Betui ke cerita ni?Aduh!!! sakit perut teman baca laporan nih. Kalau tak betul, tak kan le M'siakini berani-berani keluarkan dalam websitenya.... Ramai tuuu yang kena tembak sebelum sabit kesalahan.....Buat apa ada bangunan mahkamah besar-besar 3-4 biji...buat apa ramai peguam hebat-hebat...buat apa naikkan pangkat ramai pendaftar jadi hakim kalau orang yang dituduh bersalah tak sempat dibicara dan diselamatkan, dah ditembak lebih dulu????? Ya Allah... apa nak jadi di negara kita sekarang ni???? Ingatkan ISA akta yang sangat zalim, tapi rupanya...kes ni pun sama jahat jugak penangannya pada rakyat!!! Meneteri Dalam Negeri didakwa M'siakini dah ngaku 279 mati dilokup kerana ditembak polis.Mungkin menteri yang sama boleh bagi tau, berapa ramai rakyat M'sia yang dah mati dibunuh oleh JI yang dikatakan mengancam keselamatan negara tu?
A total of 279 suspects have been shot dead by the police between 2000 and 2009, while 147 died in police lockup during the same period, revealed Home Minister Hishammuddin Hussein today.
Betul ke pengakuan Hishamudin ni?
PM dan Menteri Dalam Negeri mengganas lagi?
Tak dapat ulamak PAS....Dr Asri pun boleh....?
Dr Asri diberitakan di jemput masuk parti asabiyyah Melayu yang amat sensasi iaitu UMNO.Mereka, iaitu UMNO dan Dr Asri khabarnya dah bertemu dan berbincang mengenai hal ini...
Menarik...amat menarik berita nih...Ye lah...tak lama lagi PRU13...dalam suasana MCA kurang sihat dan MIC juga agak demam, tentunya sokongan orang Melayu amat didambakan untuk memastikan survival/kelangsungan politik pemimpin lambang dacing . Dua tahun lalu, rakyat amat kecik hati dan agak kecewa dengan PAS kerana diberitakan telah bertemu mantan PM , Pak lah dengan tujuan dan niat untuk bersama UMNO menyelamatkan Islam, ugama orang Melayu dan menyelamatkan parti orang Melayu ... Tapi....syukur Alhamdulillah...semua usaha murni UMNO itu telah ditolak mentah-mentah oleh TG Nik Aziz .Kenapa ya? Salah satu alasan nya ialah, lebih 50 tahun berkuasa, UMNO bukanlah nak membela Islam yang di anuti oleh orang Melayu...tapi hanya menjaga kepentingan rakyat yang mengisi borang UMNO je.
Itu cerita lama....nampaknya PAS dan UMNO dah berkerat rotan berpatah arang...tiada peluang lagi UMNO nak berbaik dengan PAS...
Bukan UMNO dah 50 tahun terpinggir?
Setiap kali tengok berita di TV Kerajaan, hati ini pasti akan terguris terutamanya bila mengetahui susah payah rakyat yang tinggal dikawasan pedalaman.Ada yang terlalu miskin, nak makan pun tiada duit.Ada yang mohon jambatan yang menjadi laluan utama yang sudah putus.Ada nak belajar tiada duit.Dan ada sesetengah kawasan yang bekalan api serta air tiada langsung.....
Selama ini, kaum India agak bising mempersoalkan nasib mereka yang telah dipinggirkan oleh kerajaan sejak 50 tahun yang lalu. Kaum Cina memang dah lama merajuk kerana pelbagai peluang untuk mereka dikatakan telah disekat, dan bila mereka mempersoalkan, maka isu peristiwa 13 Mei akan berkumandang.Orang Melayu? Orang Melayu yang selama ini di momokkan dengan mimpi indah "hak dankeistimewaan orang Melayu"...kelihatannya masih lagi belum bangun tidur dari diuliti mimpi indah itu...Saya juga orang Melayu.Sebab itu saya berani kata, saya tidak merasa apa-apa keistimewaan sebagai orang Melayu!!!
