Dalam M'siakini hari dilaporkan bahawa PM Najib akan membantu Obama menghilangkan Islamphobia dikalangan rakyat Amerika.
Reaksi saya....bagus lah jika PM kita betul-betul nak membetulkan semula pandangan umum bahawa Islam itu satu agama yang selamat dan penganutnya bukan lah pengganas!!! Elok sangat lah tu jika PM dari Malaysia nak tolong bersihkan nama Islam yang telah dirosakkan oleh mantan Presiden Amerika, Bush dan disokong pula oleh mantan PM , Tun Dr Mahathir.
Namun, sebelum apa-apa tindakan dilakukan, TOLONG lah mansuhkan ISA terlebih dulu kerana ISA dah terbukti satu alat yang sering diguna oleh pemimpin negara ini untuk menahan rakyatnya yang berugama Islam dan mereka dinamakan dengan pelbagai gelaran yang semuanya dikaitkan dengan keganasan.
Hampir semua lelaki Islam dalam gambar diatas adalah orang Islam yang pernah ditangkap dan disumbatkan tanpa sebarang bicara ke Kem Kamunting.Menteri Dalam Negeri dan polis bertanggungjawab menggunakan ISA keatas semua mereka. Lelaki-lelaki tersebut ditahan antara 4 - 8 tahun di Kem Kamunting.Selepas dibebaskan dari Kem , mereka juga khabarnya masih diekori oleh polis-polis Special Branch(SB) yang kononnya untuk memastikan mereka ini benar-benar tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Kini, ada 18 orang lagi yang masih ditahan dibawah ISA. Ada yang masih ditahan di Pusat Remand Polis di kKuala Lumpur, dan ada juga yang masih dikurung di Kem Kamunting.
Selagi ISA masih ada, tahanan ISA belum dibebaskan, rasanya PM Najib belum layak untuk bercakap mengenai keadilan dan hak asasi dalam Islam...betul kan?
p/s: Semua bekas tahanan ISA tetap berdoa moga Allah percepatkan balasan yang setimpal terhadap segala perbuatan Menteri Dalam Negeri dan seluruh kakitangannya yang telah menahan mereka dibawah ISA.Didoakan agar SB2 tidak lagi mengganggu kehidupan semua bekas tahanan tersebut...Ameen!!!
PM Najib akan mansuhkan ISA???
Salam Aidilfitri kepada semua penyokong perjuangan anti-ISA.
Abah dibebaskan dari ISA pada 15 Sept 2009 setelah Menteri Dalam Negeri dikatakan berpuashati kerana Abah tidak lagi menjadi ancaman kepada negara walaupun beberapa bulan sebelum itu menteri yang sama kata, beliau masih perlu ditahankerana "masih' memberi ancaman kepada keselamatan negara!!!!Tanpa sebarang proses perbicaraan dengankehadiran pendakwa,peguam dan hakim mahkamah, beliau telah dihantar pulang oleh beberapa orang polis Cawangan Khas kerumah kami diTaman Keramat.Alhamdulillah, kami bersyukur pada Allah diatas kepulangan ini dan amat berterimakasih pada semua rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan serta doa supaya kami sekeluarga dapat bersatu semula selepas 7 tahun dipisahkan oleh beberapa orang Menteri Dalam Negeri sebelumnya.... Walaupun bebas, hidup Abah tetap terkongkong.Saya dan Suhaib terpaksa membuat benyak pengubahsuaian dan pengorbanan untuk membantu beliau menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Tiada siapa yang memahami bagaimana kehidupan Abah ketika 7 tahun lebih didalam Kem Kamunting...namun.... kami yang bergelumang dengan beliau setiap hari memang terpaksa bersabar melebihi 200 peratus dengan keadaan dan sikap beliau yang ternyata amat berbeza berbanding ketika belum ditahan ISA 7 tahun dulu.
UMNO dan ISA jauhkan Malaysia dari rahmat Allah?
Beberapa hari sebelum tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negar (KPN) ,Tan Sri Musa Hassan sempat meluahkan rasa hatinya yang kurang gembira kerana PDRM selalu mendapat tekanan dari pihak lain.
Siapa pihak lain tu? Hanya Tan Sri Musa saja yang tahu.
Namun bagi kami mangsa ISA, kami dah biasa sangat dengan jawapan standard pihak polis"...Puan, kami ni hanya ikut arahan pihak atasan..." dan ada ketikanya kami pun dah tak larat nak dengar alasan dan jawapan yang sama. Bagi kami keluarga mangsa akta tahan tanpa bicara ISA, semua tahanan ISA hanyalah "kambing hitam' yang dicipta oleh UMNO/BN untuk menunjukkan bahawa parti yang sedang berkuasa itu memang benar-benar menggunakan ISA untuk menjaga keselamatan negara.....
