Walaupun cuma dua hari aku berada di Pahang untuk menghabiskan siri roadshow MANSUH, rasanya macam dah dua minggu aku meninggalkan Tuait, anak bujang yang sorang itu. Walaupun berjauhan, kami tetap dapat bersms dan sekali dua bercakap di telefon. Sekadar bertanya, dia sudah makan atau belum dan memastikan beliau tidak bangun lambat keesokan harinya. Baru dua hari berjauhan dari Suhaib , aku terasa "miss' dengannya, bagaimana pula perasaan Abah Suhaib yang bertahun-tahun terpisah dari anak tunggalnya...Bagaimana Abah mengubat kerinduannya terhadap satu-satunya zuriat yang beliau ada ya?.... Oh Tuhan.... tak sanggup aku meletakkan diriku ditempat Abah Suhaib.....
Sekembalinya aku dari Geneva, semangat untuk berkongsi pengalaman sebagai mangsa ISA amat membara dan Alhamdulillah, Ust Suhaimi, Ketua Pemuda PAS Pahang telah berusaha mencipta ruang dan peluang untukku merialisasikan impian itu.
Kuantan dan Jengka adalah destinasi terakhir ceramah di luar kota yang aku hadiri untuk memberitahu rakyat tentang akta tahan tanpa bicara ISA. Dari pengamatanku, jika program anti-ISA ini dijadikan ukuran untuk melihat kekuatan pembangkang di Pahang, tidak mustahil di PRU 13 nanti, PR akan dapat merampas Pahang dari BN.... InsyaAllah.
Semua aktivis Pahang, kita jumpa di K.L 1 ogos nanti ya.
Anak-anak Ust Suhaimi iaitu Aiman, Adeeb, Arif dan Amirah.
Aku bersama Pemuda PAS Balok, Kuantan Pahang.
Anti-ISA bergema di Balok dan Jengka, Pahang.
Dennis, Suhaib dan Himpunan MANSUH.
" Did you go to Beng Hock's funeral today?"tanyaku pada Dennis, seorang pemuda berbangsa Cina yang baru ku temui dalam satu mesyuarat di KLSCAH petang tadi. Dia hanya mengelengkan kepala.
"I feel pity to Beng Hock's fiancee...she's pregnant and has to take care of the baby alone.." tambah ku lagi. Dennis hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
" I lagi kesihan pada you... Kak Laila.You've been surviving alone for seven years...." aku terperanjat dengan jawapan beliau.Dennis memandang kearahku penuh rasa simpati.
"Kalau kesihan pada kami ISA victims, lets mobilise more people to join 1st August anti-ISA rally" dan Dennis memberi isyarat "ok".....
Bukan Dennis seorang saja yang akan mobilise ahli persatuan mereka. Semua yang hadir petang tadi telah berjanji memberi komitmen masing-masing untuk himpunan MANSUH 1 Ogos.
Sekretariat MANSUH iaitu Syed Ibrahim, Kamarudzaman dan saya, bertemu persatuan pemuda Cina di KLSCAH petang tadi.
"Kenapa muncung tajam sangat ni?" tanya ku pada Suhaib sebaik saja aku pulang dari KLSCAH. Ketika tiba dirumah, Suhaib belum tidur lagi. Aku segera mengemas beberapa helai pakaian dan segera dimasukkan ke dalam beg besar beroda berwarna hitam. Suhaib hanya menjeling tajam....Semua itu hanyalah untuk memberitahu dan mengajak orang ramai supaya hadir ke himpunan aman MANSUH 1 Ogos di K.L...
Teoh Beng Hock, ISA dan politik semasa di Pentas Wanita.
