Jom ke Vigil, Ahad 1 Ogos 2010.

| | 0 ulasan

Pada bulan Jun 2008, semasa GMI mengadakan Vigil di Kem Kamunting, penghuni Kem itu dimana ketika itu, Mat Sah@Abah Suhaib..... salah seorang diantara mereka, rasa amat teringin untuk melihat dunia luar Kemta yang kelihatan hijau dan segar.Malangnya, peraturan Kem menafikan hak mereka walaupun untuk mengintai keindahan Alam ciptaan Allah.

Mereka(tahanan ISA) hanya mampu mendengar sorak sorai dan tapak kaki peserta Vigil yang jumlahnya hampir 1000 orang dan dalam hati masing-masing amat gembira ...rupanya masih ada orang di dunia luar yang mengingati penahanan tanpa bicara yang terpaksa dilalui, tanpa sedikitpun kerelaan dihati mereka.
Kini...ramai yang telah dibebaskan hasil desakan orang ramai...namun masih ada 16 tahanan IAS yang dikurung disana, termasuk Samsudin Sulaiman yang ditahan masuk tahun ke 10!!!

Anda perihatin dengan nasib mereka yang ditahan tanpa bicara ini?
Jika ya......., silalah hadir ,walaupun cuma beberapa minit saja untuk menunjukkan solidariti dan sokongan supaya protes aman sambil memegang lilin ini, akan menjadi satu punca supaya tahanan segera dibebaskan......

Padang Timur, depVigil akan diadakan pada hari Ahad jam 8 malam, serentak di 8 negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Di Lembah Kelang, Vigil akan diadakan di an Amcorp Mall, Petaling Jaya...tidak jauh dari MBPJ.

Read More !

ISA mencabul hak dan maruah kami....

| | 3 ulasan



Selama lebih 7 tahun dia(Mat Sah@Abah Suhaib) ditahan di Kem Kamunting, Allah SWT telah temukan saya dengan pelbagai lapisan aktivis masyarakat yang begitu perihatin dengan nasib tahanan akta tahan tanpa bicara ISA seperti saya dan ratusan yang lain.Dan selama itu juga, saya menghadiri ratusan program yang di rangka oleh Gerakan Mansuh ISA hanya untuk memberitahu pihak berwajib bahawa pasangan saya tidak bersalah dan mendesak penguasa ISA supaya membebaskan beliau atau dakwa saja di mahkamah.Ketika itu, saya terlalu ingin supaya satu hari nanti, suami juga akan turut serta dalamkempen anti-ISA supaya lebih ramai insan biasa seperti kami yang menyedari tentang kedurjanaan akta ini sekaligus memberitahu mereka supaya tidak takut atau gentar dengan akta tersebut.Selama tujuh tahun itu, saya kerap ditemani oleh anak tunggal kami iaitu Suhaib dan juga teman-teman dari GMI. Saya selalu impikan bahawa suuatu hari nanti, saya dapat terus mendidik rakyat supaya menolak ISA bersama-sama suami yang merasai sendiri kepahitan hidup sebagai banduan yang tidak pernah dibicarakan, di sebalik pagar berduri Kem kamunting.Saya sering berdoa supaya suami akan turut serta dalam mendidik orang ramai supaya menolak pemimpin yang menggunakan akta ini, hanya untuk kepentinganperibadi mereka saja!!!!

Alhamdulillah, Allah kabulkan doa tersebut. Sejak memperolehi kebebasan mutlak sebulan yang lalu, kami berdua mula menyusun langkah untuk bersama GMI meneruskan usha membebaskan 15 tahanan ISA yang masih lagi ditahan di Kem Kamunting.Mungkin ketika ini langkah kami berdua masih sumbang kerana terlalu banyak perkara yang perlu kepada "adjustment" namun ,kami cubamemulakannya dengan berhati-hati.

Baru-baru ini, kami diberi peluang oleh SUARAM untuk menyempurnakan pelancaran buku laporan Tahunan SUARA 2009.Saya dan Mat Sah telah sama-sama dijemput berucap di majlis tersebut......