Namun, yang saya perasan, jika nak senang, anda jadilah ahli UMNO.Kenapa? Khabarnya selain senang dapat projek,jika anak-cucu nak masuk sekolah yang berprestij, kena ada kabel di kalangan orang UMNO ...Nak biasiswa ..pun sama gak.Nak senang dapat kerja kerajaan, pun diperlukan tanda tangan orang UMNO.Itu tak termasuk jika nak tempat berniaga dan macam-macam lagi....Maknanya jika sekadar bersandarkan nama "orang Melayu"...maka tak kemana lah usaha tu....
Agaknya sebab itulah pencapaian ekuiti bumiputra sejak zaman PM pertama hingga PM 1 M'sia ni jumlah 30 peratus tu susah nak dicapai kerana yang diberi manfaat dari Rancangan Malaysia(RM) pertama hingga RM sekarang ni bukanlah orang Melayu, tetapi orang yang menyokong UMNO....
Letih lah nak tulis....
Walaupun dah lebih 50 tahun di tipu oleh pemerintah yang berbangsa Melayu...namun rakyat masih tak sedar-sedar lagi....
p/s: Didunia saya dipinggirkan, saya tuntut dari pemimpin tersebut diakhirat kelak!!! Didunia sizalimi ISA, saya akan bawa penganiayaan itu ke akhirat sana....
Kerajaan Malaysia pandai buat apa?
1- Idris Jala pernah kata, kerajaan akan bengkrap beberapa tahun lagi.
2- Tun M kata, 2 blok minyak dah diserah pada Berunai.
3- Yang kat Johor tu, dah diserah @pajak kat Singapura.
4- Pejabat Pos rugi lebih RM200 juta.
5- Menteri Nazri Aziz pernah kata, biasiswa akan dipotong.
6- Barang2 asas disembunyikan...katanya salah peruncit.
7- Dengarnya kapal selam yang mahal tu,tak boleh menyelam.
8- Bayi di buang merata-rata hingga terpaksa buat "tempat bela bayi" yang tak diingini.
9- Istana dah banyak, buat lagi dan harganya naik dari 400 ke Rm800 juta.
10.Sime Darby rugi lebih 1 billion.
11.Banyak lagi...
Aduh!!! Sesak nafas dan sakit dada tengok senarai yang sedikit nih...Semuanya berita duka.Duka untuk rakyat!!! Dan berita duka sentiasa bertambah setiap hari...Dan...hari ini... FELDA pula rugi...billion pulak tu nilainya....
Khabarnya, Felda adalah penyokong kuat UMNO kerana mereka ni terhutang budi dengan kerajaan.
Apa kerajaan buat yang boleh beri berita baik pada rakyat???
p/s: Penganiayaan 7 tahun oleh kerajaan terhadap kami belum ada penghujungnya...Kami terus berdoa..dan berdoa....Nampaknya , doa-doa kami mangsa ISA sudah mula menampakkan hasilnya...
Apa perasaan rakyat Malaysia dengan berita ni?
Beberapa minggu lepas, Menteri KPI , Idris Jala kata, Malaysia akan jatuh bengkrap beberapa tahun lagi.Terdengar juga desas desus bahawa jamuan makan untuk kakitangan awam serta beberapa elaun juga telah dipotong. Bukan itu saja, makanan untuk tahanan ISA di Kem Kamunting juga khabarnya telah dikurangkan dari 3 kali kepada dua kali saja.Semalam pun NST tulis "Scholarship cut" biasiswa untuk pelajar selepas Ijazah akan dipotong....
Sebelum itu, ada khabar angin mengatakan minyak akan naik, harga barangan kawalan seperti minyak,beras dan gula juga akan naik....
Dalam suasana nak jimat, nak kurangkan belanja, nak elakkan bengkrap....tiba-tiba ada berita bahawa kerajaan sedang membina istana yang baru , yang mulanya berharga RM400 juta, kini dah naik jadi 800 juta....
