|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 6:26 PG
|
Seminggu telah berlalu, namun ingatanku terhadap mangsa ISA di Tawau masih kuat. Perasaan marah pada penguasa ISA, sedih melihat keluarga yang tertekan dan bangga dengan sokongan moral dari PAS Tawau bercampur baur.Apa tidaknya, kedatangan kami ke Tawau dilayan bagai VVIP dari Pakatan Rakyat!!
Kedatangan GMI ke Madrasah Hidayah diberi seluruh autonomi untuk mengendalikan program ziarah keatas semua keluarga mangsa yang sedang menunggu berita pembebasan di Kem Kamunting.
Seperti biasa, Pengerusi GMI, sdr Syed Ibrahim memang "pantang" memegang mikrofon bila bercakap tentang ISA dan segala isi kandungannya. Kalau boleh setiap fakta ingin disampaikan kepada keluarga malang itu supaya mereka faham tentang kebejatan dan kedurjanan akta tersebut......Jika boleh, beliau mahu semua keluarga mangsa ISA bangun untuk mengeluarkan diri mereka dari rasa takut terhadap polis dan bercakap mengenai hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya bebas dan merdeka.....Begitulah hebatnya seorang aktivis....
Dalam rasa sebak yang teramat sangat, Sdr Ahmad(bukan nama sebenar) menceritakan bagaimana polis menggunakan sebuah helikopter dan 8 buah kereta untuk menahan adik beliau yang bekerja sebagai seorang guru KAFA di Tawau.
"Mak cik miskin, anak-anak yang tanggung belanja harian .... kami tak mampu untuk datang ke Semenanjung dan melawat "S" yang telah dibawa ke penjara(Ke Kamunting) di Perak. Apa yang mereka (kerajaan) mahu dari kami yang miskin ini? Bilakah mereka (Menteri Dalam Negeri dan polis) akan pulangkan anak bongsu makcik?"
p/s: Jazaakillah pada lady driver kami...Cik Ogy dan Pn Has....
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 6:28 PG
|
Lebih seratus aktivis PAS yang kebetulan sedang menghadiri program Ijtimak Pilihanraya , nampaknya tidak berganjak dari kerusi masing-masing.Usai program mereka, kelihatan semua peserta tetap melekat di kerusi masing-masing .
Kami bertiga..aku, Syed dan Nalini di bawa ke hadapan pentas langsung duduk di barisan VIP."Do I have to sit infront of these ustazs? Ohhh no!!!...." aku menjerit dalam hati..
Ahh!!!! malunya, setelah lebih tiga tahun tidak menjalani protokol tersebut, aku terasa amat tidak selesa..."Let it be....for the sake of anti-ISA campaign...Laila, make yourself comfortable.." ku buang perasaan negatif itu jauh-jauh...

Ternyata aktivis PAS di Tawau berbeza dengan mereka di K.K atau Sandakan yang pernah ku lawati beberapa tahun yang lepas...Riak wajah masing-masing kelihatannya seperti agak up-to-date dengan kempen anti-ISA yang pernah kami buat sebelum ini dan ketibaan kami bertiga di dewan Madrasah pada petang itu rupanya memang amat di tunggu-tunggu oleh mereka....

"Semasa saya ditahan di bawah ISA dulu, masa tu belum ada GMI yang datang membela kami yang ditahan pada waktu itu" kata YDP PAS Tawau, lebih mesra dikalangan masayarakat setempat dengan panggilan "Bang Mat", yang mengaku beliau juga pernah ditahan dibawah ISA pada tahun 1974!Kami semua terkedu dengan pengakuan tersebut.
Ohhhhh!!!! Patutlah beliau menjadi orang pertama menghubungi Nalini di SUARAM ketika 13 rakyat Tawau di tahan di bawah ISA Nov 2011 kerana beliau memahami bagaimanakah perasaan semua 13 tahanan tersebut ketika berada dalam tanggungan polis!!!

