Sekatan polis masih membelenggu hidup kami

| |
Gambar ini diambil sepuluh hari selepas Mat Sah dibebaskan dari Kem Kamunting.

Kad-kad undangan ke majlis perkahwinan.
Sejak lebih 7 tahun yang lalu, aku jarang menghadiri majlis perkahwinan.Selain majlis itu diadakan pada hujung minggu dimana biasanya aku berada di Taiping, aku juga mahu menjaga perasaanku dari mengingati detik-detik indah sewaktu kami mula diijabkabulkan sebagai suami isteri hampir 19 tahun yang lalu.Kenapa ya? Bukan mahu melupakan detik bersejarah itu..... namun ketika itu,aku terlalu khuatir akan leka dengan perasaan rindu seorang wanita bergelar isteri pada suami yang sah...yang telah sekian lama tidak menyentuhnya...., rindu pada belaian mesranya....Ahh!!!rindu pada segala-galanya! Aku amat takut jika perasaan lembut itu bisa merosak dan memesongkan perasaan dan semangat juang yang sentiasa di pupuk untuk terus-menerus berpegang teguh pada prinsip perjuangan demi mendapatkan dan menegakkan hak-hak kami berdua yang sedang dicabuli oleh akta zalim ISA, ketika itu.Aku seboleh-bolehnya melupakan semua perasaan tersebut agar dapat terus kuat!!!

Kini...bila beliau telah kembali ke sisi kami(aku dan Suhaib), sekatan kawasan oleh pihak berkuasa pula tidak memungkinkan kami menunaikan segala undangan tersebut kerana kebanyakan jemputan itu datangnya dari luar daerah polis yang masih membelenggu kehidupan kami......Maaf lah, hanya undangan dalam kawasan, barulah kami sempurnakan.

Di posting ini, ingin diucapkan selamat pengantin baru pada Wan Iffah dan Nazrel, Norkhairi dan Putri serta Sabariah dan Kolonel Zaini. Moga perkahwinan akan diberkati hingga akhir hayat dan dijauhkan dari bahana ISA!!!!

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]