"Demi anak-anak, ku buang rasa malu...."

| | 0 ulasan

"Assalamualaikum, apa khabar kak? Maaf jika sms ini mengganggu kerehatan kakak.Ramadhan semakin menuju ke hujungnya, tapi saya rasa amat resah dan sedeh.Manakan tidaknya, anak-anak setiap hari bertanya bila hendak membeli pakaian baru menggantikan yang lama yang sudah ketat dan pendek.Anak-anak tidak kisah berbuka dan bersahur nasi putih dan kicap...tetapi saya harap dapat membeli makanan yang istimewa untuk dimakan di pagi raya.Suamiku walaupun sudah lebih setahun dibebaskan dari ISA,namun masih sukar mendapat pekerjaan sepertimana beliau belum kena ISA 5 tahun lalu.

Walaupun beliau telah bekerja lebih 10 jam,namun pendapatannya masih belum cukup untuk membiayai kehidupan kami sekeluarga. Kak Laila.... saya mohon sangat agar mendapat sedikit bantuan dari kakak dari masyarakt di Semenanjung sana.Saya amat malu meminta-minta begini,tetapi demi anak-anak, ku buang segala rasa malu itu....."


Kali terakhir aku bertemu Puan J ialah pada bulan September tahun lepas, ketika menyertai rombongan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Sabah.Lepas itu, hubungan kami terputus dan sms ini adalah yang terbaru ku terima tahun ini.

Selama hampir 8 tahun aku menjadi ahli keluarga mangsa ISA, amat sukar untuk kami mendapat bantuan dari pihak berkuasa yang begitu zalim mencantas rezki dan kasih sayang kami.Semua mangsa ISA menyambung kehidupan hasil dari pemberian orang ramai.

Di sepuluh terakhir Ramadhan ini, GMI berusaha mendapatkan sebanyak sumbangan yang boleh supaya dapat diserahkan kepada mereka yang dalam kesusahan itu.

Kepada anda yang belum menunaikan zakat fitrah, Gerakan Mansuhkan ISA bersedia menerima zakat fitrah anda untuk diserahkan kepada mereka , bekas tahanan ISA yang baru memulakan kehidupan dan juga untuk keluarga Tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting.Sila hubungi Bendahari GMI , Pn Nashita Md Noor di hp 0132096373 dan masukkan di akaun May Bank 162209939776.Moga Allah balas tindakan ini dengan sesuatu yang terbaik.

Read More !

Sebelah kaki hakim di neraka?

| | 6 ulasan



Orang ramai yang mengikuti berita berhubung bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin dan menganggapnya sebagai manusia paling malang di Malaysia , memang tidak boleh persalahkan.


Nasib malangnya itu bermula pada akhir tahun 1998 apabila dia ditahan selama 57 hari mengikut ISA yang menafikannya sebarang hak untuk dibicarakan bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.


Sepanjang 57 hari ditahan, Abdul Malek didera secara mental dan fizikal. Malah dia mendakwa pernah dipaksa minum air kencing oleh polis yang menjaga beliau. Kes itu telah dibicarakan dimahkamah dengan saksi-saksi dipanggil dan semua mengaku pernah melakukan perbuatan itu keatas Malik.


Mahkamah tinggi telah menganugerahkan RM2.5 juta, namun pihak kerajaan telah membawa kes itu ke mahkamah Persekutuan yang menyaksikan akhirnya Malik terpaksa membayar RM70,00 kepada orang yang bertanggungjawab menderanya.


Abdul Malek diarahkan membayar RM20,000 sebagai kos kepada ketiga-tiga responden yang pernah mendera beliau iaitu-- pegawai cawangan khas Borhan Daud, ketua polis negara pada ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Abdul Malek membidas keputusan penghakiman itu yang disifatkannya sebagai ‘kejam’."Mereka tolak permohonan saya untuk merayu. Mereka langsung tidak mahu mendengar kes saya. Ini amat kejam. Sekurang-kurangnya bagi jalan dan dengarlah dulu."Saya fikir badan kehakiman sebenarnya takut,” dakwanya."Bdan kehakiman sepatutnya menjadi benteng kepada rakyat untuk mencari keadilan. Tujuan rakyat ke mahkamah hanyalah semata-mata untuk mencari keadilan. Di negara ini, badan kehakiman menyokong rejim kuku besi. Habislah."(Mahkamah) telah gagal dalam tanggungjawab mereka menegakkan keadilan dalam mempertahankan hak asasi manusia dan menentang pemerintahan kuku besi,” katanya.[Baca berita penuh]


