Ramai lagi tahanan ISA bebas pada 31 Ogos?

| | 0 ulasan

"Alhamdulillah dan terima kasih pada semua yang telah membantu kami sekeluarga, kami amat gembira dapat bersatu semula..." begitu ceria suara Sdr Abduh, seorang tahanan ISA dari Tawau yang di bebaskan 2 hari menjelang Aidilfitri 2012.Beliau yang di tahan pada 13 Nov 2011 di kurung tanpa bicara di Kem Kamunting lebih 8 bulan.


"Saya pun tidak terfikir akan 'di pilih' sebagai salah seorang yang di bebaskan. Saya set di minda akan di kurung 2 tahun, namun tiba-tiba saya di panggil dan di beritahu bahawa saya akan dibebaskan ....Amat jelas, ini semua jelas permain politik saja. Bila nak raya, penguasa ISA ingin di lihat sebagai manusia yang baik dan bertimbang rasa, lalu ada beberapa tahanan ISA di bebaskan....."tambah beliau lagi.

"Walau apa pun, semua ini terjadi dengan izin Allah. Kami dapat merasai nasib pejuang Islam di zaman dulu yang pernah di penjarakan oleh mereka yang anti-Islam..." ujar beliau yang merasakan ada lagi tahanan ISA yang bakal dibebaskan menjelang 31 ogos ini.

Saya masih teringat pada bulan Nov 2011 dulu, ibu Abduh datang ke K.L untuk menghadiri sidang akhbar di Parlimen. Ketika itu beliau tidak tahu bagaimana keadaan anak beliau . Sebelum pulang ke Tawau, GMI berjanji membawa ibunya melawat Abduh di Bukit Aman.Puan L menangis sambil memilih beberapa jenis makanan ringan untuk di bawa ketika melawat Abduh........
Ini lah wajah isteri dan anak-anak yang terlalu gembira dengan kepulangan insan yang amat di rindui. Puan N yang baru melahirkan anak ke 4 pasangan ini sujud syukur dengan kepulagan suami ke pangkuan mereka sekeluarga.
"Akak pernah pergi ke rumah kamu dan jumpa anak-anak....semuanya nampak sedih je.." kataku dalam perbualan telefon tadi.
"Ya kak, kita tak pernah jumpa tapi ada satu gambar akak di sebuah majalah di simpan di Kem. Majalah itu di baca oleh ramai tahanan dan memberi semangat untuk menghadapi kehidupan di Kemta.." tambah beliau sambil ketawa.
"Oooohhhh ye ke? Pelik juga gambar tu boleh lepas sekatan polis dan di simpan di sana ya...."
aku turut ketawa....

Read More !

Tahanan ISA ada nilai komoditi?

| | 0 ulasan

Seperti yang telah diduga, setiap kali ada perayaan utama, mesti ada tahanan ISA yang dibebaskan.....Begitu juga dengan nasib 40 tahanan ISA , baki berpuluh ribu tahanan ISA sejak tahun 60 hingga 2011.


Nampaknya, walaupun ISA telah "confirm" di mansuhkan di Parlimen, namin baki 40 orang ini terus di kekalkan di kurung tanpa bicara di kem Kamunting. Alasannya ialah, Menteri Dalam Negeri dah terlanjur tandatangani kontrak penahanan tu selama dua tahun......walaupun akta tu dah tak de...orang yang di tahan di bawah akta tersebut...terpaksa terus di tahan sampai cukup 2 tahun yang tertulis di surat penahanan masing-masing...

Hmmmm.....begitu rendah nilai kebebasan dan harga diri semua 40 tahanan tersebut.... ikut suka tokey KDN jer nak bebaskan atau nak penjarakan mereka-mereka tu......para hakim dan mahkamah pun tak boleh nak kata apa....begitulah "power" nya kuasa eksekutif di M'sia ni...


Dan bila Hari Raya menjelang.....tetiba jer nilai harga tahanan ISA naik mendadak.....mereka dibebaskan 2 hari sebelum perayan terbesar di M'sia!!! Mesti ramai raaakyat M'sia kata...."baik dan bertimbang rasa sungguh lah Menteri Dalam Negeri ya........"

Hanya 12 dari 40 yang dibebaskan....yang lain macam mana ek?

Read More !

"Bila Abi nak pulang...?"

| | 0 ulasan

"Anak-anak asyik bertanya, bila Abi (bapa) mereka mahu pulang....saya pun tak tahu nak jawab apa...." itulah bunyi sms Puan Nor di awal subuh 25 Ramadhan ini. Sms yang saya baca ketika jam 4 pagi tadi membuatkan mata saya yang awalnya rasa kelat, terus jadi segar dan cerah kerana rasa marah dengan keadaan yang menimpa mereka. Secara otomatik saya teringat terhadap soalan yang sama pernah ditanya oleh anak saya tentang ayahnya.


