Tahlil untuk arwah nenek.

| | 1 ulasan

Semalam, hari Ahad 5 Julai, cukup 40 hari nenek pergi meninggalkan semua kerana diambil semula oleh Penciptanya, Allah SWT.Semenjak nenek tiada, tinggallah Tok Mat ditemani Man Toy (adik Abah yang paling bungsu) dan isterinya .Bila waktu siang, kedua-dua mereka keluar bekerja, Tok Mat pasti akan pergi ke kubur nenek dan berlama-lamaan disana....Rumah Tok Mat terlalu sunyi dan hilang serinya. Kalau ikutkan adat Melayu, satu majlis tahlil diadakan pada hari ke 40. Aku dan Suhaib datang ke rumah Tok Mat kerana ingin bertemu adik-beradik yang lain. Ketika berada di rumah Tok Mat semalam, aku melihat baju-baju arwah nenek masih tersusun rapi idalam almari dan di rak baju nenek. Barang-barang lain juga masih dikedudukan yang sama. Rasanya macam nenek masih ada di rumah tu tetapi bila teringat kami berkumpul kerana buat majlis tahlil untuk arwah nenek, tiba-tiba hatiku terasa amat sayu....

Dan bila berkumpul ramai-ramai ni, rasa meriahlah sikit rumah tu....Kelihatannya Tok Mat agak ceria mungkin dengan kehadiran anak-anak, terutamanya cucu-cucu yang comel-comel ni.... terasa lupalah sekejap bahawa suri rumah itu- nenek telah tiada buat selama-lamanya.

Kini, semua orang, termasuk yang kecil-kecil ni, telah memahami bahawa nenek kesayangan mereka telah pergi dan tak kan kembali lagi....


Read More !

Jejak kasih kerana ISA....

| | 0 ulasan

Istilah "jejak kasih" bukan untuk mereka yang tidak berjumpa lebih berpuluh tahun, tetapi saya ingin pinjam perkataan itu untuk menggambarkan betapa "teruknya' saya dalam menjaga jalinan persahabatan ini.... ada ketikanya, teman yang pernah rapat dengan saya, tidak saya jejaki dalam bentuk sms atau ziarah bertahun-tahun lamanya. Memang rasa bersalah sangat, ada kawan yang pernah makan tidur sekali ketika bujang dulu, jarang saya hubungi.... agaknya sebab terlalu "absorb" dengan gelaran sebagai mangsa ISA hingga saya kesampingkan banyak hal-hal lain.... Aarhhhh!!!!! Itu bukanlah sesuatu yang disengajakan.... Contohnya saya dan Kak Suraya. Bukan jauh sangat jarak rumah kami.Saya di Keramat dan beliau di Gombak, tetapi rasanya kali terakhir saya bertemu dengannya ialah pada tahun lepas, tak ingat dimana.... Namun syukur sangat, Kak Su masih ingat pada saya semasa mengadakan majlis kenduri kahwin anak beliau Abu Dzar semalam. Saya niatkan dalam hati, "mesti" hadirwalaupun ada program GMI di Sogo pada petangnya. Alhamdulillah, tak dapat ambil gambar pengantin, mengabadikan kenangan dengan emak pengantin pun dah mencukupi....Selamat Pengantin Baru Abu Dzar.Moga anda dan isteri di anugerahi kebahagian dalam menjalani bahtera rumahtangga, hingga ke akhir hayat...Ameen.

"Akak dah pencen sekarang..." kata wanita manis yang saya panggil Kak Nab ini. Mula-mula saya jumpa beliau akhir 80an dulu, rasanya saya lebih rendah dari Kak Nab tetapi sekarang macam saya lebih tinggi sikit dari beliau ... Kak Nab yang saya kenali seorang yang lembut, "soft-spoken" dan tuturkatanya sentiasa tersusun.... Saya memang minat sangat dengan imej diri dan personaliti beliau. Agaknya itulah salah satu sebab utama, pertama kali saya menyertai kumpulan perbincangan tentang ugama bersama beliau , yang dalam bahasa Arabnya kumpulan "usrah" telah membuatkan hati saya terus jatuh cinta untuk sentiasa menyertai kumpulan-kumpulan perbincangan seperti itu ,untuk menambahkan kefahaman saya terhadap Islam.
Ya lah, saya memang dilahirkan dalam keluarga Islam tetapi bila dewasa , rasanya ilmu asas Islam yang mak dan arwah bapa beri dulu, perlu di tambah dengan usaha sendiri. Dulu mak hantar belajar di sekolah rendah kerajaan, kemudian sambung di sekolah Convent Bukit Nanas......dan kemudian masuk IPT yang kurang menekankan pada ilmu agama .... pada suatu tahap, saya rasa perlu pada penambahan ilmu tersebut. Sekurang-kurangnya ada sedikit panduan untuk menjadi seorang Islam yang lebih sempurna dan boleh pulak berkongsi dengan orang lain ....
Saya memang terhutang budi pada Kak Nab. Kak Nab tinggal dikawasan Gombak, tetapi saya tidak bertemu dengannya lebih sepuluh tahun lamanya... mengalahkan orang yang tinggal di London atau Amerika....

