Liwat dan ISA kesayangan UMNO?

| | 0 ulasan

Hari ini hari kedua kes Himpunan MANSUH ISA dijalankan.Semua OKT telah berkumpul seawal jam 8.30 pagi lagi, walaupun Tuan yang berkuasa di Mahkamah itu kata perbicaraan akan dimulakan jam 9 pagi.Seperti yang telah diduga, jika semalam kes lewat hampir sejam setengah, hari ini lewat hampir 20minit.Nampaknya orang berkuasa itu masih menggunakan "Malaysian time"....
Ada dua orang wartawan dari media berbahasa Cina.Mereka kelihatan tertarik melihat keadaan OKT yang muda-muda serta kelihatan amat ceria.Tiada langsung riak sedih atau gusar diwajah-wajah tenang mereka. Kami dijemput bergambar diluar Mahkamah. Kami semua memang suka bergambar...ambil saja lah....Lupa seketika kisah seorang penguasa Mahkamah yang sombong, garang, celupar dan "kekwat" kata orang utara...Ramai juga OKT muda yang agak terkilan "kami tak sempat nak bergambar dengan Nurul Izzah semalam....tiba-tiba je hakim suruh dia keluar" kata J dari Melaka.

Mahkamah bermula dan saksi kedua dipanggil. Beliau seorang jurufoto pasukan polis. Ketika disoal oleh pendakwaraya, jurufoto berpangkat koperal itu ternyata tidak tahu menahu kenapa beliau diarahkan menangkap gambar2 orang ramai pada 1 Ogos. Hampir 90peratus soalan dijawab dengan perkataan "tak pasti dan tak tahu". Perbicaraan terasa hambar kerana hanya saksi danpeguam saja yang dapat melihat gambar yang di "tangkap' oleh jurufoto itu.
"tak boleh ke Mahkamah sediakan satu skrin besar dengan projektor dan LCD, kan senang jika gambar2 tu di "scan" dan pancarkan terus, semua orang boleh lihat dengan jelas...tak perlu lah peguam dan jurufoto mengecilkan mata untuk melihat gambar2 tersebut" ujar "K" salah seorang OKT, seorang anak muda dari Perak.Kami semua perasan hakim tersenyum melihat jurufoto terpaksa meminjam cerminmata pengawal mahkamah (beliau lupa membawa spek rabun dekat) semata-mata untuk menerangkan gambar-gambar yang telah diambil pada 1 Ogos.
Mahkamah "stand-down" lagi untuk beberapa minit.Ramai yang keluar kebilik air. Semua OKT tergesa-gesa masuk dan duduk di kandang pesalah, namun bila dimaklumkan oleh pengawal mahkamah bahawa "hakim tiada dan tidak diketahui berada di mana" semua sebok bersembang.Semua OKT terperanjat melihat seorang OKT glamer masuk ke ruang mahkamah.Mereka semuanya tersenyum riang sambil bersalam dengan OKT tersebut iaitu DS Anwar dan DS Wan Azizah.Memandangkan Kes Liwat juga masih berjalan hari ini, mereka berdua mengambil kesempatan menziarahi kami , OKT Himpunan Mansuh ISA.
"Hows your son? Dia periksa hari ni kan?" tanya Kak Wan (DSWA) kepadaku. Pastinya kak Wan sekeluarga tetap ingat kepada aku dan Suhaib kerana kami sama-sama pernah menjadi mangsa ISA bertahun-tahun lamanya.