Sebab itulah kami sentiasa berdoa semuga Allah beri balasan kepada penguasa ISA dan semua kakitangannya, dengan sesuatu yang tidak pernah terjangkau oleh fikiran kami....setimpal mengikut tindakan yang pernah mereka lakukan keatas kami sekeluarga.
Kejadian terbaru mengenai usahawan Susilawati Lawiya dan tiga pengiringnya yang dikatakan telah di pukul,dibunuh dan mayatnya dibakar, adalah sesuatu yang amat sadis dan tidak masuk akal.Dan amat meendukacitakan rupanya itu bukan kejadian pertama kerana ada individu lain, seorang wanita dari India mendakwa suaminya juga hilang ketika berada ditempat yang sama!!!
Selama ini , polis Malaysia bukan main bijak 'menjejaki" orang Islam dan dituduh sebagai pengganas!!! "pengganas @ militan" islam itu ramai yang dikurung tanpa bicara di Kem Kamunting.
Sekarang, rakyat Malaysia sedang ternanti-nanti, kebijaksanaan PDRM untuk mencari penyelesaian isu terbaru ini.Ada juga yang nakal bertanya, adakah isu terbaru ini kelak, polis juga akan dapt tekanan sepertimana kes-kes lain yang melibatkan pemimpin UMNO/BN?
p/s: Sering bertanya dalam hati, jenayah tinggi serta buang bayi ni seolah-olah amat jauh rakyat Malaysia dengan rahmat Allah.Aadakah semua ini berpunca dari UMNO?
Sumbangan anda telah tiba di rumah mereka....
"Ohh..I suka dapat tolong masuk-masukkan duit kedalam akaun mereka" kelihatan ceria sms Nashita kepadaku. Hari ini adalah hari kedua kami berdua mengagihkan wang zakat fitrah serta sumbangan peribadi dari rakyat Malaysia yang masih perihatin terhadap mangsa ISA dan juga mereka yang baru memulakan hidup baru sebaik saja dibebaskan dari akta tahan tanpa bicara itu.
Nashita telah bergelumang dengan mangsa ISA sejak tahun 1998 ,zaman refomasi .Aku pula merasai kehidupan sebagai warga "mangsa ISA" sejak suami ditahan pada 2002.Kami amat memahami kesukaran hidup mereka yang teraniaya oleh ISA, samada yang masih menjadi mangsa ataupun yang telah dibebaskan dari Kem Kamunting.
Sejak 8 tahun lalu,kami cuba pelbagai cara untuk menggembirakan keluarga di Aidilfitri.Menyedari kami tidak mendapat layanan malah amat sukar mendapat dana dari pihak berwajib, akhirnya kami nekad untuk memohon ihsan sumbangan kewangan dari rakyat Malaysia yang perihatin semata-mata untuk diberikan kepada mereka yang sedang dianiaya oleh penguasa ISA....
Kriteria mereka yang menerima sumbanganini ialah, mangsa ISA, bekas mangsa ISA yang belum bekerja tetap dan hidup dalam kemiskinan.
Inilah luahan perasaan mereka yang telah menerima sumbangan dari kami.
1- "Terimakasih kak, duit dah masuk .empatlah kami ke bandar untuk membeli keperluan anan-anak..." kata Puan H dari Tawau.
2-" Kak, macam mimpi ada sumbangan untuk kami...tima kasih kak" kata Puan N,isteri bekas tahanan ISA dari Bota, Perak.
3-" Kak, duit ni tak sama dengan suami.Saya nak dia bebas dan menyambut raya dengan kami dirumah...Tapi, kami tetap bersyukur dengan bantuan ini..." kata Puan F, suaminya masih dikurung di Kem Kamunting.
4-"Terimakasih pada GMI dan semua yang sudi membantu saya.Masih belum tahu nak buat apa...isteri dah berpisah dan anakpun tidak bersama saya....Saya harap dapat menziarahi anak-anak di Hari Raya ...tapi polis kata peluang untuk menziarahi mereka cuma 10 peratus..alasannya kerana saya adalah tahanan terhad.... dan masih baru sangat dibebaskan.." kata Samsudin Sulaiman yang baru dibebaskan setelah di kurung lebih 8 tahun di Kem Kamunting.Samsudin tinggal bersama kedua ibu-bapanya di Johor manakala anak-anak beliau tinggal bersama bekas isterinya di Kuala Lumpur.
