Suhaib balik kampung.

| |
Cuti sekolah di minggu pertama Ramadhan adalah satu nikmat dari Allah yang tidak kami sia-siakan. Walaupun kampung ku, di Sg Besar, Sabak Bernam tidak jauh sangat dari Kuala Lumpur, namun kami tidakah balik kampung setiap minggu.Ketika cuti sekolah seperti ini, barulah kami berdua balik kampung lama sedikit dari biasa.

Percutian kami di awal Ramadhan ini memang amat menggembirakan Mbah Suhaib(mak saya).Ketika kami tiba di kampung, Mbah amat gembira melihat Suhaib yang jelas lebih montel dari biasa walaupun berada di awal Ramadhan.
"Suhaib.....Mbah ingat Suhaib dah jadi kurus kering sejak kena angkut dalam terak polis tiga minggu lepas..." kata Mak sambil memeluk dan mencium Suhaib berkali-kali.Mbah menangis sambil memeluk Suhaib........
Kakak Aina (10 tahun, salah seorang dari 3 sepupu perempuan Suhaib) dan Mbah.

Hubungan Mbah dengan Suhaib sangat rapat kerana semasa bayi dulu, Mbah yang menjaga Suhaib sebaik saja dia dilahirkan. Ketika itu aku kurang sihat kerana melahirkan Suhaib secara Ceasarean, jadi mak lah yang banyak melayan keperluan beliau.Suhaib juga perasan Mbah layan dia lebih istimewa dari cucu-cucu yang lain....mungkin kerana simpati dengan nasib Suhaib yang terpaksa membesar tanpa ayah walaupun bapanya masih hidup!!!!
(Kakak Aina, Irfan(baju merah),Fayyad(3 thn) Suhaib,Wafi (8thn) dan "the handsome" Bang Cik.)
Cuti sekolah kali in, Suhaib melepaskan perasaan menaiki motosikal besar Wak Aji .Bang Cik, anak Wak Aji yang ketiga amat rajin membawa Suhaib keliling kampus naik motor. Suhaib dan Bang Cik memang agak rapat, mungkin kerana beza umur mereka berdua cuma dua tahun saja.Ada ketikanya bila Wak Aji (abang sulung) dan isterinya ada mesyuarat di K.L, mereka akan tinggalkan Bang Cik dan Irfan (10 tahun) di rumah kami.
Berkumpul ramai-ramai seperti ini memang amat menyeronokkan. Berbuka , sahur, menunaikan Solat Terawikh bersama-sama hingga Suhaib lupa cuti kami sudah berakhir. Kemeriahan bersama keluarga sekurang-kurangnya membuat Suhaib lupa sebentar bahawa dia sedang menunggu kepulangan bapanya.
(SB yang menjadi penjaga akta tahan tanpa bicara ISA kata , Abah akan dibebaskan menjelang Ramadhan, tapi kini sudah hampir seminggu Ramadhan berlalu, tiada tanda-tanda yang Abah akan dibebaskan. Mungkin akan dibebaskan menjelang Syawal pula kot.....)




5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Mudah2an abah Suhaib akan dibebaskan menjelang Syawal ini.. begitu juga dengan Din..

jarum peniti mak long berkata...

insya Allah...

Pemburu Syahid berkata...

Salam....

Semoga Allah swt memberikan balasan setimpal kepada pemimpin yang zalim dan tidak berperasaan itu.

Cikgu, insyaAllah, Allah swt pandang dan nilai pengorbanan cikgu.

ANAK KOMANDO REJ 1 berkata...

BERSABARLAH. SAMA2 KITA BERJUANG MEMBENTERAS KEZALIMAN BN...

Ajan's wifey berkata...

mudah2an suhaib dan cikgu akan mendapat hadiah ramadan dan syawal yg paling bermakna dlm hidupnya amin...

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]