Ketika menghadiri satu majlis VIGIL di hadapan Dewan Civic minggu lepas, ada yang bertanya, siapakah lagi mangsa ISA? Susah saya hendak menjawab soalan itu, kerana terlalu subjektif.
Mangsa ISA sebenarnya ialah suami@bapa yang ditahan di Kem Kamunting.Tetapi, mangsa yang terpaksa menerima kesan penahanan ini ialah isteri dan anak-anak.
Kehidupan terpaksa diteruskan, justeru isteri terpaksa menjadi "superwoman" dimana beliau mesti bekerja untuk mencari nafkah ,mengurus rumah dan mendidik anak-anak yang masih kecil.Keperluan harian dan pendidikan anak-anak semakin meningkat kerana tahun demi tahun, anak-anak makin membesar......tetapi...... bapa mereka masih juga di kurung di Kem.
BUKAN ITU YANG DIPINTA....
Sekiranya bapa atau keluarga ini dibebaskan, pastinya dia dapat keluar bekerja untuk menyara keluarga dan anak-isteri tidak perlu meminta-minta.Tetapi ..... inilah hakikat kehidupan. Tanpa sebarang perbicaraan, tanpa mengetahui tarikh akhir untuk dibebaskan, si ayah masih lagi terus-menerus di kurung, meniggalkan segala beban dan tanggungjawab pada si isteri, wanita yang sepatutnya mendapat perlindungan ,bantuan dan kasih sayang dari suami.... Puan Halimah, dari Serting, N.Sembilan bekerja sebagai penjual air soya. Beliau terpaksa membesarkan 7 orang anak dan sebahagian besar nya masih bersekolah. Saya di beritahu, anak gadis sulungnya(sepatutnya masih belajar di kolej) berusia belasan tahun, terpaksa di nikahkan dengan segera supaya dapat meringankan beban beliau menyara anak-anak lain yang masih kecil.Suami Puan Halimah ditahan sejak tahun 2004 hingga kini.
BANTUAN KEWANGAN PERSEKOLAHAN ANAK TAHANAN ISA.Malaysiakini.
KINI , 38 TAHANAN ISA DI KEM KAMUNTING,TERUSKAN TEKANAN RAKYAT!!!.Malaysiakini.
Saya ingin berkongsi, suasana pelancaran Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA pada bulan April 2008. Jika dilihat di banner, ketika itu, ada 70 tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting. Sebagai Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan 6 tahun, saya menggariskan beberapa aktiviti utama kempen iaitu:
1. Edaran surat isteri di pilihanraya ke 12.
2- Letter signing Marathon
3-Petition signing.
4-Vigil in Kamunting.
5.Postcard Signing.
6.Pelancaran Buku Dunia Tanpa Suami dan T-shirt MerahHitam.
7. Himpunan Rakyat Anti -ISA di Stadium Malawati.
Geraf kesedaran rakyat melalui kempen itu terus meningkat walaupun ianya dijalankan setakat bulan Jun.Tanpa diduga kisah tragis kematian Aina Mardhiyyah, anak tahanan ISA Shahrial Sirin telah meningkatkan lagi simpati rakyat pada perjuangan mansuhkan ISA.Kemenangan PR dalam PRU12 banyak memberi ruang dan peluang untuk mendedahkan kezaliman ISA tertama pada tahanan yang masih berada di Kem.Bermula dari kisah tahanan ISA Sanjeev Kumar yang lumpuh, hinggalah penahanan RPK, YB Teresa serta wartawan Sin Chew, semuanya meningkatkan lagi geraf kesedaran rakyat terhadap kempen Anti-ISA hinggalah akhirnya Menteri Undang-undang meletakkan jawatan, dan anggota komponen BN seperti MCA dan Gerakan sudah berani mempersoalkan supaya ISA di pinda atau di mansuhkan saja.
Dan hari ini Khamis 4 Disember, lima lagi tahanan ISA telah dibebaskan, menjadikan jumlah yang tinggal di Kem kini , seramai 38 orang.Semua ini terjadi adalah dengan berkat sokongan dan tekanan dari semua lapisan rakyat.
Marilah kita tambah lagi program-program anti-ISA seperti Vigil, ceramah Umum, leafletting, dan signing petition , supaya semua tahanan yang di mangsakan oleh Menteri Dalam Negeri akan segera dibebaskan.
