Superwomen oh superwomen!

| | 0 ulasan

Pagi-pagi lagi saya telah menyiapkan urusan rumah seperti berkemas dan masak untuk "brunch" (breakfast dan lunch). Jam 12 tengahari, kami bertiga termasuk anak dan suami telah berada di perut kereta yang meluncur laju ke Masjid Bulat, Seksyen 14, P.J.


Ketibaan ku seperti disambut oleh YB Zailah, wanita anak lapan yang mengetuai barisan pimpinan Muslimat PAS.Bagaikan teman lama, kami bersalam serta bertanya khabar lalu saya ambil gambar beliau bersama beberapa orang Muslimat P.Pinang yang baru turun dari bas !
Selepas solat Zohor, kami semua berkumpul dihadapan masjid. Ramai juga wanita yang datang bersama sepanduk dan playcards masing-masing. Wanita Orang Asal ini begitu gah dan menarek dengan slogan yang tertera di poster yang mereka pegang.
"Eh..kak Laila, apa khabar?" saya menoleh kearah seorang wanita manis bertudung putih."Suami dah bebas?" tanya beliau lagi. "Dah...tiga tahun lepas" jawab saya seakan berbisik." Ni dari mana ni?" tanya saya pula. "Kami dari Kota Bharu..." ujar mereka sambil tersenyum....Hebat! hebat!! hebat!!!
Menarik sungguh lambaian dari sekumpulan wanita memegang sebuah sepanduk panjang. Oh...ini Wanita Ikram K.L dan Gombak!!! Saya perhatikan, kehadiran Wanita Ikram agak ramai pada himpunan wanita kali ini...
Wanita Ikram adalah antara "superwomen" yang rajin menghadiri himpunan aman seperti ini.....keep the effort UP!!!
Sebaik saja tiba di Padang Astaka, saya berjalan perlahan-lahan sambil memerhatikan para peserta demonstran yang bakal menjadi "tetamu" di lensa kamera saya......Daru jauh nampak sekumpulan wanita bertudung labuh....wajah merah dan berpeluh-peluh...sedang duduk sambil minum air mineral.
"Jom satu snap?" saya halakan kamera kepada mereka dan bagaikan "model profesyenal" dalam beberapa saat, semua sudah sedia dengan poster masing-masing. Istimewanya mereka ni- Wanita Ikram Ampang Jaya, di mana ada aktiviti kemasyarakatan, disitulah mereka ada. Dari bersukan di padang, kematian.... hinggalah membantu mangsa banjir di Ampang baru-baru ni....memang sangat power!!!
" Eh kak Laila, saya baca kat akhbar, akak masuk penjara ya?" tanya salah seorang dari mereka." Ohhh belum lagi,,sedang tunggu masa" ujar saya sambil tersenyum. "PRU akan datang, u all mesti menang ya..." kata saya lagi. Mereka adalah Muslimat dari Negeri Sembilan dan saya mengenali mereka ketika berkempen untuk PRK Port Dickson tiga tahun lepas.

Read More !

Anda wanita yang mahukan perubahan?

| | 0 ulasan

Poster ni dah lama di letakkan oleh Cik Aiman Athirah di FB saya. Rasanya, ramai yang dah tengok gambar ni.Esok Ahad 18 Mac ada banyak jemputan kenduri@walimatul urus dan perlu hantar anak bujang kami balik ke kolejnya. Wah!!! Macam ada banyak kerja yang perlu dilakukan......
Tetapi hubby @suami dah pesan dan ingatkan banyak kali supaya rancang betul2 program esok.... yang penting, kena sampai di salah satu tempat yang di janjikan dengan selamat dan dapat menyertai wanita lain yang ingin mahukan perubahan di Malaysia ini....


Ehhh....dia beberapa kali kata, "cari baju atau tudung warna ungu .."..:))
So, petang tadi, sebagai tanda sokongan moral, suami dan anak membantu mencari sarung tangan putih di beberapa buah kedai tidak jauh dari rumah kami....Kebetulan pula sarung tangan yang putih melepak ni kebanyakankedai dah "out of stock"...dan akhirnya..jumpa ini, satu-satunya yang ada di daerah tempat kami tinggal.....syukur pada Allah..:))

Alhamdulillah dan semoga Allah akan permudahkan segala urusan ....

Anda yang membaca posting ni, jom join sekali ya.....Jangan lupa pakai sebarang pakaian berwarna ungu dan sarung tangan putih ya....

Read More !

Tuntutan rakyat, janji PM Najib dan mangsa ISA.

| | 0 ulasan

Minggu lepas di Dewan Perhimpunan Cina K.L/Selangor, Gerakkan Mansuhkan ISA yang mewakili 80 NGO dan parti politik alternatif(GMI), dalam satu sidang akhbarnya, tetap bertegas menuntut janji dari PM supaya akta tahan tanpa bicara ISA segera di mansuhkan dan semua tahanan segera di beri hak proses perbicaraan atau dibebaskan saja. Tuntutan itu adalah sentiasa konsisten dengan kehendak rakyat yang mahukan semua penduduk di Malaysia ini sepatutnya di beri hak untuk mendapat proses perbicaraan di mahkamah yang adil.



