Kami tak puas hati!!!!

| |
"Kami ditahan jam 8.15 pagi tadi ketika sedang mandi .Polis selongkar beg-beg kami dan rampas sebahagian barang-barang dalam beg itu .Polis paksa kami beri kad pengenalan, jika enggan mereka ugut nak pukul kami. Bila sampai kat sini, polis minta semua maklumat peribadi dan tentang himpunan MANSUH. Kami dah bagi semua kat polis, maklumat diri, cap jari tangan..... cuma jari kaki je yang belum...!!!" Kata seorang peserta demo dari Perak yang ditahan di Masjid Negara.

Ketika kami berlima tiba di pusat itu,keadaan memang amat menyedihkan.Semua tahanan bukan saja duduk dan baring diatas lantai simen, tetapi mengadu tidak sempat menjamah sebarang makanan sebelum ditahan polis!!!

Kami buat bising mengatakan semua tahanan lapar, barulah polis mengedarkan makanan kepada mereka yang telah ditahan seawal jam 4 pagi!!!
"Kami cuba lari dari semburan air asid dan tear gas ....tetapi polis sudah menunggu ditempat yang kami rasa selamat...." kata sekumpulan wanita dari Pahang dan Melaka. Sama seperti peserta demo lelaki dari Perak, kakak dan adik-adik tersebut juga tidak menyangka akan menamatkan demo mereka dengan begitu cepat.....


Pada jam 3 petang, seramai hampir 300 peserta demo dari seluruh negara telah ditangkap dan dihantar ke pusat itu.Anggota Unit Amal PAS dimana uniform mereka berwarna merah, adalah antara yang paling ramai ditahan .

Bila kami tiba disana, kami berlima berpecah , pergi dari satu kumpulan kesatu kumpulan yang lain dan memberitahu semua tahanan MANSUH bahawa mereka tidak boleh memberikan maklumat atau menandatangani apa-apa borang tanpa kehadiran peguam!!!Selepas mendengar penerangan kami, sebahagian besar dari mereka amat kesal kerana telah menandatangani borang dan menjawab semua pertanyaan .Mereka belum jelas bagaimana hendak menjaga hak asasi mereka dari dicabuli oleh polis.
"Kamu menyesal datang demo?" tanyaku.
"Tidak.Kami tak rasa demo kali ini, kami nak lagi..." kata mereka beramai-ramai.



"Hidup! Hidup! Hidup rakyat!
"Buang! Buang! Kezaliman."
"Mansuh! Mansuh! Mansuh ISA!!"
"Tolak! Tolak! Tolak BN!!!"
Takbir!!!
Kalimat tersebut bergema diketuai oleh Kak Salmah PA YB Zuraidah dan Aiman Exco Muslimat , kemudian disahut oleh semua demonstran.Suasana yang awalnya sedih, tidak bermaya dan sunyi sepi tiba-tiba bertukar menjadi hangat dan bising.Semua tahanan mula berkumpul ditempat kami berlima berdiri.
Keadaan ini menimbulkan rasa curiga dihati ASP Aziz yang kemudian meminta Sarjen Rohaya meminta kami berlima menaiki trak untuk dihantar ke IPK,KL.
"Ada orang nak jamin kamu berlima" kata Koperal Rohaya.
"Siapa tu" tanya kami.Tiada jawapan.Kami berlima sedar mahu dinyahkan Polis dari PGA Cheras.....
Beberapa minit kemudian, kami telah berada di trak untuk dibawa ke IPK,KL....




3 ulasan:

FikRaH FiKIRaN berkata...

salam..tahniah...saudara berjaya....

berjaya..dan..berjaya....

namun...sedang kalian semua laungkan mengenai 'HAK'....adakah saudara sangat sensitif atau terlepas pandang pada 'HAK NEGARA' juga.....

ya...PDRM adea sebab untuk melakukan sedemikian....kekasaran PDRM juga perlu ada batasan..namun......pernahkah saudara berfikir...andai pada masa tersebut seorang anggota polis.....menjalankan tugas denagn etika...anak interi dirumah sedang menunggu....mungkin anak kecil di rumah sedang menangis meminta susu...ayahnya dipanggil bertugas 24jam..melayan kerenah manusia yang sedang memperjuangkan kata hati.....

saudara juga tidak mampu memberi jaminan bahawa setiap seorang demonstrans juga berlaku adil..berhemah..dan beretika dalam menyampaikan 'kata hati' masing2..ya....jangan bohong..saya juga berada dalam perimiter kalian....

sedih..sedih...pada mulanya berhasrat melontarkan 'kata hati'..namun ada di kalangan kalian..yang 'memuntahkan' nya terus....tanpa ada adab..dan lupa sebentar akan perilaku sebagai insan dan juga hamba Allah swt...ingat saudara, saya, demonstrans dan semua yang lain adalah khalifah di muka bumi ini....

jangan salahkan PDRm secara total...kerana pihak saudara juga bukan semunya baik hati.....andai menuding jari pada PDRM, baki jari yang lain kembali ke diri sendiri....

pergilah ke negara lain yang pasukan polis nya lebih 'baik' daru PDRM Malaysia......kasihanilah kami, keluarga polis..anak anak polis...isteri isteri polis..jangan samakan semua pasukan PDRM, kerana saya yakin ayahanda saya melakukan amanah dengan penuh etika dan tanggungjawab....

fikirlah gun amata akal dan hati..jangan membuta tuli.....kita sesama saudara...jadilah insan yang bersyukur.....insyaAllah..syukran jazilan

Tanpa Nama berkata...

"...anak interi dirumah sedang menunggu....mungkin anak kecil di rumah sedang menangis meminta susu...ayahnya dipanggil bertugas 24jam...."
BAGAIMANA DENGAN AYAH SUHAIB YANG TERPENJARA TANPA BICARA SELAMA 8 TAHUN ?? TANPA DIBUKTIKAN KESALAHANNYA ?? APAKAH SUHAIB TIDAK MEMERLUKAN SEORANG AYAH ??? Jangan Pentingkan Diri Sendiri FikRaH FiKIRAN

Tanpa Nama berkata...

Teman rasaler Malaysia lagi aman sebab ada ISA.. Pada fikiran teman ler, orang yang buat perhimpunan tempohari sama je atau setaraf macam Geng Hindraf jer.. Memalukan.. Teman tak sokong sesapa.. Teman cuma cintakan kedamaian di muka bumi Allah ini..

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]