p/s: Hakim Mahkamah Persekutuan tahu Malik pernah didera oleh 3 pihak iaitu Borhan,Rahim Noor dan kerajaan.Dan Hakim itu juga yang menjatuhkan hukuman supaya Malik membayar gantirugi pada 3 pihak yang pernah mendera beliau.Adakah hakim jenis ini yang dikatakan "sebelah kakinya berada di neraka?"

Read More !

Bersatu jika mahu bubarkan ISA -SUHAKAM

| | 0 ulasan


Suhakam: Bersatu jika mahu bubarkan ISA
Joseph Sipalan dan Richard Loo Aug 14, 10 12:56pm

Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam membuat cabaran kepada semua rakyat Malaysia - jika tidak mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), maka bersatu menentangnya.

Diplomat negara yang telah bersara itu berkata Malaysia tanpa ISA adalah situasi yang ideal tetapi mengakui ia tidak semudah itu.Hasmy, 66, berkata hak asasi akan hanya diletakkan di tempatnya yang sewajar di negara ini, apabila semua pihak, bermula daripada kanak-kanak sekolah sehingga pegawi penguatkuasa memahami hak masing-masing."Terpulang kepada rakyat Malaysia sama ada mereka mahu (atau tidak) mengekalkan ISA sekarang ini ataupun dalam bentuk yang lain,” katanya pada wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, baru-baru ini.Hasmy, seorang duta ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata isu menghapuskan akta kuku besi - ISA itu tidak semudah seperti yang disangkakan.Katanya, tindakan kerajaan untuk meminda beberapa perkara yang amat tidak disenangi rakyat tetap tidak akan disenangi kerana ia hanya berubah bentuk."Jika parti politik yang mahu ISA dikekalkan terus berkuasa, sama ada BN atau sebaliknya, ini kehendak rakyat; (ia sebahagian daripada) proses demokrasi."Saya kira jika sesuatu parti itu tidak menjuarai ISA, maka apabila mereka membentuk kerajaan - mereka mempunyai tanggungjawab bagi membubarkan akta itu,” katanya.

Hasmy berkata beliau senada dengan pendirian Suhakam bahaaw undang-undang arbitrari seperti ISA tidak secocok dengan prinsip hak asasi manusia dan lebih cepat ia digugurkan, maka itu adalah lebih baik.Bagaimanapun, Hasmy yang menganggap dirinya sebagai seorang idealis sedar bahawa ia tidak semudah itu dan menyedari Suhakam sentiasa berdepan dengan tentangan daripada kerajaan dan agensi penguatkuasaannya dalam menjalankan tugas. Malah beliau juga mengakui tidak mudah berdepan dengan kumpulan berkenaan.


"Ini telah menjadi isu sejak sekian lama. Suhakam telah dan akan terus mendesak agar ISA dibubarkan. Pendirian Suhakam jelas. Kami mahu ia dibubarkan. Bagaimana untuk kita lakukannya? Kita kena yakinkan kerajaan, pihak polis,” katanya.Hasmy berkata kerajaan dan polis mempunyai beberapa justifikasi bagi mengekalkan ISA kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan yang kompleks. Sebagai contoh, katanya, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 seringkali dijadikan alasan supaya ISA terus dikekalkan.Tegasnya, seringkali juga agensi penguatkuasaan tidak mematuhi peraturan dan menyalah-gunakan akta itu bagi menafikan hak kebebasan untuk berhimpun dan hak untuk diwakili bagi dibicarakan di mahkamah."ISA ini adalah tinggalkan sejarah. Dunia sudah berubah. Darurat sudah berakhir. Tidak ada lagi komunis. Mengapa ISA perlu dikekalkan?"Kita boleh memperketatkan undang-undang lain bagi menjamin ketenteraman awam dan keamanan. Perketatkan undang-undang hasutan atau mungkin juga adakan akta anti-pengganas."ISA ini agak kejam dan kuku besi. Dan pasukan keselamatan serta pihak berkuasa hanya menggunakannya bagi memudahkan kerja mereka,” kata Hasmy lagi.