Sekali lagi, kami keluar dari mahkamah untuk mengambil gambar bersama OKT glamer( DSAI) dan DSWA.Pengalaman OKT melihat YB Nurul Izzah di herdik dan di "halau" keluar dari mahkamah semalam menyebabkan OKT agak "stress'',namun hari ini semua mereka kelihatan amat bersemangat dan gembira kerana dilawati wartawan media Cina ,TV PAS serta DSAI.Sebaik saja rombongan DSAI meninggalkan kami, rombongan Ketua Muslimat PAS, Ust Nuridah bersama Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ust Mohd Noor, pula menunjukkan wajah. Kami semua turut di belanja makan tengahari oleh rombongan tersebut....Alhamdulillah...
Bagi semua OKT lelaki, kesemua mereka masih muda dan kurang arif tentang sepak terajang ISA. Mereka tidak berapa faham, kenapa kerajaan terlalu menjaga ISA? Apa salahnya mereka memakai baju ada lambang ISA? Apa salahnya mereka menyatakan secara terang-terangan bahawa ISA memang menzalimi mangsanya? Kenapa mereka ditahan walaupun tidak berada lokasi perhimpunan?
Namun bagi kami OKT wanita berlima ini, keterangan saksi ke tiga, iaitu seorang anggota polis wanita berpangkat tinggi, amat menyesakkan dada kerana seperti pepatah "sudah terang lagi bersuloh" , keterangan beliau sebagai saksi, kelihatannya seperti sebuah skrip yang diolah begitu tepat dan benar....walaupun terlalu banyak fakta yang salah serta direka-reka. Contohnya, menjawab salah satu soalan pendakwa ,saksi itu berkata "kami memperkenalkan nama kepada mereka sebelum meminta Kad Pengenalan.."(Fakta sebenar: polis terutamanya dari CawanganKhas tidak pernah memperkenalkan diri mereka sebelum menahan orang ramai di mana-mana perhimpunan/demo, bahkan kebanyakan mereka hanya berpakaian biasa ketika bertugas).
Kami berlima mempunyai "instinct" yang sama bahawa pihak berkuasa memang terlalu "ingin" menahan dan membawa kami ke mahkamah. 24 orang OKT muda yang turut didakwa itu hanyalah sebagai "nasi tambah" dan memberi justifikasi bahawa polis telah melakukan tindakan yang betul.. Kesihan mereka.....
Kehadiran DSAI tadi memberi satu gambaran bahawa pejuang keadilan yang berpangkat tinggi seperti beliau, terpaksa berdepan dengan kes Liwat yang tiada kesudahan. Manakala bagi rakyat marhaen seperti kami pula, perjuangan ini terpaksa berhadapan dengan fakta putar belit yang juga sukar untuk diduga bila akan tamat. Malahan ada yang berkata "liwat dan ISA ni kesayangan kerajaan UMNO ke?".....
Perbicaraan disambung esok...


Read More !

Senyum pun salah?