Walaupun berada di Padang Terap Kedah, satu kawasan yang boleh dikatakan sudah agak hampir ke sempadan Thailand, dimana liputan internet "broadband' dan talipon bimbit amat rendah sekali, namun suratkhabar berbahasa China telah menyiarkan berita itu secara meluas dan akhbar itu boleh di perolehi dengan mudah oleh penduduk di kawasan ini. Saya tidak dapat membaca akhbar tersebut, sekadar melihat gambar Teoh yang begitu besar di dalamnya, namun Dr Joyce Lee, Exco Wanita PKR telah secara sukarela membacakan semua berita mengenai tragedi yang menimpa mendiang Teoh. Sepertimana rakan-rakan yang lain, kami dapat merasakan kehilangan yang begitu cepat dan tentunya sukar bagi keluarganya untuk menerima hakikat kematian ini dalam masa terdekat.
Sebelum ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam,mendiang Teoh telah disoalsiasat oleh pegawai SPRM, tanpa kehadiran peguam selama lebih 8 jam!!!!Dalam hati tertanya-tanya, kebelakangan ini, penggunaan ISA agak terhad, namun tindakan soal-siasat yang dijalankan oleh pegawai SPRM keatas orang awam nampaknya sama sepertimana kelakuan pegawai penyiasat (IO) keatas tahanan 60 hari seksyen 73 ISA!!!!Adakah ini bermakna, prosedur dalam ISA telah diambil oleh pasukan SPRM dan digunakan secara berleluasa keatas ahli politik Pakatan Rakyat???Adakah ini bermakna ISA ada peluang untuk dikajisemula tetapi isikandungannya telah diambil dan di berikan pada SPRM yang berselindung atas nama "mencegah rasuah"?
Walaupun turut diselubungi rasa tidak puas hati diatas kematian yang amat trajis ini, program Pentas Wanita di Padang terap,tetap diteruskan. Program ini diadakan disebuah kawasan lapang di tepi jalanraya dan dikelilingi rimbunan pokok getah. Tiada kelihatan perumahan manusia disekitar tempat tersebut yang juga merupakan pejabat Keadilan Padang Terap, namun bila tiba masanya, dua buah khemah saiz 20ka x 20ka kelihatan penuh dengan manusia.
Program Pentas Wanita dimana semua penceramahnya terdiri dari kaum wanita, adalah program seumpamanya yang julung kali diadakan di Negeri Kedah.Walaupun namanya adalah "Pentas Wanita" namun, dari kehadiran penonton yang datang pada malam itu, memberi satu isyarat bahawa penduduk kampung kini sudah berfikiran terbuka dan sedia menerima sesiapa saja yang datang kedaerah mereka untuk berkongsi kisah benar mengenai isu politik semasa, yang sukar mereka perolehi melalui akhbar terbitan kerajaan.
Saya bersyukur kerana turut diberi peluang untuk berkongsi pengalaman sebagai mangsa ISA yng paling lama di abad ke 21 ini disamping mempromosikan Himpunan MANSUH yang bakal menjelang 1 ogos kelak.
Saya bersama Puan Norsham Timbalan KW PKR Malaysia dan YB Zuraidah, Ketua Wanita PKR Pusat. Inilah kali pertama kami berpeluang berkongsi pentas untuk bercerita mengenai pelbagai kezaliman yang sedang dilakukan oleh kerajaan BN keatas rakyat Malaysia.Menjejaki kekejaman ISA di Memali.
"Ketika berlaku peristiwa berarah di Memali, saya masih terlalu muda dan tidak memahami keadaan sebenar ketika itu.Tambahan pula, tiada media alternatif sepertimana sekarang, dimana kita boleh mendapatkan berita dari kedua belah pihak, dari pihak kerajaan dan pihak mangsa...." kataku kepada Cikgu Non, salah seorang bekas tahanan ISA yang tinggal di kawasan itu.
Berjenis-jenis lauk pauk enak dan buah-buahan tempatan menyambut ketibaan kami bertiga iaitu saya, Puan Salma Ketua Wanita PKR Kedah dan timbalannya Puan Nurin ."Owhhhh!!! Ada kerabu, ulam petai dan sambal belacan....Ini dah masuk kali ketiga saya makan nasi untuk hari ni, selepas sarapan nasi lemak di rumah Pn Salma, kemudian sekali lagi makan nasi lemak bersama Wanita JIM Kedah di Sg Petani..." ujarku kepada Kak S, isteri Cikgu Non.Walaupun perut masih agak penuh, namun aku tak daya nak menolak lauk-pauk segar yang baunya begitu kuat menggamit selera kami.