Ya...siapa sangka, di satu daerah yang begitu asing, rupanya ada aktivis yang juga pernah menjadi mangsa ISA!!! Itulah rahmat dari Allah buat 13 tahanan yang telah ditahan itu.(Kini tinggal sebelas kerana dua telah dibebaskan Disember lepas).
Ketika ku melihat-wajah-wajah keluarga mangsa ISA yang terdiri dari ibu, adek, abang dan kakak, kelihatan wajah mereka tidaklah "stress" sangat sepertimana mangsa ISA yang pernah ku temui di Sandakan beberapa tahun lepas.....Wajah mereka kelihatan agak tenang...mungkin inilah hasilnya bila keluarga mangsa mendapat sedikit pembelaan dan sokongan dari aktivis yang perihatin dengan ujian yang sedang menimpa mereka....
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 7:49 PG
|
Pada pertengahan November 2011, kami aktivis GMI dikejutkan dengan penahanan terbaru 13 lelaki Muslim dari Tawau. (ada kisah mereka datang ke Parlimen di blog ini)
Hati ku tertanya-tanya...kenapa Penguasa ISA pilih mangsa yang tinggal di Tawau?Macam mana rupa Tawau? Selama menjadi aktiivis GMI, aku pernah ke K.K dan beberapa kali datang ke Sandakan, namun belum pernah ke Tawau....

Penerbangan selama 2 jam 55 minit dari LCCT ke Tawau, agak meletihkan, namun sebaik saja menjejakkan kaki di bumi "tandok Sabah" ini, sapaan dingin angin Tawau yang lembut, menghilangkan segala lelah dan keresahan yang menyelubungi perasaanku....Bukan aku seorang , rupanya bos GMI, Syed Ibrahim dan sekretari kami, Nalini mengakui, ini adalah kali pertama mereka ke sini ....he he he...

Sebelum tiba di pekan Tawau, aku sering membayangkan bahawa tempat ini hanyalah sebuah pekan koboi kecil dan agak bercelaru susunannya.....(maaf ya orang Tawau)...Tapi, sebaik saja aktivis PAS mengambil dari lapangan terbang dan kemudiannya menurunkan kami dihadapan hotel De Choice...segala perasangka itu berubah...
Wahhhhh!!! di sini bandarnya tersusun dan ada banyak bangunan tinggi....jauh lebih tinggi dari bangunan di Geneva, Switzerland yang pernah ku lawati 3 tahun yang lalu...hmmm.....
Aku masih tertanya-taanya....kenapa polis begitu nekad menahan rakyat Tawau?

