Peguam Negara tak puas hati ?

| | 0 ulasan

Pada pagi 22 Feb2012, Puan Hakim Ainul telah menjatuhkan hukuman penjara sehari dan bayar rm1k kepada mahkamah.Beberapa minit selepas hakim membaca keputusan bahawa OKT  himpunan mansuh ISA di dapati bersalah, kami 5 OKT wanita dan 11 OKT lelaki segera di bawa ke sebuah lokap terletak di ruang bawah tanah mahkamah Jalan Duta. Kami di tempatkan bersama beberapa orang tahanan wanita yang ditangkap kerana kesalahan dadah  dan pelacuran.
Sementara menunggu bayaran RM2,000 diselesaikan, kami "berehat' di lokap tersebut..Ketika di bilik mahkamah tadi, ramai yang menangis sebaik saja mendengar keputusan Puan Hakim.....aku pun tidak ketinggalan mengalirkan sedikit airmata....

Ketika  keputusan ini dibacakan, PM Najib telah mengumumkan bahawa akta ISA di mansuhkan....tapi, malang sekali , pemansuhan Perdana Menteri itu tidak memberi sebarang makna kepada nasib kami semua 16 OKT.Tak tahulah siapa yang kejam...samada penguasa ISA atau hakim mahkamah...namun yang jelas, kami yang telah didapati bersalah ini terpaksa masuk penjara dan membayar denda tersebut.......
Gambar kami bertiga ini diambil ketika kami keluar dari bilik air.Sepatutnya tangan kami bergari, tapi disebabkan ada ramai orang di sekitar bilik mahkamah,maka kami hanya diiringi seorang polis wanita sahaja. Ketika melintasi satu lorong, kami lihat ramai pemberita.Nashita yang sangat tajam penglihatannya segera melambaikan tangankearah beberapa orang pemberita...kemudian baru diikuti aku dan kak Salmah.

Kami ingat hukuman itu telah muktamat...tapi, walaupun denda duit telah dibayar, Peguam negara khabarnya masih tak puas hati dengan kami......kes itu di semak semula dan 8 Jan2013 akan diberi keputusan yang baru.......

Read More !

Perbicaraan bagai sebuah drama?

| | 0 ulasan

Semua 29 OKT Himpunan Anti-ISA dibicarakan di Mahkamah Sesyen Jenayah. Maknanya, sesiapa saja yang ditahan di tempat himpunan itu di kategorikan sebagai pesalah bahagian jenayah . Kami semua melalui perbicaraan yang agak lama juga iaitu dari akhir tahun 2009 dan berakhir pada 2012.
Hakim yang mendengar kes kami juga turut bertukar ganti. Akhirnya, kes ini didengar oleh seorang hakim perempuan.
Kami mendapat sokongan yang padu dari PAS. Kes anti-ISA ini di ambil oleh para peguam (JUHAM)yang hebat-hebat dari PAS di mana mereka ini semuanya pakar dalam kes masing-masing yang melibatkan isu-isu jenayah termasuk pembunuhan.....
Para penyokong PAS juga amat rajin datang ke Mahkamah pada hari perbicaraan untuk memberi "moral support" pada anak-anak muda dari unit amal yang telah ditahan pada 1 Ogos 2009 dulu. Semua OKT amat gembira dan bersemangat.....

Selain PAS, pimpinan PKR juga turut bersimpati dan memberi sokongan pada kami rakyat marhaen yang cuba berjuang untuk mendapatkan  keadilan untuk generasi yang akan datang....Kehadiran DSAI dan Kak Wan amat menggembirakan  hati semua OKT..

Perbicaraan bermula dari 29 Nov 2009 berlanjutan hingga  22 Feb 2012. Hampir setiap dua bulan kami akan datang ke mahkamah untuk di bicarakan. Bagi orang bekerja macam saya ni, memang terpaksa mengambil cuti dan membuat kelas gantian....Syukur teman-teman di sekolah amat memahami keadaan saya...:))
Perbicaraan tersebut memang ternyata amat berat sebelah. Walaupun para saksi yang dipilih jelas bercakap bohong dan pihak peguam beberapa kali membuat bantahan, namun semua itu tiada memberi apa-apa makna. Semua OKT merasakan ,perbiucaraan ini hanyalah satu "drama ringkas' sahaja. Keputusannaya kami rasakan  telah  lama di tentukan oleh Pn hakim!!!

Read More !

Pejuang rakyat dan mahkamah juga jadi mangsa ISA?

| | 0 ulasan


1 Ogos 2009 dipilih untuk mengajak rakyat satu Malaysia menyatakan pendirian mereka terhadap akta tahan tanpa bicara ISA. 

Lebih 50 tahun akta itu diguna oleh pihak berkuasa  untuk  mengawal kebangkitan rakyat yang mahukan keadilan. Ramai yang telah di zalimi. Mereka mengsa ISA ini datang dari pelbagai lapisan bangsa  dan keturunan. Dari mantan Presiden PAS Allahyarham Dr Burhanudin Helmi, Lee Ban Chen hingga lah pada anak-anak berusia seawal 16 tahun, iaitu para pelajar yang belajar ugama di Pakistan.....pernah di masukkan ke penjara tanpa perlu di bicarakan terlebih dulu,  oleh akta ini.

