"Kak, saya call banyak kali, nape tak angkat?" bisik Nurul Izzah Anwar , Ahli Parlimen Lembah Pantai di sebelah kiriku.Kami bersalaman sambil berbisik-bisik bertanya khabar.Nurul datang kerana memberi sokongan moral pada ayah beliau, DS Anwar.Kes bicara DS Anwar kebetulan sama hari dengan kes Himpunan MANSUH kami. Nurul singgah kejap di bilik Mahkamah kami untuk memberi sokongan moral pada semua 29 OKT yang akan dibicarakan hari ni.
Lagu keroncong mula berdendang kerana aku tidak sempat bersarapan.Sejuk air-cond mahkamah menambah kesengsaraan perutku. Sebelum ini kami telah di "warning', supaya tidak lewat....tapi tak tau apa malangnya hari ini, Pn Hakim yang sepatutnya tiba jam 8.30, hanya sampai pada jam 10.20am.Selepas memanggil semua nama, mahkamah berhenti sebentar.Hakim kata "stand-down" dua minit je,tapi dah lebih 15 minit, belum nampak bayang lagi.Aku ,Nashita, Kak Sal, Aiman dan Nurul Izzah berbual disulami ketawa dalam nada suara yang paling rendah....
Tiba-tiba Hakim masuk,semua bangun dan kemudian duduk semula.Kes mula dibicarakan.
Saksi dipanggil untuk menjawab soalan-soalan pendakwaraya dan peguambela. Ada beberapa fakta yang disebutkan oleh saksi agak lucu ditelingaku.
Contoh 1: Pendakwa menyoal, "apa yang ditaklimatkan pada kamu di tarikh 1 Ogos 2009?".
Saksi ,seorang pegawai tinggi polis berpangkat DSP menjawab," pada 1 Ogos kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA akan mengadakan perarakan untuk serah memo pada SBP Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.Mereka akan berpakaian hitam bertulis Mansuh ISA".
Contoh 2: Peguambela bertanya, "setujukah anda bahawa himpunan itu sepatutnya diadakan pada jam 2 petang?"Saksi yang sama menjawab dengan nada kurang pasti " er... tak pasti tapi di beritahu himpunan diadakan pada jam 9 pagi"...
Fakta yang disebut saksi tu tidak tepat. Itu yang membuat aku tersenyum.
Dari kerusi orang kena tuduh(OKT) ku lihat pendakwaraya menggaru-garu telinga kanannya beberapa kali..."Apa petandanya orang yang garu telinga ek?" bisikku pada Aiman disebelah kiriku.Nurul yang duduk dibelakang kami menghulurkan kepalanya dekat bahuku " itu tanda bohong" bisik beliau dan kami bertiga tersenyum....
Tak sangka, senyuman itu membawa malapetaka padaku bila tiba-tiba, Puan Hakim menyebut namaku dan mengarahkan supaya duduk dikerusi sebelah tepi hadapan mahkamah.Biasanya kerusi itu di khaskan untuk para wartawan yang membuat liputan....tapi hari ini, ianya digunakan untuk menghukumku kerana dikatakan melanggar peraturan mahkamah.Bukan aku seorang sahaja.YB Nurul Izzah juga turut "dihalau" dari bilik mahkamah tersebut dan peguam kami berempat diberi peringatan supaya "tell the clients to behave themselves".....
Ahhhhhh!!! Stresss!!! Dengan perasaan yang agak berat, aku bangun dan duduk ditempat yang diarahkan....
Ehhh...best gak tempat ni. Sebuah kerusi empuk dengan arm-rest serta meja untuk menulis.Memang selesa.Jika duduk dikerusi OKT tadi, kami terpaksa duduk berhimpit-himpit sket...tapi bila "didenda" ni rasa selesa pula untuk mencatit fakta2.Malahan aku dapat melihat wajah peguambela kami dengan jelas !!!Ahhh rezeki!!! Alhamdulillah!Ni betul-betul macam wartawan.... hati berbunga riang.Aku dapat mengikuti perbicaraan dengan lebih jelas. Jika tadinya perut berkeroncong dan tubuh rasa beku, bila mendengar fakta-fakta tidak benar "ciptaan" saksi tadi, hati jadi panas terus membuang kesejukkan dan rasa lapar juga hilang......
" Saksi kata, orang yang berhimpun pakai baju warna-warni. Tetapi kami (peguambela) hanya dibekalkan dengan gambar himpunan hitam putih....kami mohon gambar yang original" kata Peguam Z dan beberapa minit kemudian mahkamah bersurai untuk memberi peluang Pendakwa menyediakan gambar asli warna-warni untuk keterangan selanjutnya....
Perbicaraan bersambung esok....
"Patutnya kami pun kena denda gak...biar tak ngantuk dan selesa sket catit nota.." ujar Nashita dan Aiman kepadaku diluar Mahkamah.Semua yang hadir ketawa dengan kuat!!!
p/s: Ini adalah catatan pendek perbicaraan hari pertama 29 Orang Kena Tuduh (OKT) yang telah ditahan ketika Himpunan Mansuhkan ISA ,2-4pm, 1 Ogos 2009.
2 ulasan:
bodoh betul kamu ni ye.... apa ISA tu kerajaan nak guna untuk tahan kamu ke.. kamu ni orang jahat ke ... ISA untuk guna tahan orang yang buat kacau.... setakat ni berapa orang dah kerajaan tangkap dibawah ISA....tak ramai mana pun....DAP yang main isu perkauman pun tak di tahan ....jadi tak payahlah letak bebas dari ISA di blog u....
Begini lah resam si pengecut. Telor pun tarak... berlindung bawah 'tanpa nama'. Apa mak bapak ko lahirkan ko tak ada maruah? ohhh... anak pelacur. memang la tak ada maruah... hahaha...
>>> "ISA untuk guna tahan orang yang buat kacau.
Tell me, siapa buat kacau? Rompak duit rakyat billion-billion tu bukan buat kacau? Rompakan ratus-ratus ribu di bank polis tembak. Rompakan duit rakyat oleh lanun UMNO billion2, polis bukan main jaga lagi mereka... Hebat!
Catat Ulasan