Read More !

Allah gagalkan usaha UMNO/BN di awal Ramadhan.

| | 1 ulasan

10 Ogos 2010.
"Sha, esok telefon saya semula urgent,esok kena hadir ke Mahkamah 8.00pm...." itu sms dari seorang polis cawangan khas pada seorang Orang Kena Tuduh(OKT) bernama S.Kami tidak perasan bahawa SB cuba mengganggu ketabahan dan semangat juang dalam diri OKT tersebut.Ada 3-4 orang OKT lagi yang cuba di"beli' oleh SB.

"Kes ni mungkin susah nak menang, mungkin makan masa 2-3 tahun, kalau jatuh hukuman mungkin kena penjara 6 bulan dengan denda RM500,atau kedua-duanya sekali.Jadi ..nak mudahkan kes ni, OKT boleh mengaku bersalah dan kes ni tutup.Tak payah penat2 atau susah2 datang mahkamah..." itu pula tawaran pendakwaraya (DPP) yang pastinya amat gembira jika semua OKT mengaku salah kerana dia tak payah buat pertuduhan dan cari semua bukti untuk menyokong pertuduhan itu.Inilah Malaysia Boleh.

Kami tak sangka, ada 4 OKT yang dah "berkenan" dengan tawaran itu dan sudah mula berpaling arah.......


24 OKT lain sedih dengan pengumuman 4 OKT yang ingin "mengaku bersalah".Mulanya aku rasa marah sangat...tetapi...bila aku letakkan diriku dikasut mereka barulah dapat berfikir dengan lebih rasional dan cuba melakukan sesuatu untuk menyelamatkankeadaan.Kesemua 24 OKT tu masih muda dan ramai yang masih di belajar.Mereka bersemangat,tetapi belum begitu faham "bagaimana' hendak berjuang.Barisan peguam kami yang kurang jelas dan kurang mahir dengan taktik kotor ISA juga tidak banyak membantu OKT yang sudah mula hilang arah ini.

Akhirnya, kami sepakat untuk meraikan OKT menyambut awal Ramadhan di Pejabat Agung PAS.Sebaik selesai makan malam, 18 OKT yang datang dari Perak,Johor,Melaka dan Terengganu menunaikan solat Isya dan terawikh berjemaah di imamkan oleh pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim.Usai saja acara itu, memberi peluang kepada Syed Ibrahim memberi sedikit motivasi kepada mereka yang hadhir. Kedatangan peguam GMI Latheefah Koya dan Fadiah Nadwa memberi maklumat mengenai hak OKT, benar-benar menyuntik semangat baru kepada semua OKT muda tersebut."Dah lama kami ingin tahu mengenai semua perkara yang Kak Latheefah sebut tadi...Input ini amat kami perlukan dan sekarang lebih yakin untuk berjuang... " kata H dari Perak.Kata-kata itu disambut dengan takbir oleh yang lain.

Alhamdulillah, puashati!!! Mereka berazam untuk menyampaikan maklumat itu kepada dua lagi rakan yang belum mengetahui hak-hak sebagai OKT. Keempat-empat OKT yang menarik diri berharap dapat membatalkan pengakuan mereka "bersalah" kepada "tidak bersalah".Semua lega dan bersedia untuk berpuasa di keesokan hari....


Mahkamah Jenayah 5, 10am, 11 Ogos 2010.
Sebaik memasuki ruang perbicaraan, ku dapati ramai wakil media cetak dan elektronik milik kerajaan telah menunggu didalam. Wakil NTV7 menghalakan kameranya kearahku....
Kami 29 OKT berkumpul."Adik-adik semua, tengok pada wakil media yang ramai tu....mereka akan buat liputan keatas OKT yang bakal dijatuhkan hukuman oleh hakim kerana mengaku bersalah..." kataku pada mereka.Keempat -empat OKT kelihatan amat terperanjat melihat ssuasana itu.Kini mereka benar-benar faham,kenapa kami semua mesti tetap dengan pendirian.
"Saya mohon maaf yang Arif, keempat-empat anak guam saya yang mengaku bersalah semalam, kini mereka ingin menukar pengakuan kepada TIDAK BERSALAH...." kata Peguam A yang mewakili 4 OKT tersebut. Hakim terpaksa mengiyakan saja makluman itu.Serentak dengan pengumuman itu,semua wakil media kerajaan bangun dan tergesa-gesa meninggalkan ruang perbicaraan...kecuali wakil dari media alternatif.
Akhirnya, pada hari ini, wakil media UMNO/BN gagal menyiarkan berita yang lebih kurang begini bunyinya "empat peserta demo anti-ISA hari ini mengaku mereka bersalah kerana menyertai himpunan haram itu dan itu membuktikan rakyat sedar bahawa ISA tetap diperlukan....bla,bla....."
Alhamdulillah, kami masih kekal dengan bilangan 29 OKT dan akan terus mempertahankan prinsip perjuangan kami.Inilah nikmat 1 Ramadhan yang amat besar ertinya kepada perjuangan mebuang ISA dari bumi Malaysia tercinta ini....