Sokongan anda semua akan membantu lebih ramai lagi mangsa ISA menyedut udara kebebasan sebagai manusia yang bebas dan merdeka.
MENTERI DALAM NEGERI BEBASKAN TAHANAN ISA, IKUT SUKA DIA.Malaysiakini.
Saya terkejut melihat berita "Yazid Sufaat bebas" di Suara keadilan keluaran 158. Dalam hati saya bersyukur, beliau telah dibebaskan.Dan saya tambah bersyukur kerana akhir-akhir ini, Allah telah tunjukkan lebih banyak bukti kepada rakyat betapa zalimnya pimpinan UMNO, terutamanya Menteri Dalam Negeri ,yang ternyata membebaskan tahanan ISA bukan kerana kesalahan atau dakwaan yang di letakkan keatas mereka tetapi, pembebasan itu dilakukan mengikut selera dan keinginan beliau sendiri.
Kenapa saya terkejut? Yazid Sufaat , tahanan ISA dilabelkan sebagai Ahli Jemaah Islamiyyah (JI) adalah "ahli JI" pertama ditahan di PRC.Mengikut laporan akhbar, beliau telah ditahan pada bulan September 2001 dan dipercayai sebagai "ketua kumpulan JI" di Malaysia.
Saya mengetahui kewujudan Yazid dan Jemaah Islamiyyah setelah suami ditahan di Kem Kamunting . Saya dan GMI sering mempersoalkan, sekiranya Yazid benar-benar merbahaya dan menggugat keselamatan negara, kenapa selama 7 tahun di Kem Kamunting, pihak kerajaan tidak mahu mendakwa beliau di mahkamah?
Yazid , sama dengan tahanan ISA lain, hanya perlu menyanyi lagu negaraku setiap pagi, mendengar ceramah pegawai ugama dari JAKIM , diberi ceramah tentang perniagaan serta pertanian dan setiap tahun dibawa ke PRC di Kuala Lumpur untuk sessi "brainwash".
Pada bulan November 2008 baru-baru ini, Yazid, Dr Abdullah Daud dan Suhaimi Mokhtar yang mana ketiga-tiga mereka telah cukup 7 tahun di Kem, telah dibawa ke Police Remand Center di K.L untuk sessi kaunseling.Diantara 3 tahanan ini , Yazid seorang saja dibebaskan. Dr Abdullah dan Suhaimi masih lagi menghuni blok-blok usang di Kem Kamunting.
Pelik!!Orang yang didakwa "sangat bahaya dan penting" itu telah dibebaskan manakala orang lain yang ditahan lebih kemudian, masih lagi belum dibebaskan......
INI LAH HAKIKAT SEBENAR ISA. MENTERI DALAM NEGERI BOLEH MEMBEBASKAN DAN MENANGKAP SESIAPA SAJA YANG DI INGININYA DAN ALASAN BOLEH DICIPTA UNTUK MENSAHKAN/ MEMBENARKAN PENAHANAN ITU.
Siapakah lagi yang akan dimangsakan oleh Menteri Dalam Negeri selepas ini?
DIMANAKAH PERIKEMANUSIAAN HAMID ALBAR?Malaysiakini.
Dua hari lepas, M.Kayveas telah memberi amaran, partinya akan keluar dari komponen BN, sekiranya ISA tidak di pinda.Amaran ini disokong oleh MCA.Yang menarik ialah jawapan dari Menteri Dalam Negeri, Hamid Albar yang dilaporkan berkata " ISA tidak akan di pinda atau dihapuskan kerana ianya digunakan dengan berhemah, adil dan tidak disalah guna".
Dimanakah letaknya nilai "berhemah, adil dan tidak disalah guna" itu jika tahanan telah dikurung tanpa perbicaraan hampir 7 tahun?Gambar poskad diatas, tahanan ISA yang di tuduh sebagai ahli Jemaah Islamiyyah(JI).Mereka semua ditahan sejak 2002.
Tahanan ISA disebelah kiri,telah dibebaskan pada bulan Ogos tahun ini.