Saya pernah tinggal serumah dengan Kak Ani masa bujang dulu. Masa walimah (wedding) saya, beliau datang rumah dan tinggal beberapa hari.....Masa tu saya belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga..... sampailah beberapa jam untuk majlis akad nikah saya masih ada rasa sangsi , tetapi...... beliaulah yang banyak menasihati dan meyakinkan bahawa saya mengambil tindakan yang betul.Bukan duduk jauh pun ... dekat Jinjang je, tapi nak jumpa setahun sekali pun susah...... Seorang kenalan yang tinggal di UK boleh sms saya setiap minggu, tetapi dengan kak Ani.... nak telefon sebulan sekali pun tak ingat..... Sayalah yang bersalah dalam hal ini.....
Dan yang paling memeranjatkan, saya tak sangka dapat berjumpa Kak Sakinah yang kecil comel tu. Saya pernah meminati beliau kerana ketenangan wajah dan tingkahlakunya.... yang selalu saya sebut, peribadi muslimah sejati.... Saya tak berjumpa beliau lebih 20 tahun lamanya dan kini, beliau menetap di Negeri Pahang. "Ok tak kalau cerita dan gambar masuk blog?" tanya saya. " Apa blog tu Laila...? tanya beliau dengan wajah yang serius. Saya tersenyum nipis. Terasa keras perut kerana menahan ketawa....Saya terangkan tentang blog dan beliau tersenyum."kami duduk dalam hutan, "line" Celcom pun dua bar je... tak ada internet dan apa-apa yang sewaktu dengannya.... buatlah apa Laila suka..." ujar beliau yang masih ramah seperti dulu. Kak Sakinah baru mengetahui bahawa suamiku telah 7 tahun ditahan dibawah ISA!!!!
Ini juga cabaran besar sebenarnya.Cabaran untuk mengekalkan ukhuwwah @jalinan persahabatan. Namun ianya tidaklah sama besar dengan cabaran untuk membuang ISA dari denyutan nafas saya dan Suhaib setakat ini... Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih, namun kekerapan saya masuk media alternatif membuatkan ramai teman-teman lama yang berusaha menghubungi saya kembali untuk mengetahuiperkembangan terkini melalui "first hand news " dari saya sendiri....
Doakanlah moga ISA segera dapat dilepaskan dari diri kami berdua....


Read More !

Polis dan SB meramaikan sidang akhbar MANSUH di SOGO.

| | 0 ulasan

Semalam, gabungan MANSUH mengadakan satu sidang akhbar mengenai mobilisasi massa sempena himpunan aman tersebut di hadapan pusat membeli belah SOGO.Sidang akhbar itu dimulakan pada jam 2.15 petang.Saya sampai di tempat kejadian pun agak lewat kerana keluar rumah pun lewat disebabkan baru pulang dari menghadiri satu kenduri kahwin di Taman Melati. Ketika itu pula jalan memang jam teruk.... saya tak henti-henti berdoa disepanjang jalan supaya sempat menghadiri sidang media itu.......Alhamdulillah, ketika saya tiba, Saudara kamaruzaman ,Ketua Pemuda PAS Wilayah sedang memberi taklimat kepada media.

