Aku, Nashita dan Aiman Athirah dikurung dua jam di sebuah trak yang bertutup rapat dengan plastik tebal kerana tidak menyerahkan kad pengenalan kami.Ammar dan Suhaib juga turut merasai berendam peluh selama dua jam di trak yang panas itu.
Bila kami dibawa ke Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil, Suhaib dan Ammar di katakan akan dipindahkan kesebuah balai polis yang lain. Ketika aku menunaikan solat, jam 7.50malam di bangunan lokap wanita,mereka berdua dibawa kesebuah balai polis lain tanpa pengetahuan ku dan Nashita.Aku hanya mampu menangis kerana amat khuatir dengan layanan polis terhadap remaja.
(Suaram ada senarai panjang dimana lebih 1000 orang tahanan termasuk remaja yang mati dalam lokap polis!!)
Alhamdulillah kami dapat menyampaikan pesan pada YB Zuraidah supaya memberitahu peguam bahawa dua remaja itu telah dibawa kesatu tempat yang tidak diketahui......
Bapa Ammar datang ke Bukit Jalil , namun polis tidak memberitahu dimana Ammar dan Suhaib ditempatkan. Peguam berusaha mencari dimana mereka berada. Seorang peguam muda, Valen berpengalaman menguruskan tahanan remaja lelaki dan beliau mengerahkan peguam mencari beberapa lokap yang menempatkan anak-anak lelaki bawah umur.Jam 10.30 malam, peguam mengetahui nama pusat tahanan kedua-dua mereka ditempatkan.
Jam 12.30 malam, peguam Johnson, Saha, Valen dan Murni menemui dua remaja bawah umur itu.Mereka memakai pakaian tahanan dan ketika bertemu peguam, tangan mereka bergari!!!Mereka mengadu lapar kerana tidak diberi makanan sejak menjejakkan kaki di lokap itu.Peguam membelikan nasi goreng Cina dan air milo panas.
Ammar dan Suhaib terpaksa menanggalkan baju dan semua barangan untuk disimpan polis.Ammar juga menyerahkan cermin matanya. Ammar yang rabun dipaksa mengutip getah di pintu sel yang sengaja dicampakkan oleh polis.Tangan mereka berdua digari ketika bertemu peguam dan ketika menaiki kenderaan dari lokap kanak-kanak di Petaling ke Bukit Jalil.
Kedua-dua mereka dibicarakan dihadapan Majistreet.Polis mohon supaya kedua-dua mereka direman (ditahan dilokap lagi konon untuk penyiasatan) tetapi hujjah peguam menyelamatkan kedua-duanya.Ammar dan Suhaib diwakili oleh peguam Edmund Bon dan Johnson Chong.Dalam gambar, Suhaib berbaju ungu, Ammar berbaju oren.....
Nasib mereka berdua lebih baik sedikit kerana mereka dapat ditemukan denganpeguam secepat mungkin.Bagaimana dengan nasib seorang lagi remaja bawah umur , Faizudiin? Beliau telah ditangkap polis pada hari Sabtu jam 2 pagi dan sebaik tiba dibalai, terus direman selama 4 hari!!!
Jadi, kita kenalah faham sedikit hak-hak kita ,terutamanya anak-anak bawah umur nih.....
16 ulasan:
sedeynya...tengok gambar2 tu..
jahat betul polis ni....zaaaaliiimmm!!!
Ya Ammar lancar menyebut pesanan Kakak Murnie Hidayah tu..
"peguam pesan untuk katakan, saya akan gunakan hak saya yang ada di bawah s112(2), saya hanya akan memberikan keterangan di hadapan peguam saya"....
dan kita pun tak pandai dengan lancar untuk sebut ayat tersebut, kita sering berkata...kami hanya akan menjawab di hadapan peguam kami...atau kami nak lawyer...
bangga dengan kekuatan dan keyakinan mereka walau hati kita amat sedih.
Even Johson pun menangis..selepas berjumpa peguam dan mendengar cerita dari peguam mengenai mereka berdua..kita semua sama-sama menangis bila pulang ke lokap..memang faktor anak2 dan keluarga membuatkan tahanan 'lemah' seperti terjadi kpd tahanan ISA...taktik ini sering digunakan oleh SB untuk melemahkan tahanan.
Subhanallah! ke mana agaknya hati perut polis2 ni???????? Kena H1N1 baru tahu!
Sekirannya anak ini bakal menyambung pelajaran satu hari nanti, yang pasti kerajaan tidak perlu untuk memberi bantuan pinjaman kepada mereka ini....
Lebih baik beri kepada mereka yg tidak pandai melawan kerajaan..
kepada sesiapa yg anggap pinjaman kerajaan hanya untuk pengampu sahaja ingatlah duit yg diurus oleh kerajaan sekarang adalah drpd cukai rakyat dan semua rakyat bayar cukai termasuk pengampu dan pembangkang. ingat tiada kerajaan yang kekal didunia ini.