| | 2 ulasan


"Kak, saya call banyak kali, nape tak angkat?" bisik Nurul Izzah Anwar , Ahli Parlimen Lembah Pantai di sebelah kiriku.Kami bersalaman sambil berbisik-bisik bertanya khabar.Nurul datang kerana memberi sokongan moral pada ayah beliau, DS Anwar.Kes bicara DS Anwar kebetulan sama hari dengan kes Himpunan MANSUH kami. Nurul singgah kejap di bilik Mahkamah kami untuk memberi sokongan moral pada semua 29 OKT yang akan dibicarakan hari ni.
Lagu keroncong mula berdendang kerana aku tidak sempat bersarapan.Sejuk air-cond mahkamah menambah kesengsaraan perutku. Sebelum ini kami telah di "warning', supaya tidak lewat....tapi tak tau apa malangnya hari ini, Pn Hakim yang sepatutnya tiba jam 8.30, hanya sampai pada jam 10.20am.Selepas memanggil semua nama, mahkamah berhenti sebentar.Hakim kata "stand-down" dua minit je,tapi dah lebih 15 minit, belum nampak bayang lagi.Aku ,Nashita, Kak Sal, Aiman dan Nurul Izzah berbual disulami ketawa dalam nada suara yang paling rendah....
Tiba-tiba Hakim masuk,semua bangun dan kemudian duduk semula.Kes mula dibicarakan.
Saksi dipanggil untuk menjawab soalan-soalan pendakwaraya dan peguambela. Ada beberapa fakta yang disebutkan oleh saksi agak lucu ditelingaku.
Contoh 1: Pendakwa menyoal, "apa yang ditaklimatkan pada kamu di tarikh 1 Ogos 2009?".
Saksi ,seorang pegawai tinggi polis berpangkat DSP menjawab," pada 1 Ogos kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA akan mengadakan perarakan untuk serah memo pada SBP Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.Mereka akan berpakaian hitam bertulis Mansuh ISA".
Contoh 2: Peguambela bertanya, "setujukah anda bahawa himpunan itu sepatutnya diadakan pada jam 2 petang?"Saksi yang sama menjawab dengan nada kurang pasti " er... tak pasti tapi di beritahu himpunan diadakan pada jam 9 pagi"...
Fakta yang disebut saksi tu tidak tepat. Itu yang membuat aku tersenyum.
Dari kerusi orang kena tuduh(OKT) ku lihat pendakwaraya menggaru-garu telinga kanannya beberapa kali..."Apa petandanya orang yang garu telinga ek?" bisikku pada Aiman disebelah kiriku.Nurul yang duduk dibelakang kami menghulurkan kepalanya dekat bahuku " itu tanda bohong" bisik beliau dan kami bertiga tersenyum....
Tak sangka, senyuman itu membawa malapetaka padaku bila tiba-tiba, Puan Hakim menyebut namaku dan mengarahkan supaya duduk dikerusi sebelah tepi hadapan mahkamah.Biasanya kerusi itu di khaskan untuk para wartawan yang membuat liputan....tapi hari ini, ianya digunakan untuk menghukumku kerana dikatakan melanggar peraturan mahkamah.Bukan aku seorang sahaja.YB Nurul Izzah juga turut "dihalau" dari bilik mahkamah tersebut dan peguam kami berempat diberi peringatan supaya "tell the clients to behave themselves".....
Ahhhhhh!!! Stresss!!! Dengan perasaan yang agak berat, aku bangun dan duduk ditempat yang diarahkan....
Ehhh...best gak tempat ni. Sebuah kerusi empuk dengan arm-rest serta meja untuk menulis.Memang selesa.Jika duduk dikerusi OKT tadi, kami terpaksa duduk berhimpit-himpit sket...tapi bila "didenda" ni rasa selesa pula untuk mencatit fakta2.Malahan aku dapat melihat wajah peguambela kami dengan jelas !!!Ahhh rezeki!!! Alhamdulillah!Ni betul-betul macam wartawan.... hati berbunga riang.Aku dapat mengikuti perbicaraan dengan lebih jelas. Jika tadinya perut berkeroncong dan tubuh rasa beku, bila mendengar fakta-fakta tidak benar "ciptaan" saksi tadi, hati jadi panas terus membuang kesejukkan dan rasa lapar juga hilang......
" Saksi kata, orang yang berhimpun pakai baju warna-warni. Tetapi kami (peguambela) hanya dibekalkan dengan gambar himpunan hitam putih....kami mohon gambar yang original" kata Peguam Z dan beberapa minit kemudian mahkamah bersurai untuk memberi peluang Pendakwa menyediakan gambar asli warna-warni untuk keterangan selanjutnya....
Perbicaraan bersambung esok....
"Patutnya kami pun kena denda gak...biar tak ngantuk dan selesa sket catit nota.." ujar Nashita dan Aiman kepadaku diluar Mahkamah.Semua yang hadir ketawa dengan kuat!!!
p/s: Ini adalah catatan pendek perbicaraan hari pertama 29 Orang Kena Tuduh (OKT) yang telah ditahan ketika Himpunan Mansuhkan ISA ,2-4pm, 1 Ogos 2009.


Read More !

Insaflah wahai PKR.....

| | 0 ulasan


Aku , Kak Wan dan beberapa orang isteri tahanan ISA yang ketika gambar itu diambil sedang dikurung di Kem Kamunting.

Dah agak lama aku tak update blog nih. Beberapa minggu kebelakangan ni, jadual harian padat sket...Pernah sekali tu,aku terpaksa kerja 7 hari seminggu!!!Namun, dalam sibuk2 pun, sempat gak melayani FB!!! Ciss...maknanya bukan sibuk,tapi tak cekap urus masa.....

Kejap tadi baca laporan di M'siakini yang menyebut "Zaid(Ibrahim) berhak tinggalkan PKR-DS Anwar". Sedeh gak bila membaca luahan hari supremo PKR tu, rasanya tak patut Zaid bersikap macam tu...

Tapi.... nak buat macam mana. Bukan Zaid sorang, ramai lagi yang bersikap macam tu. Bil keluar UMNO dan masuk PKR, tiba satu ketika, mesti orang tu akan menikam dari belakang atau berpaling tadah.Contohnya Ezam, orang yang pernah paling rapat dengan DSAnwar yang sama-sama pernah kena ISA ..pun akhirnya berpaling tadah juga, maka apatah lagi bekas-bekas UMNO yang lain...lebih teruk lagi lah perangai mereka tu....

