KDN latih polis jadi macam anjing?

| |

Dua gambar ini saya ambil dari ratusan gambar yang dihantar oleh rakyat malaysia yang menghadiri Himpunan MANSUH 1 ogos lepas.

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) ditahan pada 1998 dulu, rakyat yang keluar ke jalanraya kerana menyokong reformasi , ramai yang membuat kesimpulan bahawa polis macam anjing. Ketika itu, saya hanya mengikuti semua perkembangan tersebut melalui internet saja.Saya tidak percaya pada segala tohmahan tersebut dan menuduh kelompok reformasi itu sengaja mengada-adakan cerita....

Kemudian, pada tahun 2002, ketika Abah Suhaib@my husband didatang polis pada jam 12 malam, rumah kami digeledah dari bilik tidur hingga ke peti ais, Quran dan buku agama diselak dengan rakus seolah-olah kami menyembunyikan sesuatu di kitab-kitab itu,kami dibohongi oleh polis SB... telah memberi gambaran bahawa polis Malasia memang kurang perikemanusiaan mereka.

Kini, pada tahun 2009, ketika aku dan Suhaib ditahan di Pertama Kompleks, kemudian berada dalam trak yang dipandu laju, disoal beberapa kali di PGA Cheras , di paksa masuk lokap di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil..... maka aku ingin mengistiharkan bahawa segala dakwaan orang ramai sejak dari 1998 hingga kini yang mengatakan polis ganas macam anjing liar... adalah tepat dan benar!!!!!

Pandai sungguh KDN melatih polis supaya jadi seperti itu......Gambar diatas menjadi saksinya...

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera...
Selama ini saya sanjung dan hormat cikgu, tapi nampaknya sejak akhir-akhir ini bahasa cikgu sungguh 'tidak sopan'... masakan cikgu samakan KDN telah melatih polis macam anjing... polis dilatih mengikut kaedahnya dan "anjing polis" dilatih mengikut kaedahnya yang tersendiri. Apa perasaan anggota2 polis kita dan keluarga mereka bila disamakan dengan anjing? Sedangkan mereka juga manusia biasa, bekerja mencari makan. Apa bezanya dengan cikgu yang saya "respect" selama ini tapi akhirnya menjadi manusia yang suka "menghina" orang lain. Kalaupun cikgu dah "desperate" sangat sebab suami cikgu masih belum dilepaskan dari tahanan ISA, berilah nasihat kepada suami cikgu. Nampaknya suami cikgu masih "belum pulih" walaupun telah ditahan begitu lama... Kalau nak tunggu ISA dimansuhkan baru suami cikgu dilepaskan, entahlah... mungkin 2013, itu pun kalau PR dapat menumbangkan BN... Tapi, nampak gaya, rakyat yang selama ini menyokong pembangkang telah mula "meluat" melihatkan tindak-tanduk pembangkang yang terlalu "agresif dan mengada2"... kerjasama dalam PR pun nampaknya tidak begitu stabil... Sepatutnya sekaranglah masanya untuk PR "mengeratkan" hubungan sesama parti dan tunjukkan kepada rakyat bahawa PR lebih bersatu dan lebih baik berbanding BN, bukan membesar-besarkan isu yang kecil. Cikgu... cuba cikgu bayangkan, "beranikah" cikgu keluar rumah seorang diri setiap malam jika negara tidak aman? Siapakah yang menjaga keamanan kalau tidak anggota2 polis kita yang cikgu anggap sebagai anjing? Mahukah "lawyers" cikgu berjaga untuk menjaga keamanan negara? Semua anggota masyarakat dalam negara kita punya tanggungjawab masing2... Tidakkah cikgu terdetik dihati dengan pengorbanan anggota polis kita yang sentiasa sedia menjaga keamanan dalam negara? Apakah PR tidak memerlukan anggota polis jika mereka berjaya memerintah negara?

abu muaz berkata...