Bukan mudah bagi seseorang yang pernah dipenjara selama lebih 7 tahun seperti Mat Sah untuk bertemu orang ramai.Pelbagai perasaan dan trauma yang burok masih membelenggu dirinya.Bagi mereka yang tidak pernah dipenjara, memang amat mudah memberi pelbagai cadangan dan saranan namun, hanya mereka yang pernah menghuni tempat yang dikelilingi pagar berduri itu saja yang tahu, baetapa sukarnya untuk "menyimpan dan membersihkan" nostalgia ketika dipisahkan dari keluarga dan masyarakat tanpa sebarang proses mahkamah!!!!

Apa yang jelas, kami hanya mempertahankan hak diri kami yang pernah dicabuli oleh ISA.Walaupun telah 7 tahun ditahan, mangsa ISA tetap dimomokkan oleh kerajaan sebagai "kumpulan yang masih memberi mudhdarat" kepada negara dan kami tidak pernah diberi peluang untuk membuktikannya di mahkamah terbuka.

Islam,satu-satunya ugama yang mementingkan keadilan, memberi hak dan persamaan yang jelas terhadap lelaki dan wanita, tiba-tiba.... kami sebagai penganutnya.... dituduh sebagai Muslim Terorist!!!Selama ini, kami dimalukan, kehilangan sumber pendapatan, dipisahkan kasih sayang...semuanya masih boleh diterima lagi. Penguasa ISA menuduh peribadi kami buruk , masih lagi boleh diterima.......Tapi bila tuduhan itu melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada Allah...ianya adalah sesuatu yang amat sukar untuk dimaafkan!!!!

p/s: Kami akan terus berjuang hak yang telah telah dicabuli oleh penguasa ISA!!!

Read More !

Hassan Ali kena lagi......

| | 3 ulasan



Nama YB Hassan Ali disebut lagi dalam isu perpaduan UMNO-PAS yang kononnya diadakan demi untuk menyelamatkan orang Melayu.

Kesian gak kat YB dari PAS ni. Nampaknya setiap tindak-tanduk beliau macam tak kena gaya je.....Sabar le YB. Memang macam tu le akibatnya jika ada niat nak berbaik-baik@ berdakwah kat orang UMNO ni. Kita niat baik pun, orang sangka buruk gak..... Jika tidak orang PAS yang akan berburuk sangka..... orang UMNO sendiri yang mereka-reka cerita supaya pertemuan@dakwah itu menjadi cerita yang menarik untuk meraih simpati orang Melayu supaya kembali kepangkuan UMNO....

Begitulah nasib UMNO.Makin lama makin merudum.Khabarnya, Senator Ezam yang mengaku pernah menjadi orang kuat DS Anwar, yang kini sedang "berjuang menyelamatkan Selangor" pun kurang mendapat perhatian ...buktinya dalam roadsshow terbarunya, cuma 250 orang je yang datang....Jauh bezanya jika DS Anwar datang kesesuatu tempat, paling kurang pun 5-6 ribu orang pasti akan membanjiri tempat tu......

Kalau dah tempat taik tu...jangan lah ada sesiapa yang mendekati UMNO, pendek kata, semuanay busuk dan tak boleh pakai.......

P/s: UMNO jadi buruk macam tu kerana ada ISA.Selagi ada akta tahan tanpa bicara tu, selagi itu lah sumpahan mangsa ISA tidak akan berhenti....termasuk kami yang pernah menjadi mangsanya.Moga Allah musnahkan semua pemimpin yang menyimpan ISA!!!!!

Read More !

"Bagaimana awak melakukan seks?"

