Liwat dan ISA kesayangan UMNO?

| |
Hari ini hari kedua kes Himpunan MANSUH ISA dijalankan.Semua OKT telah berkumpul seawal jam 8.30 pagi lagi, walaupun Tuan yang berkuasa di Mahkamah itu kata perbicaraan akan dimulakan jam 9 pagi.Seperti yang telah diduga, jika semalam kes lewat hampir sejam setengah, hari ini lewat hampir 20minit.Nampaknya orang berkuasa itu masih menggunakan "Malaysian time"....
Ada dua orang wartawan dari media berbahasa Cina.Mereka kelihatan tertarik melihat keadaan OKT yang muda-muda serta kelihatan amat ceria.Tiada langsung riak sedih atau gusar diwajah-wajah tenang mereka. Kami dijemput bergambar diluar Mahkamah. Kami semua memang suka bergambar...ambil saja lah....Lupa seketika kisah seorang penguasa Mahkamah yang sombong, garang, celupar dan "kekwat" kata orang utara...Ramai juga OKT muda yang agak terkilan "kami tak sempat nak bergambar dengan Nurul Izzah semalam....tiba-tiba je hakim suruh dia keluar" kata J dari Melaka.

Mahkamah bermula dan saksi kedua dipanggil. Beliau seorang jurufoto pasukan polis. Ketika disoal oleh pendakwaraya, jurufoto berpangkat koperal itu ternyata tidak tahu menahu kenapa beliau diarahkan menangkap gambar2 orang ramai pada 1 Ogos. Hampir 90peratus soalan dijawab dengan perkataan "tak pasti dan tak tahu". Perbicaraan terasa hambar kerana hanya saksi danpeguam saja yang dapat melihat gambar yang di "tangkap' oleh jurufoto itu.
"tak boleh ke Mahkamah sediakan satu skrin besar dengan projektor dan LCD, kan senang jika gambar2 tu di "scan" dan pancarkan terus, semua orang boleh lihat dengan jelas...tak perlu lah peguam dan jurufoto mengecilkan mata untuk melihat gambar2 tersebut" ujar "K" salah seorang OKT, seorang anak muda dari Perak.Kami semua perasan hakim tersenyum melihat jurufoto terpaksa meminjam cerminmata pengawal mahkamah (beliau lupa membawa spek rabun dekat) semata-mata untuk menerangkan gambar-gambar yang telah diambil pada 1 Ogos.
Mahkamah "stand-down" lagi untuk beberapa minit.Ramai yang keluar kebilik air. Semua OKT tergesa-gesa masuk dan duduk di kandang pesalah, namun bila dimaklumkan oleh pengawal mahkamah bahawa "hakim tiada dan tidak diketahui berada di mana" semua sebok bersembang.Semua OKT terperanjat melihat seorang OKT glamer masuk ke ruang mahkamah.Mereka semuanya tersenyum riang sambil bersalam dengan OKT tersebut iaitu DS Anwar dan DS Wan Azizah.Memandangkan Kes Liwat juga masih berjalan hari ini, mereka berdua mengambil kesempatan menziarahi kami , OKT Himpunan Mansuh ISA.
"Hows your son? Dia periksa hari ni kan?" tanya Kak Wan (DSWA) kepadaku. Pastinya kak Wan sekeluarga tetap ingat kepada aku dan Suhaib kerana kami sama-sama pernah menjadi mangsa ISA bertahun-tahun lamanya.

Sekali lagi, kami keluar dari mahkamah untuk mengambil gambar bersama OKT glamer( DSAI) dan DSWA.Pengalaman OKT melihat YB Nurul Izzah di herdik dan di "halau" keluar dari mahkamah semalam menyebabkan OKT agak "stress'',namun hari ini semua mereka kelihatan amat bersemangat dan gembira kerana dilawati wartawan media Cina ,TV PAS serta DSAI.Sebaik saja rombongan DSAI meninggalkan kami, rombongan Ketua Muslimat PAS, Ust Nuridah bersama Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ust Mohd Noor, pula menunjukkan wajah. Kami semua turut di belanja makan tengahari oleh rombongan tersebut....Alhamdulillah...
Bagi semua OKT lelaki, kesemua mereka masih muda dan kurang arif tentang sepak terajang ISA. Mereka tidak berapa faham, kenapa kerajaan terlalu menjaga ISA? Apa salahnya mereka memakai baju ada lambang ISA? Apa salahnya mereka menyatakan secara terang-terangan bahawa ISA memang menzalimi mangsanya? Kenapa mereka ditahan walaupun tidak berada lokasi perhimpunan?
Namun bagi kami OKT wanita berlima ini, keterangan saksi ke tiga, iaitu seorang anggota polis wanita berpangkat tinggi, amat menyesakkan dada kerana seperti pepatah "sudah terang lagi bersuloh" , keterangan beliau sebagai saksi, kelihatannya seperti sebuah skrip yang diolah begitu tepat dan benar....walaupun terlalu banyak fakta yang salah serta direka-reka. Contohnya, menjawab salah satu soalan pendakwa ,saksi itu berkata "kami memperkenalkan nama kepada mereka sebelum meminta Kad Pengenalan.."(Fakta sebenar: polis terutamanya dari CawanganKhas tidak pernah memperkenalkan diri mereka sebelum menahan orang ramai di mana-mana perhimpunan/demo, bahkan kebanyakan mereka hanya berpakaian biasa ketika bertugas).
Kami berlima mempunyai "instinct" yang sama bahawa pihak berkuasa memang terlalu "ingin" menahan dan membawa kami ke mahkamah. 24 orang OKT muda yang turut didakwa itu hanyalah sebagai "nasi tambah" dan memberi justifikasi bahawa polis telah melakukan tindakan yang betul.. Kesihan mereka.....
Kehadiran DSAI tadi memberi satu gambaran bahawa pejuang keadilan yang berpangkat tinggi seperti beliau, terpaksa berdepan dengan kes Liwat yang tiada kesudahan. Manakala bagi rakyat marhaen seperti kami pula, perjuangan ini terpaksa berhadapan dengan fakta putar belit yang juga sukar untuk diduga bila akan tamat. Malahan ada yang berkata "liwat dan ISA ni kesayangan kerajaan UMNO ke?".....
Perbicaraan disambung esok...


0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]