"Puas hati dapat jumpa Kak Laila dan Suhaib' kata Weiyan, seorang pelajar di sebuah kolej terkenal di Kuala Lumpur.Beliau adalah mewakili pelajar yang seangkatan dengannya yang begitu "excited" memahami , mendalami dan menyebarkan maklumat ISA pada rakan-rakan sebaya .
Aisyah, seorang wartawan dari Perancis sengaja mengambil tajuk ISA di Malaysia sebagai salah satu dari tajuk utama dalam tesis beliau.Beliau sebelum ini terlibat dengan pelbagai aktiviti hak asasi di Myanmar dan Thailand, amat terkejut mendapat tahu di Malaysia ada akta Keselamatan Dalam Negeri di mana mangsanya dikurung lebih 7 tahun tanpa pernah dibicarakan.
Aktivis muda Siew Fong dari The Rocknews juga beberapakali membuat liputan dan laporan tentang mangsa akta tahan tanpa bicara ISA. Ada ramai lagi aktivis muda dari pelbagai lapisan bangsa yang pernah bekerjasama dengan saya , membantu menyebarkan kejahatan ISA dan penguasanya kepada rakyat.
Sebab itulah, kini, saya tidak terkilan langsung jika tidak mendapat layanan yang baik dari media arus perdana. Bagi saya, media-media persendirian ini, walaupun liputan mereka mungkin tidak seluas capaian media kebangsaan, namun mereka lebih jujur dalam penceritaan/ laporan terhadap kisah benar mangsa ISA.
Ini hanyalah sebahagian kecil aktivis muda, ianya tidak termasuk akhbar sensasi seperti Harakah dan Suara Keadilan. Tidak mustahil, dalam beberapa tahun lagi, jika sikap penguasa ISA tidak berubah, tidak mustahil, tiada siapa yang akan membeli akhbar harian kerajaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan