Kenangan perbicaraan Himpunan Mansuh 2010-2011

| | 0 ulasan

Semua 29 OKT kurang berpuas hati dengan tindakan saksi yang tidak bercakap benar ketika memberi keterangn mereka.
OKT wanita sentiasa hadir untuk mendengar keterangan saksi yang amat jelas telah mereka-reka cerita mengenai penahanan terhadap kami berlima.Ketua barisan peguam bela, Sdr Zamri dari JUHAM tersenyum lebar mendengar komen-komen OKT yang tidak berpuashati dengan sikap Pn Hakim.
YB Tian Chua turut hadir di mahkamah untuk memberi sokongan pada semua 29 OKT MANSUH.
Kehadiran DS Wan Azizah amat di tunggu-tunggu oleh semua yang hadir di mahkamah.
Hidup dalam penantian.....sentiasa sabar menenti kehadiran Pn Hakim untuk mendengar perbicaraan.


Lawan tetap lawan!!!!

Read More !

ISA belum mansuh.......

| | 0 ulasan

Jumaat 21 Oktober telah di tanda oleh peguam dan orang kena tahan (OKT) Himpunan MANSUH ISA sebagai hari keputusan untuk bicara Kes Mansuh yang telah memakan masa selama satu tahun,sembilan bulan dan 21 hari, melibatkan 29 tahanan, sembilan peguam , lima pendakwaraya,sebelas saksi dan dua orang hakim.
Siapa sangka, dalam puluhan ribu demonstran yang menyertai himpunan tersebut, yang melibatkan lebih enam ratus tangkapan, akhirnya......29 orang telah benar-benar dibawa ke muka pengadilan. Sejak awal penahanan lagi, telah dirasakan bahawa kami telah di perlakukan secara tidak adil oleh polis kerana kami semua di tahan , sebelum berlakunya demo anti-ISA!!!Lebih tepat lagi, kami tidak langsung berada di lokasi atau pun menyertai himpunan anti-ISA kerana ketika itu telah diangkut oleh Black Maria polis ke sebuah pusat tahanan khas di Cheras.
Sepanjang tempoh perbicaraan,berdasarkan keterangan saksi yang tidak konsisten, berdolak-dalik, sering lupa fakta serta diselang seli dengan pembohongan...... para peguam yang mewakili kami amat yakin ,kami akan terlepas dari semua pertuduhan dibawah akta jenayah dan akta polis .....namun, sepertimana yang kami duga, untuk isu himpunan yang melibatkan akta kesayangan pemerintah ini....kami akhirnya terpaksa akur dengan akta polis yang memerlukan kami dibicarakan semula dan membela diri di kandang pesalah...."Macam ada satu kuasa dari langit yang menafikan pembebasan kesemua OKT.." kata salah seorang dari penyokong yang hadir di mahkamah .


Kini, dari 29 tahanan Himpunan Mansuh ISA, 13 telah dibebaskan manakala bakinya, kami seramai 16 orang ini akan meneruskan proses membela diri.

Alhamdulillah dan tahniah kepada adik-adik dari Unit Amal PAS yang telah bebas.......kami pula kan terus lawan dan tetap melawan hingga akta zalim ini benar-benar dimansuhkan ...

Read More !

Benarkah ISA MANSUH?

| | 0 ulasan

Sejak jam 10 malam hinggalah kini, tiba-tiba hp ku terlalu sibuk dengan sms dan panggilan dari teman-teman dan wartawan.

"PM dalam ucapannya kata ISA MANSUH...." sms dari E.Lutfi Othman, dari HARAKAH.

Aku ketika itu duduk tersandar didalam kereta, dalam perjalanan dari rumah kami di pinggir Gombak ke Kg Pandan Dalam. "Nak kata apa ya? Al Hamdulillah , yahuuuu atau .....betul ke?" aku bertanya pada suami, Mat Sah, bekas tahanan 7 tahun ISA yang sedang memegang stereng kereta dengan kemas.

Suami hanya diam.Tiada sebarang respon dari nya.Dua-dua membisu untuk seketika.

Aku teringat kawan-kawan yang menjadi mangsa ISA.Bukan sekejap duduk dalam tahanan. Ada yang ditahan cuma 3 minggu , 2 bulan, 1 tahun, 3 tahun dan ada yang lebih 7 tahun....Kamu semua telah merasai jerit perih kehidupan bila dipisahkan dari suami oleh ISA.

Jika ISA sudah MANSUH, maknanya tiada orang yang akan ditahan dibawah akta ini. Tapi adakah betul2 PM akan hentikan penggunaan ISA ni?Aki khuatir, PM je yang kata mansuh,tapi juak-juak ,polis2 dan SB-SB nya masih lagi bertugas menahan tanpa bicara mangsa-mangsanya...?