Read More !

Lawan tetap lawan!!!!

| | 0 ulasan

Aku memandu agak perlahan ke mahkamah Jalan Duta pagi tadi. Mata melerek kearah jam di "dashboard' kereta, 7.46am.Sempat rasanya untuk tiba di Mahkamah sebelum jam 8.30am.Aduh!!!"Highway' DUKE pun jam gak.Ada kemalagan kecil antara exit ke Selatan dan susur keluar ke Masjid Wilayah.Tiba di perkarangan mahkamah dah jam 8.25am. Parkir pulak penuh!!!Pusing-pusing ...tiada langsung ruang kosong."Buat bangunan besar, tapi ruang letak kenderaan kecik jer.." aku tak mampu membiarkan sungutan itu menyesakkan didada.

Biasanya,ramai yang meletakkan kenderaan di bahu jalan dari jalan utama ke perkarangan mahkamah tetapi hari ini,semua ruang itu ditanda dengan kon bertulis"POLIS".Ku lihat jumlah polis yang luar biasa ramainya dan wartawan memenuhi ruang legar mahkamah. Aku terus keluar dari kawasan itu,dan akhirnya dapat meletakkan kereta di ruang parkir medan selera bersebelahan dengan mahkamah."Hari ni bicara Anwar (DSAI)...sebab tu polis dah berjaga-jaga supaya penyokong dia tak mengamuk" kata seorang pemuda yang mendakwa "menjaga' kawasan itu."Apa yang penyokong dia(DSAI) buat?" tanyaku sambil menutup pintu kereta."Entah...polis kata mereka merusuh..." jam ditangan menunjukkan 9.10am.Tak kuasa aku nak dengar cakap-cakap "SB" tu dan aku bergegas ke Mahkamah Jenayah 5 di tingkat 3 bangunan yang catnya kelihatan semakin lusuh itu.Aku berjalan pantas sambil berdoa supaya Allah permudahkan perjuangan DSAI......

"Kak Laila lewat, sebab tu Hakim merajuk tak nak teruskan kes kita...he he he" beberapa orang OKT mengusikku.Ohhh!!Orang dari Terengganu, Johor,Perak...semuanya dah sampai.Aku hanya mampu tersenyum saja...
"Kak tau tak kes ni akan berlangsung 4 hari?" tanya Aiman Athirah, Ketua PeneranganMuslimat berbisik padaku. "Betul ke? " aku memandang tepat kearah Aiman."Tak caya, tengoklah jadual diluar sana" katanya khusyuk melayani FB di notebooknya.Aku segera keluar untuk melihat jadual perbicaraan...Ohhh...Ya Allah..macam mana ni? Macam mana dengan OKT yang datang dari jauh yang cuma sehelai sepinggang?Setahu kami, hari ini cuma sebutan kes saja...
Keadaan jadi "huru-hara' kejap......

Beberapa minit kemudian hakim masuk dan nama kami disebut semula. Semua OKT diberitahu ada perbicaraan pada 10,11 dan 12 Ogos dan mengingatkan kami supaya hadir tepat pada waktunya.

Semua OKT keluar dari bilik perbicaraan dan bertemu peguam sekadar membuat kepastian berkenaan tarikh-tarikh yang telah disebutkan.Kami bersurai......

