Beberapa hari yang lepas.........
"Laila... Ina ni. Maafkan Ina kerana mengganggu Laila..... Ina rasa berat nak cakap,tapi terpaksa juga bagitahu.Ina nak tanya, ada tak duit Raya untuk kami?" suara di telefon ku kedengaran terputus-putus. Aku cuba "return call"beberapa minit kemudiannya, tapi rupanya itu bukan telefon dia.Mungkin di pinjam dari jiran.Itu adalah panggilan dari Perak.
"Kak Laila,tiada bantuan tuk kami raya ni?ekonomi belum setabil kak...anak-anak semua belum ada baju raya...dapat sikit pun jadilah..harap dapat bantu ya kak...." itu dari Sandakan.
"Puan, bekas tahann ISA lain dapat bantuan dari polis Bukit Aman RM500 seorang...tapi saya tak dapat...Suami saya baru saja dibebaskan bulan lepas, belum ada kerja lagi ...Saya harap Puan bantu saya ya.." jelas sungguh sms dari Johor itu.
Aku cuba membuat satu senarai keperluan mereka yang menghantar sms mohon bantuan itu......
Semalam.........
Nampaknya bilangan sms yang mohon bantuan makin bertambah....Aku dan seorang teman-Ummu Asiah, segera membuat satu senarai ringkas berdasarkan jumlah kutipan yang kami ada. Dan akhirnya...kami dapat membuat satu senarai seperti dibawah....
Kategori 1.
Tahanan ISA akan dapat RM 500 seorang. (ada 6 tahanan)
Kategori 2.
Tahanan RO (dah bebas dari Kemunting tapi terpaksa mengikut peraturan polis) RM4oo seorang.
Kategori 3.
Tahanan yang sudah beberapa tahun bebas, tapi baru ingin bermula untuk mensetabilkan pendapatan masing-masing. Bilangan ni ramai kerana anak-anak semuanya sedang membesar...
Bantuan antara RM200 -RM400.
Alhamdulillah.Seramai 18 orang sudah dibantu. Ada sepuluh orang lagi......
Sekiranya ada sebuah syarikat Takaful yang boleh membuat coverage untuk bakal mangsa ISA, sememangnya saya akan mencadangkan supaya rakyat M;sia mengambil Takaful perlindungan untuk tujuan itu.Kerana ,mangsa ISA juga mengalami kerugian yang tidak kurang dari mangsa bencana alam dan penyakit kronik....
Sudah terbukti, ramai mangsa ISA kehilangan pekerjaan , harta dan juga ahli keluarga tersayang......
Sumbangan anda amat bermakna buat mereka.....
Aidil fitri yang suram buat mereka...
Setiap hari, media kerajaan melaporkan pelbagai bantuan untuk golongan yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin,OKU, ibu tunggal dan sebagainya......namun tiada siapa yang hirau nasib yang menimpa wanita-wanita yang masih menjadi mangsa ISA.
"Aidilfitri menjengukkan wajahnya kembali....namun hanya surat -surat ini sahaja yang menemani saya...." ujar Niza dengan nada sedih."Saya tak buat sebarang persiapan pun, akan menyambutnya secara ala kadar saja.Duit gaji sekadar cukup untuk sewa rumah ,makan dan selebihnya perbelanjaan untuk melawat suami ke Taiping" tambahnya lagi.
Su dan Niza adalah antara beberapa wanita yang suami mereka masih ditahan tanpa sebarang bicara oleh akta ISA. Mungkin ramai menyangka tiada lagi mangsa akta zalim tahan tanpa bicara itu namun pada hakikatnya.....dalam diam-diam...akta tersebut masih lagi mengganas dalam senyap...
"Kak, terimakasih banyak2 kerana belanja buka puasa dan beri duit raya....seronok sanagt rasanya.Lupa sebentar masaalah yang kami sedang hadapi sekaran...." itu sms yang dihantar oleh Su.
"Semua tu sebahagian dari sumbangan dari orang ramai kepada kami di Gerakan Mansuhkan ISA.Doakan lah mereka yang menyumbang tu di beri ganjaran terbaik oleh Allah SWT" jawab ku padanya.
Sudah menjadi tradisi, mangsa ISA sukar mendapat bantuan mahupun pembelaan dari pihak berkuasa yang menguasai pusat zakat dan sebagainya.Namun, Allah maha kaya. Selama ini, mereka -mangsa ISA berjaya meneruskan kehidupan dengan bantuan dan kasih sayang dari orang ramai....
Siapakah yang simpati pada mereka?
" Macik Laila, kami minta bantuan sedikit untuk membeli ubat buat ayah yang masih tinggal dipenjara..."demikian sms dari N, yang baru berusia 17 tahun tinggal di kawasan seinggan di Sandakan ,Sabah.