| | 3 ulasan


Bekas Tahanan ISA yang ditahan lebih 7 tahun Mat Sah Satray telah mendedahkan beberapa soalan-soalan yang sengaja dikemukakan oleh pegawai Penyiasat (Interrogation Officer) yang terdiri dari Special Branch yang dilatih khas oleh KDN, dengan tujuan supaya beliau jadi sakit hati dan marah.Soalan-soalan itu ditanyakan sepanjang 60 hari beliau ditahan di Kuala Lumpur.
Antara soalan tersebut ialah:
1- Berapa kalikah dalam sehari awak mengadakan hubungan seks dengan isteri?
2- Berapa kerapkah hubungan seks itu dilakukan?
3-Ceritakan, bagaimanakah awak mengadakan seks dengan isteri?
Inilah soalan-soalan yang disoal beberapa kali dalam sehari. Tidak diketahui, apakah kaitan antara soalan tersebut dengan tuduhan kerajaan bahawa beliau seorang ahli Jemaah Islamiyyah yang dikatakan mengancam keselamatan negara.
Sebagai manusia yang waras, pastinya beliau jadi "naik angin' ketika mendengar soalan-soalan tersebut.
Bukan setakat itu saja, tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau juga berubah-ubah.Pada mulanya beliau ditahan dibawah ISA kerana menjadi ahli KMM, kemudian ditukar kepada "ahli JI".Selepas cukup dua tahun, kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri, masih tidak boleh membebaskan beliau kerana kononnya terikat persefahaman negara-negara yang menaja kempen anti-keganasan. Setelah cukup 4 tahun, beliau(Mat Sah) masih belum boleh dibebaskan kerana isterinya sangat aktif dalam kempen anti-ISA......justeru penahanan keatasnya ditambah lagi dua tahun.
Mat Sah ditahan selama 7 tahun 5 bulan ,dikurung tanpa bicara di Kem Kamunting....

Read More !

Minyak, gula dan istana....

| | 0 ulasan

Soalah-soalan tentang minyak,gula dan istana.

Istana
1- Siapa@berapa ramai yang akan memanfaatkannya?
2- Siapa dapat duit dari pembinaannya?
3- Nilai RM800 juta itu kecil atau besar?
4- Apa faedahnya pada rakyat?

Minyak dan Gula.
1- Siapa yang guna gula?
2- Kenaikan Rm0.25 sen tu berapa nilai sebenarnya?
3- Siapa yang terbeban dengan kenaikan itu?
4- Siapa yang akan bela nasib rakyat?

p/s:Betul kah Raja mahu sangat Istana tu atau kroni UMNO/BN yang amat memerlukan projek tersebut?kalau rakyat komplen, akan ditahan dibawah ISA?

Read More !

PM M'sia tunggu masa?

| | 0 ulasan

Hari ni saya terbaca laporan HARAKAH daily tentang penahanan terbaru ISA iaitu seorang pemuda berusia 28 tahun , Fadhlullah.Beliau berasal dari Sg Buluh, Selangor.

Ramai orang menyangka ISA tidak akan digunakan lagi, tapi penangkapan terbaru ini membuktikan bahawa ISA masih berfungsi seperti biasa iaitu digunakan untuk mengesahkan tindakan kerajaan bahawa di Malaysia ini, ada kumpulan didakwa JI yang dikatakn sedang merekrut pelajar-pelajar di institusi pelajaran tinggi.Nampaknya kezaliman akta tahan tanpa bicara itu masih berterusan!!!

Nampaknya, PM Najib kelihatannya tiada beza dengan PM sebelum ini iaitu Tun M dan Tun Pak Lah.

Tidakkah PM Najib ingin belajar dan melihat bagaimana sejarah mencatitkan nasib pemimpin utama dunia yang begitu rakus memfitnah orang Islam sebagai "pengganas" dalam kempen anti keganasan mereka?

Di Amerika, kuasa Bush tidak kekal lama. Di Australia, Gordon Brown juga tidak bertahan. Di Britain, nasib juga tidak menyebelahi Blair. Apakah nasib Hamid Karzai yang disebut2 sebagai wakil Barat di Afghanistan? Musharraf juga kurang bernasib baik di Pakistan. Mereka-mereka yang disenaraikan nama ini satu ketika dulu amat lantang memfitnah orang Islam@Mujahidin sebagai pengganas, dalam kempen anti-terorism mereka.

Di Malaysia pula, sejak memfitnah sekumpulan orang Islam sebagai "ahli JI", sekitar Januari 2001 dan 2002, setahun selepas itu, dengan mudahnya mantan PM,Tun M meletak jawatan no satu itu sedangkan ketika itu beliau sudah ada rekod 22 yang cemerlang, masih kuat, sihat dan bertenaga!!!Nasib Tun Pak Lah pula amat rapuh ,baru sepenggal sebagai PM, sudah menyerahkan jawatan idaman pemimpin UMNO/BN tu pada timbalannya!!!