Gerakan MansuhkanISA yang dianggotai oleh NGO dan parti politik menggerakkan rakyat untuk hadir ke himpunan aman tersebut Kami  bertiga(aku, Nashita dan Aiman) adalah sebahagian  dari jutaan rakyat Malaysia yang tidak sanggup lagi melihat rakyat negara ini terus-menerus di tindas dan ditakut-takutkan oleh penguasa ISA.Pasti ramai lagi yang tidak rela melihat pemimpin yang sedang berkuasa menggunakan ISA sebagai perisai utama supaya membolehkan mereka terus-menerus mencuri,merompak  dan menghabiskan hasil bumi Malaysia ini untuk diri mereka dan kroni.....Jika kami tidak bertindak membuang ISA ketika itu, apa lagi yang tinggal untuk generasi anak-anak kami dikemudian hari?


Walaupun mereka yang terlibat dengan Himpunan  Anti ISA 1 Ogos ini mencecah lebih 500,000 orang, namun kami bertiga yang menjadi "mangsa pilihan". Kami di tahan lebih awal, walaupun ketika itu kami tidak berada di medan himpunan, lebih tepat lagi, kami bertiga belum sempat untuk berada di himpunan tersebut.Kami telah dikurung hampir 3 jam di sebuah trak polis!


Lebih 600 para demonstran di tahan ....tapi mereka semua di lepaskan. Tapi kami bertiga bersama 26 OKT yang lain, telah di beri satu caj oleh mahkamah dan  dibicarakan.........

Dari 29 Orang Kena Tahan (OKT), kami lima wanita iaitu  kak Salmah MT Keadilan , Kak Yati juga MT Keadilan, Aiman Athirah Ketua Penerangan Muslimat(PAS) Pusat, Nashita seorang peniaga Tuperware dan aktivis rakyat serta aku (ketika itu isteri tahanan ISA) telah di "pilih" oleh pihak berkuasa untuk di tangkap dan dibicarakan.
Manakala 26 OKT yang lain terdiri dari kumpulan anak muda yang datang dari Johor, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka....Mereka juga sama seperti kami berlima, tidak sempat pergi ke Himpunan tapi telah ditangkap dan terus di caj di mahkamah.

Saya rasa, mahkamah juga turut di mangsakan oleh penguasa ISA..........................

Read More !

2013, bekas mangsa ISA tetap menderita....

| | 0 ulasan


Bulan Disember 2012 yang baru berlalu menyaksikan beberapa orang anak bekas tahanan ISA menaiki jinjang pelamin. Rasanya bagai semalam ahli keluarga kami keluar dari pintu utama Kem Kamunting, namun semua terpaksa akur dengan perubahan fizikal anak-anak yang semakin dewasa....semua itu mengingatkan kami bahawa ISA sepatutnya sudah jauh ditinggalkan  di belakang sana.......
Reunion di sebuah majlis walimatulurus yang serba sederhana tetapi meriah itu dihadiri hampir lima puluh bekas tahanan ISA yang di namakan oleh PM ketika itu, Mahadey, sebagai kumpulan "Jemaah Islamiyah" atau lebih terkenal sebagai JI.Meriah sungguh pertemuan itu.
Jika tahun 2002 ketika mereka di tahan dulu semua tahann ISA "JI" ni masih agak muda, namun di pertemuan di luar kem tahanan kali ini, memperlihatkan kematangan "rupa dan wajah" yang sebenar.... Kehadiran anak-anak yang dulunya berusia sekitar 8 - 12 tahun juga telah memberi wajah yang berbeza ketika reunion baru-baru ini. Rata-rata anak-anak telah besar panjang, malahan ramai yang telah mendirikan rumah tangga dan beranak pinak!!!
Isteri-isteri juga tidak mahu mengalah. Walaupun semuanya sudah agak berusia, namun perjuangan sebagai ibu tunggal menjadikan kebanyakan mereka lebih kuat, tabah dan cekal dari wanita biasa. Dan yang lebih manis, walaupun agak berusia, semuanya tetap kelihatan anggun serta menawan...:)).
Inilah sebahagian dari anak-anak mangsa ISA. Ketika bapa mereka di tahan dulu, usia mereka sekitar 4 - 7 tahun. Ketika bapa di angkut oleh van polis, mereka menangis di dukungan ibu masing-masing........Setiap kali mengikut ibu@emak mereka ke Kem Kamunting, mereka akan bertanya berulang-ulang, kenapa bapa kesayangan mereka tidak dibenarkan pulang  kerumah........


Kini, selepas sepuluh tahun, suasana memang berbeza. Anak-anak sudah besar dan bapa-bapa juga sudah di bebaskan dari Kem. namun  kepada sebahagian besar bekas tahanan ISA, mereka masih di belenggu kesukaran hidup angkara  akta zalim ini walaupun PM Najib mengisytiharkan "ISA di mansuhkan".

Ketika ini, 2013, masih ada bekas tahann ISA yang tidak dibenarkan kelkuar negara kecuali selepas mendapat permit polis terlebih dulu. Ada bekas tahanan yang di soal siasat oleh polis beberapa jam sebelum kapal terbang berangkat ketika mengnerjakan ibadah umrah di Makkah. Dan ada bekas tahanan yang tidak dibenarkan membuat paspot antarabangsa sebelum mendapat kebenaran dari pihak polis......

ISA sudah mansuh, tapi inilah derita yang terpaksa di tanggung oleh sebahagian besar bekas tahanan nya....apa sebenarnya  niat utama kerajaan "memansuhkan ISA " ini?

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]