Ahhhh...tak perlu memikirkan sangat, menikmati hidangan laut yang fresh dan lazat mungkin akan memberi jawapan yang lebih baik lagi......
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 8:29 PTG
|
Lampu merah menyala di hadapan Simpang Tiga Greenwood, aku memberhentikan kereta dan ketika menoleh kekiri,terpandang poster di atas....cepat-cepat ku ambil kamera dan segera abadikan gambar ini........
Sebelum ini, ada beberapa orang penyokong kempen anti-ISA yang melihat poster SELAMATKAN ISA,MANSUHKAN ISA di Pelabuhan Klang dan Seri Kembangan......gembira betul mereka sms kan apa yang dilihat kepada saya....
ISA belum di mansuhkan ...nampaknya poster ini masih lagi relevan.....
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 10:23 PG
|
"Biarlah Mak cik yang ditahan polis ISA tu...' ujar wanita yang ku pnggil "mak cik" tu.
"Kesihan pada anak Mak cik....macam mana lah keadaannya dalam lokap polis tu...." ujar beliau dalam suara yang tersekat-sekat....
Aku membawa mak cik N membeli sedikit makanan ringan sebagai jajan untuk diberikan kepada anak beliau yang sedang di kurung di salah satu lokap di Kuala Lumpur.Ketika Mak cik N memegang sepeket biskut Marie, ku perhatikan beliau menangis sambil memeluk erat plastik biskut itu.
"Kenapa mak cik...?" aku rasa menyesal pula bertanya soalan yang tak cerdik itu.
"Biskut ni makanan kegemaran dia.........." ujar wanita ibu mangsa terbaru ISA dalam esak tangis yang tak dapat ditahan lagi.
Malang sungguh nasib mereka. Di tahan di Tawau, kemudian dibawa ke Kuala lumpur dengan alasan siasatan perlu dilanjutkan.Segalanya dilakukan semata-mata untuk memenuhi impian rakus penguasa ISA yang ingin membuktikan bahawa mereka yang ditahan adalah benar-benar militan yang amat bahaya!!!
Kiranya benar mereka ni merbahaya, kenapa tidak di bicarakan saja dimahkamah dan terus
dijatuhi dengan balasan yang setimpal dengan kejahatan yang benar-benar mereka lakukan?
p/s: Gambar mak cik tersebut tidak dapat disiarkan kerana beliau telah lawati SB sebaik saja tiba di kampungnya di Tawau.......
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 5:31 PG
|
"Awak kenal tak seorang perempuan ni....namanya Norlaila...." kata seorang anggota polis Cawangan Khas berpangkat pegawai kepada salah seorang ahli keluarga tahanan ISA yang baru ditahan di Sabah, dua minggu yang lalu.
"Norlaila? Saya tak kenal Tuan...." ujar Puan J, kakak kepada tahanan tersebut yang telah dibawa dari Tawau ke Kuala Lumpur.
Puan J memang benar.Beliau tidak pernah bertemu dengan saya.Lantas, dalam keadaan terperanjat, terus bertanya, kenapa nama "Norlaila" itu begitu penting kepada polis itu.
" Norlaila tu musuh ISA..." ujarnya dengan tegas.
Puan J dan tiga lagi wanita adalah ahli keluarga tahanan terbaru ISA yang telah telah dibawa oleh GMI ke Semenanjung dengan tujuan untuk menziarahi serta mengetahui keadaan kesihatan ahli keluarga mereka yang sedang dikurung beberapa pusat tahanan polis di Kuala Lumpur.

PAS, salah satu dari 82 anggota gabungan GMI telah berusaha menjejaki keluarga mereka yang sedang di zalimi ini.Dalam satu sidang akhbar di Dewan Parlimen pada 24 Nov lepas, YB Salehudin serta semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak supaya mereka semua 13 orang yang ditahan, segera dibebaskan atau dakwa mereka dimahkamah.
Secara konsistennya, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim sentiasa mengingatkan supaya semua tahanan mesti diberi hak bertemu peguam dan pembelaan yang sewajarnya melalui proses mahkamah.Beliau turut mempersoal, dimanakah janji PM Najib yang ingin memansuhkan akta tahan tanpa bicara itu , yang sangat jelas zalim serta mencabul hak asasi mangsanya.
p/s: polis kata aku (Norlaila) musuh ISA.itu satu komplimen!!!Maknanya jelas aku tidak bersekongkol dengan undang-undang zalim itu.
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 6:22 PG
|
"Lebih 10 militant Islam ditahan dibawah ISA..."
Saya dan kawan-kawan aktivis GMI telah mendapat berita penahanan ni beberapa hari lebih awal dari pengumuman yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara, kelmarin.
Berita penahanan itu telah keluar lebih awal di media alternatif FMT....agaknya, sebab tu lah KPN terpaksa buat pengumuman di media arus perdana...
Saya masih dalam keadaan terkejut kerana amat sukar dipercayai....dalam jangkamasa dimana rakyat Malaysia sedang menunggu proses dan langkah pemansuhannya,tiba-tiba akta tahan tanpa bicara ini rupanya masih digunakan lagi......
Apa erti semua ni????
Mana janji PM untuk mansuhkan ISA?
Adakah PM berbohong lagi?
Apakah nasib smua mangsa terbaru ISA tu? dimanakah mereka semua sekarang? Bagaimana dengan keselamatan mereka?
to be continued......
p/s:kami dalam proses menjejaki semua keluarga mangsa terbaru ISA.