Berapa lama pula jawatanPM kini akan kekal ditangan orang yang sama? Adakah beliau sedang menunggu masa untuk digantikan?

p/s: jangan sangka doa-doa orang yang dianiaya@ Tahanan ISA tidak dimakbulkan Allah?Selama 7 tahun mereka di kurung di Kem, mereka sentiasa memohon supaya pemimpin yang menggunakan akta zalim itu segera di musnahkan!!!!

Read More !

Boleh percaya ke Mufti Perak ni?

| | 1 ulasan

Di muka depan Berita Minggu hari ni, 18 Jul 2010, Mufti Perak ni dikatakan ingin menyatukan PAS dan UMNO, demi perpaduan orang Melayu.

Siapa Mufti Perak ni?

Saya pun tak kenal beliau...tetapi tahananISA biasa baca profail peribadi dia ni. Ramai tahanan ISA mendakwa, dia ni salah seorang Special Branch (SB) yang di khaskan dalam bidang ugama untuk "memulihkan" mereka yang ditahan tanpa bicara di Kem Kamuanting.

Salah satu fatwa beliau ialah, "Tahanan ISA tidak wajib @ tak dibenarkan menunaikan solat Jumaat....". Semua tahanan ISA berugama Islam, memang tak pernah Solat Jumaat walaupun kedudukan masjid dari blok-blok mereka hanya beberapa meter saja jaraknya....Buktinya, Tahanan ISA Mat Sah Md Satray berkata, beliau tidak pernah sekalipun dibenarkan menunaikan solat Jumaat sepanjang lebih 7 tahun dikurung di Kem Kamunting.

Apa sikap Mufti ketika Sultan Perak bertindak menyokong kerajaan baru yang diterajui YB Zamry Kadir? Anda fikir lah sendiri.

Mustahil PAS akan begitu mudah dipermainkan oleh orang yang didakwa sebagai "SB" nih?

Read More !

Pemimpin UMNO/BN lidahnya bercabang?

| | 0 ulasan


Sejak minggu lepas, terasa panas gak bila Suara Keadilan tak dapat permit baru. Lepas tu , dikatakan Roket dan HARAKAH pun bakal menerima nasib yang sama gak...iaitu tidak dibaharui permit akhbar DAP dan PAS tu.


Tiba-tiba, hari ni, menteri KDN kata, HARAKAH "ikut peraturan"....dan Roket "guna jalan diplomasi"....


Namun, kelihatannya, KDN danmenteri yang berkuasa di kementerian tu seolah-olah sengaja menggunakan kuasanya untuk mengugut akhbar2 milik PR...Betul ker?Jika betul lah KDN sngaja buat perkara tersebut...maknanya ,memang KDN cari masaalah besar dengan rakyat Malaysia.


Kajian terbaru ni dah jelas orang muda tidak gembira dengan tindak tanduk pemimpin negara.... adakah menteri KDN nak tambah rasa benci golongan itu pada kerajaan UMNO/BN?


Betul ke lidah mereka yang sedang berkuasa ni memang bercabang???

Read More !

ESQ haram, ISA...halal?

| | 4 ulasan

Saya tertarik dengan satu tajuk di M'siakini "ESQ haram...". Mufti Wilayah dilaporkan sebagai orang yang bertanggungjawab menandatangani fatwa pengharaman siri ESQ yang diterajui oleh Dr Ari Ginanjar itu.

Betul ke ESQ tu haram? Apa kesan ESQ pada orang yang dah mengikutinya? Adakah ESQ mencabul hak asasi rakyat yang berminat dengan siri motivasi tersebut?

Diwaktu ayang sama...di lihat seolah-olah ESQ lebih jahat dari ISA, yang telah digunakan sejak 50 tahun lalu yang membenarkan mangsanya ditahan tanpa bicara bertahun-tahun lamanya...Bukan itu saja, sepanjang 60- hari pertama, nyawa tahanan ISA terletak ditangan anggota SB yang menyoal siasat mereka....Siapa yang tahan jika disoal siasat berjam-jam lamanya dan disuruh pula berbogel......

Pelik...nape tiada seorang ulamak kerajaan pun yang berani memberi fatwa bahawa ISA sepatutnya haram?????

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]