(Merahhitam ditengah diapit oleh Pn Rokiah balu syuhada Memali(bertudung putih) dan KW PKR Kedah, Pn Salma yang mendukung Iffah)
(Merahhitam , KW PKR dan timbalannya bersama tiga orang isteri syuhada Memali iaitu Mak Lang, Mak Pah dan Kak Kiah sert jiran-jiran mereka )Ust Ibrahim Libya adalah seorang guru ugama yang amat dikasihi oleh penduduk setempat disebabkan kebijaksanaan beliau dalam menyampaikan pengajian Islam kepada penduduk Memali.Beliau yang ketika itu adalah salah seorang pegawai kanan bahagian ugama salah sebuah pejabat kerajaan amat dihormati oleh penduduk Baling,kerana kesugguhan dan kejujuran beliau menyampaikan kebenaran Islam kepada mereka. Namun ,tiada siapa menyangka, segala kejujuran dan kbenaran yang disampaikan itu rupanya mengundang rasa tidak senang di hati pemimpin kerajaan yang berkuasa ketika itu hingga mencetuskan peristiwa yang meragut nyawa 14 orang penduduk Memali yang tidak berdosa....
Bayangkanlah, pada tahun 1985, dimana ketika itu tiada akhbar alternatif, tiada kemudaan internet, tiada blog, tiada sms yang boleh menceritakan segala kebenaran, rakyat hanya dan terpaksa menerima berita dari sebelah pihak saja, iaitu pihak kerajaan yang berkuasa ketika itu. Mangsa pembunuhan Memali terpaksa menanggung fitnah berpuluh tahun lamanya . PAS yang menjadi pembangkang ketika itu ada membantu mengeluarkan fatwa diatas kematian 14 orang tersebut, namun segala usaha itu tetap ditutup oleh media arus perdana....
Dan kini, ditahun 2009, PAS menjadi kerajaan di Kedah , walaupun nasib mereka belum terbela, namun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan tentunya berhak untuk diberi gambaran sebenar, apakah yang berlaku dua pulub empat tahun yan glalu dan apakah kesudahannya kisah mereka.....
Sila ikuti kisah selanjutnya dikeluaran HARAKAH akan datang..... semua paparan yang bakal keluar ini hanyalah untuk mendidik rakyat tentang hak mereka sebagai rakyat yang merdeka dan seterusya seterusnya turun ke himpunan Aman MANSUH di Kuala Lumpur 1 Og0s 2009!!!!
ISA, Himpunan MANSUH bersama Wanita JIM Kedah.
Jam 4 pagi, aku tiba di Tol Sg Petani Selatan, bersebelahan dengan Taman Sejati , di Sungai Petani, salah satu daerah di Negeri Kedah Darul Aman. Sebaik saja keluar dari bas Transnasional, aku terus menghubungi Pn Salma, KW PKR Negeri Kedah.
"Akak dah tiba ke... saya terjaga teringat kat akak..." ketika sms dari Nurin, Timbalan KW PKR Kedah itu tertera di skrin telefon bimbit , aku sudah berada dalam kereta Pn Salma menuju kerumah beliau yang jaraknya cuma 10 minit dari tepi lebuhraya.Jam tangnku menunjukkan jam 4.30 pagi....
"Sekejap lagi , kita akan ada program bersama Wanita JIM Kedah...." kata Pn Salma ketika kami bersarapan . Pagi-pagi lagi terhidang nasi lemak yang begitu wangi baunya....Dalam hati tak dapat hendak menggambarkan, gembiranya kerana akan bertemu aktivis wanita JIM Kedah yang dan buat pertama kalinya, aku akan bercakap dengan mereka mengenai ISA!!!!!
