"Ni kat Banting, cikgu Razak meninggal dunia pagi tadi..." sayup kedengaran suarah abah Suhaib di hujung telefon.
"Inna lillahi wainna ilaihi rojiuuun..." segera berita duka itu ku kongsikan kepada beberapa orang teman-teman di GMI.
Sebaik saja tiba di rumah, aku terus menggeledah fail dan album gambar lama.... sekadar ingin mengimbas kembali wajah sebenar bekas tahanan ISA Abd Razak Baharuddin yang baru meninggal dunia pagi tadi...namun hampa akhirnya kerana tiada sekeping gambar pun yang tinggal untuk dijadikan tatapan bersama.....
Sebaik saja tiba di rumah, aku terus menggeledah fail dan album gambar lama.... sekadar ingin mengimbas kembali wajah sebenar bekas tahanan ISA Abd Razak Baharuddin yang baru meninggal dunia pagi tadi...namun hampa akhirnya kerana tiada sekeping gambar pun yang tinggal untuk dijadikan tatapan bersama.....
Allahyarham cikgu Razak ditahan di bawah ISA pada Disember 2001. Ketika itu, beliau adalah seorang guru besar di sebuah sekolah di daerah Banting. Tuduhan sebagai tahanan ISA "Jemaah Islamiyyah" atau "JI" ketika itu memang terlalu pahit untuk di telan. Walaupun pada sikap dan wajahnya , beliau adalah seorang yang sentiasa menitik beratkan amalan Islam dan amat di senangi oleh penduduk setempat, namun tuduhan ahli "JI" @ "pengganas Islam" yang di sebarkan oleh akhbar akhbar arus perdana ketika itu, telah meranap dan menghancurkan terus imej soleh yang ada pada arwah Cikgu Razak....
Arwah di bebaskan pada tahun 2004 kerana sakit kencing manis, darah tinggi dan gout yang di deritainya. Namun, sebelum itu, beliau sempat mengambil Habeas Corpus pada 2003 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ...namun, permohonan pembebasan itu telah di tolak oleh mahkamah.
Abah Suhaib adalah antara orang yang amat terkesan dengan pemergian Cikgu Razak.Mana tidaknya.... Sepanjang hampir 3 tahun mereka menghuni blok yang sama di Kem kamunting, Cikgu Razak adalah individu yang amat di senangi oleh semua tahanan ISA ketika itu kerana kerajinannya menyantuni teman tahanan yang lain, terutama dalam membimbing mereka membaca dan menyemak bacaan Al Quran.
Cikgu Razak ketika menjadi tahanan ISA dan selepas di bebaskan, tidak pernah sekali pun di dakwa kesalahannaya di mana-mana mahkamah. Namun arwah terpaksa akur menjalani kehidupan dengan maruah yang tercalar dan kehilangan pendapatan tetap serta pencen dari tugasnya sebagai seorang guru.Kematian beliau telah menoktahkan penderitaan dan penyiksaan di hadapi , berpunca dari kezaliman ISA.
Moga Allah ampuni segala dosa beliau dan di kumpulkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh...serta digantikan segala kesusahan sewaktu dizalimi ISA dengan sesuatu yang lebih baik di alam barunya kini dan akhirat sana.
Al Faatihah.....