Abd Malik Hussin yang pernah ditahan dibawah ISA selama 58 hari, telah bertindak membawa kes beliau ke mahkamah. Selama 58 hari beliau berada dalam kuasa polis Seksyen 73 ISA dimana ketika itu, nyawa tahanan adalah dalam tangan polis. Beliau bukan saja disoal-siasat, tetapi juga didera dengan berbagai perkara yang tidak sepatutnya dilakukan keatas seorang manusia.
Antaranya:
1- Dubur beliau dijolok dengan batang mop secara serius hingga berdarah
2- Di maki hamun setiap hari
Pada bulan Oktober 2007 Malik telah memenangi kes saman itu. Mahkamah Tinggi K.L telah memutuskan kerajaan membayar ganti rugi kepada beliau dengan nilai sebanyak RM2.5 juta. Puan Mala(berbaju cerah) ialah isteri pada bekas tahanan ISA Sanjeev Kumar. Ketika gambar ini diambil, Sanjev belum dibebaskan. Beliau telah disahkan lumpuh, selepas lima bulan ditahan dibawah ISA.
Doktor telah mengesahkan perkara itu. Pada hari pertama ditahan dibawah ISA , beliau adalah seorang yang sihat. Namun ketika berada di Kem, beliau telah lumpuh dan terpaksa bergerak diatas kerusi roda.Seorang doktor pakar yang merawat beliau telah memberi maklumat mengenai kes Sanjeve kepada salah seorang pesuruhjaya SUHAKAM, yang berusaha menyiasat kejadian itu .GMI telah diberitahu oleh pesuruhjaya tersebut bahawa Sanjeve telah menjadi lumpuh kerana terlalu tertekan dan takut dengan "beberapa peristiwa".Perasaan takut dan tekanan yang amat serius itu telah menyebabkan saraf beliau tidak dapat berfungsi.
Sanjeve telah dibebaskan tahun lepas dan enam bulan setelah dibebaskan, beliau baru dapat bergerak dan belajar berjalan seperti biasa.
Apakah peristiwa tersebut? Hanya Sanjeve yang merasai dan mengetahui nya kerana kes beliau tidak di dedahkan di Mahkamah.....
Mereka juga bukti keganasan polis SB!
Apa pesanan mereka?
Suhaib bersama YB Saari Sungib, bekas tahanan ISA 2 kali.
YB Saari Sungib adalah satu-satunya tahanan ISA yang telah berjaya menulis 8 buah buku ketika beliau ditahan di Kem Kamunting (2001-2003).Sebaik sja dibebaskan, beliau telah mengadakan roadshow ceramah anti-ISA dengan tujuan untuk mendidik rakyat supaya faham tentang akta drakonian itu.
Pesanan beliau yang paling penting dan popular yang wajib diikuti oleh semua rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman ISA ialah:
1-janganpercaya pada polis SB
2-jangan percaya pada polis SB
3-jangan percaya pada polis SB
Pada bulan June tahun 2003, bapaku sakit tenat. Aku berusaha membawa Abah Suhaib@Mat Sah pulang ke kampungku di Sabak Bernam untuk menziarahi bapa yang sedang sakit.Setelah berurusan dengan balai polis Sg Besar, akhirnya Mat Sah dihantar pulang.
Mat Sah tiba dengan sebuah van kemta di iringi hampir sepuluh angota polis beruniform dan tidak beruniform..Ketika rombongan itu tiba dihalaman rumah, Mat Sah keluar dari van dengan kedua-dua tangannya bergari kehadapan.Semua adik-beradikku menangis melihat keadaan itu dan aku merayu supaya gari tersebut ditanggalkan.
Rumah bapaku ialah sebuah rumah kampung bertiang tinggi dengan beberapa mata anak tangga.Mat Sah naik ke rumah untuk berada disisi bapaku (ketika itu masih hidup).Semua polis dan SB yang mengiringi beliau berada dibawah .Mereka tidak ikut naik keatas.Emak dan adik beradik ku semuanya sibuk menyuruh mereka naik dan sama-sama menjamah pelbagai hidangan yang dimasak oleh adik-adikku.
Tiba-tiba Mat Sah berbisik padaku....
"Tak payah jemput mereka (warden Kem, polis dan SB) naik keatas rumah. Biar saja mereka dibawah.Mereka tidak layak untuk diraikan sebagai tetamu.Mereka bukan manusia...." itu saja yang disampaikan.
Aku terkedu dan terus terdiam.........Kenapa Mat Sah berpesan sedemikian padahal, sebelum ditahan dibawah ISA, beliau adalah seorang yang amat meraikan dan menghormati tetamu. Kenapa tiba-tiba sikapnya berubah?Aku mengagak, ada satu pengalaman buruk yang pernah dilalui oleh Mat Sah ketika beliau berada dalam tahanan polis. Apakah pengalaman itu yang menyebabkan beliau sanggup berkata "mereka bukan manusia"....Bagaimanakah sikap "mereka" terhadap tahanan ISA?
Akan disambung...
Lets hear from the lawyers....
Share
Friday, August 7, 2009 at 2:29pm
On Thursday evening, there was a briefing held for volunteer lawyers sitting on the Kuala Lumpur Legal Aid Centre Urgent Arrest Team to provide legal assistance in case of arrests which would result from the anti-ISA peaceful assembly which was scheduled to be held on 1 August 2009 at 2.00pm. Every one had a feeling there were going to be massive arrests on August 1. We decided to document details of the arrests and only after the event ended we would be at the respective police stations to render legal assistance. Every one was all prepared, the list of lawyers’ contact numbers and case laws to be used for purposes of remand hearing.As early as 9 am in the morning I had been receiving messages after messages confirming arrests. I just couldn’t help waiting no more that I decided to go to the Legal Aid Centre at Masjid Jame’ to join my fellow comrades who were already there. We prepared a long list of names and details of those who got arrested. A few of my comrades and I took turn to go to ground zero to monitor the situation.
Nowhere in the world there is a rule that says Police can beat you up whilst discharging their statutory duties. Police brutality is a crime.Refer : United Nation Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment.
Right to Legal Representation Refer : Article 5(3) of the Federal Constitution and Section 28A(2) to (7) of the Criminal Procedure Code.When all the urgent arrest lawyers were still at the centre collecting all details of arrests, we managed to talk to the arrested persons on the phone. We advised them that they had to inform the Police that they needed to see their lawyers. We also advised them not to sign any statements until they see their lawyers. One man was on the phone with me. He told me that all of them were forced to give statements even though they have informed that they needed to see the lawyers first. While he was still on the phone, I demanded to talk to the I.O, he passed the phone to one police officer, his name was Roslan. I told him, I need to see my client and he has the right to see me before doing anything. He stopped talking to me but I can still hear on the phone he said to my client “why are you calling your lawyer?? I trust you and now you go tell your lawyer??”. This is nothing but a deliberate act of intimidation aiming at preventing them from seeing their lawyers. Forced to give statement? Section 112 of the CPC gives the right to silence. Any suspected persons have the right not to say a word to the Police. Which part of the section needs interpretation?
Nowhere in the world there is a rule that says the Police can lie as much as they want.Refer : Your conscience, religious teachings.It’s common to hear people say “Lawyers are liars”. Those who classify themselves as “us” would go further quoting "the first thing we do, let's kill all the lawyers." This phrase is from Shakespeare's Henry VI and the best part is, they forget to mention that this phrase was uttered by the villain. If you ask me what is my take on people who lie, I would say any single human being is capable of lying. The difference between a 7 year old kid who lies about his examination result and someone who is entrusted to carry out public duty is strikingly obvious.
“To take statement from the suspect and to obtain further information are not valid grounds to justify remand order” .