Namun malang bagi tahanan yang berada di tengah, iaitu Shamsuddin Sulaiman. Beliau telah bercerai dengan isterinya pada tahun lepas. Anak-anaknya malu hendak mengakui Shamsuddin adalah ayah mereka ,seorang tahanan ISA.Shamsuddin telah hilang pekerjaan sebagai seorang pembantu akauntan di sebuah jabatan kerajaan sejak tahun 2003.Keluarga dan pekerjaan adalah perkara penting dalam kehidupan manusia dan semua itu telah hilang dari hidup Shamsuddin.
Adakah ini yang dikatakan penahanan berhemah? Dimanakah sifat perikemanusiaan Hamid Albar sebagai seorang manusia? Dimanakah simpati beliau terhadap nasib kesemua tahanan itu?
Sampai bilakah mereka akan di kurung di Kem Kamunting itu?
Nota: Tahanan ISA disebelah kanan ,yang memakai cermin mata ialah bapa Suhaib.
ISA TUHAN ORANG MELAYU-UMNO.Malaysiakini.
Saya tidak pandai berbohong.Apa yang ditulis, itu adalah dari apa yang dilihat atau diampaikan oleh orang yang boleh dipercayai.
Juak-juak UMNO pastinya sedang resah melihat ISA di hambat oleh rakyat dari pelbagai sudut.Selama ini, ISA menjaga kepentingan mereka, jadi, bila ISA sendiri sudah digugat oleh rakyat....siapa yang susah?Tentulah pemimpin UMNO dan keluarga mereka.
Orang Melayu -UMNO ni mengaku berugama Islam,tetapi....cara mereka menjaga ISA , jauh lebih hebat dari mereka menjaga Al Quran dan seluruh isinya.ISA dijaga, hingga mufti-mufti tidak berani keluarkan fatwa tentang kezaliman akta tahan tanpa bicara itu. ISA dijaga, hinggakan ada khutbah yang menyentuh kezaliman ISA, Imam yang berkhutbah itu dipanggil oleh Jabatan Ugama untuk disoal-siasat dan dikatakan memecah belahkan rakyat.ISA di jaga ,menjadikan ia lebih tinggi dari sistem undang-udang dan kehakiman negara ini .(Tahanan ISA tidak pernah dibawa dan didakwa di mana-mana mahkamah selama 7 tahun mereka di kurung).
Dimanakah hak-hak rakyat (artikel 159)yang telah di peruntukan di Perlembagaan Persekutuan?Tidak kah ISA lebih tinggi dari Perlembagaan Negara? Bukankah tindakan Melayu -UMNO ini mencabul Perlembagaan Malaysia?
Menteri Dalam Negeri (penjaga Tuhan Melayu -UMNO) ini berkata, "ISA tidak akan di pinda atau dimansuhkan walaupun ianya diancam oleh pelbagai pihak...." bukan kenyataan ini mengesahkan, ISA adalah Tuhan mereka?
Nota: Suhaimi Mokhtar, Dr Abdullah Daud, Mat Sah Satray, Abd Murad Sudin, Zaini Zakaria masih ditahan lebih 6 tahun tasnpa perbicaraan oleh "Tuhan Melayu-UMNO" disebuah sel di Kem Kamunting..........bagaimana nasib mereka dan keluarga?
PEMIMPIN UMNO MEMANG BENCIKAN ISLAM.-Malaysiakini.
Saya pasti, ramai orang Melayu, khas nya yang sayang sangat dengan United Malay Nation Organization , akan marah sangat dengan tulisan ini. Saya tidak mahu menulis panjang lebar tentang tajuk diatas. Namun gambar-
gambar ini sudah cukup menerangkan tetang kebenarannya.
Ini adalah isteri dan anak-anak tahanan ISA yang di labelkan sebagai ahli Darul Islam (DI).Mereka kebanyakannya tinggal di Sabah.Suami mereka ditahan pada tahun 2006 tidak pernah dibicarakan dan setelah cukup 2 tahun, penahanan dilanjutkan 2 tahun berikutnya dari 2008 hingga 2010.
Gambar ini diambil pada 24 Ramadhan 2008.
Enam orang wanita bertudung labuh ini adalah isteri pada tahanan ISA yang di labelkan sebagai Ahli Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dimana Nik Adli Nik Abd Aziz adalah salah seorang yang ditahan menggunakan label itu. Mereka semua juga tidak pernah di dakwa atau dibicarakan dimana-mana mahkamah.
