Polis tidak hargai nyawa Ammar dan Suhaib??

| | 13 ulasan

(Ammar dan Suhaib dalam keadaan tidak pasti.....)

1 Ogos 2009 Pusat Gerak Am FRU Cheras. Jam 6.30pm.

Aku, Aiman, Nashita, Kak Salmah dan Kak Yati didatangi Koperal Rohaya yang mengatakan akan dibawa ke IPK,KL kerana ada penjamin disana.Polis mengarahkan kami berlima naik terak tanpa memikirkan nasib dua orang anak yang kami bawa.Kedua-dua anak-anak itu mula mencongak nasib mereka jika terpaksa berpisah dengan ibu masing-masing.Akhirnya memang benar,Ammar terpisah dari ibunya Nashita yang terlebih dulu ditolak masuk kedalam terak.Ammar memilih untuk berada didalam terak yang dinaiki aku dan Suhaib.

Jam 7.50 pm.Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil,

Kami tiba di Bukit Jalil ketika waktu Maghrib. Kami semua nak solat Maghrib.Polis bawa kami ke satu bangunan lain lebih kurang 50 meter dari pejabat. Sebelum pergi ke tempat Solat, saya diberitahu dua orang orang budak itu akan dibawa ke Balai lain yang khas untuk kanak-kanak lelaki sahaja. Inilah dialognya.

Polis: Dua orang budak ini akan dipindahkan ke Balai lain.

Aku: Dimana?

Polis: Itu saya tak tahu.

Aku: Saya ibunya.Mereka masih dibawah umur.Saya ada hak untuk tahu kemana dia akan dibawa.

Polis:Saya tidak tahu.Saya hanya jalankan tugas.(Polis itu meninggalkan aku sendirian.)


"Umi nak solat dulu ya.Kalau nak dihantar ke Balai lain, jangan lupa minta polis bagi tahu Umi" pesanku pada Suhaib dan Ammar.Aku meninggalkan kedua-duanya di tepi lokap luar di bahagian pejabat Pusat Tahanan itu.


Kami sangka, tempat dituju ialah surau atau sebuah ruang untuk solat, tapi rupanya kami dipaksa masuk ke dalam sel kurungan. Kami , iaitu aku, Aiman, Nashita, Kak Yati, Kak Salmah, Juwairiya, Nahdia dan adik-adiknya Soddiqoh, Nusaibah , Khadijah serta ibu mereka Kak Hamidah segera solat, dan cepat-cepat duduk diruang pejabat Tempat Tahanan Wanita .Kami minta bertemu peguam. Pegawai bertugas, Sarjen Ainon meminta kami menyerahkan semua barangan peribadi seperti kamera, hp, jam tangan, gelang atau cincin namun kami semua sepakat untuk menyerahkan barang2 itu selepas bertemu dengan peguam.Ini dialognya..

Sarjen Ainon: Sila beri kerjasama.Saya hanya menjalankan tugas.

Kami : Kami nak jumpa peguam.Kami tahu ada ramai orang diluar sana.

Sarjen: Tak ada seorang peguam pun yang nak jumpa kamu. Jangan nak banyak soal.

Kami: Kami nk peguam.

Sarjen: Bagi nama peguam kamu tu.

Kami:Latheefa Koya, Fadiah Nadwa ...(dan beberapa nama lagi)

Sarjen: Tak ada satu peguam pun yang dalam senarai tu ada diluar.Cepat masuk dalam.(Sarjen itu membuka pintu lokap sambil menghentak kaki ke lantai beberapa kali.)

Kami: Kami nak jumpa peguam juga.

Sarjen: Kamu semua ni degil ! Bangang, sekolah je tinggi tapi tak tahu arahan!!!(suara memang tinggi hampir menjerit)

( Lima jam selepas itu, barulah kami dapat bertemu peguam .Lebih 10 peguam menemui kami. Mereka telah menunggu berjam-jam diluar Pusat Tahanan itu kerana tidak dibenarkan masuk oleh pengawal bertugas.Semua barangan berharga kami diserahkanpada YB Zuraidah.Bila ada peguam, semua polis bertukar dan berlagak menjadi manusia paling baik dan lemah lembut ketika bercakap dengan tahanan)

Sewaktu kami Solat itulah Suhaib dan Ammar telah dipindahkan ke balai lain.Aku dan Nashita langsung tidak diberitahu di balai mana mereka akan ditempatkan.Aku bertanya pada Sarjen Ainon adakah dua orang budak tersebut telah dipindahkan, beliau dengan selamba menjawab "saya tidak tahu.Itu bukan urusan saya".

Setelah peguam sampai, iaitu dalam pukul 12 malam, barulah aku tahu mereka berdua telah dipindahkan ke Balai Petaling dan peguam mengambil masa beberap jam untuk mengenal pasti dilokap mana mereka ditempatkan.Ketika ditanya peguam, dimanakah dua orang budak itu ditempatkan, polis hanya menjawab "kami tidak tahu. kami hanya menjalankan tugas!

(Polis memang tidak pernah menghargai nyawa tahanan dalam jagaan mereka. Sebab itulah tidak hairan jika ramai tahanan yang mati ketika dalam tahanan polis!!!!)


(Suhaib berbaju ungu digari bersama Ammar berbaju oren)

Ammar dan Suhaib dipindahkan ke Balai Polis Petaling dengan sebuah van.Sebaik tiba disana, mereka diminta menanggalkan pakaian dan diganti dengan pakaian lokap serta meninggalkan barangan peribadi seperti hp dan jam tangan.Mereka berdua ditempatkan disebuah bilik yang tiada tingkap , cuma ada pintu dan dilengkapi cctv.Mereka juga tidak diberi makan dan minum .
Cerita lanjut mungkin boleh dibaca di blog Suhaib http://malayadistro.blogspot.com/

Syukur Alhamdulillah Ammar dan Suhaib segera ditemui peguam. Bagaimana dengan kanak-kanak lain yang pergi demo ,turut ditahan dan tidak mendapat akses peguam?

Read More !

Polis berbohong lagi di Majistret 10.

| | 13 ulasan

Sebaik saja Hakim Sakeri mengumumkan 29 orang kami di jamin RM500, kami berpelukan dengan semua peguam.Beberapa minit kemudian, seorang snngota polis berbangsa India(lupa namanya) mengeluarkan sekeping kertas kecil dan menyebut nama kami bertiga, "Norlaila, Rajmuni dan Nashita sila ikut saya ke mahkamah majhistret 10" katanya.kami akur.Inilah dialog kami dalam lift Mahkamah Sesyen 5 di tingkat 3 ke Mahkamah Majistret 10 di tingkat 1.
Nashita: Kenapa kami dibawa ke majistret 10?
Polis:Ada satu lagi kes, my kad.
Nashita: Peguam kami dah tahu ke?
Polis: Sudah, sudah.
Nashita:Eh ye ke.Tadi peguam tak cakap apa-apa pun...
Polis: Ya , kami dah bagi tahu peguam kamu.
Kami bertiga: Kami nak jumpa peguam, kami nak jumpa peguam!!!!!
Hantar kami ke tempat tadi semula (tingkat 3), kami nak tanya peguam dulu.
(kami dah sampai di tingkat 1, tapi tak keluar lift sebaliknya tekan butang lift
ke tingkat 3 semula dan terus mencari peguam.Semua peguam dan penyokong dah keluar.Kami nampak Lih Yi wartawan AFP dan minta beliau hubungi
peguam kerana kami tiada hp.Dalam kekalutan itu, tiba-tiba peguam Sasha
muncul kerana tertinggal beg galasnya.Kami serbu Sasha dan menceritakan
semua yang terjadi.Lepas itu kami bergegas ke lift untuk ke Majistret 10)



Tiba di Majistret 10 ,kami duduk termangu di lokap sementara. Lapan orang peguam telah menanti kami disana.Semua peguam tersebut tidak tahu menahu tentang kes My Kad kami kerana polis tidak memberitahu apa-apa kepada mereka.

Polis yang kerjanya berbohong itu menambah pembohongan mereka di mahkamah dengan mendakwa kami tidak mahu menyerahkan My Kad dan keenganan menyerahkan My Kad sukar untuk menentukan taraf kerakyatan kami.

Walaupun kami tidak menyerahkan My Kad,ketika di PGA Cheras dan di Bukit Jalil, kami telah memberikan semua butir-butir yang ada di kad pengenalan itu. Jika kami tak bekerjasama, masakan pihak polis tahu nama dan ejaan nama kami dengan lengkap berserta alamat rumah sekali!!!

Bagi kes My Kad, Richard Wee mengetuai penghujahan.
"Sekiranya Yang Arif tidak percaya mereka bertiga rakyat Malaysia yang tulin, saya rela di lokap malam ini asalkan mereka dapat dijamin dengan segera" kata Richard lagi.

Ahamdulillah kami dibebaskan dengan ikat jamin RM200 dan seorang "guarantor".Termakasih Salleh dari Johor yang sudi menjadi gerento saya.

Sekiranya kami tidak bertemu Sasha yang tertinggal beg hitamnya, kemungkinan besar kami terpaksa direman untuk semalam lagi di Penjara Kajang pula.Nampaknya polis gagal menganiaya kami untuk kali kedua!!!Polis lupa Allah tidak akan membiarkan kami terus-menerus dizalimi oleh kuasa mereka! (Richard Wee di sebelah kiriku )

(Suhaib, Ammar , saya dan peguam Sasha )

Kami bertiga ketika di simpan dua jam di dalam trak di PGA Cheras.


Read More !

Tiga dakwaan di mahkamah Sesyen 5

| | 10 ulasan

Jam 12.30 malam, Ahad 2 Ogos 2009, Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil.
"Fadiah! Fadiah!" Kataku bila nampak kelibat peguam Fadiah, salah seorang dari AJK GMI.Kemudian nampak pula yang lain-lain seperti Farhana, Nisa, Puspa,Sasha dan lima yang lain dari Legal Aid Bar Council .Hanipa Maidin dan Abdullah Abd Karim dari JUHAM pun ada.
Aku menangis ketika nampak wajah Fadiah.Sedih ada ,gembira pun banyak kerana tahu peguam memang pasti akan mencari kami. Aku hanya ingin kepastian samada Suhaib dan Ammar selamat atau tidak.Tu je! (Peguam Fadiah bertudung putih di sebelah kiriku)

"Dont worry kak, Suhaib dah dijumpai di Lokap Petaling.Ramai peguam disana..." kata Fadiah dan kami berpelukan disebalik jeriji lokap.......Walaupun selalu bertemu Fadiah, namun pertemuan di lokap adalah sesuatu yang amat sukar ditafsirkan dengan kata-kata.Tapi aku sedar, ramai yang bimbang dengan keselamatan kami dan berusaha mengeluarkan kami dari lokap itu.Kami mengadu pada semua peguam tentang layanan polis kepada kami.Bila peguam bersama kami, semua polis yang bertugas di lokap itu bertukar dari anjing garang kepada manusia yang lembut dan berhemah.

( Nashita , saya,peguam Latheefa Koya dan Amer)
Ahad 2 Ogos 2009 di Lokap Wanita, PTS, Bukit Jalil.
"Kak Laila, Suhaib dah selamat.Dont worry about him..." kata lat (Latheefa Koya) kepadaku. Walaupun ketika itu ada ramai peguam lain seperti Edmund, Johnson, Saha, Ravin dan yang lain (lupa nama mereka) aku tak dapat menahan sebak dan terus menangis dihadapan mereka. Nashita pun sama.Kami asyik memikirkan nasib Suhaib dan Ammar yang diberitakan turut digari oleh polis.
Latheefa adalah salah seorang peguam kami -(lima wanita yang didakwa dimahkamah )selain Valen dan Murni Hidayah. Kami tahu, mereka adalah peguam yang baik dan handal tetapi
apakan daya, Majistreet tetap memutuskan kami direman sehari lagi kononnya untuk membolehkan IO(interrogation Officer@pegawai penyiasat) menyoal siasat... walaupun pada malam kedua selepas reman ditambah, tiada sesiapa ,tiada seorang pegawai pun yang menemui kami untuk tujuan soalsiasat!!!!Polis memang berniat jahat!!!

(Lima wanita yang didakwa iaitu saya, Nashita, Kak Salmah ,Aiman dan Kak Hayati dibelakang)
Di mahkamah sesyen 5, kami dibacakan tiga tuduhan iaitu Seksyen 143 kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram, Seksyen 27(5)(a) Akata polis 1967 dijumpai dalam himpunan yang menyalahi undang-undang dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana ada barangan yang bertulis "ISA" .
Kami dijamin RM500.00.


Read More !

Kisah benar Ammar dan Suhaib.

| | 16 ulasan

"Seksyen 112(2)- kamu berhak berdiam diri. Jangan tandatangani borang 28A" pesan Peguam Murni Hidayah pada Suhaib sebelum meningglkan dua orang pelajar dibawah umur itu. Suhaib berusia 16 tahun dan Ammar 13 tahun. Suhaib dan Ammar memang sentiasa bersama aku dan nashita sepanjang masa.Kedua mereka adalah dibawah tanggungjawab kami berdua.

Aku, Nashita dan Aiman Athirah dikurung dua jam di sebuah trak yang bertutup rapat dengan plastik tebal kerana tidak menyerahkan kad pengenalan kami.Ammar dan Suhaib juga turut merasai berendam peluh selama dua jam di trak yang panas itu.
Bila kami dibawa ke Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil, Suhaib dan Ammar di katakan akan dipindahkan kesebuah balai polis yang lain. Ketika aku menunaikan solat, jam 7.50malam di bangunan lokap wanita,mereka berdua dibawa kesebuah balai polis lain tanpa pengetahuan ku dan Nashita.Aku hanya mampu menangis kerana amat khuatir dengan layanan polis terhadap remaja.
(Suaram ada senarai panjang dimana lebih 1000 orang tahanan termasuk remaja yang mati dalam lokap polis!!)
Alhamdulillah kami dapat menyampaikan pesan pada YB Zuraidah supaya memberitahu peguam bahawa dua remaja itu telah dibawa kesatu tempat yang tidak diketahui......
Bapa Ammar datang ke Bukit Jalil , namun polis tidak memberitahu dimana Ammar dan Suhaib ditempatkan. Peguam berusaha mencari dimana mereka berada. Seorang peguam muda, Valen berpengalaman menguruskan tahanan remaja lelaki dan beliau mengerahkan peguam mencari beberapa lokap yang menempatkan anak-anak lelaki bawah umur.Jam 10.30 malam, peguam mengetahui nama pusat tahanan kedua-dua mereka ditempatkan.
Jam 12.30 malam, peguam Johnson, Saha, Valen dan Murni menemui dua remaja bawah umur itu.Mereka memakai pakaian tahanan dan ketika bertemu peguam, tangan mereka bergari!!!Mereka mengadu lapar kerana tidak diberi makanan sejak menjejakkan kaki di lokap itu.Peguam membelikan nasi goreng Cina dan air milo panas.

Ammar dan Suhaib terpaksa menanggalkan baju dan semua barangan untuk disimpan polis.Ammar juga menyerahkan cermin matanya. Ammar yang rabun dipaksa mengutip getah di pintu sel yang sengaja dicampakkan oleh polis.Tangan mereka berdua digari ketika bertemu peguam dan ketika menaiki kenderaan dari lokap kanak-kanak di Petaling ke Bukit Jalil.
Kedua-dua mereka dibicarakan dihadapan Majistreet.Polis mohon supaya kedua-dua mereka direman (ditahan dilokap lagi konon untuk penyiasatan) tetapi hujjah peguam menyelamatkan kedua-duanya.Ammar dan Suhaib diwakili oleh peguam Edmund Bon dan Johnson Chong.Dalam gambar, Suhaib berbaju ungu, Ammar berbaju oren.....
Nasib mereka berdua lebih baik sedikit kerana mereka dapat ditemukan denganpeguam secepat mungkin.Bagaimana dengan nasib seorang lagi remaja bawah umur , Faizudiin? Beliau telah ditangkap polis pada hari Sabtu jam 2 pagi dan sebaik tiba dibalai, terus direman selama 4 hari!!!
Jadi, kita kenalah faham sedikit hak-hak kita ,terutamanya anak-anak bawah umur nih.....



Read More !

Salahkah menyemarakkan semangat demonstran?

| | 4 ulasan


Saudara Rozan sedang membaca sajak di pusat itu. Sajak anti-ISA itu begitu segar dan menyemarakkan semangat tahanan. Namun, belum sampai dua minit sajak itu dibaca, Rozan telah diusir dari situ oleh sekumpulan polis.Dan kemudian, sekumpulan FRU bertopi merah diarahkan untuk memantau semua tahanan....





"Ketika kami sembahyang Zohor ditepi jalan, lori sembur kami dengan air asid. Pedih seluruh badan. Bila kami selesai sembahyang, polis pula tangkap kami dan paksa masuk dalam terak..." kata Puan M dari Kedah.
"Dulu, kami dengar je kisah kejahatan polis ni.Tapi sekarang, kami dah rasa sendiri.... Polis memang ganas!!!"kata Puan K, disebelahnya.
"Tapi kami tak serik nak datang demo lagi...." kata mereka berdua sambil tersenyum....



Tahanan sudah pandai meminta kehadiran peguam.Polis yang sudah penat kerana menangkap mangsa seawal jam 2 pagi, mula rasa marah kepada kami. Akhirnya, kami akur untuk dipindahkan ke IPK,KL.Namun , dipertengahan jalan kami diberitahu trak bergerak ke IPD Dang Wangi.Ketika melalui pagar PGA, kami nampak sekumpulan peguam tidak dibenarkan masuk ke kawasan tahanan!!!! Polis menghalang peguam bertemu tahanan!!!
Jam 7 .30 malam, kami berlima tiba di Pusat tahan Bukit Jalil, jauh menympang dari IPK,KL atau IPD Dang Wangi.




Read More !

Kami tak puas hati!!!!

| | 3 ulasan

"Kami ditahan jam 8.15 pagi tadi ketika sedang mandi .Polis selongkar beg-beg kami dan rampas sebahagian barang-barang dalam beg itu .Polis paksa kami beri kad pengenalan, jika enggan mereka ugut nak pukul kami. Bila sampai kat sini, polis minta semua maklumat peribadi dan tentang himpunan MANSUH. Kami dah bagi semua kat polis, maklumat diri, cap jari tangan..... cuma jari kaki je yang belum...!!!" Kata seorang peserta demo dari Perak yang ditahan di Masjid Negara.

Ketika kami berlima tiba di pusat itu,keadaan memang amat menyedihkan.Semua tahanan bukan saja duduk dan baring diatas lantai simen, tetapi mengadu tidak sempat menjamah sebarang makanan sebelum ditahan polis!!!

Kami buat bising mengatakan semua tahanan lapar, barulah polis mengedarkan makanan kepada mereka yang telah ditahan seawal jam 4 pagi!!!

"Kami cuba lari dari semburan air asid dan tear gas ....tetapi polis sudah menunggu ditempat yang kami rasa selamat...." kata sekumpulan wanita dari Pahang dan Melaka. Sama seperti peserta demo lelaki dari Perak, kakak dan adik-adik tersebut juga tidak menyangka akan menamatkan demo mereka dengan begitu cepat.....


Pada jam 3 petang, seramai hampir 300 peserta demo dari seluruh negara telah ditangkap dan dihantar ke pusat itu.Anggota Unit Amal PAS dimana uniform mereka berwarna merah, adalah antara yang paling ramai ditahan .

Bila kami tiba disana, kami berlima berpecah , pergi dari satu kumpulan kesatu kumpulan yang lain dan memberitahu semua tahanan MANSUH bahawa mereka tidak boleh memberikan maklumat atau menandatangani apa-apa borang tanpa kehadiran peguam!!!Selepas mendengar penerangan kami, sebahagian besar dari mereka amat kesal kerana telah menandatangani borang dan menjawab semua pertanyaan .Mereka belum jelas bagaimana hendak menjaga hak asasi mereka dari dicabuli oleh polis.
"Kamu menyesal datang demo?" tanyaku.
"Tidak.Kami tak rasa demo kali ini, kami nak lagi..." kata mereka beramai-ramai.



"Hidup! Hidup! Hidup rakyat!
"Buang! Buang! Kezaliman."
"Mansuh! Mansuh! Mansuh ISA!!"
"Tolak! Tolak! Tolak BN!!!"
Takbir!!!
Kalimat tersebut bergema diketuai oleh Kak Salmah PA YB Zuraidah dan Aiman Exco Muslimat , kemudian disahut oleh semua demonstran.Suasana yang awalnya sedih, tidak bermaya dan sunyi sepi tiba-tiba bertukar menjadi hangat dan bising.Semua tahanan mula berkumpul ditempat kami berlima berdiri.
Keadaan ini menimbulkan rasa curiga dihati ASP Aziz yang kemudian meminta Sarjen Rohaya meminta kami berlima menaiki trak untuk dihantar ke IPK,KL.
"Ada orang nak jamin kamu berlima" kata Koperal Rohaya.
"Siapa tu" tanya kami.Tiada jawapan.Kami berlima sedar mahu dinyahkan Polis dari PGA Cheras.....
Beberapa minit kemudian, kami telah berada di trak untuk dibawa ke IPK,KL....




Read More !

Terlepas himpunan MANSUH....

| | 10 ulasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca blog ini. Saya tidak dapat update sebagaimana biasa kerana teah ditahan reman selama 2 hari di Pusat Tahanan Sementara BUkit Jalil dan baru dibebaskan jam 7.45 ptg tadi di Mahkamah Jalan Duta.Alhamdulillah, apa yang sempat dirakam, akan cuba dikongsikan dengan anda semua.Suasana pada pagi 1 Ogos amat nyaman sekali. Cuaca yang sederhana tidak terlalu panas dan tidak terlalu mendung, seolah-olah merestui himpunan anti-ISA yang diadakan cuma sekali dalam 49 tahun! Aku tidak melepaskan peluang ini untuk pergi "window shopping" terlebih dulu di Pertama Kompleks sebelum tiba waktu perhimpunan......

Dalam beg plastik Guardian, ada topeng , dua botol air mineral , sebotol air oren dan sedikit reben merah bertulis "Mansuhkan ISA" yang ingin diberikan pada demonstran.Ku tinggalkan beg galasku dan plastik Guardian itu bersama Nashita @blogger Ummuasiah yang duduk disebuah bangku dibuat dari batu.Aku minta izin untuk "melawat' kedai menjual aksesori telefon bimbit dan meninjau isinya...Beberapa minit kemudian, aku mendengar Ummuasiah menjerit ...Rupanya beberapa orang anggota polis cawangankhas (SB) sedang cuba menggeledah beg-beg milik kami serta plastik Guardian.SB juga menyelak baju Ammar untuk melihat apakah warna baju yang dipakai olehnya... Apa hak SB berbuat demikian?Sebaik saja aku, Aiman dan Suhaib mendekati Nashita, kami dikelilingi oleh sekumpulan SB yang kemudiannya mengajak beberapa orang polis beruniform menambah kepungan itu.Lima belas minit kemudian, sebuah trak polis berhenti dihadapan kami.....
Ketika itu, polis makin ramai mengawal kami dan suasana ini menggamit perhatian orang ramai ...Tanpa disangka, kami berlima, iaitu aku, Nashita, Aiman, Kak Salmah dan Kak Hayati (yang duduk berhampiran dengan kami) diarahkan supaya naik kedalam trak.Suhaib dan Ammar yang berada dalam kepungan itu juga turut dipaksa menaiki trak....
Bermulalah episod ganas polis yang membawa kami ke Pasukan Gerak Am Cheras......

Sebaik saja tiba di Cheras, polis meminta kami menyerahkan kad pengenalan dan mahu memeriksa beg serta plastik Guardian .Namun, usaha untuk menjaga baang-barang peribadi tersebut telah mengundang kemarahan polis yang bertindak telah mengunci pintu trak dari luar selama lebih dua jam....Kami mengerjakan solat didalam trak....


Panasnya trak itu? Tuhan saja yang tahu.....Tengok baju Suhaib, basah kuyup dengan peluh....Namun kami tetap tidak mngizinkan polis menyelongkar bg serta barang-barang kami...



Ketika tiba di PGA Cheras, rupanya beratus orang telah ditahan ditempat itu....Selepas dua jam dan terak itu akan digunakan untuk mengangkut mangsa lain, kami dikeluarkan dari terak dan diminta bertemu sekumpulan polis untuk diambil keterangan.
Baiklah....Kami setuju untuk memberi maklumat dan menurunkan tandatangan dimana-mana kertas yang disediakan oleh polis sekiranya itu adalah arahan dari peguam yang faham dengan hak asasi manusia!!!
Tindakan kami menjaga hak peribadi dari dicabuli oleh polis rupanya telah mengundang dendam yang tidak sedikit dihati polis-polis @SB tersebut!!!




Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]