Betul ke pengakuan Hishamudin ni?

| | 0 ulasan




A total of 279 suspects have been shot dead by the police between 2000 and 2009, while 147 died in police lockup during the same period, revealed Home Minister Hishammuddin Hussein today.

Betui ke cerita ni?Aduh!!! sakit perut teman baca laporan nih. Kalau tak betul, tak kan le M'siakini berani-berani keluarkan dalam websitenya....


Ramai tuuu yang kena tembak sebelum sabit kesalahan.....Buat apa ada bangunan mahkamah besar-besar 3-4 biji...buat apa ramai peguam hebat-hebat...buat apa naikkan pangkat ramai pendaftar jadi hakim kalau orang yang dituduh bersalah tak sempat dibicara dan diselamatkan, dah ditembak lebih dulu?????


Ya Allah... apa nak jadi di negara kita sekarang ni????

Ingatkan ISA akta yang sangat zalim, tapi rupanya...kes ni pun sama jahat jugak penangannya pada rakyat!!!


Meneteri Dalam Negeri didakwa M'siakini dah ngaku 279 mati dilokup kerana ditembak polis.Mungkin menteri yang sama boleh bagi tau, berapa ramai rakyat M'sia yang dah mati dibunuh oleh JI yang dikatakan mengancam keselamatan negara tu?





Read More !

PM dan Menteri Dalam Negeri mengganas lagi?

| | 2 ulasan


Rasa agak terkejut gak ketika melayari Malaysiakini.Agak lama saya mengamati laporan yang bertajuk DR ASRI,MUFTI:MENGAPA BN BERBOHONG? Apa yang menariknya laporan itu mendedahkan tuduhan sekumpulan pegawai tinggi kerajan dalam satu majlis tertutup, bahawa terdapat beberapa individu dan NGO yang di dakwa ada kaitan dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyyah @JI.
Sepuluh tahun dulu, hanya orang tertentu dikaitkan dengan JI, tapi hari ini, orang UMNO seperti bekas MB Perlis Shahidan Kassim pun boleh diberi label yang sama....Ada kemungkinan, lepas ni mungkin mantan PM seperti Tun Pak lah pun boleh juga di kaitkan dengan JI...
Dah banyak sangat saya berkisah tentang kejahatan penguasa ISA....seringkali dalam ceramah saya, saya akan sebut...HARI INI, KELUARGA SAYA DI KAITKAN DENGAN JI, ESOK LUSA...MUNGKIN KELUARGA ANDA JUGA AKAN DIKAITKAN DENGAN KUMPULAN PENGGANAS YANG SAMA...Ya, memang betul kata-kata itu....
Siapa yang sedang mengganas sebenarnya?

Read More !

Tak dapat ulamak PAS....Dr Asri pun boleh....?

| | 2 ulasan

Dr Asri diberitakan di jemput masuk parti asabiyyah Melayu yang amat sensasi iaitu UMNO.Mereka, iaitu UMNO dan Dr Asri khabarnya dah bertemu dan berbincang mengenai hal ini...

Menarik...amat menarik berita nih...Ye lah...tak lama lagi PRU13...dalam suasana MCA kurang sihat dan MIC juga agak demam, tentunya sokongan orang Melayu amat didambakan untuk memastikan survival/kelangsungan politik pemimpin lambang dacing . Dua tahun lalu, rakyat amat kecik hati dan agak kecewa dengan PAS kerana diberitakan telah bertemu mantan PM , Pak lah dengan tujuan dan niat untuk bersama UMNO menyelamatkan Islam, ugama orang Melayu dan menyelamatkan parti orang Melayu ... Tapi....syukur Alhamdulillah...semua usaha murni UMNO itu telah ditolak mentah-mentah oleh TG Nik Aziz .Kenapa ya? Salah satu alasan nya ialah, lebih 50 tahun berkuasa, UMNO bukanlah nak membela Islam yang di anuti oleh orang Melayu...tapi hanya menjaga kepentingan rakyat yang mengisi borang UMNO je.

Itu cerita lama....nampaknya PAS dan UMNO dah berkerat rotan berpatah arang...tiada peluang lagi UMNO nak berbaik dengan PAS...

Apa lagi yang boleh diguna oleh UMNO untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu bahawa parti itu memang "benar-benar" ingin membela Islam?
Jika ulama-ulamak PAS dah tak sudi bersama UMNO...nampaknya, ulamak yang pernah di di tangkap ketika sedang berceramah di Ampang dan media labelkan beliau sebagai "wahabi" seperti Dr Asri ni pun berguna juga...
Apa kata anda?


Type your summary here Type rest of the post here

Read More !

Bukan UMNO dah 50 tahun terpinggir?

| | 0 ulasan

Setiap kali tengok berita di TV Kerajaan, hati ini pasti akan terguris terutamanya bila mengetahui susah payah rakyat yang tinggal dikawasan pedalaman.Ada yang terlalu miskin, nak makan pun tiada duit.Ada yang mohon jambatan yang menjadi laluan utama yang sudah putus.Ada nak belajar tiada duit.Dan ada sesetengah kawasan yang bekalan api serta air tiada langsung.....