Aku teringat pada Kak Wan (DS Wan Azizah), bekas Presiden PKR seorang yang telah menjaga kawasan pilihanraya suaminya ketika DS Anwar di penjarakan dulu.Seorang yang amat lembut, dengan penampilan yang Islamik dan amat simple tanpa sebarang kerdipan intan atau mutiara , namun telah diakui bahawa beliau adalah salah seorang dari 500 tokoh Muslim yang terkenal didunia!!!Kak Wan memang selalu lembut hati.Sejak beliau jadi Presiden lagi, jika ada yang kecewa dengan UMNO dan keluar dari parti usang itu, maka ibarat "kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan".Berbondong-bondong di raikan ke dalamPKR kerana memikirkan bekas UMNO itu sudah betul2 insaf dan benci dengan parti lambang keris tu......

Entah berapa lama dan berapa ramai yang telah diraikan...dan akhirnya, hasilnya ialah,setiap kali Pilihan Raya Umum dan Pilihanraya Kecil, maka mereka ini berbondong-bondong pula menyumpah dan keluar dari PKR , kembali kepangkuan UMNO....alahai....

Kak Wan , DS Anwar dan semua pimpinan PKR,
Lepas ni, eloklah berhati-hati sikit bila terima bekas2 UMNO ni....Cukup2 lah dari pengalaman yang lepas.....Hari ni dilaporkan Zaid buat hal, lepas ni entah sapa pulak...

Read More !

SPRM dan umno ni setan ke?

| | 2 ulasan

"Zakat atau tidak, pemberian wang tetap dianggap rasuah-SPRM" - silalah baca artikel tersebut dan nilaikan sendiri.Lepas tu, baca pula komen salah seorang pemimpin tertinggi Umno yang menyatakan "biarlah orang(orang Asli yang baru diIslamkan) yang dapat duit dari TG Nik Aziz tu buat laporan pada SPRM untuk disiasat..."

Kalau macam nilah kepala otak orang Islam dalam Umno, tak boleh membezakan yang mana rasuah dan yang mana duit zakat...maknanya, orang Melayu Islam di bawah Umno ni dah sampai diperingkat yang amat nazak kefahaman Islamnya....

Dan jika macam ni lah perangai pemimpin Islam, tidak dipastikan, mungkin tak lama lagi, akan ada bala dari Allah memberi pengajaran lepada orang yang mendakwa sebagai "orang Islam" tetapi tidak berusaha menghayati dan mengamalkan keindahan ugama yang disampaikan oleh Ar Rasul Muhammad SAW itu.....

Patut lah ada orang berkata "SPRM dan umno ni setan ker?..." sebaik saja membaca artikel tersebut.....

p/s: Hanya syaitan yang sukakan akta tahan tanpa bicara....betul ke?

Read More !

Belanjawan 2011 petanda PM M'sia akan bertukar lagi?

| | 2 ulasan

"Aku bukan nak sarapan dengan seluar dan baju dalam" kata seorang pembantu Kerani wanita sebuah syarikat ketika menyelak salah satu akhbar tabloid terkenal di Malaysia.

"Pelik le guru-guru kat M'sia ni, baru dapat duit RM500 ...bukan main bangga dan tepuk tangan...Depa tak sedar ke kroni UMNO kaut juta-juta masuk tembolok masing-masing...guru dapat apa?" kata seorang kakitangan kerajaan kepada saya.

"PM tak pandai ambik hati orang muda. Kalaulah PTPTN tu dimansuhkan dan wujudkan biasiswa macam dulu, pasti Pakatan Rakyat gigit jari dalam PRU akan datang... tetapi nampaknya keadaan ini akan jadi sebaliknya" komen seorang pelajar IPT yang rasa kecewa dengan pengumuman belanjawan mega itu.

"Harga barang tetap naik tanpa kawalan...orang kampung nak makan apa?" tanya seorang mak cik tua. Ayat tu dah biasa sangat masuk ke telinga saya...." Mak Cik, walaupun barang naik, semua naik...tapi makcik undi UMNO/BN jugak kan?" tanyaku padanya.

"Biar Allah balas pada orang yang suka curi duit dan tipu rakyat!!!" kata makcik tersebut , dalam nada suara yang agak marah.Nak tergelak pun ada.Lain ditanya, lain jawapannya......

p/s: Berapa pulak belanjawan tahan rakyat dibawah ISA?Adakah ini tandanya UMNO/BN akan hancur dalam PRU tahun depan?

Read More !

