Genap 8 tahun kami di zalimi ISA !!!

| |


17 April 2010, genap 8 tahun Abah dizalimi ISA....

Abah ditahan dibawah ISA pada 17 April 2002.Masa tu Suhaib baru berumur 8 tahun 4 bulan. Dan ketika itu juga ,SB serta polis di Malaysia ni kelihatan terlalu angkuh dan berkuasa untuk menggunakan ISA keatas sesiapa saja yang dikehendaki oleh penguasanya....

Kini, walaupun telah dikeluarkan dari Kem Kamunting, Abah masih terpaksa mengikuti beberapa syarat zalim KDN. Antara syarat-syarat itu ialah:-

1-Abah trpaksa pergi ke balai polis terdekat dengan rumah kami semata-mata menurunkan tanda tangan diatas muka surat sebuah buku tulus kotak-kotak yang biasa digunakan oleh budak-budak tadika membuat latihan matematik!!!

2-Abah tidak boleh keluar rumah melebihi jam 9 malam.Seekor SB yang ditugaskan mengawal abah akan membuat rondaan sekitar jam 10 malam demi memastikan Abah berada di rumah.

3-Abah tidak boleh keluar dari daerah Sentul, tempat dimana kawasan perumahan yang kami duduki ini diwartakan.Jika nakkeluar daerah, kena tulis surat pada Ketua Polis Selangor dulu dan jawapannya akan diperolehi paling awal dalam masa 2 minggu. Contohnya ,jika abah nak ke satu destinasi di Kelang, Abah kena tulis surat dulu, kemudian SB akan periksa lokasi @ rumah destinasi itu.Dah dapat kebenaran SB, barulah boleh ke sana.< 4- Abah belum ada pekerjaan tetap lagi walaupun hampir 6 bulan di keluarkan dari Kem. Ada beberapa tawaran, tapi ada syaratnya. Abah kena beritahu SB dimana lokasi tempat kerja tersebut kerana seperti biasa SB akan pergi melawat tempat@ kawasan pekerjaan itu terlebih dulu.(Memandangkan beliau masih dalam pengawasan SB, kami ambil keputusan, elok dia duduk dirumah saja kerana tidak mahu "membawa tahi" ke tempat @ pejabat orang yang ingin memberi pekerjaan itu. Biar lah kami saja yang di intip oleh "tahi" tersebut). 5- Kami sebenarnya masih belum bebas dari cengkaman ISA.Kami akan terus berdoa supaya Allah musnahkan semua orang yang masih menzalimi kami dan mempertahankan akta tahan tanpa bicara itu.Ameen.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]