H,F dan M dari Melaka kelihatan masih terperanjat. M, H dan S dari Besut,Terengganu, juga kelihatan sugul dan tidak berkata apa-apa. A dan M dari Perak hanya tersenyum tawar sambil memandang kearahku.Semua hanya diam membisu.....

"Semua nak balik rumah masing-masing ke?Jauh tu....kalau Pejabat PAS penuh, marilah jadi tetamu akak dan abang Mat Sah..." segera aku tawarkan rumah kami untuk mereka bermalam.Semuanya diam membisu.Masing-masing sedang membuat perkiraan samada perlu pulang atau terus bermalam di mana-mana lokasi di Kuala Lumpur.

"Nantilah Kak, kami bincang dulu...kami ni datang K.L sehelai sepinggang, satu apa pun tak bawa....ingatkan, lepas sebutan kes semua pakat nak terus balik rumah...lagipun, esok dah nak menyambut Ramadhan...tak terfikir kami nak sambut puasa di mahkamah pulak..."kata M.

Semua diam.

"Menyesal ke datang demo MANSUH dan kena tangkap?" kataku memecah kesunyian."Kalau takut dilambung ombak, tak payah le buat rumah ditepi pantai..." tambahku lagi."Kes ni memang berat akak rasakan ...terutama bagi kita-kita yang kerja makan gaji dan tinggal jauh dari K.L.Tapi....tak sama beratnya dengan nasib tahanan ISA yang dikurung tanpa bicara oleh kerajaan. Nasib mereka lagi teruk.Mereka tetap merasa dihina,hilang pekerjaan dan ada yang hilang ahli keluarga......Akak dah rasa susahnya jadi mangsa ISA...." aku bersuara dengan nada perlahan.

"Bagi akak, yang penting, perjuangan ini akan jadi saksi bila kita jumpa Allah nanti, bahawa kita bersungguh-sungguh mahu supaya undang-undang jahat ni dibuang dari kehidupan kita..." aku perhatikan seorang demi seorang wajah muram OKT tersebut.
"Kami akan teruskan kak...lawan tetap lawan..." kata H dari Melaka.Kata-kata itu disambut oleh mereka yang lain......Akhirnya, semua tersenyum kembali......

Read More !

Selepas Pak Lah, Najib pulak ke?

| | 0 ulasan



"Saya masih "confuse" dengan 1 Malaysia..." macam tak percaya pula bila secara tiba-tiba mantan PM yang pernah berkuasa 22 tahun itu bersuara demikian. Sebelum itu, beliau dikatakan tidak setuju dengan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh mantan PM, Tun Pak Lah.

Sebelum ini, rakyat semua dah tahu, sebaik saja mantan PM menyuarakan rasa tak puas hati pada Tun Pak Lah, maka dengan tidak semena-mena, jawatan PM tu dah tidak setabil untuk terus duduk lama ditangan bekas Menteri Dalam Negeri tu. Dan kini.....rungutan yang hampir sama pula telah ditujukan pada PM Najib.....

Apa yang akan akan disuarakan selanjutnya oleh Tun M tentang PM Najib ya?

p/s: Nampak sangat menteri2 KDN yang menjaga ISA, nasib mereka juga tidak selesa.....

Ingat, doa orang yang dianiaya akan dikabulkan Allah...hanya masa yang menentukan.

Read More !

Berani tak Utusan Malaysia dan Berita Harian?

| | 0 ulasan



Banyak sungguh berita yang menarik bila M'siakini bersikap memberi peluang pada kedua-dua pihak UMNO/BN dan Pakatan Rakyat. Dalam M'siakini hari ni jer, ada beberapa tajuk yang amat menarik keluar di muka yang sama.

1) "UMNO beri amaran "jangan main api" kepada Yb Pua(DAP) berkaitan isu diskaun pemilikan rumah dan hartanah kepada bumiputra.Amaran ini disampaikan oleh Datuk Ahmad Maslan,Ketua Penerangan UMNO.

2) "Haramkan DAP" kata YB PKR yang melompat ke kawasan bebas, yang dikatakan dah dibeli UMNO, iaitu Zulkifli Nordin.

3) "Tahanan melarikan diri, KP imigresen akur jika ditukar " Datuk Hisha,Menteri KDN khabarnya kesal dengan peristiwa 20 tahanan dari Afghan melarikan diri.

4) 36 peserta demo anti-ISA ditangkap.

