Speaker Perak dan MB Nizar mengancam keselamatan negara?

| | 12 ulasan

Pakatan Rakyat di Perak memang unik. Dalam 28 ADUN, ada Melayu, Cina dan India. Namun yang lebih unik ialah, semua mereka mempunyai aspirasi dan keinginan yang sama.Semuanya ingin memperjuangkan mandat yang telah diberikan oleh rakyat Perak pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Dan kini, mereka berhempas pulas untuk mengembalikan semula aspirasi rakyat yang dicabuli oleh BN, supaya DUN di bubarkan, dan rakyat Perak boleh membuat pemilihan semula, pemimpin yang mereka suka melalui proses pilihanraya.

Cuaca panas tidak menjadi halangan bagi Speaker menjalankan tugas beliau.Walaupun dari kalangan BN ada yang mengatakan tindakan Speaker dan DUN Perak ini kurang bertamadun, namun, semua itu tidak akan berlaku sekiranya BN lebih berperikemanusiaan ,waras fikiran dan menghormati hak rakyat Perak.Rakyat Perak amat bertuah kerana mereka bukan saja mendapat MB yang berperinsip seperti MB Nizar, malahan juga dalam pasukan 28 ADUN itu, ada ramai ADUN muda yang berani, tabah, berprinsip dan tidak gentar dengan sebarang ancaman pihak lawan.Lihat saja pada kesungguhan dan keberanian ADUN Teja dan Canning yang membawa dua usul semalam iaitu meyokong penuh MB Nizar sebagai Menteri Besar yang sah dan membubarkan DUN Perak supaya pilihanraya segera diadakan .Jika kemelut politik ini berterusan, urusan ekonomi dan kehidupan rakyat Perak juga turut terjejas.
Usaha mengembalikan hak rakyat Perak yang dilakukan oleh MB dan Speaker adalah mematuhi prinsip demokrasi iaitu melalui proses perundangan dan perlembagaan .Namun kini, segala tindakan yang dilakukan oleh Speaker dan MB Nizar ini , di simpulkan oleh BN sebagai sesuatu yang" mengancam keselamatan negara".
Walaupun jelas krisis politik Perak ini dimulai dan didalangi oleh BN, dalam keadaan sekarang ini, BN amat terdesak untuk menggunakan ISA terhadap MB dan semua ADUNnya. BN sedang mencari sebab/alasan terbaik untuk menjustifikasi penggunaan akta ISA itu keatas MB , speaker dan semua yang terlibat.
Kita tunggu dan lihat .....

Read More !

Rakyat Malaysia makin sayang pada Kerajaan Nizar di Perak.

| | 10 ulasan

Hari ini, satu sejarah telah tercipta bahawa satu Sidang DUN telah diadakan di bawah pokok di tempat letak kereta, di Negeri Perak Darul Ridzuan.Berikutan tindakan polis yang tidak membenarkan semua EXCO sah menggunakan dewan DUN, maka akhirnya mesyuarat DUN tetap diadakan juga, demi memenuhi aspirasi dan kemahuan rakyat Perak.

Sebenarnya peristiwa "persidangan dibawah pokok ini" tidak merugikan MB Nizar dan pasukannya, malahan lebih menarik simpati rakyat terhadap kesungguhan mereka mempertahankan kerajaan sah Pakatan Rakyat di Perak. Syabbas pada MB Nizar dan semua EXCO yang terlibat.

Inilah kezaliman yang amat nyata dari BN.Jika sebelum ini, rakyat baru mengetahui bahawa ISA adalah zalim, maka hari ini, selain ISA, UMNO/BN juga mempergunakan apa saja termasuk mengunci sebuah bangunan lantas menyerlahkan pada rakyat bahawa kezaliman dan kejahatan mereka memang tanpa batas kemanusiaan!!!

