Seluruh
Encik Menteri Dalam Negeri, pulangkan hidup kami?
Sejak suami mereka di tangkap polis dan di bawa ke Semenanjung pada November 2011,mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada lelaki-lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung dan insan yang keluar bekerja, mencari rezki untuk keluarga.
Sejak tarikh itu juga, suami tidak dapat bekerja untuk mencari pendapatan buat keluarga. Jangankan mainan, sebutir beras pun tidak lagi dapat di sumbangkan oleh si suami untuk di nikmati oleh isteri dan anak-anak yang kian membesar.....
Bagaimana dengan perbelanjan harian, makan minum, sewa rumah dan sebagainya? Semua itu terbeban di bahu isteri......
Kezaliman yang di lakukan oleh penguasa ISA tidak setakat itu saja. Isteri yang amat merindui suami terpaksa berusaha meminta bantuan dari sesiapa yang di rasakan boleh di percayai untuk membawa mereka bertemu suami yang di kurung hanya di Kem Kamunting saja.
Kenapa hanya di kem Kamunting?
Kenapa suami mereka tidak di kurung di penjara Tawau atau Kota Kinabalu atau mana-mana penjara yang agak berdekatan dengan Tawau, tempat tumpah darah mereka? Kenapa hanya di Kem Kamunting?Pernah kah penguasa ISA terfikir betapa siksanya isteri yang tinggal di Sabah untuk datang ke Taipinbg di Perak...?
Wanita mangsa ISA terpaksa bersedia untuk menaiki apa saja kenderaan, dalam sebarang waktu , demi dapat memenuhi impian bertemu suami tercinta yang tinggal di sebalik jerejak besi sana....Wanita2 dari Tawau ini seolah-olah sudah jatuh di timpa tangga.Si suami sudah lama tidak berkerja untuk menyara keluarga, keadaan ekonomi mereka terlalu tenat.....dan untuk menghilangkan kerinduan kepada suami, si isteri terpaksa pula mencari wang untuk pergi di tempat di mana suami sedang di penjara......
Di waktu tengah malam, sepatutnya suami isteri sedang berehat di rumah bersama anak-anak, namun nikmat kehidupan itu tidak dirasai oleh wanita mangsa ISA. Untuk melihat wajah suami, untuk memberi peluang anak-anak bersentuhan dengan bapa mereka, para isteri ini terpaksa mendukung anak kecil nya ,meredah kedinginan malam menuruni tangga pesawat dan kemudian memenuhi perut sebuah van yang membawa mereka ke Pusat tahanan Perlindungan di Taiping ,Perak........
Apakah dosa mereka terhadap si penguasa ISA hingga terpaksa menjalani kehidupan sedemikian...?Bilakah mereka akan mendapat penghidupan yang normal semula?
Encik Suami, aku perlukan mu.....
" Puan, bila kami dapat melawat suami di Kamunting?" syahdu ketika membaca sms dari insan yang tidak ku kenali. Tetapi itu bukan sesuatu yang pelik. Memang dah jadi kebioasaan, mana-mana isteri tahanan ISA yang terlalu rindu sangat pada suami mereka, namun tiada wang untuk ke Kem, maka aku lah yang menjadi sasaran mereka untuk mendapat bantuan dana.
Rasa hairan pun ada.Kenapa pihak kerajaan@KDN@polis Special Branch tidak berusaha memberi dana kepada insan yang malang tersebut...?
Sejak aku melawat mereka pada 12 Feb 2012 yang lalu, ada saja sms yang singgah di hp ku mohon untuk mendapat bantuan tiket penerbangan dari Tawau ke Semenanjung. Terkini, hanya tinggal 6 tahanan ISA dari Tawau , sejumlah 15 tahanan ISA kesemuanya, iaitu kumpulan tahanan ISA terakhir sejak akta zalim itu di katakan mansuh oleh PM Najib.
Begitu ceria wajah Pn Amira dan Pn Serwina, kedua-duanya masih belasan tahun, sebaik saja menjejakkan kaki di KLIA, beberapa hari yang lalu.Kedua-dua anak kecil dalam dukunganmereka juga sihat wal afiat.....
Ketibaan rombongan 4 isteri tahanan ISA ini tidak di sambut oleh ku seorang. Mereka di tunggu oleh sekumpulan 7 orang aktivis GMI.Sebagai sebuah NGO yang tidak bertujuan mengaut keuntungan, GMI tidak mempunyai pendapatan tetap untuk kegunaan aktivitinya.Jadi, bila ada orang mohon bantuan, mahu tidak mahu maka beberapa orang aktivisnya terpaksa bekerja keras mencari dana untuk tujuan tersebut.
