Pertolongan Allah untuk kempen anti-ISA.

| | 1 ulasan

Di Malaysia, satu dosa bagi rakyat jika memakai baju ada lambang anti-ISA ....Ganas betul polis tu...

Kaum wanita juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa polis yang diguna untuk memastikan rakyat tidak berani menyuarakan kebencian mereka pada akta tahan tanpa bicara itu.

"Malaysians launched ISA watches in London" itulah laporan yang saya perlehi di Malaysiakini.




ISA di London? Bagus! Bagus! Bagus!


Kenapa ya?




Jika orang ramai berkumpul membantah ISA di Malaysia, terutamanya bandaraya K.L, maka perkara-perkara ini memang pasti akan terjadi:




1 - Rakyat@orang ramai akan di ugut oleh polis.


2 - Polis akan berkumpul terlebih dulu di tempat yang dinamakan dalam flyers.


3 - Polis akan rampas banner dan lain-lain barangan yang ada logo ISA.


4 - Polis akan menyuraikan perhimpunan walaupun baru 5 minit bermula.


5 - Polis akan menangkap penganjur perhimpunan.


6 - SB akan mengekori peserta dan penganjur perhimpunan..


7 - Anda yang biasa pergi ke himpunan anti-ISA boleh tambah lagi....






Selain di kutuk oleh orang UMNI/Bee End, kami yang selalu keluar berdemo anti-ISA juga terdedah dengan lensa kamera SB yang tidak berperikemanusiaan langsung!!!




Jika di London, tak de sapa pun yang kisah apa yang mereka buat.Polis cuma bantu menjaga para demonstran supaya mereka selamat...itu jer....




Ini satu lagi pertolongan Allah.Di Malaysia kegiatan anti-ISA di sekat, Allah bukakan ruang di tempat lain yang lebih mudah bagi orang ramai dari seluruh pelusuh dunia untuk menyaksikannya....Jangan salahkan kami (GMI) jika Malaysia di malukan sebagai negara nomad yang tidak memberi hak asasi pada rakyatnya kerana mengamalkan tahan tahan bicara dalam ISA.




P/S: Ya Allah, yang maha kuasa, maha besar.... musnahkan lah kaum yang pernah menggelar dan memfitnah kami sebagaipengganas Islam dan seterusnya menganiaya kami dengan undang-undang tahan tanpa bicara ini.Didunia kami dipenjara tanpa bicara, kami mahu dibicarakan diakhirat!!!Ameen.

Read More !

UMNO-BN mansuh 2019?

| | 0 ulasan

Maaf le letak banner ni....

Rasa geram dan pelik gak bila baca laporan di M'siakini kata Menteri Idris Jala, Malaysia akan bengkrap pada 2019. Macam na boleh bengkrap ni sedangkan pakar ekonomi kata Malaysia ni kaya dengan sumber alam semulajadi seperti minyak dan hasil bumi yang lain?

Tapi, bila baca berita-berita ni, rasanya macam boleh percaya gak yang satu hari nanti duit-duit di Malaysia boleh habis dan jadi bengkrap.....

1- Minyak RM320 billion bagi kat Brunai...
2- Sime darby rugi lebih RM1 billion
3- Komisen kapalselam kepada individu lebih RM500 juta...
4- PKFZ rugi beratus billion..
5- Pos Malaysia pun rugi lebih RM200 juta...
6- Kerajaan dikatakan bayar sewa kondo @kediaman PM lebih RM500,000 sebulan..

Itu cuma sekelumit saja berita tentang pengaliran duit yang di urus oleh pemimpin UMNO-BN sepanjang lebih 50 tahun memerintah Malaysia...

Apa sebenarnya tujuan Mentri Idris buat kenyataan itu?Nak buka pekung kerajaan atau sekadar mengesahkan bahawa pemimpin yang berkuasa selama lebih 50 tahun tu memang tak pandai mengurus tadbir harta negara ?

Agaknya, bila duit dah nak abis di kaut oleh semua kroni UMNO-BN tu, barulah tergopoh gapah nak cari korek duit balik. Agaknya, sebab tu nak cukai rakyat guna GST,naikkan minyak dan yang terbaru halalkan judi bola....