"Raja adil raja di sembah, Raja zalim raja di sanggah"....rakyat sedang menjadi hakim, menyaksikan apakah ada suara atau tindakan murni dari istana yang boleh menyelesaikan krisis yang sedang berlaku sekarang?Apakah tindakan Sultan untuk menyelamatkan rakyat Perak dari kemelut politik yang sedang mengganas kini?

Hidup kerajaan MB Nizar, salah satu negeri yang telah meluluskan usul mansuh ISA di sidang DUN tahun 2008!!!

Read More !

Jatuh bangun adalah lumrah dalam perjuangan.

| | 4 ulasan

"Its okay for you to cry, Laila" nasihat YB Fuziah Saleh@ Kak Ji pada saya."Kak Ji seorang kaunselor, seorang wanita, ibu dan isteri.....I understand your situation so much.Kita juga orang berjuang, cabaran dan dugaan kita hampir serupa...." panjang lebar bicara kami berdua ketika memakai tudung di bilik Solat di Sri Mentaloon, tempat berlangsungnya acara "Talk Show" di Konvensyen Wanita PKR 2009.Selain saya dan YB Fuziah, turut terlibat ialah Cg Bard dan YB Gan Pei Nei, ADUN paling muda dari Selangor.Beberapa jam sebelum berlangsungnya "talk show " itulah saya telah di uji Allah dengan peristiwa tayar meletup yang saya coretkan dalam tajuk "Nurul oh Nurul" di blog ini.Walaupun dada masih berdebar dan semangat agak kurang sedikit, namun ianya tidak mengurangkan sedikitpun semua fakta-fakta kezaliman ISA yang dilemparkan oleh pihak berkuasa dalam kehidupan saya sekeluarga.Airmata ini tidak pernah kenal erti kering.Walaupun sepanjang jalan dari Sg Bakap ke Alor Setar air mata merembesi pipi , namun bila mengenang dan menyebut kembali kejahatan ISA keatas kami sekeluarga, saya gagal mengawal air yang sudah lama bergenang di kelopak mata ini.

Menjelang Maghrib, saya tiba di rumah. Permusafiran dari Kedah ke Keramat, memang amat meletihkan. Lebih penat lagi kerana saya dan teman perjalanan, Nurul masih fobia dengan kejadian "tayar meletup" sehari sebelumnya.Sebaik tiba dirumah, anak bujang saya pula mengadu betapa sunyinya beliau sepanjang dua hari ketiadaan saya...
Saya teringat beberapa petua menghadapi remaja yang diperolehi dari Puan Azlina,seorang Kaunselor dan juga teman rapat kami (saya dan Suhaib) yang kini menetap di Doha.Mangsa ISA seperti saya dan Suhaib, tidak lah mempunyai masaalah mental... namun ada ketikanya, perasaan geram dan marah terlalu mengganggu emosi kami. Selalunya perbincangan dengan kaunselor akan mengurangkan sedikit tekanan perasaan yang kami hadapi....


"I masih trauma dengan peristiwa tayar meletup on the way from K.L to Kedah kelmarin.Each time I close my eyes, masih terasa lagi gerakan kereta tanpa kawalan... last nite, I mimpi tidor atas susunan tayar, thats why I feel the whole body aching..... I cried at the same time bersyukur Allah jaga kami dari sebarang kejadian yang lebih buruk lagi.." begitulah lebihkurang bunyi sms yang saya hantar pada Nashita dan beberapa orang teman yang agak rapat. Saya hanya ingin melupuskan perasaan tidak selesa yang masih menyelubungi fikiran kerana setiap kali saya memandang tayar kereta, hati ini akan berdebar!!
Nashita dan kak Jije(isteri Yb Pak Abu, ADUN Hulu Kelang)adalah orang yang sentiasa dalam perjuangan. Mereka mempunyai pengalaman luas dalam isu-isu yang melibatkan keluarga tahanan ISA dan saya amat selesa bersama mereka....
Jatuh bangun adalah perkara biasa dalam mendaki bukit perjuangan yang penuh dengan onak dan duri.Dipisahkan dari suami yang sah tujuh tahun, di hina oleh orang-orang yang tidak faham dengan ISA, dituduh melawan kerajaan walaupun segala tindakan hanya menuntut hak sebagai rakyat, ditahan polis kerana dikatakan menyertai himpunan haram ...semuanya adalah cabaran yang terpaksa dihadapi tanpa sebarang pilihan.Peristiwa kemalangan kecil itu melengkapkan perjalanan tersebut.
Ini adalah pilihan yang saya lakukan bersandarkan kefahaman dan keyakinan bahawa kita adalah insan yang Allah cipta, bernyawa ,dilengkapi dengan akal dan perasaan, namun segala-galanya tidak diberi secara percuma. Ada tugasan yang mesti dilaksanakan.....Saya tidak dapat lari dari kenyataan tersebut kerana di Mahkamah Allah nanti, segala nya perlu disediakan jawapan.Doa yang sentiasa di panjatkan ke hadrat Illahi moga saya di anugerahkan kesabaran yang lebih, dipermudahkan segala urusan dan kekejaman ISA ini akan segera tiba ke penghujungnya...