Esok masih ada sehali lagi kita berada dibulan Ramadhan...Masih ada peluang untuk menggembirakan insan lain yang bernasib kurang baik.....
p/s: Seramai 23 mangsa telah mendapat bahagian masing-masing...Jika ada lagi sumbangan, lebih ramai lagi akan dapat merasai nikmat sumbangan itu.
ISA lebih kejam dari sembelih ahli keluarga??
"Mahkamah Tinggi Seremban mendapati Rashidi Ismail 34 terlepas dari tali gantung setelah menyembeleh Datuk, nenek, bapa dan adik perempuannya...." Walaupun dah terbukti menyembelih 4 orang ahli keluarganya namun beliau masih didapati tidak bersalah ketika melakukan perbuatan itu kerana ketika itu beliau disahkan oleh pakar, sebagai "tidak siuman".itulah untungnya jika kesnya dibicarakan, ternyata, bahan bukti yang dikeluarkan oleh doktor pakar, telah menyelamatkan beliau....
Samsul Hamidi yang ditahan dibawah ISA pada 1 Ramadhan@11 Ogos lalu masih dikurung di salah sebuah Police Remand Center di Kuala Lumpur.
Apakah dosa dan kesalah beliau?
Tiada siapa yang tahu nasib beliau kerana ISA tidak memperuntukkan wang jaminan Orang Kena Tahan .ISA tidak benarkan pertemuan dengan peguambela.ISA tidak perlu bukti untuk menahan dan mendakwa seseorang.ISA tidak perlu hakim untuk mendengar perbicaraan....tanpa sebarang proses mahkamah dalam ISA.
Samsul merengkok keseorangan siang dan malam dalam sebuah sel kecil yang dikunci dan di mangga dari luar.....Hanya lubang udara di celah batu meloloskan oksijen yang menjadi penyambung nyawa bagi beliau....Di sel yang sunyi itu, tiada radio,tiada tv tiada langsung suasana menyambut Aidilfitri. Malahan, yang mengisi kekosongan ketika itu hanyalah rasa tidak pasti,ketakutan, tidak tentu arah dan resah yang berpanjangan.Hanya Allah yang menjadi peneman setia beliau di tempat yang sempit,busuk dan gelap itu!!!
Rashidi Ismail jauh lebih beruntung dari Samsul Hamidi kerana beliau mendapat pembelaan dimahkamah. Apa akan berlaku pada Samsul? Besar kemungkinan, beliau akan dihantar ke Kem Kamunting dan menjalani kehidupan sebagai banduan selama 2 tahun disana....
Bilakah pemimpin UMNO akan berhenti dari meneruskan amalan zalim ini?
Muliakah tindakan Menteri Dalam Negeri di akhir Ramadhan ini??
( Adik K, 1 tahun 8 bulan , amat merindui bapanya yang baru ditahan pada 11 Ogos bersamaan 1 Ramadhan 2010.Bapa K masih berada di salah sebuah PRC di Kuala Lumpur.Beliau kelihatan begitu selesa berada di dokongan Pak Cik M.Sah, yang juga seorang bekas tahanan ISA selama 7 tahun.)
"Anak saya bertanya.... mana ayah?"
Bebas juga akhirnya......
"Tahanan ISA paling lama, Samsuddin Sulaiman telah bebas" sms itu ku kongsikan dengan suamiku, juga seorang bekas tahanan ISA yang ditangkap di malam yang sama dengan Samsudin.Suamiku telah dibebaskan pada bulan yang sama ,menjelang Aidilfitri ,tahun lepas.Samsudin telah dikurung tanpa bicara sela 8 tahun 5 bulan di Kem Kamunting.
"Aku takut sangat......, jika dah dibebaskan nanti, anak-anak pun tak kenal dan tak mau terima aku"demikian pernah diluahkan oleh Samsudin kepada suamiku, beberapa hari sebelum suamiku dibebaskan tahun lepas.
Akhirnya....Sudin bebas juga.
Sebelum ini, ketua Special Branch(SB) Malayasia dengan sombongnya mengatakan bahawa Samsudin sukar untuk dibebaskan kerana beliau masih mengancam keselamatan negara.Agaknya ketua SB tu lupa Allah lebih berkuasa dari beliau....
Walaupun dikatakan sudah bebas, sebenarnya Samsudin masih dalam sekatan polis ditempat yang terhad.Moga beliau lebih bersabar memasuki fasa kehidupan baru sebagai bekas tahanan ISA......