Hari ini Ahad 9 Ogos 2009.Lebih seminggu berlalu peristiwa demo himpunan MANSUH yang menyaksikan lebih 50 ribu rakyat turun ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur.Mereka yang ditahan polis juga tidak kurang ramainya, iaitu seramai hampir 600 orang dan episod himpunan ini diselangi dengan 29 orang telah dihadapkan ke mahkamah diatas tuduhan menyertai himpunan haram.
Ramai yang bertanya pada saya, adakah himpunan ini yang pertama dan terakhir? Saya hanya tersenyum saja mendengar pertanyaan itu. Jawapannya ada ditangan rakyat. Jika ramai yang mahu diadakan demo, maka GMI boleh adakan lagi, tetapi jika rakyat rasa dah puas hati.... maka setakat itu saja lah.....
Semangat untuk membuang akta ISA terus membara walaupun baru beberapa hari keluar dari lokap Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil.Masih terasa lagi gigitan gari di lengan saya yang berisi ini, dan masih ada lagi warna biru di pangkal lengan kesan pegangan beberapa orang polis wanita yang memaksa saya naik ke trak pada petang 1 ogos lepas....
Hari ini saya sedang menikmati saat-saat indah dikelilingi teman dan taulan, dari jauh dan dekat, yang selama ini banyak memberikan sokongan dalam bentuk material dan doa yang tidak pernah putus....semoga Allah membalas kalian dengan syurga!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam....
Apa kata kita demo lagi lepas nih minta kerajaan laki bini lebih serious tangani wabak H1N1?
Kak
masuk blog saya tengok ada gambar besar
Catat Ulasan