Read More !

Nurul oh Nurul .....

| | 2 ulasan


"Ya Allah... Nurul, kenapa kereta ni?" saya melihat Nurul berusaha mengawal steering kereta yang dipandunya, ke tepi lebuh raya.Berkerut kening Nurul yang sedang memberi sepenuh perhatian pada kereta yang dipandu pada kelajuan lebih 100/km, terhoyong hayang sebentar tadi. Ketika kereta hilang kawalan, tiada sebarang kenderaan lain di hadapan atau belakang kami dan akhirnya kereta berjaya dihentikan di ruang berumput yang agak lebar bersebelahan dengan longkang besar lebuhraya dikawasan Sg Bakap...Alhamdulillah...

Kami berdua terhidu bau asap yang kuat. Sebaik saja keluar, saya terperanjat yang amat sangat melihat kereta senget dan tayar belakang sebelah kiri, tinggal rim saja. Getah hitam disekeliling rim dah hancur dan terbang entah dimana!!!! Kami berdua terdiam buat seketika . "Kita nak buat apa Cikgu?" pertanyaan Nurul membuat saya tersentak dan mula berfikir. Saya cuba hubungi Plus, tetapi tiada jawapan. Sementara Nurul mengeluarkan tayar "spare' di boot, saya menahan beberapa kenderaan yang lalu.

Alhamdulillah, seorang pemuda yang menaiki motorsikal berhenti dan membantu menukarkan tayar kereta kami yang dah hancur itu....Ketika itu hampir jam 12 tengahari dan dikiri kanan kami tiada sebarang tempat kediaman manusia, yang ada hanyalah rimbunan pokok yang menghijau.Pemuda tersebut mencadangkan saya singgah di pekan untuk menukar tayar "spare" dan menggantikan dengan yang baru (tayar spare saiznya kecil sikit).

Sepanjang jalan dari tempat kejadian (di Sg Bakap) hinggalah ke Sri Mentaloon, kediaman MB Kedah tempat Konvensyen Wanita PKR berlangsung , saya masih rasa berdebar dan longlai... (Half of my soul left me!!!)Nurul juga mendiamkan diri saja.Kami berdua masih terperanjat dengan kejadian itu.Jika diawal pagi tadi ketika bertolak dari Jalan Duta kami berdua sangat ceria dan saya memandu kereta agak laju dari biasa, namun bila teringat tayar yang hancur itu...... saya minta Nurul pandu perlahan saja.
"Allah jaga kita Nurul.... syukur kita selamat. I cant imagine if anything bad happened on us, especially u....how am I going to explain to your mum??" air mata ini turun lebih laju lagi.....
Sebelum pulang ke Kuala Lumpurkeesokan harinya, tayar kereta "spare" di tukar dengan yang baru. Kami berdua yang masih fobia dengan peristiwa tayar meletup itu, hanya memandu sekitar 70 - 90km/j, jauh lebih perlahan dari kebiasaan pemanduan kami....

