Sejak jam 10 malam hinggalah kini, tiba-tiba hp ku terlalu sibuk dengan sms dan panggilan dari teman-teman dan wartawan.
"PM dalam ucapannya kata ISA MANSUH...." sms dari E.Lutfi Othman, dari HARAKAH.
Aku ketika itu duduk tersandar didalam kereta, dalam perjalanan dari rumah kami di pinggir Gombak ke Kg Pandan Dalam. "Nak kata apa ya? Al Hamdulillah , yahuuuu atau .....betul ke?" aku bertanya pada suami, Mat Sah, bekas tahanan 7 tahun ISA yang sedang memegang stereng kereta dengan kemas.
Suami hanya diam.Tiada sebarang respon dari nya.Dua-dua membisu untuk seketika.
Aku teringat kawan-kawan yang menjadi mangsa ISA.Bukan sekejap duduk dalam tahanan. Ada yang ditahan cuma 3 minggu , 2 bulan, 1 tahun, 3 tahun dan ada yang lebih 7 tahun....Kamu semua telah merasai jerit perih kehidupan bila dipisahkan dari suami oleh ISA.
Jika ISA sudah MANSUH, maknanya tiada orang yang akan ditahan dibawah akta ini. Tapi adakah betul2 PM akan hentikan penggunaan ISA ni?Aki khuatir, PM je yang kata mansuh,tapi juak-juak ,polis2 dan SB-SB nya masih lagi bertugas menahan tanpa bicara mangsa-mangsanya...?
Bagaimana pula dengan nasib mermeka yang masih ditahan? Adakah mereka akan dibicarakan? Siapa pula yang akan membayar wang guaman mereka?
Dan....aku terus teringat pada nasib2 mangsa ISA. Rasanya, dari zaman Tun Madey, Tun Pak Lah hingga le ke PM Najiv, tiada seorang pun yang pernah minta maaf dan benar-benar ingin membersihkan nama mangsa ISA yang telah dituduh dan difitnah dengan teruk oleh Menteri Dalam Negeri dan juak-juaknya......
Siapa yang patut disalahkan dengan perceraian bekas tahanan ISA Samsudin Sulaiman, Nasir Anuwarul,Zaini , Idris dan beberapa orang lagi. Bagaimana dengan nasib beberapa orang remaja yang mengalami sindrom Skizofrenia kerana disebabkan ketiadaan bapa ketika mereka sedang membesar?Bagaimana dengan nasib perniagaan tahanan ISA M.Sha yang muflis bernilai lebih 10 juta?Siapa yang nak ganti tu?Bagaimana pula dengan puluhan bekas tahanan ISA kehilangan pekerjaan masing-masing dan masih menganggur walaupun telah dibebaskan lebih 3 tahun yang lalu?
Dan yang paling penting, bagaimana hendak membersihkan nama baik semua bekas tahanan ISA?
Benarkah ISA MANSUH?
Langgan:
Catatan (Atom)