Aku tersentak dengan permintaan itu.INGIN SAJA AKU BUAT TAK TAHU dengan permintaan tersebut, namun pengalaman lampau sebagai mangsa ISA, mengubah segalanya.Susah nak digambarkan bagaimanakah rasanya jika tidak punya wang untuk membeli barabg yang sepenting itu....
N, adalah anak sulung dari 8 orang adik beradik,semua sedang membesar...N dan adik perempuann dan adiknya, sudah boleh bekrja mengutip telur di ladang ayam dengan gaji RM1.50 untuk 100bj....tetapi pendapatan itu masih terlalu jauh dari mencukupi untuk membantu ibu mereka yang mengambil upah dirumah orang....
Dan untuk kesekian kalinya, kami di GMI lah yang menjadi sasaran untuk membantu merengankan beban kehidupan mereka sekeluarga....
Di Ramadan hari ke 21 ini, saya mohon dari anda di luar sana agar sudi menghulurkan sedikit sumbangan untuk di sampaikan kepada mereka dan mengsa ISA yang lain untuk merasai kegembiraan di Aidilfitri,
Sumbangan boleh disampaikan melaui no akaun Bendahari GMI yang tertera di blog ini.Moga subangan anda akan menjadi peneman di akhirat kelak.......
YB Dr Lo'Lo dalam kenangan.....
Berita kematian YB Dr Lo' Lo' benar-benar menyentap hati dan perasaan ku. Sejak tarikh beliau di jemput Illahi hingga ke saat ini aku sentiasa terbayang wajah , kata-kata dan tingkah lakunya yang terlalu bersahaja namun sarat dengan mesej yang berharga...
Tidak pernah terfikir, beliau akan pergi dalam waktu dan ketika dimana ummah di Malaysia ini terlalu memerlukan insan seperti beliau...Namun....siapalah aku untuk berperasaan seperti ini kerana aku yakin, segalanya telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Kuasa.....Yang jelas, Allah lebih menyayangi beliau....
Aku tidaklah begitu rapat dengan beliau seperti mesranya saudara sedarah mahupun se parti, namun hubungan guru dan "parent"(aku pernah mengajar semua anak Arwah) serta ukhuwwah Islamiyah, kami berdua saling terikat kerana berada di landasan yang sama iaitu berjuang untuk memahamkan rakyat tentang hak-hak dan keadilan dalam Islam di ruang lingkup dan skop yang hampir serupa.
Suatu ketika ...di kala wanita mangsa akta zalim ISA seperti aku terkial-kial mencari dahan untuk bergayut, mencari tangan untuk berpegang, beliau salah seorang yang turut menghulurkan bantuan dengan ,memberi ruang serta peluang untuk ku meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penguasa ISA tentang penahanan tanpa bicara yang begitu lama dan tidak berperi kemanusiaan....Tidak keterlaluan jika dikatakan, Arwah adalah salah satu' pintu' untuk kami mangsa ISA , mendapat perhatian dan pembelaan dari PAS ketika itu....Tidak hairanlah jika majoriti keluarga bekas tahanan ISA yang dilabelkan "JI" amat menyenangi dan mengenali beliau!
Rasanya, bukan aku seorang yang sedang mengingati dan merindui beliau ketika ini. Aku yakin, semua yang cintakan kedamaian, keindahan serta keadilan Islam, akan sentiasa mengingati semangat dan perjuangan beliau. Moga semua yang beliau tinggalkan, akan menjadi pemangkin dan menjadi inspirsi pada kita semua,terutama generasi muda untuk meneruskan perjuangan suci ini.....
Al Faatihah....
Dah 4 bulan?
"Seronoknya dapat berkumpul kembali" kata Nalini kepada saya. Nashita dan kak Jija menggangguk sama. Rindu sebab dah agak lama tak berkumpul begini....Apa perasaan Tn Syed Ibrahim ya???
Siapa sangka, penahanan terbaru dibawah ISA keatas seorang warga Singapura bernama Abd Majid, telah merapatkan kembali saff AJK Gerakan Mansuhkan ISA yang selama ini agak sedikit relax dari biasa...
Puas gak kami berteka-teki, apakah tujuan Menteri Dalam Negeri menangkap lelaki berusia 60 tahun ini untuk disumbat ke dalam lubang ISA...???Mungkin tidak lama lagi, kami bakal mendapat jawapannya..
Apa pun...... yang jelas ialah, bila ada penahanan terbaru, hubungan setiakawan dan semangat kami di GMI ...pastinya dengan tiba-tiba bagai mendapat satu suntikan baru untuk terus bangun dan melawan demi memansuhkan ISA!!!!
p/s:Terima kasih pada anda yang sudi menegur bahawa BLOG INI TELAH 4 BULAN TIDAK DI UPDATE!!!!
Human Right Vs Makkal Sakhty...mana satu pilihan hati?
Bila salah seorang dari ahli keluarga ditahan dibawah ISA, siapakah orang yang paling terkesan?Mestilah anak,isteri dan adik-beradik yang lain.Ketika perasaan risau,susah hati, marah, sedih bertamu dihati kerana kehilangan orang tersayang, segala kesengsaraan itu ditambah pula dengan gangguan polis SB dan persepsi negatif masyarakat....Susah hendak menggambarkan segala kesukaran tersebut...hanya yang pernah mengalaminya saja dapat menceritakan betapa buruknya akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) ini.
Pada tahun 2007, suamiku- Mat Sah telah 5 tahun merengkok tanpa bicara di Kem Kamunting.Ketika itu,majoriti yang ditahan adalah orang Melayu Islam yang dituduh sebagai pengganas. Dari maklumat dalaman Kem, hampir tiada bangsa India yang ditahan bertahun-tahun di Kem Kamunting.Adakah ini bermakna orang India kebal dari ISA?....Tiba-tiba, pada bulan Desember tahun itu, 5 lelaki berbangsa India yang dikatakan sebagai pemimpin HINDRAF, membuktikan bahawa diabad 21 ini,ISA masih digunakan tanpa mengenal siapa!!! Penahanan 5 lelaki ini memang menggemparkan seluruh kaum India dan inilah permulaannya mereka tahu diMalaysia ini ada akta zalim ISA!
Ini kenanganku bersama isteri P.Uthayakumar, kini sebagai Presiden Parti Human Right (Parti Hak Asasi).Ketika itu,P.Uthaya menjadi teman se blok dengan suamiku di dalam Kem Kamunting.Uthaya dibebaskan pada awal tahun 2009 dan suami dibebaskan pada akhir tahun yang sama.
Air paip sama bahaya dengan ISA?
Aduh sakitnya kaki...lenguhnya yang amat sangat!! Ku jenguk Abah Suhaib di ruang tamu, televisyen yang sedang tengok dia mendengkur diatas sofa rotan.Letih sangat lah tu.... Apa tak letihnya, siang tadi kami berjalan hampir 4 kilometer..dari stesen LRT Pasar Seni hingga ke Masjid Negara dan baliknya dari Masjid Negara ke Masjid Jamek untuk menaiki LRT ke stesen Titiwangsa kerana kereta kami ditinggalkan disitu.
"Best ke Bah" tanya Suhaib kepada ayahnya. "Boleh lah....tapi kita sampai dah lewat, orang pun dah berapa ramai...tapi sempat gak tengok bom asap dan pancutan air asid dari lori merah polis.." terang Abah (Mat Sah) panjang lebar.
Biar lambat asalkan hadir.... walaupun lewat, kami masih bernasib baik kerana masih sempat menyaksikan babak drama pancutan air asid, lontaran gas pemedih mata serta berlari dari dikejar polis yang nampaknya terlalu marah kepada semua mereka yang berhimpun aman di hadapan Masjid Negara petang tadi.Abah menyaksikan dari dekat, perangai dan tindakan polis-polis FRU ,beruniform dan SB berpakaian biasa "mengerjakan" beberapa lelaki yang "di tanda" untuk ditangkap sebagai satu contoh supaya orang lain segera beredar dari tempat itu.Macam mana rakusnya mereka(polis )di tempat awam, begitulah sikap mereka ditempat tertutup sepertimana yang telah dilalui oleh semua tahanan ISA seperti beliau. Bagi tahanan 7 tahun, peristiwa tadi hanyalah satu aksi kecil dari pelbagai aksi ganas polis kepada mereka yang ditahan 60 hari di Police Remand Center di K.L
Walaupun jam menunjukkan hampir tiga petang, orang ramai masih tidak berganjak dari tempat masing-masing.Semua seolah-olah tidak berpuas hati dengan himpunan tersebut.Polis akhirnya menunjukkan "kuasa' nya bila kelihatan lori merah bergerak kearah orang ramai yang berkumpul di tepi jalan. Jika sebelum itu gas pemedih mata tidak meinggalkan kesan, kehadiran lori merah memang tidak digemari oleh para demonstran.Semua cabut lari......
Mungkin ada yang berkata, "ramai giller" orang di Masjid Negara siang tadi.Namun , bagi demonstrator veteran seperti kami ini, jumlah itu tidak lah besar sangat. Dalam sejarah, ada banyak lagi demo yang lebih besar salah satunya demo anti-ISA yang diadakan pada tahun 2009.Ketika itu lebih 600 orang ditahan dan 29 orang di caj di mahkamah termasuk seorang kanak-kanak berusia 16 tahun.