Setiap kali melihat wajah Nurul, saya teringat kembali semasa PRU 12, ketika menghadiri salah satu program msayarakat bagi calun ADUN Hulu Kelang, saya bertemu dengan Puan Jannah, ibu Nurul , seorang peguam terkenal.Beliau amat memahami perjuangan saya dan bertanya apakah yang dapat beliau bantu untuk memudahkan urusan . Ketika itu, saya memang amat perlukan seorang pembantu untuk mengedarkan risalah anti-ISA terbitan GMI ke beberapa lokasi di seluruh Malaysia.Saya juga terpaksa memenuhi pelbagai jemputan ceramah di kawasan ADUN dan Ahli Parlimen di beberapa kawasan di Kedah, Kepala Batas dan sekitar Lembah Kelang.Saya perlukan teman untuk tujuan tersebut. Kak Jannah dengan sukarela "menginfakkan" Nurul yang ketika itu sedang menghabiskan cuti semester, untuk menemani saya.

Mulanya untuk sementara saja kerana Nurul terpaksa membereskan ACCA nya ,namun ketika GMI melancarkan Kempen 6 tahun ISA beliau sudi menjadi setiausaha team kami. Tanpa disedari, Nurul telah bersama saya dan GMI hampir setahun!!!!
Nurul sebagai salah seorang petugas booth GMI bersama wartawan Harakah di Muktamar PAS di Ipoh.

Membantu kami dari Pusat Sokongan Keluarga GMI ketika pelancaran buku Dunia Tanpa Suami 2 di Shah Alam.


Menemani saya berkempen untuk Senator Zamri di Naka dan Lubuk Merbau, di DUN Pedu. Bersama Ketua Wanita PKR Kedah, Kak Ma.



Nurul bersama team GMI bertemu Dato Seri Wan Azizah di pejabat beliau.Ketika itu Kak Wan baru dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.




I dont have a daughter and how I wish you re my "real flesh and blood" ...

Itulah antara coretan kenangan pahit yang saya dan Nurul alami ketika kami melaksanakan kempen anti-ISA.Nurul adalah salah seorang dari beribu-ribu pelajar yang pernah menjadi pelajar saya.Saya amat bersyukur kepada Allah, sebelum bertemu Nurul, ada ramai lagi bekas pelajar saya yang telah menyumbangkan tenaga mereka untuk menjayakan kempen anti-ISA ini...


InsyaAllah, akan di kongsikan kisah kempen anti-ISA saya bersama mereka yang lain.....





Read More !

ISA BERSIFAT ZALIM BUKAN PEMULIHAN.

| | 6 ulasan

ISA Bersifat Zalim Bukan Pemulihan
24 Februari 2009

1. Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam Forum Bicara Tokoh seperti yang dilaporkan dalam beberapa akhbar bertarikh 24 Februari 2009 bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan satu pendekatan pemulihan akhlak dan bukan berbentuk hukuman adalah satu kenyataan bohong.

2. Manakala luahan oleh dua orang bekas tahanan ISA iaitu Zabidi Mohamad, bekas Ahli Arqam dan Faiz Abu Bakar Bafana seorang ahli Jemaah Islamiyyah dalam majlis yang sama lebih merupakan luahan akibat daripada ‘brainwash’ dan tekanan yang berterusan oleh anggota Cawangan Khas untuk meyakinkan mereka bahawa sifat ‘pemulihan’ ISA lebih ringan di banding hukuman di bawah undang-undang lain. Ia juga untuk meyakinkan mereka bahawa mereka telah melakukan kesilapan yang besar dan diberikan peluang kembali ke pangkal jalan. Dalam konteks ini, soalan paling asas yang perlu ditanya ialah apakah kesalahan mereka dan apakah bukti mereka melakukan kesalahan tersebut? Apakah benar pengakuan mereka selepas didesak dan didera berhari-hari?

