Kekuatan kakiku bermula di Madinah.....

| |
Kami tinggal di Madinah selama 8 hari saja. Masa berjalan terlalu cepat. Belum puas rasanya kami menikmati keindahan masjid berkubah hijau itu. Menuju hari-hari terakhir, aku sudah merasai kesayuannya. Namun sesekali aku senyum sendirian bila teringat betapa teruknya keadaan ku di hari pertama menjejakkan kaki di dataran  masjid. Bersama rakan sebilik, akulah biasanya orang yang paling lambat berjalan kearah pintu masjid. Rasanya kawan-kawan di Malaysia tahu sangat dengan perangai ku yang agak "malas" berjalan kaki...Namun, dalam usaha untuk mendapat haji yang baik, di Madinah, aku sentiasa berusaha mempertingkatkan kekuatan fizikal  supaya dapat berjalan dengan laju agar segera sampai di pintu masjid yang kami tuju..... Setiap hari, bermula dengan solat Subuh, Zohor, Asar, Magrib dan Isya...aku telah berjalan sejaun lebih 500 meter! Selama 8 hari , aku telah berjaya melakukannya...!al Hamdulillah....
Ketika ada waktu senggang, selepas Solat Subuh dan solat Zuhur, aku dan teman sebilik sempat membeli sedikit barangan untuk di jadikan ole-ole bila pulang ke Malaysia kelak.
Ada ketikanya, aku bersama Mat Sah berjalan di sepanjang deretan kedai dan hotel di sepanjang kawasan Masjid Nabawi. Kami melihat-lihat barangan yang di jual.....semuanya amat menarik....Untuk kaum wanita, biasanya yang paling di gemari ialah deretan kedai yang menjual jubah atau abaya...Sekiranya pandai berbahasa Arab, ianya akan menjadi satu kelebihan ketika tawar menawar harga barangan yang menjadi idaman....tapi bagi kami yang tak pandai berbahasa Arab ni, ada ketikanya "kene sembelih" oleh Pak Arab yang sengaja menjual barangan mereka dengan harga yang melambung!
Walau bagaimana asyiknya  dan sayangnya kami dengan kota Madinah, kami tidak dapat tinggal lebih lama lagi kerana misi utama ialah pergi ke Makkah  untuk mengerjakan ibadah utama di sana.....Sedih tetap sedih, namun kami wajib berpegang pada hakikat...... Apa yang jelas ialah, bagi "first timer" seperti aku dan suami, memilih Madinah sebagai destinasi awwal sebelum ke Makkah ialah satu pilihan yang tepat kerana di sinilah bermulanya graf kekuatan fizikal dan mental kami  sebelum menuju ke Makkah dimana kami bakal menghadapi pelbagai aktiviti ibadah yang lebih mencabar......

Aku sentiasa bersyukur ke hadrat Allah, walaupun agak lewat dapat peluang mengerjakan haji, namun di usia ini, ianya adalah waktu yang paling sesuai  dari sudut ilmu, kekuatan mental dan fizikal untuk melaksanakan  rukun Islam ke 5 itu. Di antara ribuan jemaah haji yang di temui,berbanding dengan mereka yang berusia antara 55 hingga 75 tahun aku merasakan "masih muda" untuk mengharungi setiap cabaran  di hadapan......................................bersambung...


0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]