Apa perasaan rakyat Malaysia dengan berita pembinaan istana baru ni ya?
Tun Mahathir jelmaan Abu Lahab abad 21?
Apa nak jadi dengan orang tua ni?
Untukmengingatkan pada yang lupa, dia ni lah bekas PM yang telah menangkap berpuluh-puluh lelaki berugama Islam dibawah ISA dan menamakan mereka sebagai "Ahli Jemaah Islamiyyah".
Dia juga didakwa memfitnah DSAI liwat dan mendera beliau di bawah ISA.
Penulis sebuah buku... mengatakan Tun M didakwa telah menyeleweng duit rakyat 100 Billion.
Yang terbaru ni, beliau dilaporkan berkata judi@taruhan bola itu boleh dan sesuai dilakukan.
Dari tindak tanduk, dia macam anti-Islam.... apakah dia ni tak percaya adanya hari akhirat ?Mungkinkah dia jelmaan Abu Lahab di abad 21 nih?
Tahanan ISA,PBB dan Hari Pembalasan....
Hari ini hari Sabtu 12 Jun 2010.Tepat jam 12 malam ini, Abah Suhaib@akan bebas sepenuhnya.Bebas sepertimana seorang bayi yang dilahirkan oleh ibunya...bebas dan bersih dari segala fitnah dan tohmahan.....walaupun semua ini tidak pernah di bersihkan di mana-mana mahkamah di Malaysia. Abah bercadang membawa kami menikmati keindahan malam di tepi pantai...tak taulah dimana tempat yang diinginkan tu... Sekadar mengenang kembali peristiwa setahun yang lalu, Sabtu 12 Jun 2009,aku di beri peluang untuk bercakap selama 2 minit dihadapan lebih 500 delegasi hak asasi dari seluruh dunia di Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu di Geneva, Switzerland....Ianya satu kenangan yang penuh emosi kerana lebih 7 tahun Mat Sah ditahan tanpa bicara di Kem Kamunting, baru ini aku berpeluang menyuarakan rasa kekesalan kerana masih di belenggu oleh akta zalim itu.
Sebaik saja selesai membacakan nota yang disediakan, aku dikelilingi delegasi dari negara anggota yang lain....semuanya merasa pelik, bagaimana di abad 21 ini, masih ada undang-undang kolot dan kejam seperti ISA ini di Malaysia....
Aku turut menerima limpahan ucapan tahniah diatas keberanian menyuarakan penindasan yang sedang dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap suami ku Mat Sah...dan ada juga kutukan serta ancaman dari orang Melayu UMNO yang mengatakan aku sengaja memburukkan nama negara dimata dunia...
Kepada penyokong gerakan Mansuh ISA, terimakasih aku ucapkan .Aku hargai segala doa dan bantuan material yang telah diberikan demi melihat kezaliman ini berakhir.Kepada penyokong akta zalim ISA, aku berdoa, satu hari nanti, Allah akan menunjuki kebenaran kepada kamu semua. Dan kepada sesiapa yang suka menggunakan akta tahan tanpa bicara itu untuk kepentingan politik, pastinya kamu semua tidak akan kekal lama di bumi Malaysia ini..
Demi Allah yang Maha Kuasa...di Hari Pembalasan @Hari Akhirat nanti, lihat dan rasakan lah sendiri balasan yang bakal diterima kerana menahan manusia lain tanpa bicara...
PBB hanya berfungsi ketika kita hidup didunia ini....itupun fungsinya masih kurang adil.Hanya Mahkamah Allah yang akan menentukan keadilan yang sebenar...Semua dari kita pastinya sedang menuju kearah kematian dan pengadilanNya.
Menanti detik bebas 12 June 2010.
"12 June nanti, kita makan malam kat luar tepat jam 12 malam..." kata Mat Sah @ Abah Suhaib.Aku hanya memerhatikan beliau dengan senyum tawar.....
12 June ini, Mat Sah akan cukup 8 tahun di tahan dibawah ISA dan beliau sepatutnya dibebaskan sepenuhnya dari akta tersebut. Ramai yang bertanya, BUKANKAH MAT SAH TELAH DIBEBASKAN? ya, beliau memang telah dikeluarkan dari Kem Kamunting,tetapi segala peraturan di Kem itu masih perlu diikuti walaupun beliau kini sudah berada di rumah sendiri.
1- Beliau mesti lapor diri setiap hari Isnin.
2- Beliau akan ditanya dengan siapa berkawan ,adakah beliau masih berhubung dengan kawan-kawan yang pernah kena ISA.
3- Beliau kena berada dirumah sebelum jam 9 malam.
4- Tidak boleh keluar daerah dari kawasan rumah kami di Taman Malewar , kecuali denganizin ketua polis Selangor.Contohnya: Jika beliau ingin mendengar ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Selayang, beliau mesti mendapat izin dari KP Selangor ,dan jawapan diperolehi dalam masa 2 minggu.
Sebagai manusia, beliau juga teringin untuk bercuti di luar K.L, ingin keluar makan-makan waktu malam, ingin mendengar ceramah, ingin menghadiri kenduri kaahwin dsb.Tetapi siapa yang sanggup, setiap kali ingin keluar daerah, semuanya mesti dimaklumkan pada polis???
Namun ..nasib beliau agk baik siket dari teman se Kem iaitu Samsudin Sulaiman yang masih ditahan di Kem Kamunting hingga kini.Beliau yang sudah kehilangan pekerjaan, turut kehilangan isteri, yang memohon cerai sejak 4 tahun lalu. Anak-anak juga turut malu hendak mengakui beliau sebagai bapa kerana tuduhan "pengganas Islam" itu terlalu sukar untuk di buang,tambahan pula Samsudin telah sekian lama tidak meberi apa-apa nafkah kepada mereka....
Apa lagi agaknya si Penguasa ISA mahukan dari Samsudin? Belum puaskah mereka dengan dosa-dosa menahan beliau tanpa bicara selama 8 tahun?
Kepada selutruh rakyat yang membaca kisah ini, doakanlah agar kedua-dua mereka segera di bebaskan sepenuhnya dari akta zalim itu dan doakanlah juga supaya Allah hancur semua penzalim-penzalim itu.Ameen.
PM Najib dan UMNO tak tau malu?
Pada hari Jumaat 28 Mei, diberitakan kapal Marvi Marmara dari Turki yang membawa beratus-ratus sukarelawan pro-Palestine dan barang-barang untuk penduduk Gaza telah di serang oleh komando Israel.Ada 12 sukarelawan dari Malaysia dalam kapal itu.Di fahamkan, kesemua 12 sukarelawan itu telah sanggup tidak pulang langsung (mati syahid) ke tanah air kerana keinginan yag begitu tinggi untuk membantu rakyat Gaza yang setiap detik kehidupan mereka di zalimi oleh Israel. 19 sukarelawan terutamanya dari Turki telah syahid dimakan peluru ganas komando Israel...yang telah tahu lebih awal bahawa semua mereka memang tidak bersenjata. Seluruh dunia telah mengadakan protest membantah serangan keatas semua sukarelawan di kapal itu.Demonstrasi bukan saja di Turki,tetapi turut diadakan hampir seluruh Eropah seperti Sweden, Perancis, Amerika, Korea dan Jepun. Kita di Malaysia pun merancang adakan demo juga.Tetapi....awal-awal lagi ketua polis Wilayah, telah keluarkan amaran supaya rakyat jangan keluar ke jalanraya. (Ada yang kata celaka dan laknat Allah kepada KP).Rakyat nak keluar demo untuk suarakan bantahan pada kejahatan Israel pun dilarang....