ISA Mencabul Hak Asasi dan Menghukum Tanpa Bicara

3. Apakah membelasah tahanan separuh mati dan memenjarakan mereka sehingga bertahun-tahun lamanya tanpa perbicaraan dan tanpa bukti termasuk dalam pendekatan pemulihan akhlak? Apakah menyoal siasat mereka selama berhari-hari tanpa tidur yang mencukupi sebahagian daripada pemulihan? Apakah mendesak mereka membuat kenyataan dan pengakuan palsu juga kaedah pemulihan akhlak? Apakah memisahkan isteri dan anak-anak dari mereka serta memecahbelahkan rumah tangga termasuk dalam tafsir pemulihan akhlak? Apakah kemasukan anak-anak mereka ke dalam wad psikiatri akibat sakit jiwa bukan satu penganiayaan? Apakah ini juga sebahagian daripada pendekatan pemulihan akhlak? Sila nafikan jika perkara ini semua tidak berlaku di bawah ISA.

4. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berkali-kali menegaskan bahawa ISA adalah satu akta yang membenarkan penahanan tanpa had dan tanpa sebarang perbicaraan. Ia bukan saja mencabul hak asasi mangsanya, tetapi turut menganiaya ke semua pihak yang ada pertalian keluarga dengan mangsa tersebut.

5. GMI tetap berpegang kepada prinsip asas deklarasi hak asasi manusia sejagat bahawa sesiapa saja yang ditahan atau dituduh bersalah mestilah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan di hadapan hakim yang berwibawa dan disertakan bukti-bukti kukuh yang boleh menyokong pertuduhan tersebut.


Kuasa mutlak dan kabur ISA

6. Sejak ISA diperkenalkan pada tahun 1960 dan setelah melalui pelbagai proses pindaan, namun ia masih tetap mengekalkan ciri utama iaitu tahan tanpa bicara dan pemberian kuasa yang mutlak kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan, menghukum, melanjutkan atau membebaskan mangsa ISA. Contohnya dalam kes penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng pada September 2008. Beliau ditahan di bawah ISA kerana Menteri Dalam Negeri ingin menjaga keselamatan beliau. Begitu juga dengan kes Raja Petra Kamaruddin dan Teresa Kok yang diselubungi misteri akan sebab musabab mereka ditahan ISA. Aktivis reformasi ditahan pada tahun 2001 dengan tuduhan yang sangat berat iaitu mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan dengan menggunakan bahan letupan, molotov cocktail dan pelancar roket! Sehingga ke hari ini, bukti tersebut tidak pernah dikemukakan.

7. GMI juga mengambil berat pelbagai kes penyeksaan yang diadu oleh tahanan ISA ketika menjalani siasatan 60 hari pertama di bawah Seksyen 73 dalam Pusat Tahanan Reman Polis. Tahanan mendakwa mereka dibogelkan, dipukul dengan objek keras, diberi makanan yang sudah basi dan bermacam-macam lagi seperti yang dilaporkan dalam kes perbicaraan saman Malek Hussin yang telah memenangi kesnya di mahkamah pada tahun 2007.

8. Tahanan ISA masih terpaksa melalui proses penyiasatan yang dilakukan oleh polis ketika dihantar untuk menjalani apa yang dikatakan proses pemulihan selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting (Kemta). Contohnya bekas tahanan ISA Sanjeev Kumar yang ditahan pada awal tahun 2008 telah lumpuh beberapa bulan beliau dihantar ke Kemta. Setakat ini, ada tahanan ISA yang telah ditahan tanpa pernah dibawa ke mahkamah melebihi 7 tahun lamanya. Dr Abdullah bin Daud, seorang bekas pensyarah di sebuah universiti tempatan, telah ditahan sejak Disember 2001 hingga kini. Bagaimanakah nasib anak-isteri yang ditinggalkan oleh beliau?