1) DASTHIGEER MOHAMED ISMAIL v. KERAJAAN MALAYSIA & ANORHIGH COURT MALAYA, KUALA LUMPUR,ABDUL WAHAB PATAIL J,[CRIMINAL APPLICATION NO: 44-6-99]4 MARCH 19992)IN RE MOHAMAD EZAM MOHD NOR, HIGH COURT MALAYA, KUALA LUMPUR, ABDUL WAHAB PATAIL J, [CRIMINAL TRIAL NO: 43-12-2001],10 APRIL 20013)SAUL HAMID PAKIR MOHAMED v.PUBLIC PROSECUTORHIGH COURT MALAYA, PENANG,EDGAR JOSEPH JR J [CRIMINAL REVISION NO. 53-8-87] 4 JUNE 19874)IN RE SYED MOHAMMAD SYED ISA & ORS HIGH COURT MALAYA, KUALA LUMPUR, ABDUL WAHAB PATAIL J,[CRIMINAL REVISION NOS: 43-03-2001, 43-05-2001, 43-06-2001& 43-07-2001]
To explain the above law on remand in a simpler term, when someone is arrested, the police may only detain that person up to 24 hours for investigation. The duty of the police is to complete investigation within 24 hours and to release the person as soon as possible. If the police cannot complete investigation within 24 hours, the police must bring the person before a magistrate for a remand order to extend his detention beyond 24 hours.For the police to ask for remand order, they have to specify the grounds of the application, not the purpose of the application (as decided in the case of Saul Hamid). The onus is upon the applicant (the police) for an order for remand to satisfy the magistrate that an order to remand the suspect is necessary (as decided in the case of In Re Syed Mohammad Syed Isa & Ors).
Human rights are rights inherent to all human beings, regardless of your nationality, place of residence, sex, national or ethnic origin, colour, religion etc. The fact that you are a human being gives you these inherent rights, regardless who you are, whether you are a prisoner, a student, a child, a refugee, a migrant, a detained person etc.Refer : Declaration of the Rights of Man, the Universal Declaration of Human Rights, the Geneva Conventions, and the International Covenant on Civil and Political Rights, Child Act 2001, Convention on the Rights of the Child (CRC) which has been ratified by Malaysia.
ISA merentasi semua bangsa....
Himpunan MANSUH ISA yang disuarakan buat pertama kali oleh bekas ketua pemuda PAS, YB Salahudin Ayub pada bulan Nov 2008 telah terpaksa ditunda dari arikh asalnya sebanyak dua kali. Tarikh pertama ialah pada Mac 2009 dan kemudian tarikh kedua pada June 2009.Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang diterajui oleh Sdra Syed Ibrahim telah dibarikan kepercayaan untuk memimpin himpunan ini .Mungkin ramai yang lupa bahawa GMI adalah gabungan 83 parti Politik dan NGO yang semuanya berdaftar secara sah. GMI tidak pernah mengeluarkan keahlian kepada sesiapa pun namun mana-mana ahli 83 badan parti politik dan NGO itu dialu-alukan untuk menjadi penggerak GMI.
Syed Ibrahim adalah Timbalan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM) sebagai Pengarah MANSUH dan Sdra Kamaruzaman Mohammad ,S/U Pemuda PAS Pusat merangkap Timbalan Pengarah MANSUH.PAS begitu bersungguh-sungguh membuktikan bahawa parti itu tidak akan berkompromi dengan kezaliman ISA yang sangat jelas menghina serta mencabul hak asasi manusia.
Sdra Arutchelvan S/Usaha Agung Parti Sosialis Malaysia, Nalini (SUARAM) setiausaha sekretariat , Madhvari dari Jerit dan Ustazah Nuridah Ketua Muslimat PAS. ISA merentasi batas kaum diMalaysia kerana semua bangsa kerana sejarah sejak terciptanya ISA 49 tahun lalu , jelas menyatakan semua bangsa iaitu Melayu, Cina dan India pernah dianiaya oleh akta zalim ini. ISA memang tidak mengenal siapa.....