Kewujudan UMNO/BN berkait rapat dengan duit. Jadi, pada 2019 Malaysia dah tak ada duit, adakah ketika itu golongan tersebut juga akan turut mansuh ?

Inikah sumpahan kepada rakyat Malaysia kerana percaya pada UMNO-BN?Rasanya, kalau ISA tak wujud, dah lama UMNO/BN ni disingkirkan dan kekayaan negara boleh diurus/tadbir oleh orang yang lebih jujur dan menghargai kehidupan rakyat....

p/s: Ya Allah, bantulah kami supaya tidak terus dianiaya oleh pemimpin yang punya undang-undang ISA, tamak dan zalim itu...Ameen.

Read More !

Ibrahim Ali macam anjing?

| | 7 ulasan


"Ibrahim Ali pula belasah Pemuda PAS"......menarik juga tajuk artikel di Malaysiakini tu.

Bila pemuda PAS buat demo satu Malaya menuntut supaya kerajaan menarik balik lesen judi bola, rupanya si katak ni rasa terhina kerana katanya, beliau dan PERKASA yang terlebih dulu menolak kemungkaran kerajaan BN tu....


Hmm... bila pulak keluar berita bahawa PERKASA@Ibrahim Ali menolak judi bola? Katanya ada keluar di Astro Awani..


Namun, yang jelas, cakap orang macam Berahim ni tak boleh pakai. Dia ni lebih teruk dari orang tua nyanyuk.Dulu, masa PRU 2008, kalau tak kerana PAS kesian kat dia, bagi pinjam logo PAS untuk dia bertanding, tak merasa lah dia nak jadi MP.Tengoklah perangai dia sekarang ni, dia bukan saja menyalak, tapi menggigit pula kat parti lambang bulan yang pernah menolong dia 3 tahun lalu....


Anjing lagi baik dari Berahim Ali....betul tak?

Read More !

Tun M, talam dua muka?

| | 4 ulasan


Seronok gak baca laporan M'siakini terhadp buku Malaysian Maverick:Mahathir Mohammad in turbulent times. Bila cerita ni di laporkan M'siakini, kita boleh lah percaya dalam 90 peratus.Tapi kalau akhbar UMNO tulis, tak payah tengoklah....Tidur lagi baik...

Dalam laporan tu penulis kata Tun M dua sisi.Jadi, macam talam dua muka lah. Sisi pertama, dia ni macam seorang bapa dan suami yang baik pada keluarga.Tetapi dimasa yang sama, dia tangkap ramai orang guna ISA , tidak seorang pun dibicarakan tetapi terus disumbat di Kem Kamunting. Peristiwa Operasi Lallang tahun 1987 adalah buktinya....


Satu muka lagi yang ini...."Katanya lagi, Mahathir memilih untuk terus membina sokongan kepada minorit Melayu elit yang telah pun mendapat keuntungan daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB).Walaupun dasar tersebut telah menyimpang daripada matlamat asalnya, Mahathir tidak menumpukan sepenuhnya untuk membuat pembaikan, termasuk di dalam Umno sendiri, katanya.

"Saya rasa dia sebenarnya terlupa (dengan golongan Melayu yang terpinggir)... Tidak ada ruang untuk pekebun kecil Melayu, petani dan nelayan (dalam wawasannya)."Apabila saya membincangkan tajuk ini dengan (Musa Hitam) -- tapi saya tidak mengulasnya di dalam buku ini -- (Musa) memberitahu saya bahawa dia selalu mengingatkan Mahathir bahawa golongan Melayu yang terpinggir sedang ketinggalan."(Tetapi Mahathir) meletakkan wawasannya jauh ke hadapan dan dalam pelan besarnya itu (golongan Melayu luar bandar) tidak termasuk dalam wawasannya," katanya lagi.

WAWASAN 2020 tu rupanya untuk orang kaya je....orang Melayu miskin cuma diperlukan ketika musim pilihanraya jer.....

p/s: Sian kat orang Melayu miskin.Mereka yang beri undi pada pemimpin UMNO,lepas tu mereka gak yang dilupakan.......bila agaknya nak sedar????