ISA Menganiaya Tahanan dan Keluarga

9. Kenyataan ini tidak lengkap jika tidak disertakan dengan pelbagai kisah kesukaran ibubapa, isteri dan anak-anak mangsa ISA. Isteri terpaksa menggalas tugas sebagai ibu dan bapa pada anak-anak. Selain terpaksa bekerja untuk mencari rezeki bagi keluarga, isteri terpaksa bermusafir beratus kilometer dari tempat kediaman mereka ke Kemta untuk bertemu suami. Isteri juga menghadapi pelbagai gangguan mental dan fizikal daripada polis cawangan khas (Special Branch) yang dibayar khas untuk memastikan mangsa ISA dan keluarga mereka akan berdiam diri dan menyembunyikan segala pengalaman buruk mereka sebagai mangsa ISA.

10. GMI juga telah dimaklumkan terdapat empat orang tahanan ISA yang telah bercerai dengan isteri masing-masing ketika mereka masih dalam tahanan. Bukan setakat perceraian, ada anak-anak tahanan ISA yang telah disahkan menghadapi masalah mental dan masih mendapatkan rawatan psikiatri disebabkan tidak mendapat bimbingan dan kasih sayang daripada seorang bapa dalam jangkamasa yang terlalu lama.

11. GMI ingin mengulangi bahawa SUHAKAM, sebuah badan hak asasi kerajaan yang ditubuhkan khas untuk menjaga hak asasi rakyat Malaysia, telah mengesyorkan sejak 2003 lagi supaya ISA dimansuhkan dengan segera kerana penggunaannya telah terbukti mencabul hak asasi manusia dan lebih memudaratkan dari membawa kebaikan kepada mangsanya.

ISA Zalim dan Kejam

12. Berdasarkan fakta di atas, GMI berpendirian bahawa penggunaan ISA lebih banyak mendatangkan mudarat dan penyeksaan kepada orang yang dijadikan mangsanya berbandingkan dengan propaganda bahawa akta itu adalah untuk tujuan pencegahan dan pemulihan semata-mata. Tan Sri Ismail Omar perlu menyemak faktanya dan dua bekas tahanan itu perlu memberikan pendapat seadilnya berdasarkan fakta yang lebih lengkap.

13. Kesimpulannya, ISA bersifat sangat zalim dan kejam. Kepentingan rakyat dan negara amat penting dijaga tetapi bukan dengan jalan menyeksa, menganiaya dan mencabul hak asasi manusia dengan memenjarakan sesiapa sahaja tanpa bicara. Langkah pencegahan mesti berjalan seiring dengan usaha untuk menegakkan keadilan, kebenaran dan ketelusan.

14. Sebagai orang Islam, kita diingatkan akan ayat-ayat Qur’an dalam Surah An-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat”.

15. Kezaliman akta ISA bukan saja ditolak oleh Islam, tetapi juga oleh semua agama yang ada di Malaysia . Justeru, GMI masih dengan pendirian bahawa ISA mesti dimansuhkan dan Kem Kamunting perlu segera ditutup.

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta!

Read More !

Selamatkan Perak, tutup Kem Kamunting.Malaysiakini

| | 1 ulasan

Sebaik saja kes di Putrajaya selesai, kami bergegas makan tengahari di Keramat dan sebelah petangnya terus ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta.Kami ingin memberi sokongan pada dua orang peguam hebat GMI iaitu Edmund dan Amer Hamzah (rambut panjang).Lebih mengujakan bila saya mendapat sms dari Amer berbunyi " Nizar akan datang ke court prtang ni..". Ketika kami sampai, mahkamah telah penuh. Kami tidak dibenarkan masuk oleh polis yang berdiri di pintu Mahkamah.