Wakil DAPSY, Sdra Herman dan Sdra Muhaimin dari PAS Wilayah juga sebahagian dari penggerak utama MANSUH. Semua sukarelawan ini adalah mewakili Parti dan NGO masing-masing. Mereka bertugas bukan sahaja secara sukarela, malahan ada ketikanya terpaksa mengeluarkan wang dari poket sendiri dalam usaha menyampaikan maklumat yang benar tentang ISA kepada rakyat.
Ini adalah "press conference" terakhir dari jawatankuasa kerja MANSUH yang diadakan sehari sebelum Himpunan.Saya, Ummuasiah, Aiman Athirah , wakil PKR, Kamasuzaman, Syed Ibrahim danUst Nuridah. Ketika ini, media kerajaan juga banyak membantu menghebahkan himpunan tersebut kepada rakyat Malaysia mengikut citarasa editor akhbar masing-masing.Wartawan hanya mencatit dan menemuramah kami, namun, "final say' adalah ditangan ketua pengarang masing-masing..... Walau apapun hasil laporan, diucapkan setinggi-tinggi terimakasih keran sudi hadir ke PC GMI dan seterusnya membuka sedikit ruang untuk menghebahkan himpunan MANSUH minggu lepas....
"We will never leave you alone..." kata Heng Loong (kiri) dan Toh (kanan)dari DEMA yang pernah beberapa kali menemani saya ke lokasi ceramah anti-ISA yang diadakan diluar Kauala Lumpur.Mereka mewakili generasi muda yang begitu yakin bahawa kezaliman ISA yang sedang digunakan oleh pemimpin parti pemerintah terhadap seorang wanita Islam seperti saya ketika ini, akan terkubur juga suatu hari nanti....Pasca Himpunan MANSUH 09....
Hari ini Ahad 9 Ogos 2009.Lebih seminggu berlalu peristiwa demo himpunan MANSUH yang menyaksikan lebih 50 ribu rakyat turun ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur.Mereka yang ditahan polis juga tidak kurang ramainya, iaitu seramai hampir 600 orang dan episod himpunan ini diselangi dengan 29 orang telah dihadapkan ke mahkamah diatas tuduhan menyertai himpunan haram.
Ramai yang bertanya pada saya, adakah himpunan ini yang pertama dan terakhir? Saya hanya tersenyum saja mendengar pertanyaan itu. Jawapannya ada ditangan rakyat. Jika ramai yang mahu diadakan demo, maka GMI boleh adakan lagi, tetapi jika rakyat rasa dah puas hati.... maka setakat itu saja lah.....
Semangat untuk membuang akta ISA terus membara walaupun baru beberapa hari keluar dari lokap Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil.Masih terasa lagi gigitan gari di lengan saya yang berisi ini, dan masih ada lagi warna biru di pangkal lengan kesan pegangan beberapa orang polis wanita yang memaksa saya naik ke trak pada petang 1 ogos lepas....
Hari ini saya sedang menikmati saat-saat indah dikelilingi teman dan taulan, dari jauh dan dekat, yang selama ini banyak memberikan sokongan dalam bentuk material dan doa yang tidak pernah putus....semoga Allah membalas kalian dengan syurga!
Terimakasih pada media, KDN dan PEWARIS.
Pimpinan PAS Johor bersama demonstran yang ditahan polis ketika himpunan MANSUH 09.
Peguam Hanipa bersama Mazlan Aliman dan Khairul Faizi Ketua Pemuda PAS Johor serta pimpinan PAS Keluang meraikan demonstran yang ditahan ketika himpunan MANSUH minggu lepas.KDN latih polis jadi macam anjing?
Dua gambar ini saya ambil dari ratusan gambar yang dihantar oleh rakyat malaysia yang menghadiri Himpunan MANSUH 1 ogos lepas.