Tanpa nama ini adalah SB. Confirm SB yg tulis ni. SB memang dilatih begini untuk memecahbelahkan masyarakat .Ayatnya pun memang saiko. Sopan apa elokla tu tulisan ni. Betul kata tokguru pergi jahanam umno.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera keatasmu wahai Abu Muaz, semoga Allah memberi hidayah serta kesabaran buatmu,... Saya tak kisahpun kalau orang tak sukakan UMNO tu... tidak dinafikan jasa UMNO terlalu besar kepada rakyat Melayu... tapi bukan semua ahli UMNO itu 'tidak ikhlas' (punya kepentinagn peribadi). Begitu juga dengan anggota2 polis kita, masih ramai yang berkhidmat dengan penuh ikhlas. Polis dilatih dalam Akademi Polis, cikgu dilatih dalam Maktab Perguruan dengan kaedahnya masing-masing (tapi ada juga cikgu yang tidak dilatih di Maktab!) Cuba Tuan Abu Muaz fikirkan siapa yang cuba memecahbelahkan masyarakat, anggota polis ataupun orang-orang seperti tuan? Kalau nak belajar janganlah sekerat jalan... kalau nak menuntut ilmu agama biarlah dengan 'tok guru' yang 'betul' dan belajar secara 'terbuka', tidak secara 'bersembunyi-sembunyi' (hanya untuk kumpulan tertentu sahaja) dan belajarlah sampai khatam. Jangan nanti berfikiran hanya diri sendiri yang betul, orang lain yang tak sehaluan dengan kita semua salah...! (hanya orang 'psycho' sahaja yang berfikiran demikian)...

abu muaz berkata...

polis masih ramai yg berkhidmat dgn penuh ikhlas..

Bukan masih ramai tetapi semua sekali mesti berkhidmat dgn penuh tanggungjawab. Mengikut apa yg diajar dimaktab-maktab polis dan semua pusat-pusat latihan.

Mesti menjunjung lambang yg dipakai diberet tuan-puan. Bukan bekerja mengikut arahan membabi org politik.

Tanpa nama yg penakut....
Confirm SB...

Tanpa Nama berkata...

Semua anggota polis mesti patuh kepada arahan ketua, itulah yang telah diajar dalam akademi... ketua tertinggi anggota polis ialah Ketua Polis Negara. KPN pula bertindak mengikut arahan Menteri Dalam Negeri, kalau ditakdirkan Menteri Dalam Negeri itu ialah Tuan Abu Muaz, maka KPN akan ikut kata tuan 'tanpa' soal jawab. Anggota Perkhidmatan Awam berkhidmat mengikut perintah tanpa soal jawab, kalau nak soal jawab kena berhenti 'kerja', siapa pula nak bagi 'mereka' kerja? Slogan anggota perkhidmatan awam ialah "Saya Yang Menurut Perintah", Tuan Abu Muaz tak faham kerana tuan tidak bekerja sebagai Anggota Perkhidmatan Awam, harap maklum...!

malaysia baru berkata...

Sayangnya polis telah rela di tunggang oleh pemimpin UMNO untuk memusuhi rakyat.

Polis sebenarnya milik negara bukan milik UMNO atau milik pemimpin UMNO.

Polis di bayar gaji bulanan menggunakan duit rakyat , bukan duit UMNO, bukan juga duit pemimpin UMNO.

Rakyat perlu berusaha untuk menukar pemimpin negara dengan yang berakhlak mulia menduduki Putrajaya...nanti polis akan jadi baik dan lebih mesra rakyat.

malaysia baru berkata...

"Saya Yang Menurut Perintah" bukan bermakna kita bebas buat kezaliman kpd rakyat.

Kita di larang agama mengikut perintah untuk membuat maksiat.

Seluruh rakyat cuma mengormati polis selagi polis bersikap profesional dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Tanpa Nama berkata...