"Umi, Suhaib tak suka dengar lagu raya..." segera dia mencapai remote dan menutup tv.Anak saya juga tak suka melihat pelbagai iklan hari lebaran itu.

Ketika di ajak membeli belah persiapan raya, Suhaib hanya menumpukan perhatian pada beberapa jenis alat permainan yang di jual di pasaraya tersebut dan biasanya akan segera mengajak pulang kerumah.

Saya tidak pernah menyangka, perkara yang berlaku pada keluarga saya dulu, kini turut berlaku terhadap keluarga orang lain. Puan Nor yang mempunyai 5 orang anak berusia antara 8 bulan hingga 10 tahun pastinya lebih perit lagi merasainya. Anak-anak biasanya tidak memahami apa-apa justeru mereka asyik bertanya dimanakah bapa mereka. Namun, isteri atau ibu lah yang lebih derita ketika menghadapi saat-saat seperti ini.

Sebagai tanda sokongan kita , rakyat perihatin...marilah kita sumbangkan sedikit bantuan kemanusiaan pada Puan Nor dan juga keluarga ISA lain agar dapat menghilangkan sedikit duka dihati mereka menjelang Aidilfitri yang akan menjelang beberapa hari lagi.
Akaun May Bank 162209939776 di bangunkan khas untuk membantu mereka yang sedang dalam kesusahan akibat dizalimi ISA.Moga Aallah ganti segala bantuan dengan syurgaNya yang abadi.

Read More !

Cikgu Razak dalam kenangan.

| | 0 ulasan

"Ni kat Banting, cikgu Razak meninggal dunia pagi tadi..." sayup kedengaran suarah abah Suhaib di hujung telefon.

"Inna lillahi wainna ilaihi rojiuuun..." segera berita duka itu ku kongsikan kepada beberapa orang teman-teman di GMI.
Sebaik saja tiba di rumah, aku terus menggeledah fail dan album gambar lama.... sekadar ingin mengimbas kembali wajah sebenar bekas tahanan ISA Abd Razak Baharuddin yang baru meninggal dunia pagi tadi...namun hampa akhirnya kerana tiada sekeping gambar pun yang tinggal untuk dijadikan tatapan bersama.....

Allahyarham cikgu Razak ditahan di bawah ISA pada Disember 2001. Ketika itu, beliau adalah seorang guru besar di sebuah sekolah di daerah Banting. Tuduhan sebagai tahanan ISA "Jemaah Islamiyyah" atau "JI" ketika itu memang terlalu pahit untuk di telan. Walaupun pada sikap dan wajahnya , beliau adalah seorang yang sentiasa menitik beratkan amalan Islam dan amat di senangi oleh penduduk setempat, namun tuduhan ahli "JI" @ "pengganas Islam" yang di sebarkan oleh akhbar akhbar arus perdana ketika itu, telah meranap dan menghancurkan terus imej soleh yang ada pada arwah Cikgu Razak....

Arwah di bebaskan pada tahun 2004 kerana sakit kencing manis, darah tinggi dan gout yang di deritainya. Namun, sebelum itu, beliau sempat mengambil Habeas Corpus pada 2003 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ...namun, permohonan pembebasan itu telah di tolak oleh mahkamah.

Abah Suhaib adalah antara orang yang amat terkesan dengan pemergian Cikgu Razak.Mana tidaknya.... Sepanjang hampir 3 tahun mereka menghuni blok yang sama di Kem kamunting, Cikgu Razak adalah individu yang amat di senangi oleh semua tahanan ISA ketika itu kerana kerajinannya menyantuni teman tahanan yang lain, terutama dalam membimbing mereka membaca dan menyemak bacaan Al Quran.

Cikgu Razak ketika menjadi tahanan ISA dan selepas di bebaskan, tidak pernah sekali pun di dakwa kesalahannaya di mana-mana mahkamah. Namun arwah terpaksa akur menjalani kehidupan dengan maruah yang tercalar dan kehilangan pendapatan tetap serta pencen dari tugasnya sebagai seorang guru.Kematian beliau telah menoktahkan penderitaan dan penyiksaan di hadapi , berpunca dari kezaliman ISA.

Moga Allah ampuni segala dosa beliau dan di kumpulkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh...serta digantikan segala kesusahan sewaktu dizalimi ISA dengan sesuatu yang lebih baik di alam barunya kini dan akhirat sana.

Al Faatihah.....

Read More !

ISA - Penyeksaan yang sempurna.

| | 0 ulasan

Read More !

GMI akan lancar Kad Ucapan untuk tahanan ISA.

| | 0 ulasan

GMI lancar kempen Kad Ucapan untuk tahanan ISA
6:39AM Jul 18 2012
Bagi meneruskan momentum gerakan memperjuangkan pembebasan kesemua tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan melancarkan satu lagi kempen yang dinamakan sebagai Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA mulai 19 Julai ini sehingga 25 Ogos 2012.

Menurutnya, kempen yang dijalankan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan itu akan memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan kepada tahanan melalui kiriman kad ucapan.