Saya amat bersyukur masih berkesempatan mengambil beberapa keping gambar untuk di kongsikan dengan anda pembaca semua.Selain Saudara Kamaruzaman, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim juga berada disana dan beliau telah pun selesai membacakan kenyataan akhbar mengenai himpunan MANSUH itu......Ketika gambar ini diambil, beliau sedang menjawab pertanyaan beberapa orang wartawan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kedua-dua "orang kuat MANSUH" iaitu Sdr Kamaruzaman dan Syed Ibrahim berjaya menyelesaikan majlis itu dalam masa 15 minit dalam kawalan ketat anggota polis beruniform. Ketika menghalakan kamera kepada kedua-duanya semalam, saya melihat seolah-olah semua polis beruniform itu "ditugaskan" untuk "menjaga keselamatan" mereka.......
Namun yang jelas, selain orang ramai yang berkunjung di hadapan pusat membeli-belah itu, nampaknya polis beruniform dan berpakaian biasa lah yang meramaikan sidang media MANSUH!
Sebaik saja pertanyaan terakhir wartawan dijawab, aktivis MANSUH yang hadir semalam terus bergerak ke Jalan TAR untuk mengedarkan risalah anti-ISA di kedai-kedai. Ketika itu, saya sedang berbual dengan beberapa orang teman wartawan, dan tidak punya sebarang risalah untuk diedarkan........saya keseorangan dan akhirnya masuk kedalam bangunan dan "window shopping" di deretan kedai-kedai beg tangan, kasut dan aksesori wanita.... Sekadar melihat-lihat saja dan lima belas minit kemudian saya pulang kerumah.....


Read More !

Esok , 2 petang sidang akhbar MANSUH bersama Mat Sabu di Sogo

| | 0 ulasan



SEMUA ORANG DI JEMPUT HADIR KE PROGRAM GMI. MAKLUMAT ADALAH SEPERTI DIBAWAH.




SIDANG AKHBAR HIMPUNAN MANSUH BERSAMA MAT SABU.


MASA:
SABTU ,4 JULAI 2009.

JAM 2 PETANG.


TEMPAT:
SOGO.


AKTIVITI
SIDANG AKHBAR DAN

LEAFLETTING.

Read More !

I'm not a born writer......

| | 9 ulasan

Berasap!!! Terbakar!!! Rentung!!!...... Itulah agaknya perkataan yang sesuai dituliskan untuk menunjukkan betapa "tension"nya untuk beberapa hari yang lepas dan beberapa hari akan datang... (permintaan artikel ISA to Geneva sangat memberangsangkan...)

Kenapa ya??? Well, I'm not a born writer....tak dapat nak cerita betapa sukarnya untuk memberi satu persembahan yang baik dalam penceritaan dan penulisan sejarah "trekking" aku menongkah arus akta syaitan ISA(pinjam dari Hanipa Maidin) yang kini masih menjadi sebahagian dari kehidupan ku...Alhamdulillah, Allah memberiku peluang merasai dan memahami, betapa seronok tetapi sibuknya jadi wartawan yang sentiasa berhadapan dengan dateline yang amat padat....( tapi aku hanya ada satu isu je!!!) Aku mengaku terpaksa akur dengan nasihat blogger Ummu Asiah ... kena juga belajar meminati novel-novel dipasaran terkini untuk melihat gaya dan fashion penggunaan bahasa dalam persembahan novel tersebut.... (Dia tahu aku tak gemar baca novel yang jiwang-jiwang nih!!)

Aduhh!!!!! Tengok tajuk saja dah berdebar!!! Apa agaknya isi didalamnya....? Selama ini, aku terlalu "absorb" dengan buku-buku ISA yang "keras" isi dan gaya bahasanya....

Mula-mula pegang buku ni dulu, terasa pelik siket... Maklumlah dah tua-tua begini, macam dah tak layak untuk melayan perasaan dengan novel-novel sebegini.... Tapi saya segera teringat pada seorang teman , setiap kali kami bertemu ,dia mesti membisikkan pada ku "Laila, we are not old yet...we are matured women..... keep in your mind....we are young at hearts!!!" katanya sambil mencuit hidung....Hmm... romantik sungguh Kak N, walaupun cucu dah berbelas, namun cerianya sama dengan remaja perempuan belasan tahun....
Ada juga kebenaran kata-katanya... Untuk berjuang, apatah lagi membuang syaitan ISA ni, "you and your spirit really have to be young and strong".... jika tidak, tak payah lah nak berbicara soal prinsip, perjuangan dan sebagainya.....