Dan ini pula janji PM Najib terhadap rakyat Malaysia yang telah menjadi salah satu isi penting dalam ucapan utama beliau pada 15 September 2011 dimana beliau berjanji untuk memansuhkan ISA dan beberapa akta tahan tanpa bicara yang lain seperti EO dan DDA.
Dalam gambar ini, Puan M(bukan nama lengkap) berpakaian maxi hitam bertudung labuh putih ditemani oleh ibu mertuanya sedang menerima sumbangan dari Pengerusi GMI, sdr Syed Ibrahim. Ketika gambar ini di ambil, Puan M sedang mengandung sembilan bulan.

Suami beliau, Azmi Pindatun ketika ini sedang di kurung di Kem Kamunting, Perak untuk kali kedua.Pertamanya beliau di tahan pada akhir tahun 2006 dan di bebaskan awal tahun 2008. Pertama kali ditahan dibawah ISA, Azmi belum berkahwin. Dan kali kedua ditahan dibawah akta yang sama pada November 2011, beliau baru lapan bulan mendirikan rumahtangga denganPuan M.

Siapa pernah menyangka, masih ada orang yang ditahan dibawah akta ISA ini lebih dari sekali.Siapa yang terfikir, di sebalik janji PM untuk memansuhkan ISA, di masa yang sama, masih ada lagi rakyat Malaysia yang terpaksa di korbankan untuk dijadikan mangsa oleh penguasa akta zalim ini.

Azmi bersama 39 yang lain masih di kurung tanpa bicara di Kem Kamunting.

Read More !

Ustaz Abd Rahim Lakasauk dalam kenangan...

| | 0 ulasan

Gambar ini di ambil pada bulan September 2010. Arwah Ustaz Abd Rahim memakai baju kemeja putih dan berkopiah hitam.


Saya dan suami bertemu dengan beliau(Arwah Ustaz Abd Rahim) di sebuah majlis Walimatul Urus. Dari jauh arwah mendapatkan kami untuk bersalaman dengan suami saya yang ketika itu baru setahun di bebaskan dari ISA. "Alhamdulillah Sheikh , anta dah bebas.." itulah antara kata-kata arwah Ustaz yang sempat saya dengar. Saya yang sedang bergambar dengan seseorang yang lain, sempat meminta beliau untuk bergambar dengan kami...

Saya pasti, arwah adalah salah seorang dari jutaan rakyat M'sia yang turut mengikuti perkembangan penahanan suami saya dari ISA, dari tahun 2002 hingga 2009.

Semenjak pulang dari Mesir lebih 20 tahun lalu,Arwah Ustaz Abdul Rahim menghabiskan hidupnya menjadi pendidik, guru Bahasa Arab, di sebuah sekolah Islam swasta. Beliau seorang yang mengamalkan kehidupan yang amat "simple" dan bersungguh-sungguh mematuhi syariat Islam serta mengamalkan sunnah Ar Rasul Muhammad SAW.Moga Allah mengampuni segala dosanya dan merehatkan beliau bersama mereka yang soleh dan beriman sementara berpindah ke Syurga Allah yang abadi...

Allahummaghfirlahu war hamhu...AL FAATIHAH...

Read More !

Kami mahu ISA benar-benar di mansuhkan....

| | 0 ulasan

"Jiran-jiran di sini semua kenal dia" ujar Puan "S" memulakan cerita mengenai suaminya Darto yang di bawa polis dari Tawau ke Bukit Aman sejak November tahun 2011."Semua pelik, apa salah yang di buat oleh suami" tambah beliau yang mengatakan suaminya bekerja menjadi penghantar surat khabar.


"Saya tidak tahu bagaimana nak bantu suami....." suaranya terhenti dan ku lihat titisan air bergenang di kolam matanya. Beliau memeluk anak kedua nya yang berusia setahun lebih dan duduk di pangkuan.
"Ada gambar suami" tanyaku lagi.
"Ini dia kak..." kata Puan "S" sambil menghulurkan sekeping gambar seorang lelaki berusia akhir dua puluhan. Anak diu pangkuan melihat gambar tersebut dan menareknya dari peganganku. Gambar itu di pandang, di cium dan di jilat oleh kanak-kanak lelaki itu.
"Fatih(dalam gambar) sangat rapat dengan ayahnya....sebab itu dia suka cium gambar itu" tambah wanita malang itu sambil mengesat airmata.
"Apa harapan Puan terhadap penahanan suami ini?" tanya Syed Ibrahim, Pengerusi GMI yang turut sama dalam rombonganmelawat keluarga ISA Tawau awal Februari lalu.

"Saya mahu dia cepat di bebaskan. Jiran-jiran disini(rakyat Sabah) juga tahu ISA di mansuhkan. Semua berharap ISA betul-betul di mansuhkan supaya suami saya cepat dibebaskan...." begitu lancar Puan S melafazkan kata-kata itu....