Dalam satu kenyataan bersama, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dan Penyelaras Suaram, Syukri Razab berkata, melalui kempen itu, rakyat Malaysia boleh mengirimkan kad ucapan kepada pihak GMI dan semua kad yang diterima akan dihantar terus ke Kemta.

NONE"Kempen ini juga bertindak sebagai referendum yang bakal menunjukkan solidariti rakyat dalam menuntut keadilan ke atas semua tahanan ISA.

"Pihak GMI juga akan mengeluarkan Kad Ucapan yang akan diedarkan di program-program anjuran GMI dan juga program jemputan.

"GMI mensasarkan untuk mengumpul sebanyak 50,000 kad yang akan diserahkan terus kepada pihak Kemta," kata mereka.

Kempen tersebut akan dilancarkan pada 19 Julai bersempena dengan penganjuran forum 'ISA: Penyeksaan Yang Sempurna' yang di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Forum akan bermula pada jam 8.30 malam dan akan membicarakan mengenai trauma rakyat akibat akta zalim ISA dan isu penyeksaan terkini yang masih berlaku terhadap tahanan.

Antara panelis yang bakal membincangkan topik ini ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, penulis blog Tukar Tiub Hishamuddin Rais, isteri bekas tahanan, Norlaila Othman dan penulis blog Wan Ji Wan Hussin.

Forum itu juga bakal menampilkan keluarga tahananan ISA yang akan memberi perkongsian khas dengan hadirin.

"GMI mengharapkan kempen yang berterusan akan terus memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia, khususnya menteri dalam negeri, agar segera membebaskan tahanan.

"Segala isu yang berlaku akan selesai sekiranya kerajaan Malaysia bersikap terbuka dan bersedia untuk menunaikan tuntutan rakyat.

"GMI tidak menolak kemungkinan gelombang rakyat akan kembali berlaku seperti gelombang pertama pada 1 Ogos 2009 sewaktu rakyat berhimpun menuntut pemansuhan ISA.

"Namun segalanya bergantung kepada kesediaan pihak kerajaan untuk membuka jalan penyelesaian yang tuntas bersesuaian dengan tuntutan rakyat," tegas mereka.
Menurut mereka lagi, protes ketiga yang dijalankan pada 15 Julai lepas mempamerkan peningkatan dalam jumlah yang hadir.

"Ini menunjukkan rakyat sudah semakin terdedah mengenai isu yang sedang berlaku," tambah mereka.

Read More !

Wajah dua dari 45 tahanan ISA di Kem kamunting.

| | 0 ulasan

"Cikgu dah lama tak update blog ya...?"
" A' ah.....tak der mood lah..." dan jawapan yang kurang menarik itu meninggalkan sedikit kekesalan di hati ini.
Terima kasih Mandeep kerana memberi sedikit peringatan.... getus ku dalam hati.Namun jauh di sudutnya bersyukur gak kerana Mandeep Singh, salah seorang anak buah saya sudi menyebutnya secara "direct'......

Dan untuk kesekian kalinya...tiba-tiba rasa rindu pula nak kembali berblog..... Dan pastinya, kerinduan itu di dorong atas rasa simpati pada mereka-mereka yang masih menghuni bilik-bilik kosong yang semuanya di kunci dari luar oleh seorang warden yang taat setia pada ketuanya iaitu Sang Penguasa ISA!

Ketika adik saya, Syukri Razab begitu bersemangat membawa baton Kempen Bebaskan 45 Tahanan ISA, saya teringat beberapa keping gambar yang sempat di ambil ketika lawatan ke Sabah, awal tahun ini. Nama beliau Darto Bin Bandu, seorang tahanan ISA dari Tawau. Gambar ini saya "reshoot" dari sekeping gambar yang agak kusam kerana di pegang dan di cium setiap hari oleh anak sulung lelaki beliau yang baru berusia 3 tahun.... Ternyata kanak-kanak itu terlalu merindui bapanya yang asli dan "live".

Ini pula wajah seorang tahanan ISA yang di tahan untuk kali ke dua. Azmi Pindatun pertama kali di tahan pada tahun 2006 dan dibebaskan setahun kemudian. Beliau di tahan semula pada bulan Nov tahun 2011...dan kini masih lagi tinggal di Kem Kamunting.
Bezanya, ketika di tahanpertama kali dulu, beliau masih bujang...namun penahanankali kedua ini, beliau baru sepuluh bulan berkahwin dan isterinya sedang mengandungkan bayi sulung mereka.....

Entah apa yang di perlukan oleh si Penguasa ISA dari dua rakyat Tawau ini......hingga penguasa itu sanggup menggunakan seluruh jentera polis memastikan mereka berdua di tahan dan di bawa ke Semenanjung kemudian di perosokkan tanpa sebarang bicara di penjara Kamunting.....

Apa yang di mahukan oleh penguasa itu.....?

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]