"Fadiah! Fadiah!" Kataku bila nampak kelibat peguam Fadiah, salah seorang dari AJK GMI.Kemudian nampak pula yang lain-lain seperti Farhana, Nisa, Puspa,Sasha dan lima yang lain dari Legal Aid Bar Council .Hanipa Maidin dan Abdullah Abd Karim dari JUHAM pun ada.
Aku menangis ketika nampak wajah Fadiah.Sedih ada ,gembira pun banyak kerana tahu peguam memang pasti akan mencari kami. Aku hanya ingin kepastian samada Suhaib dan Ammar selamat atau tidak.Tu je! (Peguam Fadiah bertudung putih di sebelah kiriku)
"Dont worry kak, Suhaib dah dijumpai di Lokap Petaling.Ramai peguam disana..." kata Fadiah dan kami berpelukan disebalik jeriji lokap.......Walaupun selalu bertemu Fadiah, namun pertemuan di lokap adalah sesuatu yang amat sukar ditafsirkan dengan kata-kata.Tapi aku sedar, ramai yang bimbang dengan keselamatan kami dan berusaha mengeluarkan kami dari lokap itu.Kami mengadu pada semua peguam tentang layanan polis kepada kami.Bila peguam bersama kami, semua polis yang bertugas di lokap itu bertukar dari anjing garang kepada manusia yang lembut dan berhemah.
( Nashita , saya,peguam Latheefa Koya dan Amer)
Ahad 2 Ogos 2009 di Lokap Wanita, PTS, Bukit Jalil.
"Kak Laila, Suhaib dah selamat.Dont worry about him..." kata lat (Latheefa Koya) kepadaku. Walaupun ketika itu ada ramai peguam lain seperti Edmund, Johnson, Saha, Ravin dan yang lain (lupa nama mereka) aku tak dapat menahan sebak dan terus menangis dihadapan mereka. Nashita pun sama.Kami asyik memikirkan nasib Suhaib dan Ammar yang diberitakan turut digari oleh polis.
Latheefa adalah salah seorang peguam kami -(lima wanita yang didakwa dimahkamah )selain Valen dan Murni Hidayah. Kami tahu, mereka adalah peguam yang baik dan handal tetapi
apakan daya, Majistreet tetap memutuskan kami direman sehari lagi kononnya untuk membolehkan IO(interrogation Officer@pegawai penyiasat) menyoal siasat... walaupun pada malam kedua selepas reman ditambah, tiada sesiapa ,tiada seorang pegawai pun yang menemui kami untuk tujuan soalsiasat!!!!Polis memang berniat jahat!!!
Di mahkamah sesyen 5, kami dibacakan tiga tuduhan iaitu Seksyen 143 kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram, Seksyen 27(5)(a) Akata polis 1967 dijumpai dalam himpunan yang menyalahi undang-undang dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana ada barangan yang bertulis "ISA" .
Kami dijamin RM500.00.
10 ulasan:
cari 'penyakit'......rasakannya.....
pedulikan tanpa nama di atas..manusia pengecut yg tidak ada erti perjuangan..kalau kena kat dia baru dia tahu..
hiraukan pengecut tanpa nama..
kalau kene kat anak2 die besok baru tau langit tu tinggi atau rendah.
polis+umno = Kejam + zalim
Hai Pemuda Insaf,
Eloklah kalau anda telah insaf... kalau tidak mungkin suatu hari nanti anda akan ditangkap polis yang anda kata kejam tu dan ditahan dibawah ISA.... RAMAI rakyat Malaysia yang tidak takutkan polis ataupun ISA tu... kenapa mesti marahkan polis... orang yang tidak bersalah atau tidak disyaki bersalah tidak akan ditahan polis...!
Semoge semue itu akan menjadikn puan semakin matang n berani didlm memperjuangkn KEADILAN,sye yakin puan tdk tkt kn polis n isa,sbb tu puan teruskn,lg pun ape yg nak ditkt kan,polis tu pun manusie gak,die sendiri pun melanggar undang2 die.
Saya cadangkan berdemonstrasilah kat Petaling Street ke, Bukit Bintang ke, Sentul atau Brickfields. Bagilah peniaga Cina dan India rasa bahangnya sikit.
tolong jgn nk salahkan polis je...polis bertindak mengikut kesesuaian...klu dh x dpt kebenaran nk berdemonstrasi,jgn la degil nk buat jgk....
Kak,
Teruskan perjuangan suci ini, biar pun dicaci oleh manusia durjana, namun Janji Allah menjadi pengangan kita.
Takbir..AllhuAkhbar x3
ks30069,
oic.....rupa2nya polis kasar pd kita org tu pesanan dr atas.....
so nice our gov.....
Malaysia "BOLEH"!
Mansuhkan ISA!
Bagi Polis yang dikatakan Haram itu apabila tak mendapat sijil halal dari BN, hinggakan ada pusat2 judi telah dihalalkan oleh BN tak akan diambil tindakan walaupun ianya haram disisi Islam....inilah yang dikatakan Islam hanya pada nama sahaja.
Catat Ulasan