Pada mulanya kami sangka mereka ni " SB", tetapi setelah diambil gambar mereka kelihatan bersahaja, saya memberanikan diri bertanya siapakah mereka berempat ini."Kami dari DUN Pasir panjang, tempat YB Nizar...." jelas salah seorang dari mereka. Ohhhh!!!! hebatnya sokongan orang Perak pada MB mereka yang sah."Saya pun sekarang dah jadi orang Perak" kata saya sambil tersenyum."Kami semua pun jadi orang Perak" jerit wartwan dan jurugambar media dari TV Antara, Tv PAS, wartawan The Edge, wartwan Harakah dan beberapa orang bloggers di belakang saya. Ya... kami semua sokong MB Nizar berjuang mendapatkan hak orang Perak.

Penat juga berdiri di beranda mahkamah. Suasana agak bising kerana wartawan dan jurugambar juga sedang bersembang untuk menghilangkan keletihan masing-masing."Lih Kang!!! " Jerit saya dan Nashita serentak. Lupa sekejap beliau sepatutnya di panggil sebagai YB Lih Kang.
Handsome juga adik kami ni bila berpakaian lengkap seperti itu." Kak Nash, you hebat lah" YB Lih Kang memuji keberanian Nashita merempuh FRU dan dia(YB) menyaksikan peristiwa itu di stesen Al Jazeera!!!Hmmmm!!!! jealous juga saya mendengarnya......Lih Kang adalah bekas koordinator SUARAM dan bekas sekretariat GMI.... dan kemesraan beliau bersama kami tidak pernah luntur walaupun bergelar YB!!!Dimana saja kami berada, kami tetap memakai lencana ISA sebagai tanda protes yang berterusan terhadap akta zalim ini.


YB Nizar, MB Perak yang sah ni memang ramai peminat. Sebaik saja keluar dari bilik Mahkamah, beliau bagaikan seorang artis terkenal, diserbu oleh wartawan dan pastinya dikejar oleh puluhan jurugambar.Semuanya ingin mendapatkan komen serta gambar beliau untuk disiarkan atau (dikutuk) oleh stesen tv masing-masing.Namun , satu pemandangan yang sukar dilupakan, YB Nizar sanggup mengeluarkan separuh tubuh beliau dari kereta yang sedang bergerak , semata-mata ingin membalas lambaian orang ramai( kakitangan mahkamah dan peminat beliau) yang menunggu di lobi utama mahkamah. YB Nizar memang amat "sporting" dan istimewa....
Maklumat lebih lanjut mengenai kes saman YB Nizar ini boleh di rujuk di berita utama Malaysiakini.



Read More !

RPK, Malaysia Needs You!! Malaysiakini.

| | 2 ulasan

I was at the Palace of Justice, Putrajaya to give support to RPK's case yesterday.Nashita and me arrived a bit late.... but managed to give some poses with No To ISA red muffler to few reporters. Through the angles of my Chinese eyes, I could feel smiling eyes flashing at me....I looked at them and say "hi" ...Ohhhh!!!! most of them were regular participants at MBPJ weekly Vigils...no wonder their faces were so familiar...

Alhamdulillah... I got the chance to snap some photos with Malik Imtiaz Sarwar(picture below), one of RPK's lawyer to defend him in this case.(Further info please check at delCapo and Shanghaifish blogs)Lets look at the beautiful wording in banners (below) 'STAY ALIVE MALAYSIA NEEDS YOU' and "IT AINT OVER TILL ITS OVER" from anak Bangsa Malaysia..... I'm one of them... he he he....Yeah! Its very true!!!(more news please refer to Malaysiakini news or delCapo )

As I was listening to the conversation of blogger delCapo, Arif and Mila, suddenly we saw glimps of DS Wan Azizah.
"Kak Wan!!! " saya melambaikan tangan pada wanita besi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Seeing at our non-stop waving hands, Kak Wan approached us. We hugged , Kak Wan asked how's my life going on and later took some photos...


Its so sweet to have this memorable photo with ex Ketua Pembangkang in Parliament!!! My wristwatch showed half past twelve , we pomised Lawyer Amer Hamzah to give our support to Perak's case in Jalan Duta. Nashita and me were heading to my place in Taman Keramat.... Bye....



Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]