Ya...kita sama-sama tunggu janji PM bahawa ISA akan di mansuhkan supaya tiada lagi rakyat yang akan menjadi mangsa akta tahan tanpa bicara itu....

Read More !

Bagaimanakah suamiku?

| | 0 ulasan

Letih sangat hari ini. Jadual kelas amat padat dan sebelu pulang ke rumah, aku telah berjanji untuk singgah ke sebuah pasaraya membeli sedikit makanan ringan untuk program GMI di P.Jaya.Sewaktu keluar dari kereta hujan amat lebat. Aku hampir basah kuyup walaupun menggunakan payung!


Memang menjadi kebiasaan, bila terkena hujan, dengan serta merta kepala menjadi sakit yang amat sangat. Agak lama aku tertidur di atas sofa di ruang tamu. Aku sedar apabila mendengar deringan telefon di atas meja.

Aku : Siapa ni?
Suara : Siapa ni? ( Eh, dia yang telefon, dia pula bertanya.Aku off saja hp tu dan sambung tidur semula.Tiba-tiba hp berbunyi lagi...)
Aku : Saya Laila dari K.L.....siapa di sana?
Suara : Siapa di sana?(Amat lemah suara itu)
Aku : Saya Cikgu Laila...apa yang boleh di bantu.Siapa disana? Itu dari Tawau ke?(Aku meneka saja).
Suara : Ya...saya dari Sabah ni....
Aku : (Saya off telefon dan menelefon dia pula)Oh ...saya yang talipon awak semalam. Ini isteri Muaz tahanan ISA tu ke?
Suara : Oh iya kak! (Tiba-tiba suara itu amat kuat sekali.) Bagaimana dengan suami saya kak?
Kakak ada berjumpa dengan nya kah?
Aku : Saya bukan polis atau peguam...jadi tak boleh jumpa suami kamu. Lagipun Kem Kamunting tu jauh dari K.L.
Suara : Ohh gitu. Saya sudah hantar surat 3 kali, tapi belum dapat balasan dari suami...
Aku : Kalau begitu, elok tulis lagi...... kamu apa khabar?
Suara : (Wanita ini pun mula menangis dan aku terpaksa mendengar tangisan sekali lagi. Tangisan wanita ini semakin kuat kedengarannya..)
Aku : Awak ada anak?
Suara : Ada kak. Baru sebulan.....( patutlah dia sedih sangat. Sewaktu Puan "S" melahirkan bayinya, anak pertama pasangan itu, suami beliau, Muaz telah di hantar ke Kem Kamunting)
Aku : Sebelum kamu, ada ramai wanita lain, isteri tahanan ISA terdahulu yang terpaksa bersalin sendirian kerana suami mereka di kurung di panjara Kem Kamunting. Mereka juga sedih....tetapi kemudian ,mereka jadi wanita yang kuat dan tabah...mereka juga membesarkan ramai anak sendirian....Allah yang membantu mereka....
Suara : Oh gitu kah? kak ,terimakasih beri bantuan ya....

Bilakah semua ini akan berakhir? Bilakah kerajaan UMNO/BN akan berhenti dari mendera kaum wanita melalui akta tahan tanpa bicara ini?

Read More !

Kami mahu Abi!

| | 0 ulasan

Aku mencapai sekeping sekeping kertas bertulis nama dan nombor telefon beberapa orang isteri tahananISA di Tawau dan mula menghubungi mereka satu persatu.Dari 4 nombor yang ada, akhirnya satu dari nya mendapat jawapan di hujung talian.


Aku :Ini Puan Irda(nama pendek beliau)?
Pn.Irda:Ya saya. Ni siapa?
Aku : Ini Kak Laila dari K.L..
Pn Irda : Ohhh...saya baru berdoa supaya ada peluang dapat nombor hp kakak, tiba-tiba kak Laila ada di talian....Alhamdulillah.
Aku : Ohhh ye ke....you sihat kan?
Pn Irda : Sihat kak, sedang menunggu hari untuk bersalin....Saya stress kak....
(Selepas itu tidak kedengaran sebarang perbualan, melainkan esak tangis dari Pn Irda.Aku sabarkan diri mendengar esak tangis itu.) Aku : Irda, you boleh nangis lama-lama....akak akan terus mendengar...kenapa sedih sangat ni?
Pn Irda : Tadi siang saya dapat surat dari suami di Kamunting, Perak....dia sihat dan pesan supaya kami mendoakan dia segera di bebaskan......Tapi anak-anak tidak faham. Mereka nampak surat itu dan semua menangis rindukan Abi(ayah yang sedang di tahan)...saya dak tahan melihat anak-anak semua sedih gitu...
Aku : (Tak tahu nak kata apa. Ku biarkan Pn Irda terus menangis....)

Bapa mereka iaitu Mohd Abduh Bin Umar telah ditahan tanpa bicara sejak 14 Nov 2011 dan sekarang beerada di Kem Kamunting. Semoga Allah cepat perkenankan doa-doa mereka yang senntiasa memohon supaya Abduh segera dibebaskan dan penguasa ISA serta semua kakitangannya segera di hapuskan kekuasaan mereka dari muka bumi ini.

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]