Al Hamdulillah, untuk projek membawa 4 isteri tahanan ISA, walaupun dilancarkan selama hanya 2 minggu, namun berjaya mengumpul sejumlah hampir 10k hasil derma orang ramai.Ianya cukup untuk membiayai tiket penerbangan, makan minum dan kenderaan dari K.L ke Taiping dan sedikit duit poket sepanjang berada di Kem.
Tahanan ISA yang sedang di kurung di Kem tidak pernah tahu tentang hal ini.Sepanjang hayat mereka di Kem hanya di habiskan dengan makan, buang air besar dan kecil, solat, membaca quran, bermain , bersenam dan berbual2 dengan Special Branch yang setiap masa sentiasa bersama mereka!!!!Semua tahanan ISA yang di kurung tidak bekerja untuk menyara keluarga mereka. Hanya isteri yang terpaksa berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk kelangsungan hidup mereka anak beranak!!!!!Ada ketika tertentu, isteri terpaksa meminta-minta dari abu-bapa atau adik beradik atau saudara mara untuk mendapat wang yang mencukupi bagi meneruskan kehidupan.
Peguam Negara tak puas hati ?
Sementara menunggu bayaran RM2,000 diselesaikan, kami "berehat' di lokap tersebut..Ketika di bilik mahkamah tadi, ramai yang menangis sebaik saja mendengar keputusan Puan Hakim.....aku pun tidak ketinggalan mengalirkan sedikit airmata....
Ketika keputusan ini dibacakan, PM Najib telah mengumumkan bahawa akta ISA di mansuhkan....tapi, malang sekali , pemansuhan Perdana Menteri itu tidak memberi sebarang makna kepada nasib kami semua 16 OKT.Tak tahulah siapa yang kejam...samada penguasa ISA atau hakim mahkamah...namun yang jelas, kami yang telah didapati bersalah ini terpaksa masuk penjara dan membayar denda tersebut.......
Gambar kami bertiga ini diambil ketika kami keluar dari bilik air.Sepatutnya tangan kami bergari, tapi disebabkan ada ramai orang di sekitar bilik mahkamah,maka kami hanya diiringi seorang polis wanita sahaja. Ketika melintasi satu lorong, kami lihat ramai pemberita.Nashita yang sangat tajam penglihatannya segera melambaikan tangankearah beberapa orang pemberita...kemudian baru diikuti aku dan kak Salmah.
Kami ingat hukuman itu telah muktamat...tapi, walaupun denda duit telah dibayar, Peguam negara khabarnya masih tak puas hati dengan kami......kes itu di semak semula dan 8 Jan2013 akan diberi keputusan yang baru.......
Perbicaraan bagai sebuah drama?
Kami mendapat sokongan yang padu dari PAS. Kes anti-ISA ini di ambil oleh para peguam (JUHAM)yang hebat-hebat dari PAS di mana mereka ini semuanya pakar dalam kes masing-masing yang melibatkan isu-isu jenayah termasuk pembunuhan.....
Para penyokong PAS juga amat rajin datang ke Mahkamah pada hari perbicaraan untuk memberi "moral support" pada anak-anak muda dari unit amal yang telah ditahan pada 1 Ogos 2009 dulu. Semua OKT amat gembira dan bersemangat.....
Selain PAS, pimpinan PKR juga turut bersimpati dan memberi sokongan pada kami rakyat marhaen yang cuba berjuang untuk mendapatkan keadilan untuk generasi yang akan datang....Kehadiran DSAI dan Kak Wan amat menggembirakan hati semua OKT..
Perbicaraan tersebut memang ternyata amat berat sebelah. Walaupun para saksi yang dipilih jelas bercakap bohong dan pihak peguam beberapa kali membuat bantahan, namun semua itu tiada memberi apa-apa makna. Semua OKT merasakan ,perbiucaraan ini hanyalah satu "drama ringkas' sahaja. Keputusannaya kami rasakan telah lama di tentukan oleh Pn hakim!!!
Pejuang rakyat dan mahkamah juga jadi mangsa ISA?
1 Ogos 2009 dipilih untuk mengajak rakyat satu Malaysia menyatakan pendirian mereka terhadap akta tahan tanpa bicara ISA.
Lebih 50 tahun akta itu diguna oleh pihak berkuasa untuk mengawal kebangkitan rakyat yang mahukan keadilan. Ramai yang telah di zalimi. Mereka mengsa ISA ini datang dari pelbagai lapisan bangsa dan keturunan. Dari mantan Presiden PAS Allahyarham Dr Burhanudin Helmi, Lee Ban Chen hingga lah pada anak-anak berusia seawal 16 tahun, iaitu para pelajar yang belajar ugama di Pakistan.....pernah di masukkan ke penjara tanpa perlu di bicarakan terlebih dulu, oleh akta ini.