Puan Asma, seorang aktivis JIM , menjadi moderator untuk program perkongsian yang bertajuk "Memahami kezaliman ISA".Beliau yang sempat membacakan sebuah sajak dari buku "Dairi Perjuangan" karya Aliza Jaafar, membuktikan pengalamannya menyantuni mangsa ISA yang terdahulu dariku. Seperti biasa, aku berkongsi mengenai kehidupan harianku sebagai mangsa ISA, berulang alik dari K.L ke Kem Kamunting bersama Suhaib , perjuangan mendapatkan hak kemanusiaan Abah Suhaib hinggalah perjalanan ke Geneva.Dan akhir sekali, aku sempat mempromosi buku DuniaTanpa Suami Jilid 2 dan mengajak mereka datang ke Himpunan MANSUH di .KL pada 1 ogos.Moga Suhaib cepat sembuh....
"Manja!!!" desisku dalam hati ketika Suhaib menggelongsor dan merebahka kepalanya di ribaku.Ketika itu ,aku baru saja selesai menunaikan solat Maghrib.
"Umi....picitkan sikit kepala Tuait(panggilan manja untuk Suhaib)... " katanya batuk-batuk kecil sambil tisu ditangan mengelap hidungnya.Sudah tiga hari Suhaib diserang demam dan selsema.
Memahami perasaan orang yang kurang sihat, aku turuti saja permintaan anak bujang yang sorang ni.
Suhaib demam sejak hari Ahad lepas, ketika itu aku berada di Johor Bharu menyertai roadshow MANSUH bersama Pemuda PAS. Sebaik saja tiba dari JB, aku bergegas membawanya ke klinik
Idzham dan Dr Safrul yang biasa merawat Suhaib mengatakan dia cuma mengalami demam biasa saja.
Hari ini masuk hari keempat Suhaib demam. Pagi tadi, ketika mengejutkan beliau sahur untuk puasa sunat, ku sentuh dahinya dan masih terasa panas. Namun, batuk dan selsemanya telah berkurangan . Malam ini, sepatutnya aku akan ke Utara kerana menghadiri program anti-ISA disana tetapi rasa serba salah pula....
"Kalau you sendiri perlukan perhatian, dia tentunya lebih-lebih perlukan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang rapat dengan dia,terutama maknya...." kata Azlina yang sering bertanyakan tentang Suhaib dalam setiap sms beliau. Baru-baru ini, ketika pulang bercuti ke Malaysia, kami sempat bertemu dan banyak juga tips-tips menarik yang beliau kongsikan dengan saya, terutamanya yangberkaitan dengan remaja yang membesar tanpa bapa seperti Suhaib.Apakah "dosa' yang dilakukannya?
Sebaik saja program roadshow tamat, aku dibawa oleh Cik Ani dan Izah ke sebuah restoran tidak jauh dari Taman Air Biru.Jam menunjukkan dah pukul 12.45 pagi, kulit mata pun dah hampir tertutup tetapi ... bukan mudah bagiku untuk dapat peluang sepert ini,maka ku turutkan saja mereka berdua.. Seronok juga berbual di kawasan "open-air" , dengan teh "o" panas kegemaranku dan kue-tiow kungfu JB yang agak lain sedikit rasanya dari restoran di Keramat....
Kali terakhir kami berbual bertiga seperti ini adalah pada tahun 2004 di Restoran Selera Malam, ketika itu hari raya kedua, kami sama-sama bermalam di Hotel Lagenda, hotel yang paling murah di pekan Taiping. Bezanya di pertemuan ini, suami Cik Ani dan Izah telah dua tahun dibebaskan, manakala aku.... masih lagi berstatus "keluarga tahanan ISA...."...
Aku berkenalan dengan Cik Ani dan Izah ketika sama-sama menunggu giliran untuk bertemu suami di Kem Kamunting pada akhir tahun 2002. Ketika itu, kedua-dua mereka hanyalah suri rumah biasa yang sibuk dengan anak-anak yang masih kecil. Cik Ani mendukung bayi berusia tiga bulan manakala Izah pula sibuk melayan anak kecil berusia setahun.... Suami mereka berdua dibebaskan dari Kem Kamunting pada tahun 2006 tetapi dihantar pulang ke Singapura kerana keduanya adalah penduduk tetap negara itu.