Ini satu lagi kreativiti yang ditonjolkan dalam penulisan untuk menggamit perasaan orang supaya membeli buku ini....Bila pandang saja, seolah olah isinya sangat trajis dan mampu menitiskan airmata..... Hmm...sesuatu yang baru telah ku temui di novel ini yang boleh memberi makna yang mendalam bila di aplikasikan kedalam isu ISA.... Apa dia?? Masih rahsia.....
Terimakasih pada Ummuasiah yang begitu rajin memilihkan buku-buku menarik untuk ku. Dia lebih memahami bahawa hatiku "mungkin sudah kematu" dari sebarang ayat-ayat cinta biasa...maklumlah, ISA telah menjadikan hati kami mangsanya, sedemikian rupa...




Mungkin ini adalah "the best remedy to lessen the tense ".Dan mungkin sekarang aku dah berfikir agak panjang... Makan buah dan cokelat mungkin lebih baik dari makan cokelat dan kacang.... Sekadar mempelbagaikan citarasa disamping menghargai segala nasihat dan pandangan ikhlas yang sering disampaikan padaku.....Ramai sangat yang ingin memberikan "care and concern" mereka....
Jika ada yang menegur, maknanya ramai yang sayang dan prihatin... itu adalah sesuatu yang sihat.... Sebagai seorang aktivis hak asasi manusia, aku sentiasa belajar untuk berlapang dada dan menerima pandangan orang lain kerana setiap manusia ada hak dan kebebasan untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Namun ... dari segi tindakan biarlah aku pulangkan kepada individu tersebut bersesuaian dengan tahap kefahaman , keyakinan dan kemampuan masing-masing...
Setiap yang baik adalah dari Allah swt manakala salah dan silap adalah dari kesilapan dan kelalaian diri sendiri.




Read More !

Baca, banding dan fahamkan 3 kisah benar ini.

| | 5 ulasan

"NO ONE SHALL BE SUBJECTED TO ARBITRARY ARREST, DETENTION OR EXILE"-Universal Declaration of Human Right(UDHR) Ini dia blogger Ummuasiah yang nama sebenarnya ialah Nashita Mohd Noor.Gambar ini diambil di Mahkamah Jenayah Sesyen 5, Jalan Duta,K.L.
1- Pada tahun lepas, beliau ditahan Polis ketika keluar dari Surau Ampang park dan dituduh ingin menyertai himpunan protest.

2- Kemudian satu caj(charge) telah dikenakan terhadap beliau.

3-Setelah dikenakan caj, beliau boleh mendapatkan khidmat seorang peguam dan membayar wang jamin (bail).

4- Beliau dibicarakan dimahkamah dan pendakwaraya mesti mengeluarkan bukti samada orang, gambar dsb untuk menyokong caj yang dikenakan keatas beliau.

5- Kes beliau yang bermula pada 25,26,27 Jun telah ditunda kesatu tarikh pada bulan September 2009.

6- Beliau menjalani kehidupan sebagai seorang yang bebas.

Ini gambar Mat Sah Satray a.k.a Abah Suhaib.

1-Beliau telah ditahan dibawah ISA pada 18 April 2002.

2-Beliau dituduh sebagai seorang Ahli Jemaah Islamiyyah(JI) yang boleh memberi ancaman kepada negara.

3-Beliau telah diletakkan di Pusat Reman Polis(PRC) selama 54 hari( dari 18 April - 10 June 2002) dan tidak dibenarkan bertemu peguam.

4-11 June 2002 beliau dihantar ke Kem Kamunting untuk di tahan selama 2 tahun bermula pada tarikh 12 June.

5-13 June 2004, cukup 2 tahun, penahanan disambung lagi 2 tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri (Abdullah badawi) hingga tahun 2006.

6-13 June 2006, cukup 2 tahun, penahanan disambung lagi dua tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri(Abdullah Badawi) hingga tahun 2008.

7-13 June 2008, sebaik saja cukup 2 tahun , penahanan disambung lagi dua tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri (Syed Hamid Albar) hingga tahun 2010.

8- Sehingga ke hari ini, beliau tidak pernah di kenakan sebarang caj(charge) oleh polis.

9- Beliau tidak pernah di jamin oleh sesiapa.

