ISA ancam siapa?

| |
24 Nov 2010, hari ke tiga perbicaraan Himpunan MANSUH ISA.Semua OKT bersemangat untuk datang awal kerana mematuhi pesanan Hakim, orang yang paling berkuasa di mahkamah itu.Semua orang muda kelihatan tenang dan sentiasa ceria.Semua seolah-olah tidak sabar untuk mendengar keterangan saksi ke 3, seorang anggota polis wanita yang telah menahan kami berlima OKT 25,26,27,28,29. Nampaknya, peraturan mmahkamah bermula 8.30pagi terpaksa diabaikankerana ada kes lain di bilik yang sama dan itupun bermula hampir jam 10 pagi.Untuk menghilangkan kebosanan, kami berbual-bual dengan peguam-peguam muda yang mewakili kes ini.
Kami keluar dari bilik mahkamah Jenayah Sesyen 12 untuk melegakan diri manakala sebahagian besar OKT muda pula pergi ke Mahkamah Sesyen 5 untuk menemui pejuang"celebrity" yang sedang dibicarakan dalam kes protes yang menuntut penurunan harga minyak dan barang keperluan.

Selain PJ Wilayah, Ust Mohd Noor dan rombongannya, Yb Dr Hatta Ramli serta Yb Tian Chua sempat singgah di tempat kami untuk sama-sama memberikan sokongan moral kepada para demonstran anti-ISA.Bukan main gembira anak-anak muda itu dapat bertemu sendiri secara "live" dengan ikon mereka yang selama ini hanya dapat dilihat di ceramah umum atau di media alternatif sahaja.
Lupa sebentar rasa marah dan "bengang" kepada polis yang memberi keterangan sebentar tadi.Dimahkamah ini, amat jelas pembohongan polis dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh peguambela kami berlima. Antara contoh pembohongan itu ialah:
Peguambela: Puan X, dalam laporan polis ini, ditulis "lima wanita dan dua kanak-kanak duduk diatas tembok pusat membelibelah PK, tetapi tadi semasa disoal oleh pendakwa, kamu kata mereka duduk diatas kerusi sebab itulah kamu nampak ada barang kes dibawah kaki mereka..." nampaknya laporan ini tak betul!!!
Peguambela: Puan X, dimanakah sebenarnya letak barang kes itu? Ketika disoal oleh pendakwa, kamu kata barang itu ditemui di sebelah kiri OKT, sekarang kamu kata sebelah kanan pula?
*** Barang kes yang didakwa polis menjadi "penyebab utama" kami didakwa berupa beberapa buah kain rentang dengan pelbagai kata-kata antaranya "Bebaskan DUN Perak, Keadilan untuk Teo Beng Hock", lencana bertulis "Mansuh ISA" dan "Keadilan utk Beng Hock" serta kain lilit kepala bertulis "Mansuh ISA".
Namun disebabkan polis terlupa @ tidak sempat untuk menyenaraikan semua barangan tersebut, maka semua barang kes itu tidak boleh dijadikan sebarang bukti dimahkamah.Sesuatu yang amat memeranjatkan kami ialah bila ditanya peguambela, saksi mengaku bahawa mereka yang diarah memantau perhimpunan ini telah keluar bertugas seawal 5.30 pagi dan tidak menunaikan solat Subuh!!
Walaupun cuba dinafikan, dalam jawapan kepada peguambela, nampaknya polis dari seluruh cawangan seperti maksiat dan narkotik, dikerah untuk memantau himpunan anti-ISA hingga
"anggota polis sama ramai dengan orang awam" dan kebanyakan mereka memakai pakaian seperti orang awam.
Saksi keempat ialah seorang anggota polis yang mengaku berpangkat OCPD yang pastinya amat berkuasa di seluruh metropolitan ini.Beliau bersetuju dengan pendapat peguambela"bertindak berdasarkan maklumat yang diberi Cawangan Khas" namun kami rasa pelik, kenapa dia dipilih sebagai saksi kes ini kerana beliau tidak berada ditempat kejadian pada 1 Ogos 2009 itu.Justeru, tidak hairanlah hampir 70 peratus jawapan beliau berbalik-balik pada kata-kata "himpunan mengancam kehidupan awam, tak pasti, tidak tahu, tidak ingat dan lupa...
Terasa amat letih dan lapar ketika kes berjalan dankemudian berhenti hampir jam 2 petang.Namun, semua OKT tetap menunjukkan semangat yang tinggi lebih-lebih lagi bila diajak bergambar dengan beberapa peguambela serta ahli rombongan dari PAS Wilayah yang menjadi penyokong setia perbicaraan tersebut.
"Pak cik tak puas hati dengan jawapan saksi tadi. Dia faham tak difinasi perkatan ancaman ,mengancam tu? Pak cik nak tahu sangat, siapa sebenarnya yang mengancam orang ramai ni? ...kata seorang penyokong kepada ku.
"Tak pe, ada banyak peluang lagi nak dengar tentang keterangan saksi-saksi kes ni..." kataku pada Pak Cik tersebut. Perbicaraan disambung tahun depan....


Sepertimana hari sebelumnya, kami semua di "belanja" oleh PJ PAS Wilayah dan di hari ke 3. juga mendapat layanan sepertimana sebelumnya....Alhamdulillah...




1 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...

Perjuangan PAS tanpa DAP dan PKR saja yang dapat memertabatkan Islam dan Ketuanan Melayu dinegara ini.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]