Kini, kedua-dua wanita ini sedang membena kerjaya masing-masing dalam perniagaan yang mereka ceburi empat tahun lalu.Cik Ani mengusahakan taska dan Izah menjalankan perniagaan yang ditinggalkan oleh suaminya.Sayang gambar kedua-dua mereka tidak dapat dikongsikan disini kerana kedua-duanya masih diekori oleh SB walaupun suami mereka telah dibebaskan dan kini berada di Singapura!!!
Pimpinan Muslimat JB bersama MerahHitam (bertudung hijau)
Kedatanganku ke Johor Bharu tidak akan lengkap jika tidak singgah dirumah Kak Z, seorng isteri tahanan ISA yang paling lama ditahan di Kem Kamunting.Suami beliau telah ditahan sejak Disember 2001 tanpa pernah dibicarakan.Ketika suaminya ditahan pada 2001 dulu, Kak Z hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa.Dari tahun itu hinggna kini, beliau terpaksa membesarkan anak-anak seramai sepuluh orang!!! Kini, empat dari anak-anaknya sedang menuntut di universiti tempatan dan lima orang lagi masih belajar di sekolah rendah dan menengah....
Pagi itu ketika aku dan tiga orang pimpinan Muslimat JB melangkah kerumah beliau, Kak Z kelihatan kurang bermaya. Dengan bulatan hitam disekeliling mata, beliau juga kelihatan batuk berpanjangan sambil mengurut-ngurut dada....
Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana amat memahami situasi beliau. Aku cuba membayangkan diriku di tempat beliau... aku tidak tahu, adakah aku mampu untuk membesarkan 9 orang anak-anak yang semua sedang membesar dan bersekolah, pendapatan utama sebagai baby sitter tiga orang anak jiran, terpaksa membuat kueh mueh dan mengambil tempahan makanan demi memastikan keperluan anak-anak dapat dipenuhi. Aku mencongak sendirian ...membandingkan pendapatan suaminya yang mempunyai ijazah PH.D sebagai seorang pensyarah institusi pengajian tinggi, dengan apa yang beliau lakukan sekarang, pastinya pendapatan beliau jauh dari mencukupi untuk menampung keperluan hidup mereka sekeluarga....
Itu keperluan harian untuk menyambung hidup... bagaimana pula dengan perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya diperolehi oleh beliau dan anak-anak dari suami tercinta?Bagaimana denganperasaan anak-anak yang membesar tanpa kasih sayang seorang bapa? Bagaimana- dan bagaimana.... Terlalu banyak persoalan yang mengganggu mindaku...
MerahHitam , Muslimat JB dan Kak Z.
"Kak Z jauh lebih kuat dari saya" kataku pada beliau. Hampir semua orang berpendapat, Abah Suhaib ditahan lebih lama di Kem kerana kerja-kerja anti-ISA yang ku lakukan dan penguasa ISA "mendenda" kami sekeuarga kerana "dosa' yang kulakukan iaitu mendedahkankejahatan dan kezaliman ISA. Tetapi.... apa pula "dosa" Kak Z? Beliau setiap hari sibuk membuat kueh untuk dijual demi memastikan kelangsungan hidup mereka sekeluarga, beliau tidak pernah ditemui wartawan, jauh sekali membuat sebarang kenyataan yang memburukkan ISA, namun.... kenapa suaminya masih belum dibebaskan????
Aku sendiri tidak mampu untuk membantu memenuhi keperluan harian Kak Z, yang terdaya dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah semoga ada insan lain yang diberi Allah kekayaan wang ringgit yang perihatin dan sudi untuk mengurangkan sedikit kesusahan dan kesukaran hidup beliau yang bergelar isteri tahanan 8 Tahun ISA.
p/s:Sesiapa ang ingin memberi sumbangan pada Kak Z, sila hubungi MerahHitam di emel laila6306@yahoo.com.



