Syed Ibrahim adalah Timbalan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM) sebagai Pengarah MANSUH dan Sdra Kamaruzaman Mohammad ,S/U Pemuda PAS Pusat merangkap Timbalan Pengarah MANSUH.PAS begitu bersungguh-sungguh membuktikan bahawa parti itu tidak akan berkompromi dengan kezaliman ISA yang sangat jelas menghina serta mencabul hak asasi manusia.
Sdra Arutchelvan S/Usaha Agung Parti Sosialis Malaysia, Nalini (SUARAM) setiausaha sekretariat , Madhvari dari Jerit dan Ustazah Nuridah Ketua Muslimat PAS. ISA merentasi batas kaum diMalaysia kerana semua bangsa kerana sejarah sejak terciptanya ISA 49 tahun lalu , jelas menyatakan semua bangsa iaitu Melayu, Cina dan India pernah dianiaya oleh akta zalim ini. ISA memang tidak mengenal siapa.....
Wakil DAPSY, Sdra Herman dan Sdra Muhaimin dari PAS Wilayah juga sebahagian dari penggerak utama MANSUH. Semua sukarelawan ini adalah mewakili Parti dan NGO masing-masing. Mereka bertugas bukan sahaja secara sukarela, malahan ada ketikanya terpaksa mengeluarkan wang dari poket sendiri dalam usaha menyampaikan maklumat yang benar tentang ISA kepada rakyat.
Ini adalah "press conference" terakhir dari jawatankuasa kerja MANSUH yang diadakan sehari sebelum Himpunan.Saya, Ummuasiah, Aiman Athirah , wakil PKR, Kamasuzaman, Syed Ibrahim danUst Nuridah. Ketika ini, media kerajaan juga banyak membantu menghebahkan himpunan tersebut kepada rakyat Malaysia mengikut citarasa editor akhbar masing-masing.Wartawan hanya mencatit dan menemuramah kami, namun, "final say' adalah ditangan ketua pengarang masing-masing..... Walau apapun hasil laporan, diucapkan setinggi-tinggi terimakasih keran sudi hadir ke PC GMI dan seterusnya membuka sedikit ruang untuk menghebahkan himpunan MANSUH minggu lepas....
"We will never leave you alone..." kata Heng Loong (kiri) dan Toh (kanan)dari DEMA yang pernah beberapa kali menemani saya ke lokasi ceramah anti-ISA yang diadakan diluar Kauala Lumpur.Mereka mewakili generasi muda yang begitu yakin bahawa kezaliman ISA yang sedang digunakan oleh pemimpin parti pemerintah terhadap seorang wanita Islam seperti saya ketika ini, akan terkubur juga suatu hari nanti....
Hakikat dan kebenarannya, semua petugas dari kaum Melayu, Cina dan India yang terlibat dalam himpunan MANSUH 1 Ogos lepas, melakukan setiap tugasan mereka secara percuma. Tiada sebarang imbuhan mahupun bayaran untuk tenaga, idea dan masa lapang yang telah digunakan sebagai persiapan menjelang MANSUH.Semuanya dilakukan dengan relahati kerana tidak sanggup lagi melihat kezaliman dan kemungkaran berterusan di bumi Malaysia yang kaya dan indah ini....Semoga Allah melindungi mereka dari sebarang anasir buruk dan membalas segala usaha dengan yang terbaik!
6 ulasan:
Tahniah dan syabas diatas kerja kuat anda semua.
Tahniah & Syabas. Pengorbanan sdr/i akan dicatat dgn tinta emas dlm lipatan sejarah baru bangsa dan ummat yg sedang kita bina ini. Kezaliman tetap akan berkubur jua akhirnya. Meletakkan tangan dan kaki dalam proses menguburkan kezaliman itulah ujian keimanan yg sebenar.
Tahniah & Syabas. Pengorbanan Mat Sah Satray yang telah ditahan lebih lapan tahun di Pusat Tahanan ISA tidak harus dilupakan... Beliaulah perintis kepada perjuangan untuk menumbangkan kerajaan BN... Takbir 3X!
Salam Sejahtera... anda semua sebenarnya cuma berani 'bercakap sahaja'. Kalau betul anda semua berani 'buatlah' sepertimana yang telah 'dibuat' oleh sdr Mat Sah Satray. Kalau setakat tulis dalam blog, cakap berdegar2, ber'demo' dijalanan, semua orang boleh buat......
ISA merentasi semua bangsa.... Memang benar, tapi yang pasti ISA tidaklah digunakan sewenang-wenangnya kecuali ia benar-benar mengancam keselamatan negara. Saya ingin bertanya 'berapa tahun' pihak polis mengikuti/mengekori Sdr Mat Sah Satray sebelum saat beliau ditangkap? Hanya Cikgu Laila dan SB saja yang mengetahuinya... Kenapa perkara ini tidak didedahkan? Tapi, yang pastinya SB tidak bertindak secara tergesa-gesa tanpa bukti, walaupun bukti-bukti itu tidak perlu dikemukakan dimahkamah...
Betulke Cikgu Laila melawat suami untuk kali pertama di Pusat Tahanan ISA di Kamunting pada 24 Jun 2002? Nampaknya Cikgu Laila dah 'pandai' bercakap 'bohong'...! ape ni cikgu...? Nampaknya sekarang cikgu dah pandai berlakon...
Catat Ulasan