Read More !

Tun M curi duit rakyat RM100 billion?

| | 1 ulasan

Kecoh satu Malaysia bila Sime Darby dikatakan rugi lebih RM1 billion....CEO nya di suruh bercuti dan berhadapan dengan kehilangan kerja.Sebelum tu, Tun M dok kutuk Tun Pak Lah , katanya Tun Pak Lah tak pandai mentadbir negara dan serahkan dua blok kawasan Malaysia yang kaya dengan minyak kepada Berunai bernilai lebih RM320 billion....

Dok kata orang tu macam tu, kata orang ni macam ni, rupa-rupanya dia sendiri yang menjadi ketua songlap duit rakyat sampai RM100 billion banyaknya.Saya dan rakyat Malaysia lain tak tahu menahu tentang hal ni , namun kuasa Allah telah menentukan si Mat Saleh bernama Wain ni pulak yang mendedahkan dalam buku nya "Mahathir Mohammad in terbulent times".....

Agaknya sebab tulah dia dan orang UMNO perlukan sangat akta ISA, supaya boleh menutup
"kecurian" duit rakyat yang begitu besar jumlahnya.....

100 billion? Banyak tu!!! Berapa lama agaknya dia akan dihisab oleh Allah di padang Mahsyar nanti untuk nilai itu saja? Nilai "curian" atau "kezaliman" yang lain berapa lama lagi pulak?

p/s: aku tak pernah redho dengan kekejamannya menahan suamiku dibawah ISA dan menuduh beliau sebagai pengganas tanpa sebarang pembuktian di mahkamah.Aku tuntut diakhirat kelak!!!!

Read More !

Selamat Hari Guru...bahagain 1.

| | 0 ulasan

16 Mei tiba lagi. Sejak malam tadi, ucapan "Happy Teachers Day" menambah jumlah sms di "inbox" hpku.Walaupun ada pendapat mengatakan perayaan hari guru tu tidak dilakukan dizaman Nabi Muhammad, namun ada pendapat lain mengatakan tidak salah ianya diucapkan sekadar memberi penghargaan terhadap para guru yang tidak pernah penat mencurah ilmu dan tenaga untuk melihat anak didiknya berjaya menjadi manusia yang beriman dan memberi rahmat pada yang lain. Seronok jadi cikgu ni. Kalau jadi guru kelas lagi istimewa.Biasanya murid lebih mengingati guru kelas dari yang lain-lain kerana masa yang banyak dan perhatian yang lebih diberikan oleh guru itu kepada muridnya.Pelbagai hadiah akan diberikan oleh pelajar pada guru kesayangan mereka...Selain bunga...beratus-ratus hadiah lain berlonggok di meja guru tersebut.
Sampai satu tahap, aku pernah meminta pelajar supaya tidak perlu membawa hadiah, cukuplah dengan kad dan ucapan saja....sebab hadiah yang diterima di tahun-tahun sebelumnya pun dah tak ada tempat untuk menyimpannya...
Guru glamour? Tak lah. Tapi ramai juga murid kata aku tak garang dan agak sporting. Dalam usia yang dah mencapai peringkat matang ni, tak sanggup nak menambah kedut didahi dengan memarahi pelajar.Tegas dengan tindakan, dah memadai!!!




Lihatlah gambar diatas.Aku tiada dalam gambar kerana menjadi konduktor mereka.Hampir setiap tahun aku melatih murid menjayakan persembahan "choral speaking"....tak sangka pula, cikgu-cikgu juga mahu aku melatih mereka menjayakan persembahan itu untuk hari guru!!! Bezanya, aku melatih murid berhari-hari lamanya...namun hanya memerlukan beberapa jam saja untuk memahirkan para guru!!! Kenangan Hari Guru di Keramat memang sentiasa segar dalam ingatan!!!

