Pada tahun 2007, suamiku- Mat Sah telah 5 tahun merengkok tanpa bicara di Kem Kamunting.Ketika itu,majoriti yang ditahan adalah orang Melayu Islam yang dituduh sebagai pengganas. Dari maklumat dalaman Kem, hampir tiada bangsa India yang ditahan bertahun-tahun di Kem Kamunting.Adakah ini bermakna orang India kebal dari ISA?....Tiba-tiba, pada bulan Desember tahun itu, 5 lelaki berbangsa India yang dikatakan sebagai pemimpin HINDRAF, membuktikan bahawa diabad 21 ini,ISA masih digunakan tanpa mengenal siapa!!! Penahanan 5 lelaki ini memang menggemparkan seluruh kaum India dan inilah permulaannya mereka tahu diMalaysia ini ada akta zalim ISA! Ini kenanganku bersama isteri P.Uthayakumar, kini sebagai Presiden Parti Human Right (Parti Hak Asasi).Ketika itu,P.Uthaya menjadi teman se blok dengan suamiku di dalam Kem Kamunting.Uthaya dibebaskan pada awal tahun 2009 dan suami dibebaskan pada akhir tahun yang sama.
Tema Makkal Sakhti yang digunakan untuk menyebarkan bahaya ISA yang menimpa 5 lelaki tersebut berjaya mengubah senario politik Malaysia. Aku turut merasai nikmat limpahan sokongan dari pelbagai kaum di Malaysia yang semuanya "menyumpah' pada penguasa ISA!!!
Gerakkan Mansuhkan ISA (GMI) adalah satu gabungan NGO yang paling popular menjuarai isu ini.Sesuai dengan prinsip utamanya iaitu membela sesiapa saja yang ditahan dibawah ISA, HINDRAF tidak terkecuali. Koordinator HINDRAF amat bijak menggunakan situasi ini untuk mendidik kaum India tentang ISA dan kesedaran itu dizahirkan dalam pilihanraya umum ke 12 dulu...
Pada tahun 2009, kesemua 5 pemimpin HINDRAF telah dibebaskan. Mereka ditahan kurang dari 2 tahun!!!
Pada PRU12, Pakatan Rakyat(PR), yang mendokong penuh supaya ISA di mansuhkan, telah menyaksikan rakyat telah menyokong PR hinggakan BN hampir gulung tikar...jika tidak di selamatkan oleh penduduk Sabah dan Sarawak yang majoriti masih "buta' pada kekejaman dan ketidakadilan parti usang itu.
Tema Makkal Sakhti yang telah di gunakan untuk menyedarkan rakyat India tentang ISA,telah dijadikan sebuah parti politik dan mendapat restu PM Najib.Parti Makkal Sakhti telah wujud untuk kaum India...setakat manakah keberkesanan parti itu?
Kini, 2010, sekali lagi kaum India terpaksa berhadapan dengan dilema bila satu parti baru telah lahir iaitu parti Hak Asasi manusia (Human Right Party).
Sebelum PRU 2008, kaum India semuanya bersatu kerana pemimpin mereka ditahan dibawah ISA. Kesatuan itu telah membuktikan bukan kaum India saja, malahan kaum Cina juga turut berganding bahu untuk membuang akta zalim tersebut....
Namun, dengan kehadian 2 party untuk kaum India, yang mana satukan akan menjadi pilhan mereka? Bagaimanakah nasib mereka yang mendakwa disisihkan lebih 50 tahun oleh BN?
0 ulasan:
Catat Ulasan