Anda semua katakan yang polis itu seperti anjing? Bodohnya orang-orang yang berkata begitu. Kalau anda hebat betul, pergilah gantikan tempat mereka bertugas menjaga keselamatan negara. Orang-orang yang tak tahu bersyukur sahaja yang tak tahu berterima kasih. Anda pun apa kurangnya, menjadi anjing kepada orang lain. tak tahu nak gunakan fikiran akal sendiri, asyik ikut telunjuk orang saja. Betul atau tidak, tak peduli, yang penting anda puas. Adakah anda puas dengan sikap itu? Menjadi orang yang hanya tahu mengutuk dan memalukan orang. Jangan samakan orang dengan binatang jikalau anda sendiri pun tak suka disamakan. Setakat nak action tunjuk lagak, baik lagi buat benda yang lain. Setakat tulis nama, apa yang ada. Orang-orang yang mengutuk ini dan itu, mungkin diri anda lebih teruk dari apa yang dikutuk itu, cuma anda tak perasan dengan keburukan sendiri sebab tak ada cermin kat rumah. Cermin dulu diri tu, oiii...

abu muaz berkata...

Bila pencen baru terhegeh-hegeh menegur orang kampung... masa bertugas saya menurut perintah.

Kalau ikut membuta .....samalah macam binatang.

Bukankah kita diberi akal.

uppercaise berkata...

Hello Puan Laila,

I borrowed your photo of the boy on the ground for use on my blog http://uppercaise.wordpress.com/.

The posting is at "Keeping A Civil Tongue"
http://uppercaise.wordpress.com/2009/08/10/keeping-a-civil-tongue/#more-2424

I hope you don't mind. Thank you.

uppercaise

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera...
Saya ingin tahu apakah perasaan Abu Muaz jika ada orang mengatakan bahawa tuan, Cikgu Laila dll digelar sebagai 'anjing' yang diperalat oleh pihak pembangkang. Kalau tuan tidak marah maka kami pun tak kisah... Bukankah telah saya katakan kalau Abu Muaz jadi Menteri Dalam Negeri, polis akan ikut arahan Tuan...!

Tanpa Nama berkata...

Abu Muaz... Kasihannya diri engkau yang tak tahu nak guna akal fikiran. Engkau ni hanya tahu mengutuk orang seolah-olah diri engkau tu baik sangat. Sudahlah, engkau ni pun terlalu desperate jugak agaknya. Memang kau ni tak faham-faham. Engkau tu pun sama juga jadi anjing orang yang berkepentingan. Tak sedarkah yang engkau ni ibarat 'Kambing hitam' orang. Dipergunakan orang dan engkau yang terima kutukannya. Kesian...

abu muaz berkata...

Orang yang takguna akal fikiran ialah orang yang hanya pandai berkata: Ya tuan.....

: Baik tuan.

: Jalankan tugas tuan.

Kamu sebenarnya hamba.... ada akal tapi tak boleh dimanafaat. Ya tuan...

Tanpa Nama berkata...

Hei Abu Muaz... Lu anjing ka...? Otak silupa minatang...

abu muaz berkata...

Aikkk.... sudah emosi lu.

Confirm lu SB.

abu muaz berkata...

Ya tuan....gua SB.

Tanpa Nama berkata...

Wahai Abu Muaz...
Sedapnya fikiran terbalik awak tu menuduh orang tak ada akal. Sebenarnya siapa yang tak ada akal? Awak ni memang tak tahu berfikir, hanya tahu mengikut orang lain juga. Orang lain 'PRO' ini dan itu, awak pun ikut juga. Nak tanyalah dengan awak, apa sumbangan terbesar awak kepada bangsa dan negara? Ini yang awak katakan sumbangan kepada negara? Nak buat himpunan mansuhkan itu dan ini. Fikirlah sikit, akta itu digunakan untuk menjamin keselamatan awam juga. Jikalau anda diancam dengan keganasan seperti yang berlaku dinegara-negara yang lain, mungkin waktu itulah terbuka biji mata awak tu. Polis bukannya anjing, dan tiada sesiapa pun yang anjing. Kalau anjing itu sangat hina, mengapa Tuhan ciptakan makhluk itu? Dan lagi satu, bukalah fikiran tu sikit, perangai macam budak-budak. Mengutuk itu dan ini, tak malukah? Orang ramai inginkan keselamatan, tak inginkan hidup dalam ketakutan dan dihimpit dengan ancaman. Orang yang dah buat salah dan bagi orang-orang yang berfikiran jahat sahaja yang akan risau dan menganggap ISA tak berguna, jahat dan macam-macam lagi. Kalau awak seorang menteri, apa yang awak akan lakukan sekiranya negara yang awak pimpin tidak selamat dan keganasan berlaku? Rakyat mendesak itu dan ini dengan awak? Fikirkanlah sendiri... Orang tak gunakan perasaan 100 peratus, tapi gunakan akal dan fikiran untuk menilai apa kebaikan disebaliknya. Polis bukan dilatih menjadi seperti anjing, dan tiada sesiapa pun yang patut menjadi anjing orang.

