

Inilah sekilas dari pelbagai klip video kehidupan yang telah "dihilangkan' dari kehidupannya semata-mata kerana memuaskan hati SB dan 3 orang Menteri Dalam Negeri yang telah memerosokkan kehidupannya tujuh tahun tanpa bicara di Kem Kamunting.
Itulah aktiviti pertama yang dialami oleh Abah Suhaib sejak di keluarkan dari Kemta, dua bulan yang lalu. Peluang untuk melihat Suhaib berinteraksi bersama kawan-kawannya adalah satu pengalaman yang amat didambakan olehnya. Abah sentiasa tersenyum memerhatikan gelagat sepuluh remaja yang bertungkus-lumus mengecat dinding , membuang sawang dan membersihkan lantai rumah itu.
Namun, yang paling mahal ialah, beliau dapat melihat sendiri sikap dan akhlak sebahagian kawan-kawan Suhaib selama ini.Beliau menghela nafas lega, bersyukur pada Allah yang maha kuasa.....walaupun tujuh tahun saat-saat remaja Suhaib telah berlalu tanpa kehadiran, kasih sayang dan bimbingan seorang bapa kandung, namun Allah menggantikan semua kekurangan itu dengan kewujudan teman-teman serta persekitaran yang tidak kurang selesa dan selamat untuknya membesar menjadi remaja normal yang berakhlak mulia.
Afifi, Arodhi, Shazwan, Faez, Aiman,Amin, Syukri,Omar, Muhsien dan "Oren".....terimakasih kerana sudi menjadi sebahagian dari teman Suhaib selama ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan