjarakan kerana menyertai himpunan menentang ISA.....

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]