Selama ini, kaum India agak bising mempersoalkan nasib mereka yang telah dipinggirkan oleh kerajaan sejak 50 tahun yang lalu. Kaum Cina memang dah lama merajuk kerana pelbagai peluang untuk mereka dikatakan telah disekat, dan bila mereka mempersoalkan, maka isu peristiwa 13 Mei akan berkumandang.Orang Melayu? Orang Melayu yang selama ini di momokkan dengan mimpi indah "hak dankeistimewaan orang Melayu"...kelihatannya masih lagi belum bangun tidur dari diuliti mimpi indah itu...Saya juga orang Melayu.Sebab itu saya berani kata, saya tidak merasa apa-apa keistimewaan sebagai orang Melayu!!!

Namun, yang saya perasan, jika nak senang, anda jadilah ahli UMNO.Kenapa? Khabarnya selain senang dapat projek,jika anak-cucu nak masuk sekolah yang berprestij, kena ada kabel di kalangan orang UMNO ...Nak biasiswa ..pun sama gak.Nak senang dapat kerja kerajaan, pun diperlukan tanda tangan orang UMNO.Itu tak termasuk jika nak tempat berniaga dan macam-macam lagi....Maknanya jika sekadar bersandarkan nama "orang Melayu"...maka tak kemana lah usaha tu....

Agaknya sebab itulah pencapaian ekuiti bumiputra sejak zaman PM pertama hingga PM 1 M'sia ni jumlah 30 peratus tu susah nak dicapai kerana yang diberi manfaat dari Rancangan Malaysia(RM) pertama hingga RM sekarang ni bukanlah orang Melayu, tetapi orang yang menyokong UMNO....

Letih lah nak tulis....

Walaupun dah lebih 50 tahun di tipu oleh pemerintah yang berbangsa Melayu...namun rakyat masih tak sedar-sedar lagi....
p/s: Didunia saya dipinggirkan, saya tuntut dari pemimpin tersebut diakhirat kelak!!! Didunia sizalimi ISA, saya akan bawa penganiayaan itu ke akhirat sana....

Read More !

Kerajaan Malaysia pandai buat apa?

| | 2 ulasan



1- Idris Jala pernah kata, kerajaan akan bengkrap beberapa tahun lagi.

2- Tun M kata, 2 blok minyak dah diserah pada Berunai.

3- Yang kat Johor tu, dah diserah @pajak kat Singapura.

4- Pejabat Pos rugi lebih RM200 juta.

5- Menteri Nazri Aziz pernah kata, biasiswa akan dipotong.

6- Barang2 asas disembunyikan...katanya salah peruncit.

7- Dengarnya kapal selam yang mahal tu,tak boleh menyelam.

8- Bayi di buang merata-rata hingga terpaksa buat "tempat bela bayi" yang tak diingini.

9- Istana dah banyak, buat lagi dan harganya naik dari 400 ke Rm800 juta.

10.Sime Darby rugi lebih 1 billion.

11.Banyak lagi...


Aduh!!! Sesak nafas dan sakit dada tengok senarai yang sedikit nih...Semuanya berita duka.Duka untuk rakyat!!! Dan berita duka sentiasa bertambah setiap hari...Dan...hari ini... FELDA pula rugi...billion pulak tu nilainya....

Khabarnya, Felda adalah penyokong kuat UMNO kerana mereka ni terhutang budi dengan kerajaan.

Apa kerajaan buat yang boleh beri berita baik pada rakyat???


p/s: Penganiayaan 7 tahun oleh kerajaan terhadap kami belum ada penghujungnya...Kami terus berdoa..dan berdoa....Nampaknya , doa-doa kami mangsa ISA sudah mula menampakkan hasilnya...

Read More !

Apa perasaan rakyat Malaysia dengan berita ni?

| | 5 ulasan



Beberapa minggu lepas, Menteri KPI , Idris Jala kata, Malaysia akan jatuh bengkrap beberapa tahun lagi.Terdengar juga desas desus bahawa jamuan makan untuk kakitangan awam serta beberapa elaun juga telah dipotong. Bukan itu saja, makanan untuk tahanan ISA di Kem Kamunting juga khabarnya telah dikurangkan dari 3 kali kepada dua kali saja.Semalam pun NST tulis "Scholarship cut" biasiswa untuk pelajar selepas Ijazah akan dipotong....

Sebelum itu, ada khabar angin mengatakan minyak akan naik, harga barangan kawalan seperti minyak,beras dan gula juga akan naik....

Dalam suasana nak jimat, nak kurangkan belanja, nak elakkan bengkrap....tiba-tiba ada berita bahawa kerajaan sedang membina istana yang baru , yang mulanya berharga RM400 juta, kini dah naik jadi 800 juta....

Apa perasaan rakyat Malaysia dengan berita pembinaan istana baru ni ya?

Read More !

Tun Mahathir jelmaan Abu Lahab abad 21?

| | 2 ulasan



Apa nak jadi dengan orang tua ni?

Untukmengingatkan pada yang lupa, dia ni lah bekas PM yang telah menangkap berpuluh-puluh lelaki berugama Islam dibawah ISA dan menamakan mereka sebagai "Ahli Jemaah Islamiyyah".

Dia juga didakwa memfitnah DSAI liwat dan mendera beliau di bawah ISA.

Penulis sebuah buku... mengatakan Tun M didakwa telah menyeleweng duit rakyat 100 Billion.

Yang terbaru ni, beliau dilaporkan berkata judi@taruhan bola itu boleh dan sesuai dilakukan.

Dari tindak tanduk, dia macam anti-Islam.... apakah dia ni tak percaya adanya hari akhirat ?Mungkinkah dia jelmaan Abu Lahab di abad 21 nih?

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]