Bagaimana pula dengan nasib mermeka yang masih ditahan? Adakah mereka akan dibicarakan? Siapa pula yang akan membayar wang guaman mereka?

Dan....aku terus teringat pada nasib2 mangsa ISA. Rasanya, dari zaman Tun Madey, Tun Pak Lah hingga le ke PM Najiv, tiada seorang pun yang pernah minta maaf dan benar-benar ingin membersihkan nama mangsa ISA yang telah dituduh dan difitnah dengan teruk oleh Menteri Dalam Negeri dan juak-juaknya......

Siapa yang patut disalahkan dengan perceraian bekas tahanan ISA Samsudin Sulaiman, Nasir Anuwarul,Zaini , Idris dan beberapa orang lagi. Bagaimana dengan nasib beberapa orang remaja yang mengalami sindrom Skizofrenia kerana disebabkan ketiadaan bapa ketika mereka sedang membesar?Bagaimana dengan nasib perniagaan tahanan ISA M.Sha yang muflis bernilai lebih 10 juta?Siapa yang nak ganti tu?Bagaimana pula dengan puluhan bekas tahanan ISA kehilangan pekerjaan masing-masing dan masih menganggur walaupun telah dibebaskan lebih 3 tahun yang lalu?

Dan yang paling penting, bagaimana hendak membersihkan nama baik semua bekas tahanan ISA?

Read More !

Masih ada peluang lagi ......

| | 0 ulasan

Pagi tadi aku dan suami ke Pasar Tani tidak jauh dari rumah kami....

Baru beli beberapa helai daun kunyit,setongkol kecil lengkuas, secekup cili padi, 9 batang serai, secekak daun pudina, setongkol kecil halia bara, 7 cili besar ,dua keping tempe,2 peket kerisek......harganya dah lebih RM20 ringgit....Dua kilo daging bahagian peha harganya RM50.00......mak aiii....macam tak de nilai je dua keping RM50 yang ku bawa.....

"Mahal nya barang2 di Pasar Tani ni..." keluh ku sendirian....Aku yang cuma ada seorang anak, pun amat merasai dengankenaikan harga barang...bagaimana dengan keluarga bekas tahanan ISA lain yang beranak ramai? bagaimanakh agaknya mereka dapat duit dan berbelanja....pening kepalaku memikirkan...

Kemudian aku terfikir...ah..mesti Allah akan bantu mereka....

Ya ..memang mudah untuk syak yang baik sedemikian...namun Allah dah jelas menyebut bahawa orang yang Allah beri rezki wang lebih, dalam pendapatannya itu ada bahgian untuk mereka yang hanya mendapat bahagian wang yang sedikit...sebab itu sepatutnya ada baitulmal dan pusat zakat untuk membantu mereka yang susah...

Tapi .....memandangkan fungsi Baitul mal dan Pusat Zakat tidak menyebutkan mangsa ISA sebagai asnaf yang wajar di bantu......apa yang boleh mereka lakukan?

DI PENGHUJUNG RAMADHAN INI....MOGA ALLAH BERI SETINGGI-TINGGI GANJARAN KEPADA MEREKA YANG SUDI MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA DAN BEKAS TAHANAN ISA. BANTULAH MEREKA UNTUK MEMULAKAN PENGHIDUPAN SEBAGAIMANA INSAN YANG LAIN.......MOGA SEGALA BANTUAN ITU ALLAH GANTI DENGAN SYURGA....

Read More !

Sumbangan anda amat bermakna buat mereka.....

| | 0 ulasan

Beberapa hari yang lepas.........
"Laila... Ina ni. Maafkan Ina kerana mengganggu Laila..... Ina rasa berat nak cakap,tapi terpaksa juga bagitahu.Ina nak tanya, ada tak duit Raya untuk kami?" suara di telefon ku kedengaran terputus-putus. Aku cuba "return call"beberapa minit kemudiannya, tapi rupanya itu bukan telefon dia.Mungkin di pinjam dari jiran.Itu adalah panggilan dari Perak.

"Kak Laila,tiada bantuan tuk kami raya ni?ekonomi belum setabil kak...anak-anak semua belum ada baju raya...dapat sikit pun jadilah..harap dapat bantu ya kak...." itu dari Sandakan.

"Puan, bekas tahann ISA lain dapat bantuan dari polis Bukit Aman RM500 seorang...tapi saya tak dapat...Suami saya baru saja dibebaskan bulan lepas, belum ada kerja lagi ...Saya harap Puan bantu saya ya.." jelas sungguh sms dari Johor itu.

Aku cuba membuat satu senarai keperluan mereka yang menghantar sms mohon bantuan itu......
Semalam.........

