Dalam beg plastik Guardian, ada topeng , dua botol air mineral , sebotol air oren dan sedikit reben merah bertulis "Mansuhkan ISA" yang ingin diberikan pada demonstran.Ku tinggalkan beg galasku dan plastik Guardian itu bersama Nashita @blogger Ummuasiah yang duduk disebuah bangku dibuat dari batu.Aku minta izin untuk "melawat' kedai menjual aksesori telefon bimbit dan meninjau isinya...Beberapa minit kemudian, aku mendengar Ummuasiah menjerit ...Rupanya beberapa orang anggota polis cawangankhas (SB) sedang cuba menggeledah beg-beg milik kami serta plastik Guardian.SB juga menyelak baju Ammar untuk melihat apakah warna baju yang dipakai olehnya... Apa hak SB berbuat demikian?Sebaik saja aku, Aiman dan Suhaib mendekati Nashita, kami dikelilingi oleh sekumpulan SB yang kemudiannya mengajak beberapa orang polis beruniform menambah kepungan itu.Lima belas minit kemudian, sebuah trak polis berhenti dihadapan kami.....
Ketika itu, polis makin ramai mengawal kami dan suasana ini menggamit perhatian orang ramai ...Tanpa disangka, kami berlima, iaitu aku, Nashita, Aiman, Kak Salmah dan Kak Hayati (yang duduk berhampiran dengan kami) diarahkan supaya naik kedalam trak.Suhaib dan Ammar yang berada dalam kepungan itu juga turut dipaksa menaiki trak....
Bermulalah episod ganas polis yang membawa kami ke Pasukan Gerak Am Cheras......
Sebaik saja tiba di Cheras, polis meminta kami menyerahkan kad pengenalan dan mahu memeriksa beg serta plastik Guardian .Namun, usaha untuk menjaga baang-barang peribadi tersebut telah mengundang kemarahan polis yang bertindak telah mengunci pintu trak dari luar selama lebih dua jam....Kami mengerjakan solat didalam trak....
Panasnya trak itu? Tuhan saja yang tahu.....Tengok baju Suhaib, basah kuyup dengan peluh....Namun kami tetap tidak mngizinkan polis menyelongkar bg serta barang-barang kami...
Ketika tiba di PGA Cheras, rupanya beratus orang telah ditahan ditempat itu....Selepas dua jam dan terak itu akan digunakan untuk mengangkut mangsa lain, kami dikeluarkan dari terak dan diminta bertemu sekumpulan polis untuk diambil keterangan.
Baiklah....Kami setuju untuk memberi maklumat dan menurunkan tandatangan dimana-mana kertas yang disediakan oleh polis sekiranya itu adalah arahan dari peguam yang faham dengan hak asasi manusia!!!
Tindakan kami menjaga hak peribadi dari dicabuli oleh polis rupanya telah mengundang dendam yang tidak sedikit dihati polis-polis @SB tersebut!!!
10 ulasan:
Selamat kembali kak laila..
lawan tetap lawan..!!
Salaam,
Thanks Ummi....I really niss the crowd...
Kak Laila, glad u r all right! :)
Hi Sanjiun,
Alhamdulillah I'm ok.
Penat juga ditipu polis durjana tu.Penganiayaan dan penahanan itu memberi semangat lebih kepada saya!!!
Puan,
adalah lebih baik hentikan kerja berdemontrasi ini. Cuba fikirkan kenapa suami puan masih belum di bebaskan...Ini semua adalah kerana tindak tanduk puan dan anak lelaki puan yg bertindak melulu...
kalau org lain tidak bertahun-tahun ditahan kerana isteri mereka bersabar, kenapa puan sampai boleh dipergunakan oleh mereka yg mempunyai kepentingan
TAHNIAH ANTUM SEMUA TELAH DIPILIH OLEH ILLAHI...ALLAHUAKBAR
kak laila....
sukurnya kak dah balik....
risau betul sejak tak dapat hubungi kak......
Jacelyn
Saudara ikurtmal...jika anda seorang muslim ingatlah firman Tuhan dalam al-quran..."barang siapa yang cenderung dengan orang-orang yang zalim, kelak akan dijilat api neraka.."
Maka jika anda rela dengan undang-undang ISA yang telah menahan suami puna laila selama ini tanpa bicara...maka anda juga akan dihumban dalam api neraka...bersiap sedialah anda..
Pn,sekalong TAHNIAH atas kegigihan puan didlm mengatasi keadaan yg kritikal itu,sye pecaye puan akn berjaye didlm perjuangan yg puan dokong.
Blogger ikurtmal berkata...
Puan,
adalah lebih baik hentikan kerja berdemontrasi ini. Cuba fikirkan kenapa suami puan masih belum di bebaskan...Ini semua adalah kerana tindak tanduk puan dan anak lelaki puan yg bertindak melulu...
kalau org lain tidak bertahun-tahun ditahan kerana isteri mereka bersabar, kenapa puan sampai boleh dipergunakan oleh mereka yg mempunyai kepentingan
...........................
kata2 diatas adalah dari orang2 yang tak ada pendirian dan tak faham apa erti hidup hanya main ikut ikutan, muingkin kalau ditanya kenapa kamu solat? jawapanya kerana mak ayah aku solat...begitulah...apapun maafkanlah dia.
Catat Ulasan