Pertolongan Allah untuk kempen anti-ISA.

| |
Di Malaysia, satu dosa bagi rakyat jika memakai baju ada lambang anti-ISA ....Ganas betul polis tu...
Kaum wanita juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa polis yang diguna untuk memastikan rakyat tidak berani menyuarakan kebencian mereka pada akta tahan tanpa bicara itu.

"Malaysians launched ISA watches in London" itulah laporan yang saya perlehi di Malaysiakini.




ISA di London? Bagus! Bagus! Bagus!


Kenapa ya?




Jika orang ramai berkumpul membantah ISA di Malaysia, terutamanya bandaraya K.L, maka perkara-perkara ini memang pasti akan terjadi:




1 - Rakyat@orang ramai akan di ugut oleh polis.


2 - Polis akan berkumpul terlebih dulu di tempat yang dinamakan dalam flyers.


3 - Polis akan rampas banner dan lain-lain barangan yang ada logo ISA.


4 - Polis akan menyuraikan perhimpunan walaupun baru 5 minit bermula.


5 - Polis akan menangkap penganjur perhimpunan.


6 - SB akan mengekori peserta dan penganjur perhimpunan..


7 - Anda yang biasa pergi ke himpunan anti-ISA boleh tambah lagi....






Selain di kutuk oleh orang UMNI/Bee End, kami yang selalu keluar berdemo anti-ISA juga terdedah dengan lensa kamera SB yang tidak berperikemanusiaan langsung!!!




Jika di London, tak de sapa pun yang kisah apa yang mereka buat.Polis cuma bantu menjaga para demonstran supaya mereka selamat...itu jer....




Ini satu lagi pertolongan Allah.Di Malaysia kegiatan anti-ISA di sekat, Allah bukakan ruang di tempat lain yang lebih mudah bagi orang ramai dari seluruh pelusuh dunia untuk menyaksikannya....Jangan salahkan kami (GMI) jika Malaysia di malukan sebagai negara nomad yang tidak memberi hak asasi pada rakyatnya kerana mengamalkan tahan tahan bicara dalam ISA.




P/S: Ya Allah, yang maha kuasa, maha besar.... musnahkan lah kaum yang pernah menggelar dan memfitnah kami sebagaipengganas Islam dan seterusnya menganiaya kami dengan undang-undang tahan tanpa bicara ini.Didunia kami dipenjara tanpa bicara, kami mahu dibicarakan diakhirat!!!Ameen.

1 ulasan:

Unknown berkata...

London? Buat kat depan Buckingham Palace ke? Trafalgar sq?

Aye it's summer time...U have a nice trip~

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]