Walaupun ada larangn dan ugutan dari lori merah, rakyat tetap turun ke jalan raya menuju ke ke kedutaan Amerika ,iaitu penyokong dan pembela terkuat Israel.Tekanan demi tekanan, akhirnya, semua sukarelawan yang ditahan terpaksa di bebaskan oleh pihak berkuasa Israel.Alhamdulillah....
Kerajan Turki awal-awal telah buat pengumuman membantah kejahatan Israel...tetapi PM Malaysia dikatakan lembab dan terhegeh-hegeh untuk mengeluarkan kenyataan membantu rakyatnya yang sedang dalam kesusahan. Dan bila semua 12 orang dibawa dengan bas ke sempadan Jordan, Kerajaan masih belum memutuskan cara yang lebih cepat membawa mereka pulang ke Kuala Lumpur.Banyak sangat alasan...Akhirnya mereka menaiki pesawat biasa dan tiba di KLIA pada hari Ahad 6 Jun jam 6 pagi.
Bila 12 sukarelawan tiba, barulah pemimpin UMNO/BN ni di katakan sibuk menjemput di KLIA dan PM sendiri jemput sarapan bersama.Ketika itu, sibuk jugalah media-media pengampu memberi liputan peristiwa kepulangan itu.Ada yang naik loya dengar Pemuda UMNO kata nak ajak 12 sukarelawan buat roadshow satu Malaysia.....
Ramai yang kata, PM @UMNO/BN ni memang ambik kesempatan dari keberanian 12 sukarelawan itu untuk mengukuhkan kedudukannya bagi PRU13 nanti. Agaknya mereka tak tau malu kah? Patutnya, kerajaan sediakan budget kewangan dan siap-siap hantar sukarelawan tu ke Palestine dari dulu lagi...lagi awal dari hantar Dr Muzafar ke bulan.....
Ni tidak. Rakyat terpaksa buat roadshow sendiri cari duit untuk dibawa ke Gaza.Bila aktiviti mereka diiktiraf masyarakat dunia, barulah pemimpin nak bertenggek diatas segala usaha mereka.....
P/s:Tak mustahil 12 sukarelawan dapat pangkat Datuk dan diguna kempen untuk PRU13 nanti.
Kalau betul PM ikhlas nak bantu Gaza, bebaskan dulu tahaan ISA Sammmsudin Sulaiman yang dah ditahan 8 tahun tanpa bicara di Kem Kamunting
DEMO: Busuk nya hati KDN/ UMNO@BN?
Demo membantah Israel di hadapan US Embassy jumaat 4 Jun 2010.Semuanya aman dan lancar walaupun berdemo sehari suntuk.
Demo anti -ISA pada 1 Ogos 2009 di hadapan Sogo. Lebih 600 di tahan polis termasuk wanita dan kanak-kanak.23 orang di hadapkan di mahkamah dengan alasan menyertai perhinpunan haram.
Apa ni? Adil ke????Siapa yang busuk hati pada rakyat?
p/s: Ya Allah, mansuhkan UMNO/BN dari bumi Malaysia ni dengan segera.Ameen.
Tentera Israel lebih baik dari polis SB Malaysia?
Alhamdulillah...12 rakyat M'sia yang menjadi sukarelawan dalam misi bantuan ke Palestine telah dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel dalam masa 48 Jam mereka di tahan. Mereka kini dibawa ke Jordan sebelum dihantar pulang ke Malaysia. Nampaknya pihak berkuasa Israel telah membuktikan lebih berperikemanusiaan dari pihak berkuasa diMalaysia. Kenapa? Sebab, di Malaysia, ada seorang tahanan ISA Samsuddin Sulaiman, telah ditahan 8 tahun tanpa pernah dibicarakan.Tidak diketahui, apakah kesalahan beliau kerana kes itu tidak dibicarakan di mana-mana mahkamah.
Terbukti sudah, UMNO lebih jahat dan zalim dari Israel!!!!