Rasa kasih terhadap teman-teman guru makin bertambah ketika aku diuji Allah dengan satu kejadian luar biasa iaitu penahanan tanpa bicara dibawah ISA.Pada hari pertama suamiku dibawa polis kesatu tempat yang tidak kami ketahui, aku jadi hilang arah.Dalam kegawatan itu, cikgu-cikgu adalah orang pertama yang datang kerumah bertanya khabar.Mereka kata mataku nampak sembab tanda terlalu banyak menangis..... Sikap "care n concern" mereka terlalu mahal bagiku.Terimakasih pada semua....

Alhamdulillah aku bersyukur masih punya teman yang berhati mulia seperti mereka...semoga Allah tambah kebahagiaan dan kegembiraan mereka didunia dan diakhirat....

Selamat Hari Guru untuk semua murabbi di sekolah Al Amin Keramat.

Read More !

Polis sokong judi?

| | 2 ulasan




Walaupun berdemo untuk menyatakan kebencian pada judi bola sepak yang didakwa di halalkan oleh kerajaan , namun kelihatannya polis tetap akur pada arahan ketua mereka iaitu UMNO!!!Walaupun polis itu berugama Islam, namun demi memenuhi nafsu kehendak dan arahan tuan UMNO,mereka tetap berusaha juga menangkap peserta demonstran anti-judi di Masjid Jameq Kg Baru petang tadi.....Khabarnya mereka yang ditangkap,telah pun dibebaskan...

Semoga Allah tidak menurunkan balaNya keatas umat yang menentang judi......

Read More !

Malaysia ni milik peribadi PM dan isteri?

| | 1 ulasan


Cantek gak gambar ni,tapi..... apa tujuan buat iklan besar dan mahal macam ni ye?Mahal pulak tu sebab dibayar dalam harga US dollar!!! Apa perasaan "mereka" bila tahu bahawa iklan ni mahal dan dikatakan dibayar oleh kerajaan Malaysia?
Siapa 'mereka' yang dimaksudkan tu?
1- Rakyat yang baru diberhentikan kerja oleh majikan.
2- Pelajar miskin yang kena bayar balik pinjaman PTPTN.
3- Pelajar yang dah graduate tapi susah dapat kerja.
4- Pekerja ladang.
5- Pesakit kronik seperti pesakit jantung dll yang rawatan pakar perlu puluhan ribu RM..
6- Keluarga tahanan ISA....
7- dan ramai lagi...anda boleh senaraikan...
p/s:Apa agaknya faedah iklan mahal ni kepada rakyat M'sia? Ada orang kata, Pm dan isteri tu belanjakan duit kerajaan Malaysia ni macam duit dari poket sendiri...betul ka?

Read More !

Ini pun kerja UMNO?

| | 3 ulasan

Ada orang kata, isu@kes rawatan Sultan Kelantan ni ada kaitan dengan usaha UMNO nak rampas balik Negeri Serambi Mekah itu supaya kembali kepada kerajaan yang halalkan arak serta judi...betul ker? Kata orang lagi, susah nak lawan rakyat Kelantan di arena pilihanraya kerana mereka ni kuat sangat percaya pada PR.So, satu caranya ialah melalui Sultan.....

p/s: Betul atau tak tak tau lah.....tapi memang kesihan dan seksa tengok keadaan Sultan Kelantan....



Read More !

PM Najib dah melampau?

| | 1 ulasan

Apa yang menyebabkan TG Nik Aziz marah sangat kat PM M'sia nih????

“...... sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya ‘orang beragama’ dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.“Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.,” kata Nik Aziz.
Kenyataan Najib itu disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak (24 April) edisi nasional di muka depan dengan tajuk “Pembangkang ingkari Sultan”.
Antara petikan artikel itu - “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.” “Pada saya, kesemuanya adalah tidak benar dan berniat melaga-lagakan saya dengan Sultan, kerana sesungguhnya saya tidak pun memberi respon dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan,” kata Nik Aziz.
p/s: Baik sungguh hati TG Nik Aziz kerana sudi gak baca akhbar Utusan yang dikatakan umum sebuah akhbar pembohong utama. Saya sendiri, kalau dah tak de paper lain pun, tak sudi nak beli paper tu...walaupun beli sekadar untuk dijadikan lapik periuk belanga.....

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]