Kumpulan "KMM" ini ditahan pada 2001 dan semuanya yang dituduh dibawah nama kumpulan ini telah dibebaskan dari Kem Kamunting pada 2005.
Ini adalah kumpulan yang dinamakan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai ahli Jemah Islamiyyah (JI). Tahanan ISA 'JI" ditahan pada Disember 2001 hingga 2005 secara berperingkat. Seramai 55 tahanan JI ditahan pada 2002 dan tiada seorang pun didakwa atau dibicarakan di mana-mana mahkamah.
50 tahanan JI telah dibebaskan secara berperingkat dari tahun 2003 hingga November 2008. Tahanan yang di dakwa ahli JI yang paling lama ditahan kini ialah Suhaimi Mokhtar dan Dr Abdullah Daud.Mereka berdua telah ditahan cukup 7 tahun di Kem Kamunting.
Gambar menunjukkan Koordinator SUARAM, Sdra Yap Sew Seng bersama sebahagian dari keluarga tahanan ISA (JI) yang menghantar memo untuk bertemu Menteri Dalam Negeri di Putrajaya pada tahun 2003.
Seramai 27 Juta rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan kaum dan masyarakat yang tidak tahu tentang ISA,telah di tanamkan dalam fikiran mereka supaya mempercayai bahawa mereka ini adalah "extremist dan terrorist" agama, dimasa yang sama, segala ruang dan peluang untuk membela diri dari semua pertuduhan, ditutup rapat oleh pihak berkuasa yang terdiri Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.Indoktrinasi oleh pemimpin UMNO bahawa mereka ini "pengganas" Islam, masih lagi berjalan hingga kini.....
Mereka di tuduh, di label dinamakan sebagai pengganas Islam. 7 tahun telah ditahan tanpa sebarang perbicaraan.......
Siapa kah pengganas sebenarnya?
MINDA ORANG MELAYU TELAH DI "BONSAI" KAN???Malaysiakini.
Saya rasa, Forum Rakyat ini pertama kali diadakan oleh sebuah NGO -Cakap-Cakap Rakyat, tentang ISA dan semua perkara buruk yang ada didalamnya.Forum yang diadakan di Bar Council ini di pengurusikan oleh seorang peguam terkenal dari PKR iaitu saudara Nizam.Penceramahnya semua hebat belaka, kecuali.....saya.
Program dimulakan oleh saya mengenai aktiviti GMI.Saya sekadar mempersembahkan slide yang diambil dari simpanan pengurusinya, Syed Ibrahim yang kini berada di Mekah menunaikan haji.Slide itu disediakan agak tergesa-gesa dan disaat akhir, terlupa masukkan music.... jadi, agak boringlah sikit.
Rasa kurang selesa bercakap tentang Gerakan Mansuhkan ISA, walaupun saya juga salah seorang ahli jawatankuasanya. Selalunya bila Syed Ibrahim membuat persembahan, saya sering memberi komen ,kenapa slidenya kurang menarik?Namun, bila sudah mengalaminya sendiri, barulah tahu...betapa sukarnya untuk melaksanakan sesuatu yang perlu dilakukan dengan sepenuh hati.
Jika diberi pilihan, saya suka memberi perkongsian sebagai isteri pada tahanan ISA yang telah lama dianiaya.Tetapi....elok juga sesekali mencuba sesuatu yang baru. Semua pernceramah memang hebat bercakap. Saya suka dengan gaya bahasa Isham Rais dan saya terpesona dengan gaya santai RPK.Fadzrul dari UIAM baru pertama kali saya temui,namun beliau mempunyai keupayaan yang tersendiri.Dan Hj Mat Sabu, memang tidak perlu dipertikaikan lagi...Persembahan beliau memang mantap!!!
Siapa sangka, dalam keheningan dewan yang semua pesertanya khusyuk mendengar pesanan Isham Rais yang bercerita tentang ketakutan yang melanda minda@otak orang Melayu yang telah di :"bonsaikan" selama 35 tahun oleh UMNO, tiba-tiba ada sekumpulan lima orang lelaki bertubuh sasa, bangun dan keluar dewan.Kurang ajar sungguh sikap mereka itu!!