5) Kenapa demo penyokong ISA tidak ditangkap?

Boleh ker Berita Harian atau Utusan Melayu buat macam ni?Berani tak dua akhbar tu beri peluang yang sama pada PR? Berani tak kedua-dua akhbar tu letak poster anti-ISA macam diatas?

Read More !

Lilin menakutkan polis?

| | 2 ulasan

"Semua dalam proses ikat jamin" itu sms dari Nalini, Koordinator ISA dari SUARAM.Ketika itu jam menunjukkan 3.10 pagi , 2 Ogos 2010. Antara mereka yang ditahanpolis ialah Syed Ibrahim, Pengerusi GMI dan Nalini sendiri. Dianggarkan lebih 30 orang ditahan dalam Vigil yang diadakan sempena 50 tahun ISA, depan Amcorp Mall malam tadi. Pada Ahad 1 Ogos 2010, semua AJK GMI termasuk saya sendiri telah mengadakan edaran risalah di hadapan pasaraya SOGO diikuti dengan sidang akhbar ringkas sempena 50 tahun ISA menakutkan rakyat Malaysia.Ketika mengedarkan risalah, saya dapati, pergerakan kami sentiasa diawasi ramai pegawai polis yang berpakaian awam dan sekumpulan polis berpakaian seragam. Polis berpakaian awam yang juga terkenal dengan panggilan SB@Special Branch itu turut merakam pergerakan kami sepanjang edaran itu dibuat....Nak buat macammana, tak kan kami nak minta mereka hentikan perbuatan itu. Kami teruskan mengedar risalah, dan mereka merakam kesemua pergerakan kami!!!Tepat jam 1 tengahari, kami berhenti mengedarkan risalah 50 tahun ISA dan terus pulang berehat sebelum bersedia menghadiri Vigil yang diadakan jam 8 malam di hari yang sama.

"Ait..cepatnya polis buat tangkapan!!!!" kataku melihat jam ditangan yang menunjukkan baru pukul 8.15 malam.Ketika itu Syed Ibrahim sedang di bawa polis dengan begitu kasar sekali. Saya dan Mat Sah berlari kearah Syed yang di pegang kedua belah tangannya dan dimasukkan kedalam salah satu Balck Maria yang telah sedia menunggu. Kelihatan beberapa peguam dari Bar Council telah bersedia menghadapi suasana penangkapan itu. "Its ok...we'll meet you at Balai Polis" kata Peguam Fadiah dan Latheefah Koya kepada Syed dan beberapa orang peserta Vigil yang ditahan.Hampis semua peguam GMI yang mengganggotai Bar Council telah "biasa' ditahan polis dan tinggal di lock-up....jadi peristiwa itu tidaklah menggentarkan perasaan mereka.

Kemudian, semua pserta Vigil yang tidak ditahan, segera beredar ke IPD Petaling Jaya.Kami berkumpul sebagai satu solidariti kepada rakan2 yang ditahan, tiba-tiba, datang 3 buah water cannon berwarna merah berhenti dihadapan IPD dan semua polis@FRU didalamnya keluar dan mengejar kami.Apa lagi, kami pun lari lintang pukang menyelamatkan diri masing2....

Beberapa minit kemudian, seorang teman memberitahu, Orang Kena Tahan (OKT) sedang menunggu disoal siasat.Mereka kelihatan duduk bersila atas lantai.Lebih 2 jam ditahan, nampaknya mereka semua belum disoal siasat oleh pegawai penyiasat@IO.Saya pergi ke tempat dimana OKT boleh dilihat. Tempat itu ialah di ruang letak kereta . Beberapa orang blogger telah memberi lilin kepada kami dan mula dinyalakan dengan harapan supaya OKT melihat deretan lilin itu dan mengetahui bahawa kami menunggu mereka diluar balai.OKT memberi isyarat melihat lilin tersebut Beberapa minit kemudian, saya diberitahu oleh OKT bahawa polis telah memberi arahan supaya menangkap sesiapa saja yang cuba menyalakan lilin!!!

Kami patuhi arahan OKT yang meminta supya meninggalkan premis tersebut....Betul agaknya andaian orang ramai kerana terlalu ingin menjaga ISA, nampaknya polis terlalu takut pada nyalaan lilin.....Betul ker?

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]