Gerakan MansuhkanISA yang dianggotai oleh NGO dan parti politik menggerakkan rakyat untuk hadir ke himpunan aman tersebut Kami bertiga(aku, Nashita dan Aiman) adalah sebahagian dari jutaan rakyat Malaysia yang tidak sanggup lagi melihat rakyat negara ini terus-menerus di tindas dan ditakut-takutkan oleh penguasa ISA.Pasti ramai lagi yang tidak rela melihat pemimpin yang sedang berkuasa menggunakan ISA sebagai perisai utama supaya membolehkan mereka terus-menerus mencuri,merompak dan menghabiskan hasil bumi Malaysia ini untuk diri mereka dan kroni.....Jika kami tidak bertindak membuang ISA ketika itu, apa lagi yang tinggal untuk generasi anak-anak kami dikemudian hari?
Walaupun mereka yang terlibat dengan Himpunan Anti ISA 1 Ogos ini mencecah lebih 500,000 orang, namun kami bertiga yang menjadi "mangsa pilihan". Kami di tahan lebih awal, walaupun ketika itu kami tidak berada di medan himpunan, lebih tepat lagi, kami bertiga belum sempat untuk berada di himpunan tersebut.Kami telah dikurung hampir 3 jam di sebuah trak polis!
Lebih 600 para demonstran di tahan ....tapi mereka semua di lepaskan. Tapi kami bertiga bersama 26 OKT yang lain, telah di beri satu caj oleh mahkamah dan dibicarakan.........
Dari 29 Orang Kena Tahan (OKT), kami lima wanita iaitu kak Salmah MT Keadilan , Kak Yati juga MT Keadilan, Aiman Athirah Ketua Penerangan Muslimat(PAS) Pusat, Nashita seorang peniaga Tuperware dan aktivis rakyat serta aku (ketika itu isteri tahanan ISA) telah di "pilih" oleh pihak berkuasa untuk di tangkap dan dibicarakan.
Manakala 26 OKT yang lain terdiri dari kumpulan anak muda yang datang dari Johor, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka....Mereka juga sama seperti kami berlima, tidak sempat pergi ke Himpunan tapi telah ditangkap dan terus di caj di mahkamah.
Saya rasa, mahkamah juga turut di mangsakan oleh penguasa ISA..........................
2013, bekas mangsa ISA tetap menderita....
Reunion di sebuah majlis walimatulurus yang serba sederhana tetapi meriah itu dihadiri hampir lima puluh bekas tahanan ISA yang di namakan oleh PM ketika itu, Mahadey, sebagai kumpulan "Jemaah Islamiyah" atau lebih terkenal sebagai JI.Meriah sungguh pertemuan itu.
Jika tahun 2002 ketika mereka di tahan dulu semua tahann ISA "JI" ni masih agak muda, namun di pertemuan di luar kem tahanan kali ini, memperlihatkan kematangan "rupa dan wajah" yang sebenar.... Kehadiran anak-anak yang dulunya berusia sekitar 8 - 12 tahun juga telah memberi wajah yang berbeza ketika reunion baru-baru ini. Rata-rata anak-anak telah besar panjang, malahan ramai yang telah mendirikan rumah tangga dan beranak pinak!!!
Isteri-isteri juga tidak mahu mengalah. Walaupun semuanya sudah agak berusia, namun perjuangan sebagai ibu tunggal menjadikan kebanyakan mereka lebih kuat, tabah dan cekal dari wanita biasa. Dan yang lebih manis, walaupun agak berusia, semuanya tetap kelihatan anggun serta menawan...:)).
Inilah sebahagian dari anak-anak mangsa ISA. Ketika bapa mereka di tahan dulu, usia mereka sekitar 4 - 7 tahun. Ketika bapa di angkut oleh van polis, mereka menangis di dukungan ibu masing-masing........Setiap kali mengikut ibu@emak mereka ke Kem Kamunting, mereka akan bertanya berulang-ulang, kenapa bapa kesayangan mereka tidak dibenarkan pulang kerumah........
Kini, selepas sepuluh tahun, suasana memang berbeza. Anak-anak sudah besar dan bapa-bapa juga sudah di bebaskan dari Kem. namun kepada sebahagian besar bekas tahanan ISA, mereka masih di belenggu kesukaran hidup angkara akta zalim ini walaupun PM Najib mengisytiharkan "ISA di mansuhkan".
Ketika ini, 2013, masih ada bekas tahann ISA yang tidak dibenarkan kelkuar negara kecuali selepas mendapat permit polis terlebih dulu. Ada bekas tahanan yang di soal siasat oleh polis beberapa jam sebelum kapal terbang berangkat ketika mengnerjakan ibadah umrah di Makkah. Dan ada bekas tahanan yang tidak dibenarkan membuat paspot antarabangsa sebelum mendapat kebenaran dari pihak polis......
ISA sudah mansuh, tapi inilah derita yang terpaksa di tanggung oleh sebahagian besar bekas tahanan nya....apa sebenarnya niat utama kerajaan "memansuhkan ISA " ini?
Langgan:
Catatan (Atom)