abu muaz berkata...

Apa pun tuduhan kesalahan keatas manusia mestilah dengan bukti? Bukan tangkapan rambang dan didasarkan atas andaian semata.

Cari bukti bahawa orang ni bersalah ......bukan pakai hentam saja. Kalau lagu ni tak payah hafal akta dan pelbagai kanun ...... buang masa je belajar. Tangkap ISA kan. Tangkap ISA kan. Mudah ya......

Buang masa duk belajar bertahun kat akademi dan maktab.

Tanpa Nama berkata...

Lu tau tak, 'polis' telah ikut/ intip Mat Sah Satray selama lebih sepuluh tahun sblm dia ditangkap. Bukan tangkapan rambang dan didasarkan atas andaian semata... Nampaknya selepas ini Lu pulak yang akan di ikut/ intip 'polis'... bolehlah kawankan sdr kita di Pusat Tahanan tu...

Tanpa Nama berkata...

Ayat-ayat ini ditujukan khas kepada Abu Muaz dan juga yang berkenaan. Saya ingin bertanya kepada Abu Muaz, adakah awak juga mempunyai bukti yang mengatakan orang yang ditahan dibawah ISA itu memang tidak bersalah? Sanggupkah awak tinggal di negara yang tidak selamat apabila awak mengetahui bahawa diri awak itu berada dalam bahaya, contohnya keganasan. Pasti awak akan fikirkan langkah pencegahan, kan? tak betul begitu? Jangan kata orang lain tak ada otak, buang masa belajar, atau apa saja. Fikir dulu sebelum sokong apa2 pernyataan. awak ada buktikah mengatakan bahawa yang disokong itu adalah benar? Dan lagi satu, sesiapa yang 'Menurut Perintah' itu bukannya anjing, faham. Itu namanya kita setia dan sedia berkhidmat untuk negara dan bangsa. Bukannya macam awak dan blogger ini, hanya tahu menimbulkan kekacauan sahaja. Kalau tak cukup belajar, itulah jadinya, tahu cakap besar sahaja dan tak tahu apa yang disokong.

abu muaz berkata...

ISA ni hanya alat untuk menyelamatkan kerajaan yang memerintah... tak lebih dari itu.

Ummu Azzam berkata...

Salam Kak Laila,
Banyakkan munajat dan doa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Allah shj yang tahu mereka yg mulia dan hina di sisi-Nya. Insha Allah perjuangan yg ikhlas hanya semata-mata kerana-Nya akan diberi ganjaran syurga. Manakala mereka yg berjuang hanya kerana 'menurut perintah' dan demi sesuap nasi juga akan menerima ganjaran masing2. Sedikitpun tidak akan dikurangkan.

Tanpa Nama berkata...

Aduh kenaper la benak sangat si Penyokong ISA ni..ISA ni AKTA ZALIM tau tak?Mane2 org yg menyokong kezaliman bermakner neraka jahanam la tempatnye walaupun ianya adalah arahan dari ketua tertinggi kamu,kerana dalam islam tiada penahanan tanpa bicara.dan lg satu seandainya terjadi darurat sekalipun disebabkan oleh ancaman pengganas,bukan KDN mahupun Polis yg menanganinya tetapi Pihak Kementrian Pertahanan Dan Tentera Akan ambil alih..diulangi'PIHAK TENTERA'..jd jgn nak ingat mase tue POLIS yg berkuase k..Assalamualikum..

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]