10-Beliau tidak pernah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Tiada pendakwaraya yang terpaksa mengemukakan bahan bukti seperti orang, gambar, barang2 dsb untuk menyokong tuduhan keatas beliau.

11-Beliau telah dikurung di Kem Kamunting lebih 7 tahun.

12-Beliau tidak tahu apa kesalahannya dan bila akan dibebaskan............

Ini gambar saya (Merahhitam) diambil didalam trak polis. Saya ditahan di hadapan dataran Merdeka.

1 - Saya dituduh menyertai himpunan haram Palestine.

2 - Saya telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

3 - Polis minta keterangan tetapi saya kata "Peguam saya akan jawab di Mahkamah."

4 - Tiada sebarang caj (charge) dikenakan keatas saya.

5 - Saya menjalani kehidupan sebagai seorang yang bebas.....

Read More !

Bagaimanakah tahanan ISA menghilangkan stress mereka?

| | 3 ulasan

Perjuangan berterusan dari teman-teman dan para penyokong GMI memberi kekuatan semangat pada semua tahanan ISA bahawa ada orang yang masih "care' dengan nasib malang mereka......


“Suhaib , jom lawat Abah di kemta?” tanyaku pada Suhaib.
“Tak boleh la Umi…. Weekend ada program sekolah..” jawab Suhaib.

Ada ketikanya jawapan itu memang benar dan ada masanya, ianya sekadar jawapan kepada soalanku saja. Aku tahu, Suhaib tidak suka pergi ke Kem Kamunting. Bukannya kerana beliau tidak suka bertemu bapanya, tetapi suasana pertemuan dan persekitaran tempat tahanan itu yang membuatkan beliau rasa”stress” dan amat tertekan untuk pergi ke sana.

Siapalah yang suka pergi kesuatu tempat yang dipenuhi dengan manusia beruniform biru gelap dan cokelat kehitam-hitaman? Dari pintu masuk utama Kemta, hinggalah pintu kedua dan kemudiannya masuk pintu ke tiga.... semuanya amat mendera perasaan. Bukan setakat itu saja, di pintu ketiga, kami berdua pastinya akan diperiksa dengan scanner dan tubuh kami diraba oleh warden lelaki dan wanita yang bertugas ketika itu..........Semua prosedur itu sangat-sangat mencengkam perasaan. Kenapa kami terpaksa melalui semua sistem itu sedangkan Abah Suhaib bukanlah seorang banduan!!!!
Namun semua itu tidak dapat diluahkan.... hanya mampu dijeritkan dalam hati saja.

Aku sering terfikir, bagaimana pula perasaan orang yang dikurung didalamnya? Bagaiman peringkat ”stress” yang dilalui oleh Abah Suhaib dan tahanan ISA yang lain? Bagaimanakah perasaan Abah ketika melihatku disebalik cermin kaca tebal yang memisahkan kami? Bagaimana pula perasaan Abah yang terlalu ingin bermesra dengan Suhaib, anak tunggal kesayangannya????

Ohhh Tuhan!!!! Terlalu banyak persoalan yang tiada jawapannya.

Aku yang berada di dunia bebas pun ada banyak masaalah dan sering mengalami stress..... namun aku ada ramai teman-teman yang memberi pelbagai cadangan dan cara untuk menghilangkannya. Selain amalan spiritual seperti solat dan membaca Quran, ada banyak pilihan yang dapat dilakukan untuk mengurangkan tekanan.

Walaupun pada dasarnya aku amat suka mengunyah cokelat dan kacang yang aku sendiri sedari satu amalan yang kurang sihat, tetapi menurut Nashita, selain pergi menghadiri demonstrasi jalanan, ”window shopping” juga satu cara yang baik untuk mengurangkan stress disamping cuba meluahkannya pada teman paling rapat. Namun sekiranya tekanan terlalu memuncak, aku akan pergi berenang , mandi sauna atau paling mudahnya berendam saja di bilik air beberapa jam lamanya......

Ya Allah, semoga kau beri kekuatan kepada semua tahanan ISA yang masih didenda dan dikurung tanpa bicara di Kem Kamunting....

Kek Coklat Cheese.....





Asiah menemaniku berenang untuk menghilangkan sakit kepala akibat stress....



Berkongsi kejahatan ISA bersama penonton teate Bilik Sulit di Bar Council akhir tahun 2008.




Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]