16 Mei tiba lagi. Sejak malam tadi, ucapan "Happy Teachers Day" menambah jumlah sms di "inbox" hpku.Walaupun ada pendapat mengatakan perayaan hari guru tu tidak dilakukan dizaman Nabi Muhammad, namun ada pendapat lain mengatakan tidak salah ianya diucapkan sekadar memberi penghargaan terhadap para guru yang tidak pernah penat mencurah ilmu dan tenaga untuk melihat anak didiknya berjaya menjadi manusia yang beriman dan memberi rahmat pada yang lain. Seronok jadi cikgu ni. Kalau jadi guru kelas lagi istimewa.Biasanya murid lebih mengingati guru kelas dari yang lain-lain kerana masa yang banyak dan perhatian yang lebih diberikan oleh guru itu kepada muridnya.Pelbagai hadiah akan diberikan oleh pelajar pada guru kesayangan mereka...Selain bunga...beratus-ratus hadiah lain berlonggok di meja guru tersebut.
Sampai satu tahap, aku pernah meminta pelajar supaya tidak perlu membawa hadiah, cukuplah dengan kad dan ucapan saja....sebab hadiah yang diterima di tahun-tahun sebelumnya pun dah tak ada tempat untuk menyimpannya...
Guru glamour? Tak lah. Tapi ramai juga murid kata aku tak garang dan agak sporting. Dalam usia yang dah mencapai peringkat matang ni, tak sanggup nak menambah kedut didahi dengan memarahi pelajar.Tegas dengan tindakan, dah memadai!!!
Lihatlah gambar diatas.Aku tiada dalam gambar kerana menjadi konduktor mereka.Hampir setiap tahun aku melatih murid menjayakan persembahan "choral speaking"....tak sangka pula, cikgu-cikgu juga mahu aku melatih mereka menjayakan persembahan itu untuk hari guru!!! Bezanya, aku melatih murid berhari-hari lamanya...namun hanya memerlukan beberapa jam saja untuk memahirkan para guru!!! Kenangan Hari Guru di Keramat memang sentiasa segar dalam ingatan!!!
Rasa kasih terhadap teman-teman guru makin bertambah ketika aku diuji Allah dengan satu kejadian luar biasa iaitu penahanan tanpa bicara dibawah ISA.Pada hari pertama suamiku dibawa polis kesatu tempat yang tidak kami ketahui, aku jadi hilang arah.Dalam kegawatan itu, cikgu-cikgu adalah orang pertama yang datang kerumah bertanya khabar.Mereka kata mataku nampak sembab tanda terlalu banyak menangis..... Sikap "care n concern" mereka terlalu mahal bagiku.Terimakasih pada semua....
Alhamdulillah aku bersyukur masih punya teman yang berhati mulia seperti mereka...semoga Allah tambah kebahagiaan dan kegembiraan mereka didunia dan diakhirat....
Selamat Hari Guru untuk semua murabbi di sekolah Al Amin Keramat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan