PM Najib juga didik rakyat Malaysia tentang ISA?

| | 2 ulasan



ISA dicipta begitu gah dan ampuh,menakutkan serta segala maklumat berkenaan akta ini, bermula dari penggunaannya, mangsanya dan bagaimanakah ianya berfungsi, semuanya dirahsiakan dari pengetahuan rakyat jelata.Sejak 1960, akta ini amat menakutkan rakyat kerana adanya "penahanan tanpa bicara" dan "kuasa mutlak Menteri Dalam Negeri" didalamnya.


Biasanya media tidak akan "beri muka" pada isu ISA. Memang amat malang pada sesiapa ang menjadi mangsanya, kerana mereka akan berada dalam kegelapan dan tidak tahu apa yang patut dilakukan. Namun, beberapa hari lepas, PM Najib telah mengubah persepsi ini.


Mungkin tiada siapa menyangka PM baru Malaysia ke 6 ini memulakan hari pertamanya sebagai Perdana Menteri dengan mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA.Berita ini sudah tentu menggembirakan hati rakyat Malaysia yang semuanya cintakan keamanan dan keadilan.


Bagi aktivis anti-ISA pula, pengumuman ini adalah seperti kata pepatah Inggeris, "blessing in diguise", ada rahmat disebalik pengumuman itu. Tidak diketahui apakah niat PM ,namun yang jelasnya, media arus perdana yang terdiri dari media cetak dan elektronik semuanya menyebutkan tentang pembebasan serta-merta tahanan ISA. Jika selama ini, media yang sama menutup semua fakta ISA yang sering diutarakan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), namun untuk beberapa hari lepas, secara tiba-tiba, ISA sudah tidak asing di telinga rakyat Malaysia.Dan buat pertama kalinya, PM menyebut akan membuat "review" terhadap ISA.


Jelas, pengumuman pembebasan 13 tahanan itu telah membuka ruang untuk menjawab kesangsian dan teka-teki rakyat Malaysia tentang ISA sepertimana dibawah ini...


1- Sebenarnya tahanan ISA boleh dibebaskan pada bila-bila masa saja oleh Perdana Menteri.

2- Tahanan ISA tidak perlu melalui proses mahkamah untuk mengsahkan bahawa mereka tidak bersalah dan terus di pulangkan kepangkuan keluarga dan masyarakat.

3- Rakyat kemudian mendapat tahu bahawa ada ramai lagi yang masih belum dibebaskan.

4- ISA, akta tahan tanpa bicara adalah alat politik kerajaan yang berkuasa.

5- Sebenarnya, ISA tidak diperlukan di Malaysia.........


Adakah perlu ucapkan terimakasih pada PM Najib kerana membantu mempopularkan isu ISA ini????

Read More !

Fateh tidak pernah kenal ayahnya......

| | 2 ulasan


"Umi... jangan lah sedih. Umi jangan nangis ya.... Patutnya saya yang pujuk dia (Fateh) tapi dia pula yang susah hati melihat saya mengesat air mata.." jelas Puan Hapipah Manji, isteri pada tahanan ISA 7 tahun, Zainun Rashid dari Sabah. Zainun ditahan dibawah ISA pada Disember 2002.


"Ketika pengumuman itu di buat oleh PM Najib, saya memang menaruh setinggi-tinggi harapan suami saya adalah salah seorang yang akan dibebaskan. Namun, segalanya hampa bila mengetahui bahawa nama beliau tiada dalam senarai 13 orang itu. Saya bertambah sedih kerana tahanan ISA yang diberi nama ahli Darul Islam (DI) , semua dari Sabah ,mereka ditahan pada 2006 , hampir semuanya dah dibebaskan....." tambahnya lagi.


"Saya akan tetap menunggu kepulangan nya kak" begitu yakin kata-kata itu diucapkan menerusi telefon bimbit kami yang saya simpulkan bahawa beliau masih punya kekuatan dan semangat yang tinggi untuk meneruskan kehidupan sebagai mangsa ISA yang paling lama di Sabah!!!

Setiap kali saya memandang wajah Fateh dan kakaknya, terasa luruh hati ini. "Ketika bapanya dibawa ke Kem Kamunting pada 6 Feb 2003, Fateh belum dilahirkan...." kata-kata itu terus-menerus menghantui fikiran saya.


Patutlah Fateh tidak merasa sedih bila mendengar berita tahanan ISA di bebaskan kerana beliau dari sejak lahir, tidak pernah mengenali siapakah ayahnya. GMI pernah menaja lawatan Puan Hapipah ke Kem Kamunting pada tahun 2004, mereka dapat bertemu lima kali (Mereka tinggal di Taiping selama seminggu). Ketika itu Fateh baru berusia setahun lebih dan mustahil beliau dapat mengingati rupa ayahnya dalam usia semuda itu.


Bagi seorang anak kecil seperti Fateh, ayahnya ada atau tidak, tidak memberi sebarang kesan atau erti dalam kehidupannya kerana sejak lahir, hanya ibunya sahaja berada disisi beliau sepanjang masa.......

Kesihan Fateh menjadi mangsa kezaliman undang-undang yang tidak berperi kemanusiaan ini....


Read More !

THANKS.... FOR YOUR KIND WORDS....

| | 3 ulasan

To all Malaysians,

Alhamdulillah, thank you Allah for giving me the chance to have nice people like all of you as my friends.

Thanks for your kind words that sent via sms ... As I was having hard times few days ago,those words were like beautiful , green and shiny cold water from the stream that washed away all the dirt engulfing me....
There were hundreds of them...but so sorry couldnt display all, I picked up a few to be shared here...

Saya akan sentiasa mengingati semua ingatan dan pesanan yang telah anda semua sampaikan...
Terima kasih.

Laila.
(ISA victim 2002 - ......)


Ella,
U macam mana? I harap ada second announcement….teruskan perjuangan
-Zuriah, Daya Bumi.


Cikgu,
Saya harap ayah Suhaib segera di bebaskan. Tetapi jika dia dah bebas, cikgu jangan berhenti dari berjuang mansuhkan ISA tau....
-Hussaini, UIA.


Tabah la akak ya... We’ll keep fighting – Tina, Bar Council.


Akak,
Perjuangan tetap di teruskan. I know you can face it. We try our best to kill Najib. Ni semua pemanis 3 PRK!!!
Anis , Harakah.


Cikgu,
Ada hikmahnya disebalik setiap keputusan….I’m always with you and we’ll fight for justice…
-Mandeeb, Tanjung Malim.


Arise shine!! Just to let you know that you have been on my mind…..will continue to pray for you…
Poh Lai, Johor Bharu.


Ela dear,
So sorry to hear you hubby is not in the list!!!Anyway teruskan perjuangan.
-Rhee, Bandar Baru Bangi.


Laila,
I understand its hard for you to take it.We’ll keep fighting.
- Parkie, Al Jazeera.


Heard about the released… wuz praying hard your husband included but Syed sms he’s not.Lets keep our spirit strong for Allah is with you. My luv and prayers will be for you forever.
-Dr Harlina, Ketua Wanita JIM.

Kita teruskan perjuangan dan sabar berjuang ya....Tak putus asa...
-Syed Ibrahim, Pengerusi GMI.


Don’t give up . Keep fighting ...
-Julia AFP.


Puan Norlaila,
Setelah meneliti 13 nama yang dibebaskan, saya tiada mendapati nama suami puan.Saya sekeluarga dukacita sekali. Doa kami sekeluarga bersama puan!!!
- Zakaria dan Zaina, Taman Melati.


Istighfarr.....
-Zai , Putrajaya.

Read More !

Penantian adalah satu penyeksaan.....

| | 4 ulasan

"Najib is PM!!" kata Kak Wan sambil mengeluarkan bebola ikan dari mikrowave. Sudah dua malam aku dan Kak Wan mendiami salah satu VIP apartment di hotel yang berhadapan dengan PWTC ini.Dalam hati terdetik.... ada kemungkinan beberapa tahanan ISA akan dibebaskan kerana PM baru ni adalah protege Tun M...yang pernah berbuat demikian ketika mula jadi PM dulu. Selesai menunaikan Solat Maghrib, aku bersimpuh di hujung katil, mencapai Al Quran dan kemudiannya membuka helaian didalamnya. Entah kenapa, hati ini begitu berat untuk membaca Surah An Naba', yang maksudnya "Berita Besar".Ku baca surah yang telah di hafaz itu sambil cuba memahami terjemahan baris-baris ayat tersebut....

Aku baru masuk ayat ke 35 dari 40 ayat di Surah itu , tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Segera ku capai telefon ,ekor mata sempat melihat nama "Suaida" tertera di skrin." Kak, buka tv cepat!!! Najib kata dia bebaskan 13 tahanan ISA!!! ".Telefon putus....

Aku segera mencapai "remote", melayari beberapa saluran dan singgah di TV 3,namun berita itu sudah berlalu.Aku "off" tv dan kembali mencapai Quran... tetapi kemudiannya panggilan telefon terus datang bertali arus bersama-sama sistem pesanan ringkas" sms" .Semua yang menalipon dan menghantar sms bertanya samada abah Suhaib adalah salah seorang dari 13 yang diumumkan bebas!!!

Telinga terasa panas disebabkan penggunaan telefon bimbit yang terlalu lama dan bateri menunjukkan semakin susut dan minta di "charge' segera. Aku segera menunaikan keperluan Nokia (yang patutnya di boikot) hitam itu dan kemudian berlari ke balkoni hotel. Dari tingkat 31 hotel bertaraf 5 bintang itu, ku lemparkan pandanganku sejauh-jauhnya di celah-celah bangunan yang terang benderang termasuk menara kembar. Ku tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus perlahan-lahan... sekadar mengurangkan sedikit tekanan dari berita pembebasan 13 tahanan ISA itu....Hati tetap berdebar dan bertanya-tanya... adakah nama Abah turut tersenarai?

Ya Allah yang menciptakan diriku... berikanlah kekuatan dan ketenangan untuk ku menghadapi berita ini...

Dari jam 8.15 malam telefon bimbit terus-menerus berbunyi dan minta diangkat. Aku cuba melayani setiap panggilan yang datang . Itu tidak termasuk sms yang turun dengan lebatnya seperti air hujan!!! Biasanya, bila "stress" aku hanya teringat makanan!!! Ku ketuk bilik sebelah melalui pintu yang memisahkan bilik kami dan bertanya samada Kak Wan boleh menemaniku seketika. "Jom lah datang sini... ada pizza dan nugget panas ni!!!" jerit beliau."Lets have another round.." ujar Kak Wan sambil tersenyum dan meletakkan satu mug besar berisi teh panas. Kami bersembang untuk beberapa jam dan aku melupakan sementara segala panggilan telefon serta sms tadi.....
Seketika kemudian aku pulang semula ke bilikku dan melayani beberapa panggilan. Kredit di hp hampir habis , nasib baik ada Nashita yang sedia membantu menyelesaikan masaalah....
" Yang ada cuma 6 DI, 2 Hindraf dan 3 warga asing, husband you belum ada rezki nak bebas lagi..." .Walaupun sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun "kejujuran "sms yang di hantar oleh H , tetap mengusik hatiku....
Aku mundar mandir di ruang bilik hotel VIP yang agak luas itu dan akhirnya duduk di meja dapur. Ku renung "fiber-cheese cake" dan "American brownies" diatas meja. Kacang pun ada... Tanpa berfikir panjang , ku capai sudu dan pinggan dan bermulalah pusingan ke tiga makan malam ku untuk hari itu...


Aku terjaga dari tidur dan segera melihat jam di telefon bimbit. 6.35 am!!! Aku terlupa mengunci jam sepertimana lazimnya. Kepala terasa berat dan pipi serta dahi terasa panas. Seluruh sendi tubuh terasa ngilu dan kurang selesa.Baru teringat, selepas solat Isya, aku menemani Suhaib -yang juga merasa marah dengan berita itu... (kerana nama bapanya tiada dalam senarai), main PS sambil mengunyah kacang dan berkongsi menghabiskan sepotong blueberry cheese cake.
" Switch-off hp.Mandi air suam.. then masuk selimut, kosongkan kepala dan tidur.." itulah petua yang dihantar oleh H, salah seorang teman yang agak rapat dengan ku. Tanpa panadol untuk menghilangkan sakit kepala , ku cuba petua tersebut...Hampir sejam berendam dan beberapa botol kecil shampoo kosong isinya....
Alhamdulillah, jam 11.30am aku terjaga dan suhu badan kembali normal.



Kami "check-out" pukul 12 tengahari untuk menghadiri majlis perkahwinan di Taman Melati dan kemudiannya terus pulang kerumah. Terimakasih Kak Wan kerana menemani saya melalui saat-saat getir ketika menerima berita "pembebasan terpilih" itu. Mungkin selepas ini akan ada banyak lagi siri-siri pengumuman seperti itu....
Penantian memang satu penyiksaan. Kami berdua (aku dan Suhaib) mungkin tidak berdaya menolaknya ,namun tiada pilihan , terpaksa juga menggagahkan diri menghadapinya.

P/S: Mohon maaf jika komen-komen anda tidak mendapat respon dari tuanpunya blog ini.
Segala isinya adalah untuk sebaran am demi mendidik rakyat supaya sedar tentang kezaliman ISA yang masih menyelubungi keluarga ini.


Read More !

Bapa Suhaib, tahanan ISA-7 tahun, masih dikurung di Kem Kamunting.

| | 11 ulasan

" Do you know something? " tanyaku pada anak tunggalku sebaik saja beliau pulang dari bermain Futsal.
" Ohhh... tentang Najib bebaskan tahanan ISA?..... ada ramai orang sms tanya hal tu... tapi malas nak jawab" jawab beliau.
"So sorry to say, Abah is not in the list of thirteen released..." kataku perlahan.
"Tak apa! Kita dah biasa dengar berita macam tu... kan?" jawab beliau tanpa memandangku, namun beg berisi kasut untuk bermain Futsal tadi, di hempas agak kuat ke lantai.
"Are you okay? Marah ke?" tak tahu kenapa bertanya soalan "bodoh" itu dan cepat-cepat menukar tajuk perbincangan kami. Saat-saat indah berdua-duaan seperti gambar diatas antara seorang anak dan ayah tidak di nikmati oleh Suhaib. Sejak berusia lapan tahun, beliau membesar dari seorang kanak-kanak kepada remaja tanpa bimbingan seorang bapa, walaupun bapa beliau masih hidup dan sihat wal afiat!!!

Aku cukup memahami beratnya bebanan perasaan ini, namun tidak dapat membayangkan mahupun merasakan bagaimanakah penderitaan jiwa Suhaib yang terpaksa memikul segala-galanya bersendirian. Seorang ibu, adalah seorang ibu. Suhaib tetap perlukan seorang bapa.... bukan bapa angkat atau bapa tiri, tetapi bapa kandungnya sendiri.
Aku tidak dapat memahami sepenuhnya perasaan Suhaib kerana tidak pernah mengalami keadaan sepertimana yang sedang di lalui oleh Suhaib kini....

Bagi sesebuah keluarga yang normal, tiada istimewanya dengan gambar seperti diatas kerana mereka boleh melakukannya setiap hari. Namun, inilah realitinya bagi mangsa ISA seperti Suhaib, terpaksa mencuri-curi peluang hanya untuk makan bersama seperti ini. Peluang ini mungkin datangnya hanya sekali dalam setahun atau mungkin tiada langsung.

Ini adalah realiti kehidupan mangsa ISA seperti Suhaib dan bapanya. Dan yang paling menyiksakan perasaan Suhaib ialah ketika ada pengumuman pembebasan tahanan ISA, tetapi nama bapanya tiada dalam senarai mereka yang dibebaskan.......

P/s: Bapa Suhaib, Mat Sah Bin Mohd Satray yang ditahan pada April 2002 masih di kurung di Kem Kamunting. nama beliau tiada dalam senarai yang diumum bebas oleh PM Najib semalam.

Read More !

kENAPA NAJIB BEBAS 13 SAHAJA DARI 39 TAHANAN ISA???

| | 8 ulasan

KENYATAAN AKHBAR
APA AGENDA PM BARU BEBASKAN 13 TAHANAN ISA?
Sabtu, 4 April 2009

1. Dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 semalam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pembebasan serta merta 13 tahanan ISA dan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Senarai tahanan tersebut ialah seperti berikut:

Bil
Nama
Tuduhan
Ditahan pada
1.
Wan Amin Wan Hamat
Jemaah Islamiyah (JI)
2003
2.
Pakana Selama
Darul Islam (DI)
2006
3.
Mohd Arasad Patangari
Darul Islam (DI)
2006
4.
Idris Lanama
Darul Islam (DI)
2006
5.
A Artas A Burhanuddin
Darul Islam (DI)
2006
6.
Binsali Omar
Darul Islam (DI)
2006
7.
Mohd Nazri Dollah
Darul Islam (DI)
2006
8.
Francis Indanan
Darul Islam (DI)
2006
9.
Amir Hussain
Dokumen Palsu
2006
10.
Sundaraj Vijay
Dokumen Palsu
2006
11.
San Khaing
Dokumen Palsu
2006
12.
R.Kenghadharan
Hindraf
2007
13.
V.Ganabatirau
Hindraf
2007

2. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganggap pengumuman tersebut sebagai hanya penyedap kata yang lebih mencerminkan kuasa yang baru diperolehi. Pengumuman ’goodwill’ yang sarat bermotif politik pada ketika menjadi Perdana Menteri. Suatu kelok politik atau political manoeuvre yang diatur detiknya dengan teliti menjelang tiga Pilihanraya Kecil yang dianggap kritikal bagi meningkatkan pengaruh rakyat kepada PM baru dan BN.

3. GMI menggesa rakyat untuk jangan mudah tertipu dengan pendekatan politik ini. Dengan pengumuman ini, ternyata kuasa wewenangan atau arbitrari di bawah ISA bukan sahaja menahan dan menghukum tanpa bicara tetapi juga membebaskan pada masa yang dianggap akan berpihak kepada pemerintah. Selagi ISA wujud, kuasa tersebut terus kekal wujud.

4. Tindakan ‘goodwill’ yang serupa pernah dilakukan ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu. Tapi apakah yang berlaku selepas itu? ISA terus kekal dan diketatkan, malah makin ramai yang ditahan pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.

5. Apakah maknanya ‘goodwill’ sedangkan hakikatnya, terdapat seramai 40 orang kesemuanya yang masih ditahan ISA sebelum ini. Di antara 40 orang tersebut, terdapat beberapa orang yang sudah ditahan selama 7 tahun sedangkan nama mereka tidak tersenarai di antara mereka yang dibebaskan. Mengapa? Di samping itu, ada juga yang ditahan atas tuduhan yang sama dengan yang dibebaskan namun tidak termasuk pula dalam senarai 13. Mengapa?

6. Syor untuk mengkaji semula ISA pernah disuarakan oleh beberapa orang Menteri dan parti komponen BN sebelum ini. Malah ada yang meletakkan jawatan kerana membantah. Namun ianya indah khabar dari rupa. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mencadangkan ISA dimansuhkan sejak tahun 2003 tetapi tidak pernah diteliti oleh kerajaan atau dibentangkan di Parlimen. Kini pengumuman untuk mengkaji semula ISA keluar dari mulut seorang PM. Apakah janji bakal dikota atau janji tinggal janji seorang PM baru?

7. Tuntutan untuk semua tahanan dibebaskan atau dibicarakan telah dibuat GMI sejak bertahun-tahun lamanya. Begitu juga tuntutan supaya ISA dimansuhkan bukan sahaja dikajisemula.

8. Bagi GMI, 13 orang yang dibebaskan merupakan berita baik untuk tahanan berkenaan dan keluarga mereka tetapi kita harus sedar pembebasan mereka kini dijadikan bahan dagangan atau jaminan politik (political collateral) untuk menonjolkan seorang PM yang prihatin.

9. Tindakan yang paling ikhlas dan jujur berpandukan prinsip keadilan ialah dengan membebaskan semua tahanan, bukan sebahagian sahaja. Tindakan yang paling berani ialah meletakkan keadilan pada tempatnya. ISA membenarkan penahanan tanpa bicara dan kuasa yang terlalu luas. Ia bukan sahaja disalahgunakan tetapi ia undang-undang salah yang disalahgunakan! ISA mesti dimansuhkan dan mangsanya mesti dibebaskan atau dibicarakan.

10. Tindakan yang lebih utama oleh Datuk Seri Najib ialah menjelaskan kesangsian rakyat terhadap kewibawaan dan kredibiliti beliau dalam isu cubaan rasuah politik di Perak, isu urusan pembelian kapal selam dan isu pembunuhan Altantuya.

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta!

Read More !

Ramai lagikah pemimpin UMNO macam Khir Toyo?

| | 4 ulasan

"Saya akan bayar jika tuduhan itu benar...." itu kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo ketika diminta mengulas mengenai jumpaan SELCAT sebuah badan inkuiri yang menyiasat salah laku dan penyelewengan wang di Negri Selangor.Pendedahan itu di perolehi dari CEO PNSB, Datin Khairiah.
Sudah terang lagi bersuluh. Khir Toyo gunakan duit kerajaan Negeri Selangor macam berbelanja guna duit mak bapak dia sendiri!!! Pelik in ajaib!!! Ketika berbelanja dengan begitu banyak, dia tak ingat ke duit tu duit rakyat?Kalau pun dia tak ingat duit tu duit rakyat, sekurang-kurangnya, dia ingat lah sikit dosa pahala. Berbelanja guna duit rakyat tu .... tak salah ke? Dia, jadi MB hanya lah orang yang di pilih untuk menguruskn hal ehwal negeri Selangor supaya kekayaan negeri itu di kongsi oleh semua orang.
Khabarnya, pendedahan SELCAT berkenaan Khir Toyo guna duit rakyat sebanyak RM 1.6 juta tu cuma " a tip of iceberg" ataupun satu berita kecil dari pelbagai penyalahan kuasa yang lebih besar. Khabarnya sepanjang 2 penggal Khir Toyo jadi MB, sebanyak RM35 Billion duit rakyat Selangor telah di belanjakan oleh beliau...
Kata Tun M, yang pilih Khir Toyo ni dulu, beliau orang yang paling bersih dalam UMNO Selangor. Jadi, kalau yang paling bersih perangai macam ini, macam mana dengan yang lain?

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]