RAZAK
POLIS+UMNO = KEJAM+ZALIM
KES NURIN+KES SHARLINI+KES KUGAN+KES TEO BENG HOCK = ?????????????
Merah Hitam,
Kesihanilah anak-anak remaja kita... biarlah mereka belajar dulu, ibubapa mungkin telah berjaya jadi YB, Lawyer, Ahli Perniagaan dll... anak-anak belum tentu akan jadi seperti ibubapa mereka...belum masanya untuk mereka berpolitik... kalau ibubapa nak berpolitik tolong janganlh libatkan anak-anak remaja... kalau ibu/bapa kene tahan ISA siapa yang nk menjaga mereka dan ape akan jadi dengan masa depan mereka...? please...!
kalau anak-anak meninggal sebelum sempat berjihad..kan rugi dibuatnya..setidaknya mereka sempat merasa nikmat di jalan dakwah seperti mana ibu bapa mereka rasai..
dan ISA bukan isu politik, rasanya masih ramai yang tidak berjaya memahami ini...mungkin perlu mencari ilmu sebelum memberi pandangan.. kang dah salah beri pandangan susah pula nak menjawab depan Allah nanti.
Salam.....
Ya Allah, kami tidak mampu menghadapi semua dugaan ini tanpa kekuatan dari-Mu.
Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan kami bersendirian menghadapi dugaan-Mu ini.
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami dan kepada generasi akan datang untuk terus berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.
Ameen.
salam...sekali lagi saya tak dapat menahan airmata dari mengalir...namun makin besar cubaan yang Allah beri,maka makin besarlah ganjaran dariNya...yakinlah...dan inilah jihad kita sekarang...
Nampaknya hajat saya nak berjumpa puan x kesampaian hari tu...masa tunggu solat zohor,dapat sms bahawa puan,aiman dan beberapa sahabat lagi telah ditangkap....namun perjuangan tetap diteruskan....
Pemuda Insaf,
Polis + UMNO = Kejam + zalim
Kalau xde abg2 polis tu sanggupkah pemuda insaf jaga keamanan negara? Apa kelayakan/kebolehan yg tuan/puan ada? Dlm negara demokrasi semua rakyat berhak untuk bersuara, jgn fikir semua rakyat Malaysia menyokong perjuangan tuan. Adakah SEMUA ahli UMNO tu busuk hati? Jangan pula marahkan nyamuk kelambu pula di bakar.....
polis jadi kejam dan zalim kerana ditadbir oleh pemerintah yang zalim!!!
xde bezanya polis malaysia dengan polis amerika!!! sembahyang pun x, tu yang xkisah belasah bangsa seagama!!!
salahkah anak yang bernama suhaib memohon ISA di mansuhkan yang telah menahan ayahnya tanpa dibuktikan di mahkamah.hanya andaian semata-mata.takkan seorang anak nak membiar ayahnya seorang diri menahan siksa di dalam tahanan.kejam pada mereka yang menuduh akti ISA perusuh.wahai UMNO/BN ingatlah tiada kerajaan manusiah yang kekal abadi dan hanya pemerintah (yakni Allah) sahaja yang kekal.tunggu la balasan dan bala dari allah wahai sang penzalim.bertaubat sebelum pintu taubat tertutup, bila2 masa kematian akan menjemput kita.
Sye melihat inilah titik PEMULAAN kpd KEAZAMAN MENENTANG KEZALIMAN yg terpahat dilubuk hati anak2 ini.
Percayelah,di izinkn Tuhan anak ini akan membesar n wkt itu PENCEROBOH2 kegembiraan anak ini telah pun KEHILANGAN KUASE.Ini sering berlaku didlm kehidupan.
Sye doakn anak2 ini akn menjadi pemimpin yg berjiwe basar suatu hari kelak.Amin..
kalian yang sering kutuk polis,mampukah kamu melaksanakan tugas polis???kamu tahu ke apa tugas polis sebenar???sedarkah kamu bahawa kamu berada di bumi yang selesa...PDRM yang berusaha menjaga keamanan...
kepada 2 org remaja tersebut,elok kamu berdua memikirkan soal pelajaran...mengapa membawa mereka dibawa berdemonstrasi sekali???
kerana ayah dia ditahan di ISA tanpa dibicarakan
-jawapan yg cukup ringkas barangkali-
ks30069, jangan sombong dan takkabur, aku pun jaga juga keamanan negara bukan Polis sahaja, Pihak Tentera lagi Hebat menjaga benteng negara dari ancaman luar, ingatlah pangkat, gelaran, pakaian yang kita sarung itu semuanya hanya pinjamam, bahkan tanggal baju sahaja ia sudah hilang dan tak akan melekat di badan..apa pangkat akamu dalam polis?
Catat Ulasan