Nampaknya bilangan sms yang mohon bantuan makin bertambah....Aku dan seorang teman-Ummu Asiah, segera membuat satu senarai ringkas berdasarkan jumlah kutipan yang kami ada. Dan akhirnya...kami dapat membuat satu senarai seperti dibawah....

Kategori 1.

Tahanan ISA akan dapat RM 500 seorang. (ada 6 tahanan)

Kategori 2.
Tahanan RO (dah bebas dari Kemunting tapi terpaksa mengikut peraturan polis) RM4oo seorang.

Kategori 3.
Tahanan yang sudah beberapa tahun bebas, tapi baru ingin bermula untuk mensetabilkan pendapatan masing-masing. Bilangan ni ramai kerana anak-anak semuanya sedang membesar...
Bantuan antara RM200 -RM400.

Alhamdulillah.Seramai 18 orang sudah dibantu. Ada sepuluh orang lagi......

Sekiranya ada sebuah syarikat Takaful yang boleh membuat coverage untuk bakal mangsa ISA, sememangnya saya akan mencadangkan supaya rakyat M;sia mengambil Takaful perlindungan untuk tujuan itu.Kerana ,mangsa ISA juga mengalami kerugian yang tidak kurang dari mangsa bencana alam dan penyakit kronik....

Sudah terbukti, ramai mangsa ISA kehilangan pekerjaan , harta dan juga ahli keluarga tersayang......

Read More !

Aidil fitri yang suram buat mereka...

| | 0 ulasan

Setiap hari, media kerajaan melaporkan pelbagai bantuan untuk golongan yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin,OKU, ibu tunggal dan sebagainya......namun tiada siapa yang hirau nasib yang menimpa wanita-wanita yang masih menjadi mangsa ISA.
"Aidilfitri menjengukkan wajahnya kembali....namun hanya surat -surat ini sahaja yang menemani saya...." ujar Niza dengan nada sedih."Saya tak buat sebarang persiapan pun, akan menyambutnya secara ala kadar saja.Duit gaji sekadar cukup untuk sewa rumah ,makan dan selebihnya perbelanjaan untuk melawat suami ke Taiping" tambahnya lagi.
Su dan Niza adalah antara beberapa wanita yang suami mereka masih ditahan tanpa sebarang bicara oleh akta ISA. Mungkin ramai menyangka tiada lagi mangsa akta zalim tahan tanpa bicara itu namun pada hakikatnya.....dalam diam-diam...akta tersebut masih lagi mengganas dalam senyap...
"Kak, terimakasih banyak2 kerana belanja buka puasa dan beri duit raya....seronok sanagt rasanya.Lupa sebentar masaalah yang kami sedang hadapi sekaran...." itu sms yang dihantar oleh Su.

"Semua tu sebahagian dari sumbangan dari orang ramai kepada kami di Gerakan Mansuhkan ISA.Doakan lah mereka yang menyumbang tu di beri ganjaran terbaik oleh Allah SWT" jawab ku padanya.

Sudah menjadi tradisi, mangsa ISA sukar mendapat bantuan mahupun pembelaan dari pihak berkuasa yang menguasai pusat zakat dan sebagainya.Namun, Allah maha kaya. Selama ini, mereka -mangsa ISA berjaya meneruskan kehidupan dengan bantuan dan kasih sayang dari orang ramai....

Read More !

Siapakah yang simpati pada mereka?

| | 0 ulasan

" Macik Laila, kami minta bantuan sedikit untuk membeli ubat buat ayah yang masih tinggal dipenjara..."demikian sms dari N, yang baru berusia 17 tahun tinggal di kawasan seinggan di Sandakan ,Sabah.

Aku tersentak dengan permintaan itu.INGIN SAJA AKU BUAT TAK TAHU dengan permintaan tersebut, namun pengalaman lampau sebagai mangsa ISA, mengubah segalanya.Susah nak digambarkan bagaimanakah rasanya jika tidak punya wang untuk membeli barabg yang sepenting itu....

N, adalah anak sulung dari 8 orang adik beradik,semua sedang membesar...N dan adik perempuann dan adiknya, sudah boleh bekrja mengutip telur di ladang ayam dengan gaji RM1.50 untuk 100bj....tetapi pendapatan itu masih terlalu jauh dari mencukupi untuk membantu ibu mereka yang mengambil upah dirumah orang....

Dan untuk kesekian kalinya, kami di GMI lah yang menjadi sasaran untuk membantu merengankan beban kehidupan mereka sekeluarga....

Di Ramadan hari ke 21 ini, saya mohon dari anda di luar sana agar sudi menghulurkan sedikit sumbangan untuk di sampaikan kepada mereka dan mengsa ISA yang lain untuk merasai kegembiraan di Aidilfitri,

Sumbangan boleh disampaikan melaui no akaun Bendahari GMI yang tertera di blog ini.Moga subangan anda akan menjadi peneman di akhirat kelak.......

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]