ISA hancurkan hidup Sudin?

| | 1 ulasan


( Mat Sah berbaju jalur maroon dan Samsudin Sulaiman berbaju jalur hitam)

"Kak apa khabar?" tanya Sudin (Samsudin) kepada ku. Dia dan Mat Sah berjalan beriringan dihadapan, aku membuntuti mereka.

Sudin kelihatan amat ceria menerima kunjungan kami berdua. Dia dan Mat Sah kelihatan begitu sibuk berbual dan bercakap mengenai aktiviti hariannya sehingga, seolah-olah aku tidak berada di ruang tamu rumah ibu-bapanya.Sebaik saja bersalaman dengan ibu Sudin, aku mengekorinya ke dapur ...sengaja tidak mahu mengganggu pertemuan dua lelaki yang pernah ditahan tanpa bicara selama 7-8 tahun di Kem Kamunting.Jauh disudut hati, aku amat sebak melihat "kebahagiaan' mereka berdua yang agak baru menikmati hidup bebas di luar pagar berduri Kem Kamunting.....

Aku bersembang mengenai kehidupan harian ibu dan bapa Sudin.Kelihatan mereka berdua cukup tabah kerana mempunyai anak yang dipilih oleh kerajaan UMNO/BN untuk di ISA kan serta di "kambing hitam"kan atas alasan kononnya menjaga keselamatan negara.Walaupun rumah mereka terletak lebih 400km dari kota Kuala Lumpur, namun mereka tahu tentang Gerakan Mansuhkan ISA dan betapa zalimnya akta tanpa bicara itu.

"Biarlah Allah memberi balasan yang paling sesuai untuk orang-orang zalim yang suka guna akta itu..." itulah antara jawapan bapa Sudin bila ditanya apakah perasaannya mengenai pembebasan tersebut kerana penahanan itu telah menyebabkan Sudin kehilangan segala-galanya yang ada pada beliau seperti kerjaya, rumahtangga, isteri dan nama baik.

Alhamdulillah, beliau masih punya ibu-bapa yang tetap mengambil berat dan sentiasa menyayangi beliau.

p/s:Setuju dengan Sudin bahawa kerajaan mesti memohon maaf dan membetulkan fakta bahawa semua tahanan ISA adalah tidak bersalah!!!(bersambung)

Read More !

Siapa yang kurang ajar, wartawan atau SB???

| | 6 ulasan

Sebaik saja selesai membaca laporan M'siakini yang bertajuk" Puteri UMNO:Wartawan menyamar kurang ajar..."...tiba-tiba aku rasa nak tergelak yang amat sangat.....


Apa tidaknya, laporan itu menyebut bahawa ada seorang wartawan yang menyamar memakai tudung dalam satu majlis tertutup anjuran gerakan itu yang sepatutnya hanya dihadiri oleh wartawan dari media tertentu saja.Wartawan yang pakai tudung itu dikatakan terdengar perkataan "cina sepet" dan"India kaki botol" yang di sebut oleh seorang pegawai tinggi BTN!!! Marah betul nampaknya Cik Nordiana ,wakil Puteri UMNO kepada wartawan tersebut....

Kenapa Puteri UMNO marah sangat berita tu keluar pada umum?Bukan ke bagus diketahui orang ramai...dapat gak Puteri iklan percuma!!!

Puteri UMNO tahu tak, selama ini, ramai pegawai polis dari Cawangan Khas(SB) berselerak satu Malaya yang kerjanya menyamar dalam setiap majlis yang dianjurkan oleh NGO2 dan parti gabungan Pakatan Rakyat?Puteri tahu tak betapa SB2 ini cukup bebas mengambil gambar, mengutip berita dan membuat laporan pada ketua mereka di KDN?

Dulu, dalam program NGO dan parti PR, penganjur terpaksa berjaga-jaga dengan kehadiran "wartawan"@ SB tersebut yang sering hadir dengan nota dankamera masing2 untuk mengetahui ,apakah isi-isi penting ucapan penceramah program.Sengaja SB2 ni dihantar oleh KDN untuk memantau semua program NGO semata-mata untuk menakut2 dan membuat ancaman lembut....

Namun kini, nampaknya, Puteri pula sedang menghadapi situasi tersebut......Lepas Puteri, tak mustahil himpunan UMNO juga bakal menghadapai keadan yang sama....

p/s: Hancur2 ,hancur SB!!!!

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]