Surat dari Kem Kamunting.

| |

Menemui anak abah tersayang semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Abah di Kemta sihat-sihat saja. Abah harap Suhaib sudah pulih dari "terkejut" kerana digari dan bermalam dilokap 1 Ogos dulu....
Abah hanya mengikuti berita perhimpunan ISA dari akhbar dan TV kerajaan saja.Semuanya kelihatan buruk saja. Lepas tu, pihak sokong ISA pulak kononnya sibuk berdemonstrasi membantah tindakan GMI.Mereka kata nak tangkap dalanglah, nak saman GMI kerana kerugianlah dan yang paling teruk nak dakwa ibu-bapa yang bawa anak-anak pergi demo.
Pada semua yang pergi demo 1 Ogos dulu, abah ucapkan terimakasih kerana sanggup dan berani keluar ke demo GMI.Maknanya, mereka masih ingat kami yang dah 7-8 tahun dikurung didalam ni.
Alhamdulillah, masih ramai rakyat Malaysia yang punya maruah untuk memperjuangkan sesuatu yang benar diluar sana.Pada sesiapa yang tertangkap dan terpaksa bermalam di lokap,semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk stiqomah dijalanNya.Anggaplah ini pengalaman sebenar dan juga ujian dalam memperjuangkan kebenaran yang pasti mendapat nilai yang tinggi dari Allah SWT.
Abah doakan Suhaib dah hilang "phobia" kena buka semua pakaian depan polis-polis yang ramai tu ya....
Abah.
p/s:Surat ini bertarikh 6 Ogos tetapi sampai di rumah kami pada 15 Ogos.

3 ulasan:

abu muaz berkata...

Salam. Surat-surat ni tolong dibukukan buat anak cucu cicit membacanya nanti.

rosnanie berkata...

saya pn mendoakan suhaib lebih tenang sekarang. Begitu juga dgn kak laila. teruskan perjuangan, insya Allah, Allah tetap bersama-sama orang yang benar

roh_insan berkata...

Salam.sye msh tertanye-tanye,kenape peniage2 tak suke org ramai2 dtg kat kedai mereke,pas tu tutup kedai.

Kate bte bile org ramai dtg kat c2 mereke rugi,tp klu tak ade org mereke untong.

Ape pun kite alu-alukn peniage2 kat c2 saman GMI,nanti wkt kat mahkamah kite dpt tau ape punce mereke rugi,sbb org ramai ke atau sbb kdi tutup,klu tutup spe lak yg suruh tutup wkt org sdg ramai tu.

Jin2 n Iblis pun ketawe.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]